Khamis, 31 Disember 2009

Alhamdulillah... :-)

Alhamdulillah..
petang tadi, pukul 6.35 petang saya menerima sms dari mak saudara:
"azim sudah sedar..dah minum air kosong..teruskan doa"

Alhamdulillah..
setelah 3 hari tak sedar,
mungkin berkat doa kawan2, sahabat2 di blog ini, menyedarkan sepupu saya itu.. :-)

Alhamdulillah..
setelah 3 hari berturut2 ustaz dan kawan2 di pondok tempat azim belajar, membuat solat hajat..
setelah 3 hari berturut2, datuk azim di Machang mengadakan solat hajat bersama penduduk kampung di Kuala Krai,
Azim akhirnya sedar..

Alhamdulillah..
=)



•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•


terima kasih kerana membaca entri di blog ini..
(^_^)v

jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

Rabu, 30 Disember 2009

kepada semua kawan-kawan Islam

kepada semua sahabat-sahabat, kawan-kawan Islam, saya memohon anda untuk membaca doa ini:

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.(7×)

“Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu” [2]

doa ini untuk sepupu saya yang masih tak sedarkan diri setelah dibedah pagi semalam..

sepupu saya, Mohd Amirul Azim, 14 tahun menghidap masalah jantung sejak dilahirkan..jantungnya hanya mempunyai 3 bahagian dan tak normal seperti orang lain yang mempunyai 4 bahagian..

sebelum ni, dia telah dibedah beberapa kali, dan ini adalah pembedahan terakhir..pembedahan telah dilakukan dari pukul 7 pagi semalam dan pada pukul 5 petang barulah pembedahan berakhir..


sepupu saya kecil walaupun berumur 14 tahun..


Ya Allah...Kau sembuhkanlah dia..aku mohon kepadaMU..Aamin..


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

terima kasih kerana membaca entri di INI CERITA ATIQAH
jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

apakah itu buffered earning?

minggu lepas, saya bukak nuffnang saya, pastu tgk kat earning, dpt ni:


saya langsung-langsung-langsung tak faham sebenarnya apa tu buffered earning ni..hehe..

CTR bonus?? jumlah pendapatan semasa?? CTR?? betul2 saya tak paham..hehe..
kenapa mcm ramai yang gembira dengan buffered earning? mcm mana ianya berfungsi?

walaupun pernah buat entri ni sebelum ni, tapi saya tak dapat apa2 jawapan..

jadi, kawan2ku yang baik hati lagi comel lagi manis lagi menawan lagi kacak, sila jelaskan tentang ini boleh?? :-D


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•


terima kasih kerana membaca entri di blog yang tak seberapa ini,
jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

Selasa, 29 Disember 2009

Jika saya mempunyai ladang

walaupun sebelum ni saya pernah meroyan dan merepek tentang bakat segala, tapi saya cuba jugak untuk menghias kebun saya di farmville.. :-D

walaupun tak ada bakat, harus pura-pura berbakat dan yakin dengan hasil tangan sendiri bahawa yang sendiri buat adalah paling cantik..

jika saya ada ladang sendiri:

saya mesti akan buat candy park mcm ni...pastu ramai2 org akan datang dan letak hadiah bwh pokok krismas tuh..hehe..saya sukaaa hadiah! :-p


pastu sebelah candy park, saya akan buat snow park mcm ni..masuk rehat dalam iglu yang sejuk ;-)


kemudian saya akan buat rumah-rumah ladang..rumah-rumah ni harus buat tinggi sikit..hehe..barulah kalau binatang-binatang terlepas tak merosakkan rumah.. ;-)


kemudian mesti ada perhiasan di depan pintu masuk rumah-rumah ladang...sila beritahu saya bahawa anda nampak ini ialah bunga tulip bukan seperti makhluk asing yang sedang mendepakan tangan..


saya juga mesti buat tanda nama saya...awww...glemer u!


akhir sekali, inilah rupa ladang yang telah direka oleh saya..walaupun bersungguh2 pura-pura bahawa saya ada bakat, tapi ianya tetap nampak hodoh T_T

oklah, bye! selepas ini kita ke restoran idaman pula! hehe..


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

terima kasih kerana membaca entri di INI CERITA ATIQAH
jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

Isnin, 28 Disember 2009

Jatuh Cinta Dengan Opick


sekarang saya tiba-tiba jatuh cinta dengan lagu-lagu atau nasyid dari Opick

amat sedap dan penenang jiwa dan banyak pengajaran dan buatkan saya dengar berkali-kali tanpa henti dan tanpa bosan.

antara lagu-lagunya yang saya suka:

@rapuh @taubat @Allah Ya Nur

dan sekarang, amat2 jatuh hati dengan:

@taffakur


sebenarnya saya nak kongsi lagu-lagu yang saya minat ni di sini, tapi tak pandai..hehe..kalau ada sape2 yang nak, email saya..saya akan bagi untuk dengar.. :-D

oh ya..ada lagi tak lagu-lagu Opick yang best?? :-)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•


terima kasih kerana membaca entri di INI CERITA ATIQAH
jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

Khamis, 24 Disember 2009

PTPTN?? JPA?? MARA?? ANGKASA?? tolong....dalam dilema!

seperti yang saya tulis di dalam entri dibawah, yang saya sedang mencari pinjaman selain dari PTPTN..

setelah berjam-jam search pinjaman2 untuk pelajaran, akhirnya saya jumpa:
1.PTPTN
2. JPA
3. MARA
4. ANGKASA
5. BANK

1. saya sebenarnya tak berminat untuk ambik PTPTN..mungkin sbb pinjamannya tak boleh ubah.. T_T tapi sekarang saya macam tak ada pilihan...tolonglah! T_T


2. JPA, tak dapat nak apply sekarang..perlu tunggu tawaran keluar bulan Julai nanti. bila bulan Julai nanti, masa tu saya dah ada dalam semester ke empat (saya terus naik ke semester 3 thn dpn).. bila dah naik semester empat, maknanya saya cuma ada setahun lagi untuk tamatkan pelajaran...dan, kalau saya baru apply pada bulan 7, tahun 2011 baru saya dapat pinjamannya atau biasiswanya (ITUPUN KALAU PERMOHONAN DILULUSKAN)


3. MARA, rasa mcm nak nangis bila call kat MARA.. T_T cuba pelajar yang merupakan anak pekerja MARA, penerima pinjaman atau biasiswa MARA semasa diploma dan pelajar2 IPTS..bila dgr org MARA cakap mcm tu, rasa mcm harapan ni terus pecah! T_T


4. ANGKASA, pinjaman ni pinjaman boleh ubah. kalau dapat result elok, tukar jadi biasiswa. setahun maksimum rm6500..tapi, yang ANGKASA ni saya tak cukup maklumat..memang borangnya ada di laman web, tapi boleh guna ke? T_T


5. BANK. yang ni saya tak berapa berani nak apply. sbb saya tak tau apa2..kot2 interestnya tinggi ke, apa2 ke..bank yg menawarkan pinjaman, bank islam, bank rakyat dan lain2..tapi rasanya tarikh permohonan pun dalam bulan Julai nanti.


macam mana sekarang ni? apa yang perlu saya buat? saya perlukan pandangan seseorang!! tolong! T_T nak bincang dgn abah pun tak sempat..abah terlampau sibuk sekarang.. T_T

saya tak nak ambik PTPTN, tp macam mana yang perlu saya buat? apply ANGKASA kemudian semester depan apply JPA?? tp mcm mana kalau ANGKASA tak dapat?? T_T

kalau saya apply PTPTN, dan kemudian semester depan saya apply JPA, saya risau perlu terus bayar...PTPTN kalau kita tolak, borang bayaran terus sampai kan?? lagi-lagi PTPTN bukan pinjaman boleh ubah..peningg! betul2 dalam dilema!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•


terima kasih kerana membaca entri di INI CERITA ATIQAH
jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

pinjaman pelajaran selain PTPTN

Assalamualaikum.. =)

seperti yang saya ceritakan di sini, saya akan mengikuti Ijazah Sarjana Muda di dalam kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan..

yang menjadi masalah saya sekarang, iailah pinjaman pelajaran..nak harapkan Pa Ma, memang susah..yelah, cikgu..takdok le tinggi mana gajinya..hehe..

nak tanggung sendiri, den tok kijo lagi eh..nak harapkan suami, tak tau berapa tahun lagi baru ada suami..hehe..

pertama, untuk kursus diploma sebelum ni, saya ialah pelajar tajaan JPA..bolehke saya sambung biasiswa saya untuk ijazah tanpa buat permohonan rasmi pada bulan Mei nanti? saya dah cuba cari maklumat, tapi tak jumpa..

kedua, kalau saya tak dapat apa-apa tajaan, saya perlu untuk buat pinjaman untuk pembelajaran saya..selain PTPTN, pinjaman apa lagi yang sesuai? hati saya berat untuk tak ambik PTPTN..hehe..


kalau sape2 tau dan ada maklumat, sila kongsi ye.. =)

bye!


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

terima kasih kerana membaca entri di INI CERITA ATIQAH
jangan lupa untuk sertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
=)

Rabu, 23 Disember 2009

A.T.T.E.N.T.I.O.N


PERHATIAN KEPADA PEMENANG ATIQAH 2009 GIVEAWAY!

kepada semua pemenang, sila email butiran anda kat email saya ye...termasuk alamat blog anda
atiqahkj[at]yahoo.com

saya tak sempat untuk ke blog anda..maaf byk2..hehe..

sekarang tgh sibuk buat persiapan untuk kemasukan uitm thn depan..byk hal yang perlu buat..maaf ye.. :-)


terima kasih!




Isnin, 21 Disember 2009

PEMENANG ATIQAH 2009 GIVEAWAY

PEMENANGNYA IALAH:


1. SYAZANA
2. MISS LINA
3. HANA
4. FANAQILA
5. SALMAL



kepada sesiapa yang tak menang, harap maaf...
saya akan lakukan giveaway atau contest lagi pada masa akan datang.. =)


terima kasih banyak2..




ISTIMEWA


istimewa =)

Ahad, 20 Disember 2009

Atiqah 2009 Giveaway ditutup!

penyertaan untuk Atiqah Giveaway 2009 telah ditutup!

pemenang akan dipilih menggunakan random.org dan akan diumumkan pada malam ini atau pagi esok..


terima kasih.. :-)


ATIQAH 2009 GIVEAWAY

INI ADALAH STICKY MODE SEHINGGA 20 HB DISEMBER 2009..ENTRI BARU BERADA DI BAWAH..TERIMA KASIH.. :-)

εїз •(¯`•¸•´¯)`•.¸εїз¸.•´´• ღ ღ •``• .¸εїз¸.•´(¯`•¸•´¯)• εїз

saya lama saya berangan nak buat giveaway, dan hari ni saya boleh tunaikan angan2 saya ni.. :-)
senang saja nak masuk giveaway saya ni..tp maaf ya, hadiahnya tersgtlah tak seberapa..maklumlah, student lagi..hehe.. :-)

sebelum saya letakkan syarat2nya, jom kita lihat hadiah untuk 5 pemenang bertuah:


HADIAH UNTUK PENERIMA PERTAMA DAN KEDUA IALAH WANG TUNAI..TAPI TAKDELAH SEMERIAH GAMBAR DI ATAS..CIPUT JE..HEHE.. :-P


HADIAH UNTUK PENERIMA KETIGA IALAH GELANG DI ATAS



HADIAH UNTUK PEMENANG KEEMPAT IALAH KEDUA-DUA GELANG DI ATAS..



HADIAH KELIMA IALAH 3 KEPING KERONGSANG KARTUN DI ATAS..



tak best pun hadiah-hadiahnya kan?? tak kisahlah..itu je yang saya mampu bagi.. :-)


SYARAT-SYARATNYA

1. Wajib menjadi follower kedua-dua blog saya iaitu di http://pepelungu.blogspot.com dan http://comelbelaka.blogspot.com

2. Letak link kedua-dua blog saya di blog list anda.

3. Letak banner di atas di sidebar anda dan letakkan link http://pepelungu.blogspot.com di banner tersebut.

4. Post entri tentang giveaway ini dan letak tajuk ATIQAH 2009 GIVEAWAY. Di dalam entri tersebut harus ada banner di atas dan syarat-syarat ini.

5. post di bahagian komen entri ini jika anda sudah sertai. sertakan nama panggilan dan link site anda.

6. pemenang akan dipilih secara rawak.


giveaway ini tamat pada 20hb Disember 2009 pada pukul 8 malam. pemenang akan diberitahu secepat mungkin.



SEKIAN, TERIMA KASIH..


saya akan pergi check di blog anda selepas anda letakkan link blog anda di komen entri ni..jika syarat tak mencukupi, saya kan bagitau di blog anda..


p/s: jika ada apa2 yang perlu saya perbaiki, bagitau ya.. :-) terima kasih..


εїз •(¯`•¸•´¯)`•.¸εїз¸.•´´• ღ ღ •``• .¸εїз¸.•´(¯`•¸•´¯)• εїз


Sabtu, 19 Disember 2009

Buffered Earning


saya selalu baca dalam blog kawan-kawan, diorang selalu tulis pasal buffered earning..tp saya tak paham..hehe..

apakah buffered earning sebenarnya?




jangan lupa untuk sertai contest hidup berani untuk gagal di sini

peserta giveaway "ATIQAH 2009 GIVEAWAY"

husna
fatihah
kak ngah
wira TLC
miera
ratu salju
huda
mama darwisya
anin
atiqah
mama auni
lisa khusairi
nea flerida
nissa-elhumaira
iyya
ummie mirahaziq
ibu haikal
suehann
chanana
mama balqis
syazana
ieda
iema
ira
intan nurul fateha
yaya
cik cimi
tiha
monica
kak ikin
cmah
nafiraa
hana
dila
izan
mama azie
nurul nordin
mama aqish
MRS. K
zai kulim
salmal
suzie
akma
fanaqila
sya
em's family
mama izzya
cik fasha
miss lina
cik gadis
syakila
nur afzan
mama zharfan
ogy
juniza
inasepi
inahasan
izan cute
taufidris
segalanya ku terima

terima kasih kepada semua yang sudi sertai giveaway saya ni.. :-) kalau sesiapa yang dah sertai, tapi saya lupa nak letak nama, sila inform ye.. :-)


juga kepada yang telah sertai dan follow saya, jika saya masih belum jadi follower anda, sila beritahu saya.. :-)


keputusan akan diumumkan pada 21 disember 2009


.•°¤*(¯`°´¯)*¤°•. .•°¤*(¯`°´¯)*¤°•.

jangan lupa sertai contest hidup berani untuk gagal di sini.
terima kasih!




Jumaat, 18 Disember 2009

HARI TUA YANG BERMAKNA!

17 DISEMBER 2009


17 disember 2009, genaplah umur saya Nur Atiqah selama 21 tahun..hehe..dah tua.. :-p saya ada terima satu message dari kawan saya, Anisah.. "semoga umurmu sejajar dengan kematangan diri" hehe..lebih kuranglah ayat macam tu..message tu buat saya fikir sejenak, memang umur sudah 21 tahun, tapi saya langsung tak matang T_T kadang2 bila baca blog2 yang popular dan diorang lagi muda dari saya, saya mesti berfikir.. "bagusnya dia nih..matang..tak kebudak-budakan macam aku" T_T

ok, di sini saya nak cerita perjalanan yang menggembirakan ketika hari lahir saya semalam.. :-)



PERTAMA


keluar jalan-jalan dengan Mr. Alien..hehe..takdelah jalan-jalan sangat sebenarnya, lebih kepada membeli barangan dapur.. :-P

pertama, ke TESCO..motifnya saya nak beli sayur..hehe..sayur kat rumah dah habis..

kemudian, pergi makan kat kedai nasi kandar berhampiran PCB..hehe..Mr. Alien suka sangat mkn kat situ.. :-D [hasil pengaruh cikgu Hassan smip]

kebetulan dah berada di kawasan PCB (pantai cahaya bulan), Mr. Alien ajak saya jalan2 kat sana sekejap..ambik angin pantai.. :-)


sila abaikan saya yang gemuk dan dia yang kurus

kemudian, kami ke kedai cd game..hehe..dua-dua memang hantu game PC tau! saya peminat game arcade, dan dia game football manager..hehe.. :-D

lepas tu, balik rumah...dah petang! :-)



KEDUA


balik rumah terus bukak laptop, dan masuk ke istudent, dan akhirnya saya ditawarkan ini:



ALHAMDULILLAH!! SELAMAT KEMBALI KE DUNGUN! =)


KETIGA

amat bersyukur kerana kebetulan hari lahir saya tahun ini jatuh pada hari terakhir 1430H dan hari pertama tahun baru 1431H..

SELAMAT TAHUN BARU! 1431 HIJRAH!

selepas asar, doa akhir tahun dibacakan, selepas maghrib kami sekeluarga membaca doa awal tahun dan surah Yaasin 3kali...


KEEMPAT

sementara menunggu masuk waktu Isyak, umi chatting sekejap dengan kak ipar saya, iaitu Kak Min yang sekarang sedang menyambung pembelajaran di UK...kak min memberi berita baik..iaitu saya bakal menjadi mak cik!!! umi dan abah dah nak jadi datuk dan nenek..

mok ha (mak saudara) bersama kak min (kakak ipar)

hehe...TERUJAAAA SANGATTTT!! TAHNIAH KAK MIN! =)


KELIMA

keluar makan malam di restoran syam bungamas bersama keluarga..hehe..memandangkan hari lahir saya jatuh pada 17 Disember, iaitu sama tarikh dengan abah (sebab tu perangai saya lebih kurang abah), tiap2 tahun mesti abah akan bersungguh2 untuk hari lahir saya dan akan belanja makan..

padahal abah saje je nak rai hari lahir dia, pastu bagi alasan nak rai hari lahir saya..hehe..


sementara menunggu pesanan sampai
abah umi-ame-kakak adik


menu yang ditempah oleh Abah... =)


dah habis makan..Alhamdulillah..semua kenyang!



kepada kawan-kawan, sahabat handai dan keluarga yang mengucapkan selamat kepada saya, melalui sms, call, facebook, friendster, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih..terima kasih banyak-banyak..memang terharuuuuuuuuuuuu sangat! sangat2! rasa diri ni mcm dihargai...terima kasih!


terima kasih YA ALLAH..atas umur yang telah ENGKAU berikan padaku..atas umur untukku lebih mengenali duniaMU..Alhamdulillah..

.•°¤*(¯`°´¯)*¤°•. .•°¤*(¯`°´¯)*¤°•.

jangan lupa sertai giveaway saya di sini dan contest hidup berani untuk gagal di sini.
terima kasih!

Khamis, 17 Disember 2009

Malaysia Menang di Sukan Sea!

Malaysia menang menentang Vietnam..
tahniah Malaysia!!!!
tahniah setinggi-tinggi tahniah!!!




psstt..umi kata vietnam main jahat..betul ke??


=)




Rabu, 16 Disember 2009

selamat hari lahir, sayangku...

khas kepada sayangku Nur Fasyareena..encik aizu jgn jeles kerana iena juga kesayangan saya.. :-p



SELAMAT HARI LAHIR KE 21
IENA SUDAH TUA..HEHE

iena yang cantik, comel, manja, manis...teruskan sikap iena yang menyenangkan dan baik yang memang sedia ada sejak dulu sehingga sekarang...teruskan sampai bila2!

oghe doakan iena akan bahagia selama-lamanya..
sehingga akhir hayat, dan juga di akhirat..
semoga gembira di samping keluarga, di samping yang tercinta..

semoga panjang umur iena..
semoga Allah memberikan umur yang panjang kpd iena..
umur yang cukup utk iena menikmati kenikmatan dunia, dan merasai dan menggapai kasih-sayangNYA..
umur yang cukup untuk iena mengejar cita-cita iena..umur yang cukup untuk iena melaksanakan segala impian hidup..

akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR..
NUR ATIQAH amat bangga dapat menjadi kawan kepada NUR FASYAREENA


P/S: iena..nati oghe blaja wat kek gitu deh..hehe..tapi masa tu bukan 21 doh la..30 doh kot.. :-p hehe..


Selasa, 15 Disember 2009

apabila semua orang sedang bercakap tentang keputusan peperiksaan akhir semester

dah lama saya ingin bercakap tentang ni..sejak dari 10hb disember 2009 dan pada pukul 8 malam lagi. walaupun result ditulis keluar pukul 10 malam, tetapi pukul 6 petang dah keluar dan menyebabkan laman web uitm perlu di-refresh beratus-ratus kali untuk masuk..

bila result final exam uitm keluar, satu negara kecoh..semua akan mula mengeluarkan soalan "weh..result dpt berapa?'...."mcm mana result, ok??"


malam 10hb disember, selepas berhempas pulas merefresh page uitm, selepas berdebar bagaikan jantung nak pecah, selepas berdebar melebihi perasaan menunggu untuk dihukum oleh mak kerana telah bermain lipsticknya ketika kecil, selepas mandi paling singkat dalam hidup, iaitu selama 5 minit kerana tak senang untuk mandi lama-lama kerana berdebar menunggu page keluar, akhirnya saya dapat masuk dan check result saya..akhirnya, keluar ini:


*click to enlarge*


cuba tengok pada gred...L...apakah itu L?? lulus??? semester ni cuma lulus dan gagal shj?? tak ada gred?? tak ada pointer??? T_T Ya Allah........ sedihnyaaaaaaaaaaaa.....Ya Allah......ruginyaaaaaaa berdebar lebih2...sampaikan tido pun mimpi result..huh! semester ini adalah semester untuk latihan industri saya di sini...semua pengorbanan selama 5 bulan hanyalah sia-sia..pengorbanan saya selama 5 bulan tidak dapat diukur, hanya mengetahui lulus atau gagal sahaja..

nampaknya uitm telah mengkhianati saya..dia telah tukar sistem tanpa memberitahu kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu... T_T

bukan ingin mengungkit dan juga tidak bersyukur, cuma ingin meluahkan rasa hati bahawa sistem ni amat tak adil kepada semua yang bersungguh2 semester ini semata-mata utk menaikkan pointer..

bayangkan, selama 5 bulan ni saya mendapat 'lovely' experience seperti yang diceritakan di sini, di sini, dan di sini.. T_T sehinggakan saya tiba2 jadi seorang yang sgt sensitif dan berfikir banyak, sehinggakan saya telah menghabiskan air mata saya dengan mudah terhadap 'lovely experience' ketika praktikal, tetapi saya tabahkan hati semata-mata untuk mendapatkan markah yang baik.. T_T

untuk siapkan report, saya mula buat selepas minggu saya tamat praktikal..dr pagi sampai malam..kawan saya nurul hari-hari datang ke rumah, semata-mata untuk buat report...tapi, semasa saya ke Dungun untuk hantar report dan buat presentation, saya telah berjumpa dengan lecturer..ketika itu lecturer memberi komen bhw report saya terpesong..saya perlu edit semuanya, seperti yang saya ceritakan di sini.. T_T habis usaha saya selama ni..saya perlu siapkannya report dalam masa 5 hari sahaja... T_T

ketika print...Ya Allah.......itulah dugaan yg plg besar..masa nak print, tiba2 printer xde dakwat..menangis sorang2 dpn laptop mcm org tak betul..pegi print kat CC..harganya mencecah rm80...perlu beli catridge lagi, untuk print bhn presentation..

ketika presentation, jangan cakaplah...berdebar sampai muntah2 sbb takut tak dapat buat yang terbaik..semuanya saya telah ceritakan di sini... T_T

tapi, akhirnya saya sendiri tak dapat mengetahui ukuran terhadap usaha saya selama ini setelah uitm memutuskan untuk memberi keputusan lulus atau gagal sahaja kepada pelajar2 yang menjalani praktikal..


sebenarnya keputusan sebegini tak berapa menjejaskan saya..Alhamdulillah..hehehe...cuba kadang kala terasa nak meroyan lebih2..tp kesian kat kawan2, yang sgt2 bersungguh...yg telah memberikan 100% usaha..yang telah mengharapkan kenaikan cgpa pada semester ini..


TAPI, apa yang seronok ialah, saya dengan rasminya telah tamat diploma saya selama 3 tahun.. :-) dan saya berasa amat bersyukur dengan keputusan yang saya dapat, yang telah saya impikan dan saya doakan selama ini, dan yang telah saya cita-citakan sejak pertama kali menjejakkan kaki di UiTM DUNGUN pada 2 Januari 2007...

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH....




Isnin, 14 Disember 2009

pertandingan paling senang di dunia

PERTANDINGAN AKHIR TAHUN YANG BEST OLEH RAJA KAMIL


pertandingan akhir tahun ni sangat mudah!


Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukan untuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

bye!


Ahad, 13 Disember 2009

TOLONG JAWAB...TERIMA KASIH.. :-)

Assalamualaikum kawan2..

sebenarnya saya nak minta pandangan sikit.. :-) saya berminat nak jual komik terpakai/ second hand...sebabnya: saya memang minat komik dan ada sesetengah komik yang masih elok, tapi dah tak ada tempat nak simpan...daripada membazir, lebih baik jual dengan harga murah..

apa yang menyebabkan perkara ini terbantut ialah saya tak tau sama ada ianya akan diterima atau tak..sebab tu saya ingin meminta pendapat kawan2..silalah bantu saya ya.. :-)

SILA JAWAB SOALAN2 DI BAWAH:

1) adakah sesuai untuk menjual komik terpakai? (maksudnya ada kemungkinan org beli atau memang ianya tak mungkin?)
2) adakah ada kemungkinan anda akan membeli komik tersebut? (maksudnya tertarik ke tak kalau tgk komik terpakai nih)
3) jika ya, apakah jenis komik yang anda inginkan? (nama komik, jenis komik)
4) berapakah range harga yang anda fikirkan sesuai? (cth: rm1-rm5)


Sabtu, 12 Disember 2009

1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 +10 + 11 + 12 + 13 + 14 + 15 +16 +17 +18 + 19 +20 +21 +22 +23 + 24 + 25 +26 +27 +28 +29 +30

= 465

motif: menghasilkan entri paling pendek dan tajuk plg panjang.nak update blog tp tersgt mengantuk.BYE!



jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat