Jumaat, 22 April 2011

Masak-masak: donut suria

Assalamualaikum..


korang tringin makan donut tak? haa..apakata korang buat sendiri..senang sangat2 buat donut ni.. :)

resepi asal ni dari puan suria. sebab tu namanya donut suria. terima kasih puan. :D


okay, bahan-bahannya:




3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)



cara-caranya:

  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...


hehehehe buruk gila donut saya. donut ni senang dan gebu. tp yg saya punya tak gebu sbb saya tak uli betul2 kot. hehehe..pengkritik tetap saya, mr alien mcm2 dikritiknya.. -_-"



lain kali saya cuba buat lagi.. :) bye!

3 ulasan:

Azza Azman berkata...

wah sedapnya, tapi klu saya buat mesti keras 2jam kemudian. nak lembut2 macam big apple tu...

me suya berkata...

eyh eyh.. nak saman la cam ni..
guna nama i kat donut..hehehe ni mesti mr alien ade kat kelatey.. fewiiitttt

Teha Nur Fateha berkata...

tqah x cuba ke resipi kite? nnt blh ni cuba resipi ni plk.hehe..sedapla nmpk tqah.bwt kt dungun nnt ek!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat