Sape kat sini pernah tengok cerita blue bloods? cerita ni sangatlah tak popular di Malaysia ni. saya tertengok cerita blue bloods ni kat AXN. lepas tu terus setia menonton setiap minggu. saya ni segala mak nenek cerita berkaitan polis/penyiasatan mesti akan tengok. tiap-tiap hari kalau takde cerita confirm akan buka channel AXN.
Bila dah habis season 2 dalam tv, saya pun google lah nak tengok dah keluar ke tak season 3. yeah! akhirnya dah keluar. terus download, boleh tengok di kala takde kerja. suka tengok cerita ni sebab selain hal polis, juga diorg tunjuk ikatan kekeluargaan yang kuat.
Akhirnya 8 bulan cerita tu ada dalam simpanan, sekejap tadi saya rasa teringin nak tengok. Terus play episod 5 Blue Bloods season 3 bertajuk Risk and Reward. apa yang mengejutkan saya, episod kali ni mengisahkan pasal MALAYSIAN TERRORIST!
tengok tu...dalam sinopsis pun ada tulis pasal kumpulan pengganas dari Malaysia.
pastu ada satu adegan tu, Detektif Danny ke kawasan yang penuh Malaysian, diorang tengok tengok bola
cerita pada minit 13:26. nampak tak poster kat dinding tu? Bir Untuk Bola Sepak??? dah la background bendera Malaysia.
haaa amekau! terbentang bendera Malaysia sebesar alam. pada minit 13:29
bila detektif tu masuk kat kawasan Malaysian ni, takde sorang pun bagi kerjasama. pastu detektif ugut-ugut, diorang cakap sila bagi kerjasama. diorang tau Malaysian ni datang US takde 'green card' pun, takde permit n whatsoever..tp diorang bukan datang atas kes tu. diorang datang nak tangkap Jamal Khan which is Malaysian terrorist who kidnapped New York's police officer. pastu ada la 2 org Malaysian tu berbisik-bisik. terus detektif sorang lagi cakap " I've spend 4 months in Putrajaya, so I'm exactly know what you are saying"..rasa mcm menipuuu gila. takkan la duduk Malaysia 4 bulan dah tahu Bahasa Melayu.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, bila tengok episod ni saya rasa sakit hati, marah dan sedih. rasa mcm terbako je dalam hati. orang yang buat cerita ni tak buat research betul-betul. persoalan saya:
- Malaysian ni ada ke yang jadi pengganas, sampai wujudkan group pengganas di Amerika sana nun.
- Sangat sakit hati diorang tunjuk Malaysian ni orang yang takde budi bahasa langsung. bila detektif tu masuk nak bercakap dgn orang-orang Malaysia, tapi diorang buat tak tau je. Padahal saya rasa Malaysian ni semuanya sopan-sopan. Maksud saya sedar diri bila berada di negara orang. bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Sebab tulah berdasarkan pengalaman di London dan Paris, orang-orang diorang selalu cakap diorang suka Malaysia, semuanya baik-baik dan berbudi bahasa. sebab tu diorang ada belajar Bahasa Melayu sepatah dua.
- Betul ramai Malaysian yang migrates kat sana, kiranya jadi pendatang haram kat sana? saya mcm tak pernah dengar tentang tu. negara kita walaupun belum sampai tahap negara maju, tapi rasanya takdelah sampai tahap rakyat kita pegi merempat negara orang. yang saya tau, Malaysian yang ada di sana hanya untuk belajar, atau yang kahwin dengan orang sana, atau kerja bidang professional secara sah.
-Pasal nama. memang nampak sangat diorang tak buat research. orang-orang kita walaupun orang Islam, macam jarang sangat nak jumpa yang nama Khan. ni diorang buat terrorist tu namanya Jamal Khan.
Saya sayangkan Malaysia. bila orang tunjukkan hal2 yang buruk tentang kesayangan kita, mestilah kita marah..sebab tu bila tengok cerita ni rasa diorang prejudis terhadap Malaysia. terus rasa benci kat diorang. diorang tunjukkan perkara yang tak betul kepada penonton mereka, kepada seluruh dunia. memang cerita ni, setiap episod akan ada kaitan dengan negara atau kaum lain. cthnya sebelum ni pernah keluar pasal orang China, India, Pakistan, Rusia dan jugak puak diorang sendiri. tapi yang menjadi persoalan saya, kenapa Malaysia? memang dalam pemikiran diorang rakyat Amerika, orang kita ni pun tergolong dalam terrorist ke?
8 ulasan:
jolo doh kaja...ikut sedak dio jah,aiii pang sekali kang..senyap!
1 bir untuk bola sepak tu je dah macam mintak penampar...lepas tu p pampang jalur gemilang...mmg nak makan kaki kot skrip writer dia nih
Salam ramadhan :)
hai, salam kenal :)
918 ...
erm..nak wt cner ..ade la tu apa2 yg diorg tahu kt msia sbb tu kua statement mcm tu ^_^
ish ish ish..xpernah tgk cite tu..
Media Amerika memang bengong. Mula-mula satu siri buat macam ni, lepastu siri lain follow, pastu buat movie.
Last-last dengan tak semena-mena orang Amerika ingat rakyat Malaysia ni teroris.
Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my
Hai, salam perkenalan..=)
Pertama2nya bila baca ni memang saya rasa nak tampar penulis cerita ni sampai terpusing tengkok..x pernah tau org malaysia macam mana jangan sesuka hati jer buat cerita la kan..
Catat Ulasan