Sabtu, 25 Februari 2012

Chim Chum @food village, Kelantan

Salam semua..korang tau tak Chim Chum tu apa? Chim Chum tu makanan korea, lebih kurang macam steamboat, pastu dilengkapi dengan peralatan untuk bakar (grill) makanan kita tu..

pada awal2 dulu, saya ingat Chim Chum ni makanan Thailand, rupanya Korea sebab baca di keratan akhbar yang ditampal kat kedai tersebut. tapi, makanan-makanan sampingan lain semua konsep makanan Thai. contohnya Laksa Bangkok, rojak buah, nasi air ala thai, pulut mangga dan lain-lain.



tadaaa..inilah chim chum. ada dua bahagian, satu utk grill dan satu utk rebus. sup yg diorang sediakan memang sedap. selalunya, tempat bakar tu digunakan utk bakar daging mcm daging ayam dan daging lembu. yang lain-lain macam sotong, kerang, dan udang kitorang rebus aje.




di food village ni, makanan dihidangkan secara buffet. selalunya org datang sini akan tamak ambik banyak-banyak. akhirnya perut jadi sangat full dan tak habis, sebab selalunya orang akan makan dengan sup. sup kan jadi cepat kenyang. pilihan yang selalu ada, udang, kerang, daging, ayam, sotong dan makanan proses macam hot dog, fishball dan ketam.




ni pulak pilihan sayur. saya suka ambik cendawan dan kubis. hehe. ;)





diorang ada jugak pencuci mulut. contohnya mcm air cendol, rojak buah, bubur chacha, agar-agar dan lain-lain. bubur chacha dan cendol dia memang sedap. adik kalau pegi sini mesti bermangkuk-mangkuk cendol dia makan. hehe.




selain daripada chimchum, diorang sediakan jugak makanan lain. contohnya mcm laksa thai. korang pernah makan? ;) makanan lain ada nasi goreng, mee goreng, laksa kelantan dan nasi air. gambar makanan lain tak sempat ambil sebab adik menyibuk.. :P


kat sini best kalau datang makan ramai-ramai. kalau datang sorang-sorang macam sunyi sepi je. nak membakar pun takde semangat. kalau ramai-ramai memang meriah. contohnya:


 makan-makan bersama family..


atau reunion bersama kawan-kawan sekolah menengah.


sekarang ni, restoran food village sedang bercadang utk buka cawangan ketiga. cawangan pertama di pengkalan chepa, kedua di Jalan Bayam.


kalau sesiapa warga kelantan nak tau lebih lanjut pasal food village, boleh like page ni di facebook. harganya pun berpatutan, boleh makan sampai pecah perut. :P




itu sahaja entri sy pada hari ni. takde cerita, jd cerita pengalaman makan-makan di salah satu restoran yang sedap di kelantan. bye! 



2 ulasan:

Admin berkata...

tengah duk usya chim chum di klate
gak nih.. thanks for sharing kak :)

Terbaru:
Domain Percuma untuk 1500 Follower !

Unknown berkata...

Baru makan kat sini 3 hari lepas. Boleh tahan, cuma time pergi tu ramai gila orang sampai majoriti tray dah habis makanan.

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat