Salam semua. lama sangat satu-satu entri nak muncul. entah kenapa sekarang sangat takde mood nak menulis. dulu, tiap-tiap hari rasa nak tulis blog. takde idea pun perah jugak otak supaya ada la juga bahan untuk ditulis. sekarang..... harap2 blog ni tak terkubur, sebab sayang..selama 4 tahun saya menjaga blog ni. bukan senang.. :-)
Oh ya, balik kepada tajuk utama. 1 oktober lepas, abang bawa saya jalan-jalan ke Skegness. Skegness tu bandar di tepi pantai. kami di sana 5 hari 4 malam. apa yang menariknya, kami di sana tinggal di dalam caravan!
inilah caravan yang kami bermalam selama 4 malam. At first, bila abang cakap kami akan ke tepi pantai, stay dalam caravan..saya bayangkan caravan yang boleh dibawa ke atas jalan, kemudian betul-betul parking di tepi pantai. rupanya kami stay dalam caravan di resort. sebagai cth, kalau kat Malaysia resort kan ada satu-satu rumah. tapi kat resort ni, dia sediakan caravan.
di depan caravan kami ada padang yang sangat luas. nampak tak kat seberang jalan sana, ada tersusun-susun caravan? resort ni sangat luas.
paling best bila tinggal dalam caravan ni, ada tempat untuk memasak. jadi kami boleh memasak sesuka hati ketika lapar. yeay! kami dua keluarga bermalam ni dalam caravan ni. satu saya dan keluarga abang, kedua keluarga kawan kakak ipar, kak aini namanya. :)
ini bilik saya. sangat sempit. satu katil tu saya lipat, supaya ada ruang sikit. caravan ni ada 3 bilik. 2 bilik besar dan 1 bilik kecil.
oklah, itu sahaja cerita tentang caravan. nanti saya akan update lagi cerita-cerita di Skegness. akhir kata, bubye dari Uqail (anak kak aini), dan Rayyan (anak kak min, anak saudara saya =P)
2 ulasan:
nampak sgt besh cuti2 obersi tu...:) :)
uishhh. tengok dari luar nampak macam kecik. bila tengok dalam selesa gile! best nye tiqah!!!
Catat Ulasan