Selasa, 14 April 2009

menerokai Cerana Villa Resort

kisah ini berlaku pada bulan Januari dan Februari yang lepas (lepah jamang berjamang doh crite ni)

sape penah makan kat Cerana Villa Resort ni?? Kalau sape2 yg tinggal kat kb dan kl (kedai lalat) mesti tahu ttg restoran dan resort ni...penah masuk jalan2 cari mkn tv3 tuuu...

entrance of Cerana Villa Resort

semester ni, tqah perlu menduduki kursus ETR 300 iaitu entreprenuership...untuk kursus ni, setiap group perlu membuat business plan mereka sendiri..hasil daripada bimbingan pensyarah, pn anita dan persetujuan setiap ahli, kami memilih untuk menjadikan Cerana Villa Resort sbg rujukan kami...dan kami membuat business plan ttg restoran kami sendiri iaitu D'Bahtera Restoran..group tqah terdiri daripada nurul, mai, teha dan fadz...

pertama kali tqah dan kawan2 pergi ke sana, adalah untuk mkn2 dan melihat keadaan sekeliling, kebetulan pemilik restoran dan resort ini ada. Beliau menyuruh kami memanggilnya 'ayoh'. beliau sgtlah sporting dan byk memberikan kerjasama. beliau byk memudahkan kerja kami. selepas selesai menemuramah 'ayoh', kami meminta izin utk dtg sekali untuk meminta maklumat lain memandangkan pada kali ini kami datang tanpa membuat persediaan..

kali kedua kami ke sana ialah pada bulan Februari. ketika itu, kami berlima sanggup pulang ke Kelantan, (termasuk Teha iaitu org KL) semata2 untuk ke Cerana Villa Resort sekali lagi. kali kedua kami pergi, kami disambut dan dilayan oleh Supervisor, En Afendi..beliau amat memberikan kerjasama terhadap kami. Beliau sanggup memberikan kami 'rahsia syarikat' seperti profit, gaji pekerja dan sebagainya..


teha dan mai berposing di atas rakit...rasa beralun2 je..seronok!

Selepas selesai temuramah dan penerangan oleh En. Fendi, kami semua menerokai seluruh Cerana Villa Resort...Cerana Villa Resort mempunyai chalet, restoran dan dewan..kawasannya juga agak luas berbanding dengan restoran2 lain...


nurul, tqah dan teha turun ke rakit..

pemandangan rakit yang diambil dari anjung..

laluan untuk ke dewan..

bergambar di dewan.. :-p

di wakaf, salah satu tempat makan..

kami berlima, teha-mai-tqah-fadz-nurul


Setelah siap segala urusan di sini, kami berempat tidak termasuk fadz pergi ke KB Mall dan membawa Teha ronda2 kawasan Kota Bharu...

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Cerana Villa Resort yg amat sporting dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kami. Kalau tiada anda semua, mungkin kami mempunyai lebih byk kesukaran untuk menyiapkan Business Plan yang sebanyak 70ms...Sekian, terima kasih... :-)

hahahaha....ada sape2 dpt habis baca entri ni x?? kalau ada sape2 yg dpt habiskan, korang mmg seorang yg sgt hebat! untuk makluman semua, entri kali ini adalah seperti karangan 'pengalaman saya' oleh murid sekolah rendah. .mmg skema :-p as a conclusion, i'm not a good writter...huhu..

p/s: for the tourists who come to Kelantan, I recommend you to come and eat the food at the Cerana Villa Resort..eventhough this restaurant is not seem exclusive like other restaurant, but it has its own nature environment, and the most favourite and popular food at this restaurant is 'ikan bakar'.. :-)

3 ulasan:

mira berkata...

tp mhl dih rst0ran ni..
bek g make kdai mamat sudeh..haha

-atiQah- berkata...

hehe...tulah...mahal sket dari kedai biaso..
tp dop semahal makanan kat dungun...huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

I with you completely agree.

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat