Salam semua. kali ni nak bercerita kisah yang tertunggak. hehe. November lepas, ada satu hujung minggu abg bawa ke Nottingham. Perjalanan dari Leicester ke Nottingham ambil masa 45 minit - 1 jam. Motif utama ke sana sebab ada Karnival Makanan Malaysia di University of Nottingham. ni kali kedua saya ke Nottingham. tahun 2010 ketika pertama kali ke UK, abg ada bawa saya adik dan umi untuk tengok-tengok university notts ni.
Sebelum sampai ke Notts, saya dengan kakak ipar semangat nak beli macam-macam. tapi bila sampai hampa, sebab cuma ada 7 gerai yang jual makanan. itupun tak berapa menarik..kakak ipar cakap tahun-tahun sebelum ni, macam-macam makanan ada. macam-macam brg jualan ada. kali ni sikit sebab cuma dibuka untuk peniaga yang ada lesen seperti pemilik restoran. student tak dibenarkan meniaga.
ada yang jual satay. 5 cucuk 5pound. tengok dari jauh rasa nak beli. bila tau harga tak jadi. hehe. balik Leicester terus suruh kakak ipar buat satay goreng. hehe. 5pound tu mahal bagi saya, sebab saya kan melancong. kalau student/menetap sini, dah kira murah dah tu..
ini dia suasana dalam Nottingham Uni. time saya datang ni musim luruh.
ini gambar di tempat sama. tahun 2010. masa ni musim sejuk.
bangunan universiti. masa 2010 dulu, time saya datang tak ramai pun orang. student tgh bercuti masa tu kalau tak silap saya. sekarang ni agak meriah. sempat ke surau, memang ramai orang. lebih-lebih lagi student Malaysia, yelah sebab ada karnival Malaysia kan. siap ada wartawan dari TV3.
lepas solat asar, abg bawa jalan-jalan di Notts sekejap.
destinasi pertama, Robin Hood castle. tapi tak turun pun. sebab ramai orang. nasib baik ada gambar di atas, gambar tahun 2010. sekurang-kurangnya ada kenangan. :)
destinasi kedua, Victoria Centre. tak sempat ambil apa-apa gambar pun sebab orang ramai. tapi sempat snap gambar kiosk cupcake ni. boleh jadikan idea untuk kiosk saya nanti Insyaallah..yang menarik tentang Victoria Centre ni, ada market kecil dalam shopping compleks. tahun 2010 pernah datang n borong coklat kat market tu. November lepas pun borong coklat tempat yang sama.
2 jam jalan-jalan di Victoria Center ni, berhenti makan kejap. pastu terus bertolak balik ke Leicester. Bila datang ke Nottingham ni, terus teringat kat blogger favourite saya, MZ. hehe.
btw, ketika pertama kali ke uni notts dulu, tahun 2010. time tu saya rasa saya ternampak MZ tengah snap-snap gambar. ketika tu saya tengok sepintas lalu je sebab ada dalam kereta. ketika tu, saya jarang-jarang baca blog MZ. pernah masuk blog MZ, tapi tak berapa ingat muka MZ. sebab bukan buka blog MZ hari-hari macam sekarang. tapi time tgk sepintas lalu tu, dalam hati terdetik "ehh macam pernah tgk orang Malaysia ni dalam blog." Pastu beberapa hari lepas kejadian ni, ada baca entri MZ snap2 gmbr dalam Notts Uni. ternyata org yang saya nampak tu MZ sbb warna jacket yg MZ pakai dgn org yang saya nampak tu sama. hehe.
Sekarang ni, rasa rugi pulak. kalaulah dulu dah selalu baca blog MZ, boleh saya pergi bertegur sapa. sekarang ni tak tau la bila pulak akan ditakdirkan jumpa dengan blogger kegemaran saya tu. :) mungkin satu hari nanti ada rezeki kan?
jumpa di lain entri nanti. masa untuk saya melelapkan mata (sekarang pukul 1 pagi di UK, pkl 9 pagi di Malaysia) bye!
2 ulasan:
waaaa entry ni sgt2 menggamit memori me..windunya kat Notts and everything about Notts...masa karnival mknn thn 2010, me memang dtg beli belah and ramai kwn2 me yg bukak stall and dpt untung yg sgt lumayan gitu!!!
http://www.suzie284.com/2013/01/saya-membaca-entry-inin-dengan-perasaan.html
Catat Ulasan