Sabtu, 24 Disember 2011

Kenangan Krismas di UK

Salam semua. lama tak bercerita berceriti dalam blog. memang dah tak ada alasan lain. tak sempat + takde idea. hihihi.


Bila hujung tahun mcm ni, teringatlah kenangan setahun yang lalu. kenangan ketika di Leicester, UK. seronok bila teringat balik kenangan kat sana. :)


2,3 hari sebelum Krismas, saya excited je menunggu Krismas. sebabnya, saya nak tengok sambutan diorang. meriah ke tak. nak tengok samaada meriah mcm kita tak. hehe.


2,3 hari sebelum Krismas, hari-hari saya ke bandar diorang. dari rumah abg ke bandar ambil masa 30 minit rasanya. tapi sebab kat sana sejuk, jalan lama-lama pun tak kisah. :)


kat bandar diorang, ada orang buka gerai tepi-tepi jalan. macam tempat kita, kalau nak hari raya banyak Bazar yang dibuka. ada yang jual beg, ada yang jual alat music yang orang red india selalu main, kemudian dia demo terus kat situ. ada jugak yang buat persembahan, untuk kumpul derma, dan ada badan-badan kebajikan yang minta derma. 


contoh persembahan yang saya lihat sehari sebelum krismas, persembahan keluarkan api dari mulut, persembahan orang emas, persembahan nyanyian koir. persembahan koir tu, memang kuat betul suara diorang. bingit telinga jadinya.



nilah orang emas diorang. diorang sediakan mangkuk di depan diorang. kalau kita letak duit, baru dia gerak. umi bagi 1 penny je kot kat diorang. hehehe. sebab kita tak tau diorang nak salurkan kat mana duit kita tu. kalau nak bagi byk2, baik balik bersedekah kat negara kita ni lagi kan. hehehehe.


tapinyaaa..bila sampai hari Krismas, langsung takde suasana Krismas. kalau dibandingkan dengan hari raya kita, jauh lebih meriah hari raya kita. diorang  takde pun kunjung mengunjung, pakai baju2 cantik etc. rancangan tv pun mcm biasa je, takde yg istimewa. bak kata adik saya:

"Krismas hanyalah untuk membeli belah"

memang betul pun. sebab Krismas diorang, cuma nampak diorang beria-ia membeli belah. Terutama pada Boxing Day, 26 Disember. takde pun buat makan-makan mcm Hari Raya kita, takde pun ziarah menziarahi macam kita, yang ada hanyalah tukar-tukar hadiah sesama diorang.


apa yang paling seronok, diorang ada sale bermula bulan november lagi. macam kita, puasa pun belum lagi orang dah bagi sale macam-macam. hehe. bila diorang sale, kami yang takde kaitan ni pun joinlah sekaki. hihihihi.



hasil rembatan ketika sale. hehehehe. Daisy by Marc Jacob. dah setahun pun tak habis-habis lagi. sayang nak pakai banyak-banyak. hehehe. :')


oklah, itu saja cerita saya pada hari ni. esok sambung dengan hari boxing memboxing. yang penting bukan boxing chicken ye. hehehe.


bye!



p/s: ketika kat sana, suka sngt ambil gambar freeze mcm ni. hehehe. 


2 ulasan:

Fazlinil Irma berkata...

atikah.. akak pun rindu sale kat uk. pernah sekali je pegi boxing day. lepas tu x sanggup dah nak berebut. :)

gambar last tu pun rindu jugak. :)

Mama Zharfan berkata...

gambar last tu sgt comel :) besh kan ;)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat