Selasa, 28 Februari 2012

Masak-masak: Resepi Apam Polkadot

Nak buat apam polkadot ni memang senang. tapi yang susah dan ambil masa yg lama untuk mengedot dan mewarna. sebab tu lah ada yg jual mahal, sebab memang sangattt penat nak siapkan..hehe..


tadaaa..ini dia apam polkadot..


sebelum ni, dah lama saya dengar tentang apam ni. tapi sekarang semakin popular..1st time saya makan apam ni dari Yuni. time dia meniaga kat bazar. apam dia gemuk dan comel. hehe. dah la dia jual sangat murahhh..memang sedap sgt! pastu, kwn umi nak tempah apam ni utk majlis kahwin anak dia..jadi saya pun belajarlah jugak buat apam ni.. :)


ok, ini dia resepi apam polkadot yang saya buat:

- 3 biji telur
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 1 sudu besar ovelatte
- 150 ml susu cair
- 3 sudu kecil baking powder
- inti (kaya, strawberry, blueberry, kiwi, coklat dan lain2)

caranya:
1.masukkan kesemua bahan dalam mangkuk pemutar, putar dengan kelajuan paling tinggi dalam 5-7 minit atau sehingga adunan menjadi 'putih'.
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. warnakan setiap bahagian dengan warna yg anda gemari.
3. masukkan adunan ke dalam piping bag, picit ke dalam paper cup yang telah di susun di dalam acuan kuih lompang atau tart. Picit sehingga separuh paper cup, kemudian masukkan inti dan masukkan lagi adunan apam menutupi inti sehingga 3/4 paper cup.
4. gunakan adunan warna yg lain, dot-dot kan di atas adunan apam di dalam paper cup tadi.
5. kukus menggunakan api yg sederhana, dalam 10-15 minit..





kalau korang teringin nak makan, tapi malas nak buat boleh tempah dengan saya. cuma rm25 utk 100 biji. untuk maklumat lanjut boleh ke www.homemadechoc.com


oh ya, di sini sy akan tunjukkan beberapa bahan yang digunakan di dalam resepi ni:

ini dia ovelette. ada jgk yg tulis ianya cake stabilizer. ada di jual di pasaraya atau kedai jual bhn2 kek.




ini pulak acuan kuih lompang. acuan ni ada 2 saiz. guna yg kecik utk buat apam. kalau guna yg besar, nanti apam xberapa cantik sebab jadi melebar besar.. :)




ni pulak disposable piping bag. senang gunakan yg ni sebab lepas guna, boleh terus buang..tak yah basuh..hehe..harganya pun murah.. :)



ok, itu sahaja pembelajaran hari ni ececehh..kalau ada apa2 boleh tanya.. :) terima kasih semua!


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tiqah eqa nk tnyer blh x, yg gm tu tkr pakai cawan blh, i x de timbang la, nk try buat ha ha

Tanpa Nama berkata...

nice..tq for sharing..

MISS IMAKASIHDANI berkata...

best nye. sy slalu failed bab wat benda2 gini T^T


jom komen sini pulak
cinta, kawan, kawan cinta ;)

MISS IMAKASIHDANI berkata...

best nye saya sllu failed buat benda2 gini T^T


jom komen sini pulak
cinta, kawan, kawan cinta ;)

Cho Zila berkata...

baguih rajin.....akak tak pernah buat.. makan pernah...

Unknown berkata...

saya buat apam polkadot ni adunan semua sama tp bla kukus tu dia pcah dkt bhgin atas..,
Macam mana nak elakkan dia pcah tu??

Unknown berkata...

saya buat apam polkadot ni adunan semua sama tp bla kukus tu dia pcah dkt bhgin atas..,
Macam mana nak elakkan dia pcah tu??

-atiQah- berkata...

salam..kalau tak nak bagi pecah, api xboleh kuat sangat..kena sedang2 je..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat