Selasa, 31 Disember 2013

Hi Hi 2014, Bye Bye 2013

Pejam celik pejam celik sekejap je dah habis setahun
Pejam celik pejam celik umur semakin bertambah
Pejam celik pejam celik semakin hampir kita akan mengadap Ilahi


sekejap je masa berlalu kan. kita tak boleh nak pusing balik masa. cuma yg kita boleh buat, teruskan buat kebaikan sepanjang masa. selalu muhasabah diri. selalu jaga hati org sekeliling. semoga bila tiba masa kita dijemputNya, kita tak mnyesal. InsyaAllah. :')


esok, 1.1.2014 blog ni dah cukup 5 tahun. hehe. dilahirkan 1.1.2009. dah banyak suka duka dikongsikan dalam ni. 


nak throwback sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2013

Januari, masih di negara orang. dapat rasa salji di negara orang. entah bila dapat merasa lagi. =)



Februari - Jun : takde buat benda lain. cuma tumpu kepada bisnes. bangun pagi masuk office, keluar office malam hari, tidur. hehe. hujung minggu selalu ke kelas memantapkan skill dan menambah ilmu baru. Alhamdulillah target utk kawen berjaya dikumpul. =)

mari-mari adik kakok. untuk warga Kelantan sahaja. jom ke Facebook Atiqah Homemade Dessert atau blog www.homemadechoc.com


Julai - bulan puasa, berehat dari meniaga. fokus kepada persiapan perkahwinan. time ni la siapkan hantaran, pos kad kawen kpd kawan-kawan, terima tempahan dari vendors dan lain-lain. 


Ogos - saya kawen! hehe. nanti akan sambung cerita pada entri-entri seterusnya. Majlis kawen pada musim raya. jalan-jalan pertama kali lepas kawen. kami ke Port Dickson. habis cuti, mr Alien balik ke Kuantan, saya sambung meniaga kembali.

gambar di pantai teluk kemang, Port dickson


September - dapat tawaran untuk kursus 'baking' selama 3 bulan secara percuma anjuran JPW Kelantan. end up, akan dapat sijil kemahiran malaysia tahap 2 dan 3. Alhamdulillah. yang ni pun saya nak ceritakan dalam entri baru. kenangan yang tak akan dilupakan seumur hidup. =)

hari kelas kek marble singapore. :) bersama group members. 15 orang yang terpilih semuanya.


Oktober - sibuk dengan kelas, dan yang paling seronok. saya dapat turunkan berat badan sebanyak 7kg berbanding masa kawen! hehe. satu pencapaian hidup. tp walaupun weight loss, inchloss sangatlah sikit sebab kurang bersenam. diet makan je. lepas kawen baru rasa semangat nak kuruskan badan untuk suami. hehe. 


November - dapat tahu berita baik. saya disahkan mengandung. :') semoga kandungan ini sihat dan sempurna sehingga dilahirkan. Amin. kemudian, sy masih sibuk dengan kelas. tapi dah nak sampai penghujungnya. kenangan paling berharga, pada malam penutup di Hotel Renaissance, cikgu kami buat pertandingan sesama sendiri. ini hasilnya:

hasil tangan kami. sebenarnya kami sendiri macam tak percaya boleh hasilkan kek2 sebegini. hehe. cerita pasal ni pun saya akan tulis dalam entri seterusnya. Insyaallah.


Disember - penutup untuk kursus. dapat banyakkk sijil! haha! Alhamdulillah. memang sangat happy sebab satu sijil dlm bidang ni memang amat bermakna bagi saya. walaupun dah ada diploma dan degree, tp bidang ni bidang lain. jadi saya perlu mula dari bawah. :) kemudian, lepas selesai kursus saya ada trip kedua dengan Mr Alien dan keluarga. pertamanya untuk pertunangan abang kedua. kedua, untuk majlis aqiqah baby Zara, anak saudara kedua. nanti yang ni pun saya akan buat entri baru. Insyaallah. 

baby Zara. anak saudara kedua. :')


esok dah masuk tahun baru. rasa macam banyaknya cerita yang saya nak buat entri. sebelum ni, tak sempat nak menulis sebab sibuk sangat di dalam 'office'. sekarang dah jadi surirumah tangga sepenuh masa. kemas rumah, buat laundry, masak dah selesai..jd kita ada banyak masa terluang. bolehlah menulis kan, dengan harapan duit nuffnang bertambah. kikiki. :-P

azam Januari 2014, nak buat entri-entri tertunggak 2013. hahaha! cerita basilah jawabnya. bye!


p/s: esok birthday umi yang ke 51. kakak tak dok nak buat kek ke umi. tunggu kakak balik raya cina kakak buat deh. love u very much, umi!

6 ulasan:

NinaAz berkata...

wahh.dah nak ada baby yea! tahniah22. hhhehe. igt sy lagi tak? pernah sewa awak punya coklat fountain :)

-atiQah- berkata...

@ninaAz: ingat..hehe..tp time tu sy takde kat rmh kan. nina dtg ambil choc fountain tu dgn umi. hehe. nina pun dah nak deliver kan? excited tak? hehe.

Unknown berkata...

Ingt aten lg x ? Hehe congrates mummy to be . Bile lh nk rse cake kak tiqah bt . Huhu

me suya berkata...

Semoga semuanya selamat kaja.. doakan suya sekali yer.. i wish all the best and good luck for future undertaking.

-atiQah- berkata...

mestilah ingat @aten badrol. bila nk dtg kb lagi? hri tu xtau. hehe.

-atiQah- berkata...

suya: amin..terima kasih suya. insyaAllah suya pun akn ada good news jgk. akan ada rezeki. amin.

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat