Selasa, 27 Januari 2009

masak-masak..chicken chop





pagi tadi, tqah bgn awal utk buat chicken chop permintaan umi, adik n mr alien..
tp, xboleh nak wat trus sbb ayam masih lagi keras..
tqah dah letak ayam tu kat bahagian chiller sejak semalam, tapi masih lagi keras..
dlm 2 jam jugak tqah rehat...tgk citer hindustan dln kirana dulu.. :-p
kalau tqah wat chicken chop, tqah lagi suka wat sendiri daripada beli ayam yg sudah dibreaded dan cuma goreng je..
ayam jenis mcm tu byk lemak dan isinya kurang..
xpuah hati kalau mkn.. :-)

lepas tgk citer hindi tu, tqah mulakan dgn:-

1. gorang fries

2. wat coleslaw

3. buang tulang ayam (perkara yg plg leceh kalau buat chicken chop)

4. marinate (perasakan) ayam

5. breadedkan ayam

6. goreng ayam (deep-fry)

7. sauteed brokoli

8. buat black pepper sauce


tqah lupa nak ambik gambar masa wat chicken chop tadi...
jadi tqah cari gambar2 dalam google image je ni..
pastu, gambar yg tqah sempat ambik cumalah black pepper sauce dgn ayam yg dah habis separuh..
tp tqah lupa nak bawa balik memory card reader.. :-p

mula2, tqah wat keje yg plg senang, iaitu goreng fries..
goreng fries ni mmg senang, tapi perlu betul apinya..
kalau bukak api besar, luaran fries akan cepat hangit dan warnanya akan xcantik..
masa tqah first sem, lecturer akan ambik kira warna fries yg kita goreng..kalau xcantik, markah akan dipotong..
kena btul2 kuning, xboleh pucat warnanya dan xboleh juga kalau coklat warnanya..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> french fries

sambil goreng fries, tqah wat coleslaw...wat coleslaw ni pun senang..
bahannya:
- kubis

- carrot

- bawang merah

- mayonnaise

- cuka

tadi tqah guna sebijik kubis, sebtg carrot dan sebiji bawang merah yg kecik..
umi tqah xsuka rasa bawang...tp tqah suka..disebabkan tadi tqah wat khas untuk family, jadi tqah letak sikit je..
utk wat coleslaw, hiris nipis2 kubis, parut carrot dan mayang bawang merah..kubis tu kalau xnak hiris nipis2, boleh jugak guna grater..tp tqah xpandai nak guna grater utk kubis sbb kalau tqah guna grater kubis tu akan hancur..
spatutnya ada sukatannya untuk wat coleslaw ni, tapi tqah wat suka hati je.. :-p
lepas dah siap potong kubis, carrot dan bawang merah, gaulkan dgn mayonnaise dan cuka..cuka tqah letak sikit je sbb tqah xsuka rasa masam2 dan baunya..pastu, tadi tqah cuba campur gula sikit..
slalunya tqah xpenah campur gula, tapi tadi tqah cuba letak gula sbb kawan tqah cakap lagi sedap kalau letak gula sikit...hasilnya, mmg sedap! :-) oh ya..carrot tu perlu basuh elok2..sbb kalau xbasuh elok2, coleslaw kita akan bertukar kpd warna oren.. :-p

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> coleslaw


lepas wat coleslaw, tqah mula wat chicken chop..
tadi tqah wat 7 ketul ayam..
bahagian ayam yg digunakan, bahagian paha dan keatas..
mula2, tqah akan toreh kat tengah2 tulang..
pastu, tqah akan kikis isi ayam dari tulangnya..
tqah xtau nak bagitau mcm mana nak wat, tapi mmg agak susah untuk buang tulang ayam dari isinya..
tqah ada cari kat pasaraya ayam bahagian paha yg dah dibuang tulang, tapi xde..
kalau ada pun hanyalah bahagian dada..
family tqah xsuka bahagian dada, lagipun bahagian dada xsesuai untuk dibuat chicken chop..
bahagian dada lagi sesuai untuk grill..
pas siap buang tulang, tqah marinate ayam tersebut..
kalau buat chicken chop, jgn perasakan terlalu kuat sbb sos yg digunakan utk mkn dgn chicken chop pun dah ada rasa..
marinate ni boleh dibuat ikut kreativiti masing2..
plg ringkas, mcm wat goreng ayam biasa..garam+serbuk kunyit
tp xboleh masin mcm nak goreng ayam biasa.. :-)
tadi tqah marinate dgn garam+lada hitam+lada sulah+sos tiram+sos sotong..
saje je nak campur sos2 yg ada dlm peti.. :-p

lepas marinate ayam tersebut, tqah terus breadedkan ayam tu dan goreng..
byk minyak yg perlu digunakan utk goreng ayam ni..
kena deep-fry...tp tqah xde la wat sampai deep-fry, xtenggelam sgt pun ayam tu dlm minyak..
nak jimatlah katakan.. :-p
cara2 untuk breaded ayam

- celup ayam dalam tepung

- pastu, celup ayam dalam telur yg telah dipukul

- akhir sekali, celup dlm bread crumb..


bread crump ni boleh dibeli yg dah siap..
tadi tqah guna yg dlm kotak..yg jenama nona..
kalau xnak beli yg segera, boleh wat sendiri..
utk wat bread crump ni, panggang roti sampai kuning2 sket dan keras..
pastu, hancurkan roti tersebut...kalau nak tumbuk pun boleh, kalau nak blend dgn blender kering pun boleh..
kalau nak terus hancurkan roti pun boleh..warnanya akan cantik lagi daripada dipanggang...tapi, cara ni byk serap minyak berbanding yg dipanggang..
siaplah chicken chop tqah...akhir sekali untuk pelengkap chicken chop ialah sosnya..tadi tqah wat sos black pepper..selalunya chicken chop dimakan dgn sos cendawan, tapi tqah n family lagi suka sos black pepper...lagipun black pepper lagi murah drp cendawan.. :-)
untuk wat sos black pepper, tqah guna instant demi-glace..
kalau nak wat sendiri demi-glace, mmg menggunakan masa yang teramat lama..mula2 kena wat brown stock dulu..dlm 8 jam, pastu wat sauce lain dulu..tqah xingat namanya..dari sauce tu kita panaskan sehingga reduce kpd separuh, barulah siap demi glace.. :-p
selalunya fine-dining restaurant yg betul2 jaga rasa keasliannnya akan guna handmade demi-glace..
kalau nak beli instant demi-glace, kat pasaraya ada...jenama knorr..plastiknya warna hijau dan cuma ada dlm 1 kg.. :-) kat plastiknya tulis demi-glace, brown sauce..
nak wat black pepper sauce, gunakan 1 liter air sejuk + 100g serbuk demi glace..kacau..
pastu, chop bwg putih, kisar sampai halus lada hitam..jgn guna serbuk lada hitam yg ada dlm botol tu...sbb rasanya xsedap..
tumis bawang putih dgn mentega dan tumis jgk lada hitam...tumis lama sket supaya hilang rasa pedarnya..
tqah xtau nak ckp berapa byk lada hitam yg digunakan, sbb tqah letak suka hati jgk.. :-p
lepas tumis, masukkan bancuhan demi glace dan biarkannya mendidih sehingga pekat...kacau sekali sekala.. :-)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> sos black pepper


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> knorr instant demi glace

dah siap chicken chop yg sedap... ;-)
tapi, semalam masa tqah pegi tesco, tqah ada beli brokoli...rm 1 lebih je sepokok.. :-)
lepas tqah balik ke uitm, dah xde org yg nak guna bhn2 dlm peti tu..jadi tqah pun saute je brokoli tu..
saute tu dlm bahasa melalunya ialah tumis..
tqah tumis bwg putih yg telah dicincang halus dengan mentega, masukkan chicken stok sket dan masukkan brokoli...
dah siap sauteed brokoli tqah! :-) adik tqah mmg suka sgt sauteed brokoli ni...tp tadi tqah lupa nak blach atau nama lainnya celur...kalau xcelur kita perlu letak atas api lama sket...tapi mentega cepat hangit, jadi rasanya akan pahit..hehehe.. :-p
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> brokoli

tepat pukul 2 ptg, family tqah dan mr alien makan chicken chop yg tqah wat..umi ckp coleslaw tqah sedap lagi berbanding yg kfc...hahaha..bangga lak rasanya.. :-D

p/s: kalau sape2 nak resepi chicken chop ni, boleh minta dgn tqah.. :-) tqah akan bagi dalam bahasa yg mudah...yg ni panjang berjela.. :-p

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

leh email x...yg ringkas punyer resipi...kat azrah_2005@yahoo.com.my...a.s.a.p ehiks tq!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat