Selasa, 9 Februari 2010

berbasikal malam?

Korang pernah tak buat kerja gila? saya baruuu saja buat...walaupun sebenarnya bukan gila sangat, tapi agak gila buat saya.. :-p


mentang-mentang saya sekarang tinggal di rumah sewa
mentang-mentang sekarang saya ada basikal sendiri
mentang-mentang saya sekarang tak perlu nak menjawab dengan pak guard sebab balik malam-malam
mentang-mentang sekarang saya dapat nak keluar masuk sesuka hati..
dan mentang mentang kedua-dua kawan saya amat baik dan sentiasa melayan saya...


kami, iaitu saya, mira dan jiha sanggup berbasikal ke taman berdekatan pada malam hari semata-mata bosan berada di rumah..


oleh kerana ini satu kejayaan yang besar, untuk sampai ke taman kami perlu melalui jalan yang sangattt gelap dan kami semua terus mengayuh laju-laju ke tahap yang maksimum seperti 180km/jam, maka haruslah kami semua bergambar dengan penuh poyo dan bersemangat... :-D

okay..tak perlu gaduh2..sbb takde orang yang nak ambikkan jadi tak nak bagi semua jeles, hanya basikal masing2 yang dapat masuk gambar..


taman yang sunyi pada malam hari... nasib baik ada 2,3 family yang sedang joging dan bersenam walaupun di malam hari..kalau tak, jangan harap kami akan singgah di taman dan bergambar.. :-p


bersemangat!! bergambar seperti pergi ke taman di Sabah yang mungkin hanya dapat pergi sekali seumur hidup. mentang-mentang suka Sabah terus Sabah sekarang. padahal kami akan ada di Dungun untuk 2 tahun lagi..


disebabkan tak ada orang yang dapat tangkapkan gambar kami bertiga, kami terpaksa menggunakan khidmat tangan jiha yang panjang untuk camwhore.. :-)


akhirnya, pucuk dicita ulam mendatang..seorang adik yang datang bersama keluarganya, dan dia kebosanan bermain seorang diri sambil mak dan ayah dia bersenam, adik tersebut sanggup hulurkan bantuan untuk ambil gambar kami..
jadi, kami haruslah dengan muka yang penuh angkuh menunjukkan basikal masing2.. :-p


inilah adik tersebut...sila fokus adik yang ditengah2 dan abaikan penyibuk-penyibuk di tepi.


gambar geli-geli oleh kami..terima kasih adik kerana sanggup melayan kakak-kakak yang tak berapa betul ni..


sebelum balik ke rumah..harus letakkan gambar geli-geli yang terakhir..


ok. dah. tamat. BYE!


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

5 ulasan:

Cik Fasyareena berkata...

bestnye leh naek basikal..ore lame dh x kayuh..

la..nape tqah duk umh sewa?U x provide ek??

black_mel berkata...

haha...best2...naik moto baru x penat..hehe

-atiQah- berkata...

iena: utk student degree mmg U xprovide..untuk diploma je..uitm ni kecik je..tp belajar byk..sbb tu xprovide kolej..

loni oghe g kelas dgn basikal jah iena..hehe..

-atiQah- berkata...

black_mel,
hehe..saya tak pandai nak bawak motor..tp kalau jadi penumpang mmg best..hehe..

Tanpa Nama berkata...

mlm2 pon sempat ambek pic..:P

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat