Selasa, 3 Januari 2012

Masak-masak : Resepi Pavlova (Gambar Step by Step)

Salam semua..sekarang ni popular betul pavlova ni kan? sana sini orang bercerita pasal pavlova. saya tahu pasal pavlova ni sejak awal tahun lepas. tapi, sebab kekangan masa, nak cuba buat tapi tak terbuat. tapi Alhamdulillah, minggu lepas saya sempat cuba buat pavlova ni.

Resepi asal, dari blog Kak Irma. :) 

serius, sedap sangat pavlova ni. ;)


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur (putih telur hendaklah pada suhu bilik)
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cwn)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) non diary whipping cream
buah-buahan segar



Cara-Cara:

1. Campurkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung menjadi pes. Panaskan over 150C.

2. Pukul putih telur sehingga berbuih (soft peak). Jika guna hand mixer, hanya gunakan kelajuan 1-2 sahaja.

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit. tambahkan kelajuan mixer sehingga tahap maximum. Tambahkan kelajuan setahap demi setahap. Jangan terus ke kelajuan maximum.

4. Pukul putih telur dan gula tersebut sehingga bertanduk. Jika terbalikkan bekas adunan, adunan putih telur (meringue) tersebut tidak jatuh.

5. Kemudian, masukkan pes cuka+esen vanilla+ tepung jagung ke dalam adunan meringue tersebut. Guna kaedah kaup balik sehingga sebati.

6. Lukis bulatan sebesar 8 inci di atas kertas minyak. Tuangkan adunan yg dah disediakan dan buatkannya bulat mengikut bulatan yang dilukis. 

7. Turunkan suhu oven menjadi 140C. Bakar sehingga 1 jam - 1 jam 15 minit. Jangan terus keluarkan pavlova dari oven. biarkannya menyejuk di dalam oven. buka sedikit pintu oven.

8. Putar whipping cream sehingga kental, pipekan ke atas pavlova yang telah dikeluarkan dari oven. hiaskan dengan buah-buahan segar.

9. Untuk melihat dengan lebih jelas tentang membuat meringue, boleh lihat gambar di bawah:

Bila telur putih jadi macam ni, dah boleh mula tambahkan gula. time ni saya putar pada speed 3, bila dah masukkan semua gula, saya naikkan sampai speed 4.



Bila putih telur dah jadi macam ni, tambahkan speed sehingga speed 5.



putar sehingga menjadi meringue. putih telur menjadi kental dan bertanduk sebegini. 



untuk pastikan ianya telah menjadi meringue, cuba terbalikkan mangkuk meringue kita tadi. jika adunan tak jatuh, maksudnya meringue kita dah menjadi. sama macam dalam gambar, saya betul-betul terbalikkan, nampak tak kipas di syiling tu? :)



lepas sebatikan pes tepung jagung dan meringue, sedia untuk dibakar. 





inilah dia final product. maaf, produk tak berapa cantik. kena perbaiki lagi. :)



p/s: kalau teringin nak beli pavlova ni bagi area kota bharu, boleh tempah dengan saya di sini www.homemadechoc.com :)






12 ulasan:

hamzah ian berkata...

perghh... nampak sedap jeee

me suya berkata...

saya da pernah buat.. hehehe tapi sekarang dah malas nak buat :)

Ardini Humaira berkata...

dni belum pernah buat. teringinnnnnnyeeeee nak buat sendiri. nyummehhhh :)

imHepPie berkata...

cemana agaknya rasa dia eh...skang ni da jdi fenomena mkanan bru lak...tpi serius mcm sedap huhu

mj berkata...

thanks atiqah utk resepi ni... i was uitm dungun student before... huhuhu baca entry u buatkan rindu sangat ngan dungun..

Zie Has berkata...

Salam,

boleh tau.. berapa lama kena pukul bagi putih telur & gula tu jadi agak kental yer? sy dah pukul 20min guna mixer makin cair je rasenya :)

Anna Alisya Confectionery berkata...

salam kak,

nak tanyer pavlova nie tahan berapa lama yer..kalau nak ks crunchy kena simpan petiais ker..
ssrohana@bnm.gov.my

Myra Jay berkata...

Sedapnya...
Boleh la try buat :)

Tanpa Nama berkata...

salam, nak tanya akak guna whipping cream apa? maksud saya jenaman dia

Tanpa Nama berkata...

MINTA IZIN COPY..DALAM KERTAS BUKAN DALAM BLOG. TERIMA KASIH...TAK SABAR NAK TRY NI....k LIZ

Tanpa Nama berkata...

Oh...cm gtu upenye wt meringue..huhu

Unknown berkata...

salam,nak taya kenape saya buat palova dah sejuk dia menurun balik.dia jadi leper balik ...

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat