Jumaat, 30 Disember 2011

Kenangan Boxing Day di UK

Salam readers. errr..bosan tak saya asyik bercerita pasal UK je? mcm perasan betul saya ni, dah la pegi melancong je. bukan pegi study..kalau pegi study stay bertahun-tahun kat sana takpe jugak nak buat entri mcm pengalaman banyakkan? :-P hehehe..

Tapi hujung tahun macam ni serius teringat sangat suasana kat sana. walaupun stay sebulan lebih je, tapi memang rindu dengan suasana kat sana. macam terbayang-bayang je di mata ni suasana kat sana, macam terasa je kesejukan udara di sana dan macam terdengar je suara family abang yang tinggal di sana..tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat yg kita pergi berjalan. :-)

Okay, walaupun hari ni dah 30 disember, tapi tetap nak cerita tentang boxing day, yang sepatutnya 26 disember tiap tiap tahun. siapa yang tak tau pasal boxing day? Boxing day tu SALE besar-besaran. pembeli akan boxing sesama sendiri untuk dapatkan barangan yang offer besar-besaran tu. #sayatipuaje

Tahun lepas, hari boxing day kami semua - saya, adik, umi, kakak ipar dan anak saudara (time tu umur 4 bulan) siap-siap nak pegi jalan-jalan ke city Leicester.


dalam perjalanan tu jumpa pemandangan ni. tak pernah lihat. hehe. orang beratur nak masuk kedai. terus snap gambar. kalau ikutkan hati nak jugak beratur sama-sama..nak tengok apa yang diorang jual.


lepas tu kami teruskan perjalanan, akhirnya sampai di Leicester City. wow! ramai betul orang..


sebelum ni, saya selalu datang jalan-jalan Leicester City ni, tapi takde lah seramai ni orangnya.


time kami sampai di City, dalam pukul 10 pagi. time tu ada kedai lagi yang tak bukak. jadi kami pegi jalan-jalan kat kedai yang dah dibuka.



ni gambar dalam High Cross. dalam tu, semua kedai kami terjah. kedai-kedai lain di Leicester City pun semua kami terjah. contohnya Mark and Spencer, Boots, Clarks, Primark dan lain-lain. kalau kat Malaysia, jangan haraplah saya nak masuk kedai-kedai mcm tu..mahaaallll.. :P



jangan fokus pada umi, tapi fkus pada barangan yang bersepah. inilah suasana bila boxing day. habis barangan bersepah. yang asalnya elok pun boleh jadi rosak.


jalan-jalan kejap, dah gelap. padahal baru pukul 4 petang. dah maghrib..call abang suruh datang ambil kami. dah gelap, takut nak jalan balik sendiri. lagipun kaki lenguh sangat dah, sbb jalan-jalan lama sgt. hehehe.


time ni sebenarnya baru pukul 4 petang.


keesokkannya, kami pegi balik ke Leicester City. Kak Min ckp, sale tak semestinya 26 disember je, tp boleh jadi lepas tu. lagipun, semalam mcm tak cukup lagi jalan-jalan. walaupun dah lenguh kaki, tapi masih tak puas hati.

jalan-jalan dalam High Cross, kami jumpa ni. excited nak masuk. hehe.


wahhh..ramainya orang beratur. hehe. kami join sekaki sebab nak jgk rasa pengalaman macam ni. kalau kat Malaysia, memang saya tak akan beratur mcm ni. hehe. sbb bukannya gila shopping sangat pun.



inilah suasana dalam kedai NEXT ni. macam-macam barangan ada. untuk lelaki dan perempuan. psssttt...time saya cuba2 kasut dalam kedai ni, tak tau la macam mana saya tak dapat nak seimbang badan. apalagi..gedeganggg saya jatuh! nasib baik takde orang tengok, kecuali umi dan adik. tak habis-habis diorang berdua gelak. MALU!


lepas selasai ronda-ronda dalam kedai ni, saya teruskan lagi rondaan ke kedai lain. sebab kat sana sejuk, jadi tak penat sangat. hehe. :)


itu sahaja laporan saya pada boxing day. rindu nak mengalami pengalaman ni sekali lagi. hehe. bye!


Sabtu, 24 Disember 2011

Kenangan Krismas di UK

Salam semua. lama tak bercerita berceriti dalam blog. memang dah tak ada alasan lain. tak sempat + takde idea. hihihi.


Bila hujung tahun mcm ni, teringatlah kenangan setahun yang lalu. kenangan ketika di Leicester, UK. seronok bila teringat balik kenangan kat sana. :)


2,3 hari sebelum Krismas, saya excited je menunggu Krismas. sebabnya, saya nak tengok sambutan diorang. meriah ke tak. nak tengok samaada meriah mcm kita tak. hehe.


2,3 hari sebelum Krismas, hari-hari saya ke bandar diorang. dari rumah abg ke bandar ambil masa 30 minit rasanya. tapi sebab kat sana sejuk, jalan lama-lama pun tak kisah. :)


kat bandar diorang, ada orang buka gerai tepi-tepi jalan. macam tempat kita, kalau nak hari raya banyak Bazar yang dibuka. ada yang jual beg, ada yang jual alat music yang orang red india selalu main, kemudian dia demo terus kat situ. ada jugak yang buat persembahan, untuk kumpul derma, dan ada badan-badan kebajikan yang minta derma. 


contoh persembahan yang saya lihat sehari sebelum krismas, persembahan keluarkan api dari mulut, persembahan orang emas, persembahan nyanyian koir. persembahan koir tu, memang kuat betul suara diorang. bingit telinga jadinya.



nilah orang emas diorang. diorang sediakan mangkuk di depan diorang. kalau kita letak duit, baru dia gerak. umi bagi 1 penny je kot kat diorang. hehehe. sebab kita tak tau diorang nak salurkan kat mana duit kita tu. kalau nak bagi byk2, baik balik bersedekah kat negara kita ni lagi kan. hehehehe.


tapinyaaa..bila sampai hari Krismas, langsung takde suasana Krismas. kalau dibandingkan dengan hari raya kita, jauh lebih meriah hari raya kita. diorang  takde pun kunjung mengunjung, pakai baju2 cantik etc. rancangan tv pun mcm biasa je, takde yg istimewa. bak kata adik saya:

"Krismas hanyalah untuk membeli belah"

memang betul pun. sebab Krismas diorang, cuma nampak diorang beria-ia membeli belah. Terutama pada Boxing Day, 26 Disember. takde pun buat makan-makan mcm Hari Raya kita, takde pun ziarah menziarahi macam kita, yang ada hanyalah tukar-tukar hadiah sesama diorang.


apa yang paling seronok, diorang ada sale bermula bulan november lagi. macam kita, puasa pun belum lagi orang dah bagi sale macam-macam. hehe. bila diorang sale, kami yang takde kaitan ni pun joinlah sekaki. hihihihi.



hasil rembatan ketika sale. hehehehe. Daisy by Marc Jacob. dah setahun pun tak habis-habis lagi. sayang nak pakai banyak-banyak. hehehe. :')


oklah, itu saja cerita saya pada hari ni. esok sambung dengan hari boxing memboxing. yang penting bukan boxing chicken ye. hehehe.


bye!



p/s: ketika kat sana, suka sngt ambil gambar freeze mcm ni. hehehe. 


Isnin, 19 Disember 2011

wow! cantiknya LELAKI ini!

Nama sebenar lelaki 'cantik' ini ialah Kiyoshi Sakurazuka, seorang lelaki yang berasal dari China, tetapi tinggal di Jepun. Dia bekerja sebagai seorang cosplayer dan crosdresser yang sentiasa memakai pakaian cosplay wanita.

Biodata lelaki ini:

Name: kiyoshi sakurazuka
Real Name :澈樱冢 = Che Ying Zhong (CMIIW)
Birthday : April 4, 1984
Height : 160cm
Weight : 40kg
Blood type : A
Constellation : Aries
Gender : Male
Birthplace : Hunan, China
Graduate : Beijing Institute of Technology





memang cantik sangat kan? nampak ayu, manis..dah la jari runcing, badan kurus, kulit putih melepak, kulit licin halus, kaki kecik je, bibir macam pompuan. beribu kali saya tengok pun saya tak caya yg dia ni lelaki.


ni pulak gambar-gambar dia berpose dengan gaya lelaki





dia bergaya ganas pun tak nampak ganas. hihihi. tetap nampak mcm pompuan. -_-"



p/s: saya selalu baca kat komik Jepong yg lelakinya pakai cosplay pompuan. rupanya memang kat sana suka mcm tu.



kredit: forum cari


Jumaat, 16 Disember 2011

Kisah tragis kehilangan pelajar kedoktoran di Dublin | Rupanya telah berkahwin sesama lelaki.



2,3 hari lepas, saya ada baca berita tentang kehilangan pelajar tajaan Petronas di Dublin. dia hilang entah ke mana. Exam tak pass, pastu hilang. Mak ayah kat Malaysia risau. bukan setakat risau, terpaksa tanggung hutang. sebab tak pass, jadi dah langgar perjanjian Petronas. menanggung hutang RM 890,000.


Masa baca tu, saya buat spekulasi sendiri. mesti dia malu nak balik. mungkin dia cari keje dulu, untuk sambung belajar sendiri. sebab bila exam tak pass, kena extend. bila extend, yuran kena bayar sendiri. Petronas tak akan tanggung. tapi sebab dia malu dengan family, dengan kawan-kawan, sanggup pergi cari kerja sendiri. sanggup tanggung sendiri kos belajar.

Tup..tup, hari ni saya jumpa gambar ni:






amboi bang. meriahnya majlis abg. tak kesian ke kat mak ayah kat kampung tu bang? yang terpaksa menanggung hutang abang tu? 


rasa mcm tak berbaloi langsung berfikiran positif kat dia masa baca tentang dia hari tu. haiihh..macam2 dunia ni.

Jumaat, 9 Disember 2011

Candy Buffet / Dessert Buffet

Assalamualaikum. Korang pernah tak dengar tentang candy buffet? candy buffet ni sebenarnya, satu meja khas untuk desserts. macam buffet yang ada, terdapat lauk pauk, nasi etc. kalau candy buffet ni, semuanya mengandungi dessert. contohnya:
- cake
- cupcake
- macaron
- chocolate fountain with fresh fruits and marshmallow
- apam polkadot
- fancy cookies
- candies
- lolipop
- handmade chocolate
- chocolate
- fruits
- kuih-muih
- and others.

Ini ialah contoh gambar-gambar candy buffet:






comel kan? inilah perniagaan baru saya. hehe. candy buffet! tempahan pertama pada bulan februari tahun depan. nantikannya ya!


Rabu, 7 Disember 2011

WW #9 - Rindu


saya rindukan Raja. kadang-kadang, tengah malam sebelum tido berair mata dengan teringatkan Raja. hihi. 


p/s: Umi ckp, apa ni duk teringat-teringat ni. Raja hidup balik baru tau. tak takut??

saya jawab: sanggup, walaupun dah hantu. hihihi. :-P


Tolong saya, ini penting untuk dapatkan markah ujian saya!

Assalamualaikum semua. sebelum ni saya pernah bagitau, saya wajib ada satu blog untuk subjek e-commerce. minggu lepas, lecturer bagi test 1 yang perlu diselesaikan menggunakan blog tersebut.


testnya ialah, buat nota salah satu subjek untuk pelajar diploma foodservice management semester 1 hingga 3. jadi saya pilih untuk buat subjek yang saya ambil tahun 2007 lepas. Basic Western Cookery. time tu la saya mula-mula belajar memasak. hehe.


makanan yang kumpulan saya masak untuk kelas basic western cookery, ketika diploma semester 2. tahun 2007. hehe.


lecturer saya cakap, lepas buat nota tu, kena ada pengunjung yang datang membaca. markah saya akan dikira jika terdapat pengunjung dan mungkin ada yang akan gain knowledge dari blog saya tu. jadi, di sinilah yang saya ingin minta tolong kalian semua:

1. pergi ke blog saya ni http://atiqah-kamarudin.blogspot.com
2. kalau boleh, tinggalkan jejak di shoutbox
3. kalau lagi boleh, tinggalkan komen.


terima kasih banyak2.... :)



jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat