Khamis, 27 September 2012

Perjalanan KB-UK

Salam semua. dah lama kan saya tak menulis. sekarang cuba cari rentak balik. sebab ada benda yang boleh diceritakan, jadi adalah bahan untuk menulis. :)

24 september, seperti yang saya hebahkan. saya akan berangkat dari tanah air ke luar negara. hihi. macam la artis kan kena hebahkan. okay, sebenarnya terpaksa hebahkan. supaya takde la yang sms "kak nak order kek ambik lusa". bagi tidak mengecewakan jadi terpaksa la hebahkan. :-P



24 SEPTEMBER 2012

8.00 pagi - bertolak dari rumah. singgah makan nasi kerabu. nanti lama la lagi dapat makan balik. 

8.40 pagi - sampai di airport. check in. bersedia untuk berlepas.

10.30 pagi - sampai di LCCT. menunggu umi dan abah.

1.00 tengahhari - ada sedikit masalah. umi dan abah baru sampai di LCCT. bertolak ke KLIA

2.00 tengahhari - sampai di KLIA, makan di food court. tak sedap dan mahal. :-(

3.00 petang - check in. ada sedikit masalah jugak. tak boleh nak check in lagi. tunggu sekejap.

3.30 petang - dah boleh check in. terima boarding pass dari KL-BRUNEI. oh ya, saya naik royal brunei airways.

4.30 petang - pergi ke tempat berlepas. salam umi abah. tahan dari menangis. tak pernah berpisah 4 bulan tanpa bertentang mata. belajar di Dungun pun tiap 2 minggu balik rumah. T_T

5.00 petang - dah masuk bilik menunggu untuk berlepas. alamak! flight delay la pulak. sepatutnya pukul 5.50 petang dah bertolak.

6.10 petang - bertolak ke brunei

8.50 malam - berlari mencari gate 5. waktu berlepas pukul 8.50, tapi saya belum lagi masuk flight waktu tu. masuk flight semua pandang je. tercungap-cungap berlari. cari seat, ada mak cik pulak duduk kat seat saya. m.cik, saya penat-penat pre-book seat. :'( sebab saya dah lambat dan malas bising, terpaksa la saya duduk kat seat m.cik tu. saya tak nak duduk seat tengah, susah nak keluar masuk.. :'( masa nak buka tempat penyimpanan beg atas kepala, menjinjit saya nak tarik pintunya. tapi tak sampai. orang sekeliling buat tak tau je. pandang kiri kanan cari steward/stewardess..nasib baik ada uncle omputeh duduk hujunggg cakap " it's ok, let me help u" terus dia bukakkan, ambik beg dari tangan saya dan masukkan kat tempat penyimpanan. saya cuma mampu senyum lebar dan say thank u je. terus duduk sebab dah berdebar sebab lewat. berdebar sebab penat berlari lagi. :-P

9. 30 malam - bergerak ke Dubai. perjalanan ambil masa 7 jam 45 minit.


25 SEPTEMBER 2012

5.00 pagi - sampai di Dubai. turun Dubai, melalui security check, jalan jalan jauuuuhhhhh, masuk flight balik.

7.00 pagi - bertolak ke London. perjalanan 8 jam

3.30 petang - sampai di London. Alhamdulillah, selamat mendarat! penatnyaa duduk. badan dah lenguh. melalui imegresen. berdebar-debar bersoal jawab dengan pengawal imegresen. ambik beg di hall luggage. lambatnyaa tunggu beg ni..

4.30 petang - bertolak ke Birmingham. ambik Kak Min dan Rayyan di airport Birm.

8.00 malam - sampai di airport Birmingham. menunggu ketibaan kak Min dan Rayyan. bertolak balik ke rumah abang, Leicester

11.00 malam - sampai di rumah. mandi, badan dah masam + busuk macam apa dah. lepas mandi, on facebook..update status. :P


akhirnya, selesai perjalanan yang panjang selama 2 hari. di Malaysia, sekarang dah masuk 27 September. saya bertolak 24 september. dah 3 hari berlalu. tapi rasa macam baru sehari, sebab masa dihabiskan dalam flight dan pertukaran masa. 




1 ulasan:

me suya berkata...

take care di sana kj.. jaga rayyan leklok taw!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat