masa hari pertunangan, kedua2 belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada 13 disember 2008...
cuma 2 minggu selepas pertunangan..
majlis akad nikah tersebut perlu dibuat dgn cpt sbb abg tqah memerlukan surat nikah dgn segera..
kakak ipar tqah iaitu kak min akan melanjutkan pelajaran (PHD) dalam bidang ekonomi di UK...abang tqah akan pergi bersama2 kak min ke UK..tp abg tqah bukan utk melanjutkan pelajaran, ttp bekerja...
kalau tiada apa2 masalah, kak min akan terbang ke UK pada 12 januari..
surat nikah diperlukan utk membuat visa dan memohon kediaman utk org berkahwin di sana...tapi, pada 12 januari lalu, kak min masih tidak dapat ke UK kerana pihak UPM masih belum meluluskan biasiswa untuk kak min...
majlis akad nikah ni diadakan di rumah kak min di bagan datoh, perak pada 11 pagi..
4 buah kereta yang mengikuti rombongan ke majlis akad nikah ni..
kami bertolak dari kelantan pada 12 disember dan bermalam di hotel angsoka di teluk intan..
tqah dapat melihat menara condong di teluk intan buat pertama kalinya...
tp tqah lupa untuk merakamkan menara tersebut...
walaupun perjalanan ini agak memenatkan, tetapi tqah rasa tersgt gembira sbb buat pertama kalinya tqah dan sanak saudara yg lain bersama2 mengadakan perjalanan yg jauh..ianya dapat merapatkan lagi silaturrahim bersama kami..
majlis akad nikah ini diakan dengan sgt sederhana..sgt simple..selepas majlis akad nikah dan upacara membatalkan air sembahyang, kami disediakan dengan makanan org jawa...kak min dan keluarganya adalah keturunan jawa..mmg sedappppp sgt! terutamanya tempe! hehehe..
mas kahwin yg ditetapkan oleh pihak pengantin perempuan ialah rm783..bersamaan dgn tarikh lahir kak min, 7.8.1983...wang hantaran pula rm7883...tp pada majlis akad nikah ni, cuma mas kahwin dan cincin shj yg dibawa...hantaran2 yg lain akan diberikan pada majlis akad nikah nanti.. :-)
majlis persandingan dijangka akan dibuat pada bulan 3 tahun 2009 ni..dlm cuti sekolah..
insyaAllah...kalau majlis tu diadakan, tqah akan jemput semua! :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan