Khamis, 3 Januari 2013

Sudah 4 tahun menulis blog


Tanggal 1/1/2013 cukup-cukup 4 tahun umur blog ni. 4 tahun bukan masa yang sekejap. kalau ada anak, dari anak tak tahu apa-apa, bila 4 tahun dah boleh masuk tadika dah. dah boleh cakap macam-macam. dah ada macam-macam perangai.

4 tahun menulis blog, banyak suka duka yang saya kongsikan. saya suka sangat baca tulisan sendiri. kadang-kadang malu sendiri sebab macam budak-budak. kadang-kadang gelak seorang diri sebab lawak baca tulisan sendiri. kadang-kadang senyum sendiri baca kisah manis. 

apa perubahan saya selama 4 tahun menulis blog ni? dalam segi penulisan, awal-awal dulu saya banyak tiru gaya penulisan orang lain. sekarang, cuba menulis dengan gaya sendiri walaupun bosan. dulu masa mula menulis blog, saya baru ambil diploma. sekarang dah habis ijazah, dah kerja sendiri pun.

best ke menulis blog? bagi saya, best! sebab blog ni macam diari, tapi lagi best sebab boleh kongsi perasaan kita dengan orang lain. siap boleh lampirkan gambar. :-) asalkan jangan berlebih-lebihan nak menunjuk sudahlah..

bye!


2 ulasan:

suria berkata...

best ar menulis blog..macam life journal... yup kaja.. tulis je ikut gaya sendiri.. takyah nk tiru-tiru :p

Pinku no Sakura berkata...

Hi,baguslah, lama betul setia menulis dengan blog, tabik betul ^^
saya ni blogger baru, saya harap kalau ada masa silalah lawat blog saya ni ya (www.parklee32.com) ^^
masa singgah blog ni terus saya follow, agak banyak information kat blog ni. =)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat