Jumaat, 5 Mac 2010

resepi lasagna ayam yang sedap!

terdapat unsur-unsur riak di situ! disamping nak bagitau percubaan lasagna saya yang keempat sedap, saya jugak nak kongsi resepi lasagna yang saya dah buat.. :-)



RESEPI LASAGNA AYAM

inilah lasagna ayam

Bahan2

1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering

ni kulit lasagna yang tqah guna..mcm kertas kan? hehe..yg gelap tu yg Tesco organic..pastu tak cukup, guna pulak yang San Remo..


1 s/b marjerin/mentega
½ s/k garam Air secukupnya , untuk merebus (kalau beli lasagna instant pun, lebih baik rebus dulu walaupun ditulis 'no precook required'..tp kalau tak nak rebus jugak, sos lasagna kenalah cair. tak boleh pekat)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus



Bahan2 Sos Daging2 s/b marjerin/mentega 
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm ayam cincang 

250 gm Tomato, kupas, parut (Tqah guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun, boleh juga guna "diced tomato" dalam tin)
300 gm Sos Tomato dlm botol 

100 cc Air (tqah guna setengah cawan)
3 blok kiub maggi ayam
1 s/k Oregano serbuk (tqah tak letak pun)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir




Bahan2 Sos Putih50 gm marjerin/mentega (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air (dalam 3 sudu besar jugak)
400 cc Susu Cair Evaporated (Tqah guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (tqah guna 100 ml, dalam setengah cawan)
125 gm Keju Cheddar parut (Tqah guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi ayam
¼ s/k serbuk lada putih

¼ s/k serbuk buah pala (Tqah tak letak pun)



Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam.
Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak)
Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Masukkan kiub ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.



sos merah atau sos daging.. :-)



Cara Masak Sos Putih1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata.
Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambahkan keju parut, kiub pati ayam MAGGI,
serbok lada putih & serbok pala.2. Masak hingga mendidih dan mengental.


ni rupa sos putih..



Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling,
2. Susun lasagna. kemudian letakkan dan ratakan sos merah, kemudian tindankan sos putih dan ratakan.
3. Ulangi proses sama seperti tadi diakhiri dengan sos putih di bahagian atas.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.

ni sebelum dimasak.. =)



ni hasilnya yang selepas dimasak.. =)


dan, yang paling seronok bila makanan dimasak, ialah ada orang yang makan...oleh itu, saya panggillah pengomen tetap saya untuk makan:

tengok tu...tgh makan pun sempat lagi main laptop...huh!


mesti sangat sedap lasagna yang saya buat...sebab tu sengih mcm tu sekali...kan awak kan.... :-p hehehe...

bye!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

7 ulasan:

Nor Hayati B. berkata...

wahhh..

nak lasagna!!

lapaaarrrrrrrr

[s][u][e][h][a][n][n] berkata...

wahhhhh menarik n sgt2 terliur :)

Cik Fasyareena berkata...

wahhh..
dengki nga kamal..
nk etek..hehe..
bestnye...

IntanBerlian berkata...

huhu menariknya.nanti nak try buat! heee

luvpinkja berkata...

wah. sedap nya lasagna..!

haritu buat dah. tapi part sos putih tak berapa nak jadi lah. jadi macam ketul2 n rasa tepung lebih. biasa makan kat kedai kan sos putih tu macam cair kan. how ek..?

then, nak tanya apa beza cheddar cheese dgn mozarella cheese?

sudu besar tu sudu makan kan bukan senduk? wuwuwu. jahil nya saya.

sorry byk tanya. thanks..! :)

husna berkata...

wah......sedapnya.....nak jugak....

Lynn La Loy リンダ berkata...

suka sangat Lasagna!!! nak try buat juga one day! thanks for the recipe. :)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat