Sabtu, 21 Februari 2009

t-shirt untuk dijual!




di atas terdapat 5 design baju yang tersedia untuk dijual..
sesuai untuk student2 samaada di sekolah atau di ipt..
kalau sesiapa yang berminat,
harganya ialah:

1 helai : RM 26 + RM 5 kos penghantaran

2 - 10 helai : RM 26 + RM 10 kos penghantaran

11- 30 helai : RM 25 + RM 20 kos penghantaran

30 helai ke atas : RM 22 bagi design friend, give idea n brain dan RM 23 untuk design butterfly dan student + RM 20 kos penghantaran.

100 helai ke atas (untuk sesiapa yang berminat menjadi pengedar di sekolah atau ipt) : RM 22 bagi design friend, give idea n brain dan RM 23 untuk design butterfly dan student + RM 0 KOS PENGHANTARAN!

p/s : kalau ada apa2, kontek tqah ye...harga mungkin boleh dirunding lagi...

Selasa, 17 Februari 2009

AMALAN MANDI

assalamualaikum...
tqah dapat ni daripada email yang kak kay hantar kat tqah..
boleh dijadikan panduan kepada semua... :-)

Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Jumaat, 13 Februari 2009

...dinner at mock restaurant...

salam...pada hari selasa lepas iaitu 10/2/09, tqah dan kawan2 dijemput untuk menjadi guest di mock restaurant. pada hari tersebut, kawan tqah iaitu Nizam yang menjadi Supervisor of the day. bagi sape2 yg xpenah tau ttg fakulti hotel, di sini tqah akan cerita seba sedikit ttg subjek yang wajib diambil oleh semua kursus dibawah fakulti pengurusan hotel dan pelancongan kecuali kursus pengurusan pelancongan.

subjek yang tqah akan ceritakan ini ialah subjek food and beverage service. dlm kelas ni, kita akan diajar skill untuk menjadi waiter and waitress yang profesional, bagaimana untuk operate sesebuah restoran, bagaimana nak agihkan kerja bila jadi supervisor. setiap minggu, setiap pelajar di dalam kelas tersebut akan menjadi SOD iaitu supervisor of the day. bilangan pelajar untuk setiap kelas serving ni cumalah 11-14 orang. kalau dalam kelas teori, 2,3 group akan bergabung dan akan dipecahkan untuk kelas2 praktikal. cthnya kalau group tqah yg serving, group satu lagi akan memasak dan begitulah sebaliknya. kiranya 100% yang ada dlm restoran ni iaitu layout, makanan, sususan meja, dan sebagainya dibuat oleh pelajar sendiri..

pada malam selasa lepas, semua bdk2 perempuan kelas tqah pergi ke kelas serving ketika Nizam jadi SOD. sape2 yang jadi SOD, perlu mencari guest. slalunya susah untuk mencari guest sbb guest perlu makan. tapi tqah mmg xkesah utk jadi guest utk kelas serving sbb berbaloi. layanan dan makanan sama mcm hotel sebenar. kalau menu table d'hote, cuma rm18-rm10.80. hidangannya pula lengkap dari appetizer hinggalah kepada beverages.

tqah tempah table for four untuk malam tersebut. yg semeja bersama tqah ialah nurul, teha dan mai. tema restoran pada malam tersebut ialah valentine. semuanya warna pink dan merah..oh ya, bagi sesape yg ada kekasih, diorang selalu nak pegi menjadi guest sbb suasananya romantik. hehehe...kalau nak pegi hotel sebenar, x mampu...kalau menu table d'hote ni hotel sebenar, paling murah pun rm60 seorang..

bila sampai di mock restoran, tqah dan kwn2 dibawa ke meja tqah. selepas duduk, tqah dikenalkan dengan waiter yg akan layan tqah dan kwn2 malam tu..namanya Amnan..tqah dan kwn2 ada ambil gambar bersamanya, tapi tqah lupa nak ambik dengan kawan tqah tu...selepas unfold napkin, ditawarkan air sejuk atau suam, Amnan bawakan menu utk hari tersebut...
selepas menu diberikan, Amnan bawakan appetizer.

inilah appetizernya...breaded fish fillet serve with mint sauce...lebih kurang gitulah namanya...hehehe..tqah mmg jenis mkn semua..tp kwn tqah, Nurul xsuka ikan yang besar2..mcm mana tqah tahu ikan ni besar? sbb slalunya dlm kitchen, kami xpenah diberikan ikan yang kecil, sbb susah untuk dibuat fillet...mint saucenya pun sedap..kalau ikan, mmg sesuai dimakan dengan sos yang masam dan xcreamy sgt.. :-)

inilah table layout pada mlm tersebut...tqah xsempat nak ambik gambar table layout ni sebelum napkin diunfold. napkin pada mlm tu berwarna merah dan dibuat bentuk hati.

sebelum appetizer atau pembuka selera dihidangkan, waiter yang menjaga meja tqah memberikan welcome drink yang diberi nama "passion of love"..minuman ini ialah 'moctail'..ia dibuat dengan mencampurkan pepsi dengan lemon. sebelum itu, bahagian atas gelas ni diperah dengan lemon dan dicelupkan dengan sedikit garam...pelik kan?? tapi memang sedap! :-) mocktail ni boleh dibuat dengan mcm2 bahan...tqah dulu penah wat welcome drink campuran sunquick tropica, sirap dan air aiskrim soda..sedap..kalau xcaye bolehlah cuba wat..hehehe.. ;-)


lepas makan appetizer, tqah dihidangkan dengan soup pula...sup hari tersebut ialah clear barley dan mushroom sup. sup ni pun sedap, sbb xmuak...cuma tqah xbrape suka rasa kacang yang ada dlm sup ni sbb ianya sedikit hangit..jadi pahit sedikit... :-)

semasa makan sup, tqah dan kwn2 dihidangkan dengan softroll dan butter...softroll ni dihidangkan untuk dicicah bersama sup dan juga sebagai makanan untuk menghilangkan rasa bosan semasa pertukaran hidangan...tqah dan kwn2 mmg suka sgt dgn softroll...sedap bila mkn dgn butter...masa tqah masuk kelas pastry dulu pun, tqah mmg suka sgt menguli softroll.. :-)

lepas makan sup, tqah dihidangkan dengan main course ataupun hidangan utama.. :-) menu malam tersbut ialah ayam...tqah lupa namanya...tapi ayam tersbut dibakar dan disalut dengan cheese. starchnya ialah baked potato wedges..vegetables nya tqah xpasti...mcm bayam goreng tepung je...sosnya mcm sos bolognaise untuk spagetti...sedap...hehehe...untuk setiap main course, mesti ada daging, xkiralah ayam ke, daging ke, ikan ke...pastu mesti ada starch iaitu karbohidrat dan sayuran.. :-) kalau pasta iaitu spagetti, lasagna pun dikira sebagai main course..

ni kawan tqah, Nurul sedang makan main course.
.
ni teha yg sempat posing msa makan..hehehehe..

ni pulak mai...eh..eh...eh...sambil makan pun boleh senyum...hehehe..

lepas makan makanan yang berat, tibalah masanya untuk dessert atau pencuci mulut.. :-) dessert untuk mlm ni ialah chocolate brownies with cheese...tqah mmg xsuka cheese untuk dessert...tapi kalau utk masakan tqah suka.. :-) brownies mlm ni mmg sedap..pastu caramel yg bibuat line tu pun mmg sedap...browniesnya xkeras sgt..x dry..mmg sedap! hehehe...

masa mkn dessert, kita akan dihidangkan dengan kopi atau teh...tqah lebih suka kopi..sbb kopi kalau dibuat dengan creamer, mmg sedap! tqah blaja minum kopi ni pun masa tqah ada kelas serving semester lepas...hehehe...tp tqah xsuka kalau campur creamer dgn nescafe..nescafe lagi sedap kalau dicampur dgn susu.. :-D

hidangan untuk malam ni ialah rm13.50 seorang...sebelum pulang, supervisor akan memberikan door gift utk setiap guest..ni door gift yg tqah dpt...doorgift ni beli oleh supervisor dgn duitnya sendiri...kalau nak buat tema, supervisor perlu gunakan duit sendiri untuk beli barang2 yg sesuai dengan tema...cthnya mlm ni, temanya ialah valentine..untuk welcome drink, lilin2, kain2 rentang yg diguna dan mcm2 lagi perlu dibeli dengan duit sendiri.. :-)

mlm tu tqah balik dengan kenyang yg amat sgt...dlm perjalanan pulang, tqah sempat lagi berposing, tapi tqah xsempat nak bluetooth dgn kwn tqah...semua gambar2 yang ada ni cuma yg tqah ambik sendiri..xlawa kan??? hehehe..tqah mmg xde bakat dlm benda2 yg berseni ni.. :-p

Khamis, 12 Februari 2009

picture~shah rukh khan's house



















salam...
tqah ada jumpa gambar2 rumah shah rukh khan dlm forum cari.com..
rumah dia mewah sgt2..
sape2 yg xpenah tgk, bolehlah tgk2 dlm blog tqah ni...hehehe.. :-)

kalaulah kita ada rumah semewah tu.. :-p
hihihi...berangan sekejap..


p/s: tqah skarang xsempat nak post ttg kehidupan tqah..sibuk sket..hehehe..
tp insyaAllah mlm ni kalau sempat tqah akan post.. :-)
walaupun xde sape pun yg berminat nak baca...hohoho.. :-p

Isnin, 9 Februari 2009

picture~beautiful bedrooms

















assalamualaikum...

di sini tqah sediakan gambar2 bilik tidur yg amat menarik... kak kay yg email kat tqah satu masa dulu.. :-)

kalau tqah ada rumah satu hari nanti, tqah nak wat bilik tidur yg nampak klasik dan mewah tu...

pastu utk bilik2 lain, tqah nak wat bilik yg berwarna pepel tu...hehehe.. :-)

kalau korang semua, manakah bilik pilihan anda?? ;-)

Jumaat, 6 Februari 2009

picture~city by biscuit



















tqah dapat ni daripada hisyam..
hisyam email kpd tqah..
dah lama dah..
tapi sbb skarang baru tqah ada blog, jadi baru dpt kongsi dgn org lain..heheheh..
thanks hisyam!!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat