Rabu, 31 Oktober 2012

Sambutan Aidiladha di Leicester

Salam semua. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA yang dah lama berlalu. :P semua orang dah balik ke tempat kerja masing-masing, daging pun dah habis makan..saya baru je nak up entri. hehehe. :P tu belum lagi kira entri-entri lain yang tertunggak. *pemalas betul pemilik blog ni*

Pukul 6 pagi hari raya Malaysia, iaitu pukul 11 malam UK. saya call umi. menangis-nangis bila cakap dengan umi abah. konon-konon beraya di perantauan sangat. tapi lepas drama menangis lencun, terus tidur lena. hehe. 


JUMAAT

Hari raya pertama, kak min(kakak ipar) dan abaish (abang) merancang untuk buat rumah terbuka. tapi bukan untuk semua orang Malaysia kat sini. cuma untuk student postgraduate je. lepas buat kira-kira, jumlah tetamu yang akan datang 30 orang semuanya. Sehari sebelum raya, gigih kak min memasak di dapur. saya tak tolong apa2. tolong menyibuk je. hehehe. dan jugak tolong tengok. bagus kan adik ipar nih?

ini appetizer? err..second main course pun boleh kot. hehe. lontong (nasi impit, sayur lodeh, sambal bilis) dan kuah kacang. juga kak min sediakan serunding daging.


tu dia main course. laksa johor! sebenarnya, kak min nak buat laksa penang atau laksa asam. tapi cari kat kedai, laksa pulak takde stok. serta merta tukar menu buat laksa johor, sebab boleh guna spagetti. :)


ini....dessert table? hehe..ada biskut cornflakes milo, biskut choc rice dan kek velvet. sebenarnya nak buat red velvet, tapi...bila letak pewarna merah kacau kacau kacau kuar hasil warna kelabu. bila bakar jadi brown. hairan saya. dah 2x buat guna pewarna lain-lain, tapi tak dapat merah. pelik pulak.


disebabkan rumah kami sempit, jadi abang tetapkan masa 10 pagi sampai 10 malam. jadi takdelah semua datang serentak. tapi pukul 12 tghhari, lebih separuh dari senarai tetamu datang. terus tak muat rumah. dah la cuaca sangat sejuk. kalau kat Malaysia takpe boleh lagi lepak lepak luar rumah. ni nak biar tetamu lepak luar rumah tak pasal-pasal membeku. inilah satu-satunya gambar tetamu yang dapat diambil. lepas tu terus lupa kat kamera. 

pukul 8 malam, semua tetamu dah balik. :)



SABTU

Hari sabtu, semua student di leicester merancang nak buat sambutan raya. diorang dah sewa dewan dari university. Majlis bermula dari 9.30 pagi sampai 1 petang. 


kami berjalan kaki ke Universiti. ambil masa dalam 15 minit. kat sini seronok jalan kaki, sebab sejuk. dapat panaskan badan. :) kami sampai ke universiti dalam pukul 10.30 pagi. terlewat sebab tunggu anak saudara, Rayyan bangun..


bila kami sampai, diorang sedang bersedia nak bergambar. terus saya pun join sama. siap duduk atas kerusi macam student master/phd..kih kih kih. saya nak takde kena mengena pun menyibuk sama. :p tapi serius, bila dikelilingi students, impian sy nak sambung master lagiiiilah membara!


lepas bergambar, terus acara makan-makan dimulakan.. bila acara makan-makan dimulakan, acara berbual bercerita juga dimulakan.. :)


makanan dibawa secara pot luck. setiap rumah bawa 2 ekor ayam. menu yang paling cepat habis, ayam tandoori. sebab yang lain semua berkuah n lebih kurang sama. jadi yang unik tu memang cepat habis.


ini dia suasana dalam dewan. saja snap gambar sebab pasni tak tau bila lagi dapat menjejakkan kaki ke dalam dewan universiti luar negara. kalau teringin pun kena kerja kumpul duit 10 tahun tu pun belum tentu dapat. sobs. :'(





akhir kata, selamat hari raya aidiladha dari saya, abang dan kak min. sekali sekala rasa pengalaman beraya diperantauan. mungkin ini sekali seumur hidup. :')


p/s: rindu nak makan daging goreng dan sup perut resepi abah menggunakan daging korban.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Sedak ehh rayo oversea, hehhehe. tqah xdop ambik orda perfume ko hehehe.

Unknown berkata...

sedak wehh rayo oversea hehe, tqah xdop ambik orda perfume ko hehe

Nina Hamdan berkata...

you remind me berhari raya di Australia.. Actually, beraya di perantauan sangat best dan lagi rapat ukhwah kita sesama muslim..
Enjoy pengalaman tu! hehe

Nina Hamdan berkata...

BTW, Atiqah thanx put me under blogger cool! hehe :)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat