Jumaat, 13 Februari 2009

...dinner at mock restaurant...

salam...pada hari selasa lepas iaitu 10/2/09, tqah dan kawan2 dijemput untuk menjadi guest di mock restaurant. pada hari tersebut, kawan tqah iaitu Nizam yang menjadi Supervisor of the day. bagi sape2 yg xpenah tau ttg fakulti hotel, di sini tqah akan cerita seba sedikit ttg subjek yang wajib diambil oleh semua kursus dibawah fakulti pengurusan hotel dan pelancongan kecuali kursus pengurusan pelancongan.

subjek yang tqah akan ceritakan ini ialah subjek food and beverage service. dlm kelas ni, kita akan diajar skill untuk menjadi waiter and waitress yang profesional, bagaimana untuk operate sesebuah restoran, bagaimana nak agihkan kerja bila jadi supervisor. setiap minggu, setiap pelajar di dalam kelas tersebut akan menjadi SOD iaitu supervisor of the day. bilangan pelajar untuk setiap kelas serving ni cumalah 11-14 orang. kalau dalam kelas teori, 2,3 group akan bergabung dan akan dipecahkan untuk kelas2 praktikal. cthnya kalau group tqah yg serving, group satu lagi akan memasak dan begitulah sebaliknya. kiranya 100% yang ada dlm restoran ni iaitu layout, makanan, sususan meja, dan sebagainya dibuat oleh pelajar sendiri..

pada malam selasa lepas, semua bdk2 perempuan kelas tqah pergi ke kelas serving ketika Nizam jadi SOD. sape2 yang jadi SOD, perlu mencari guest. slalunya susah untuk mencari guest sbb guest perlu makan. tapi tqah mmg xkesah utk jadi guest utk kelas serving sbb berbaloi. layanan dan makanan sama mcm hotel sebenar. kalau menu table d'hote, cuma rm18-rm10.80. hidangannya pula lengkap dari appetizer hinggalah kepada beverages.

tqah tempah table for four untuk malam tersebut. yg semeja bersama tqah ialah nurul, teha dan mai. tema restoran pada malam tersebut ialah valentine. semuanya warna pink dan merah..oh ya, bagi sesape yg ada kekasih, diorang selalu nak pegi menjadi guest sbb suasananya romantik. hehehe...kalau nak pegi hotel sebenar, x mampu...kalau menu table d'hote ni hotel sebenar, paling murah pun rm60 seorang..

bila sampai di mock restoran, tqah dan kwn2 dibawa ke meja tqah. selepas duduk, tqah dikenalkan dengan waiter yg akan layan tqah dan kwn2 malam tu..namanya Amnan..tqah dan kwn2 ada ambil gambar bersamanya, tapi tqah lupa nak ambik dengan kawan tqah tu...selepas unfold napkin, ditawarkan air sejuk atau suam, Amnan bawakan menu utk hari tersebut...
selepas menu diberikan, Amnan bawakan appetizer.

inilah appetizernya...breaded fish fillet serve with mint sauce...lebih kurang gitulah namanya...hehehe..tqah mmg jenis mkn semua..tp kwn tqah, Nurul xsuka ikan yang besar2..mcm mana tqah tahu ikan ni besar? sbb slalunya dlm kitchen, kami xpenah diberikan ikan yang kecil, sbb susah untuk dibuat fillet...mint saucenya pun sedap..kalau ikan, mmg sesuai dimakan dengan sos yang masam dan xcreamy sgt.. :-)

inilah table layout pada mlm tersebut...tqah xsempat nak ambik gambar table layout ni sebelum napkin diunfold. napkin pada mlm tu berwarna merah dan dibuat bentuk hati.

sebelum appetizer atau pembuka selera dihidangkan, waiter yang menjaga meja tqah memberikan welcome drink yang diberi nama "passion of love"..minuman ini ialah 'moctail'..ia dibuat dengan mencampurkan pepsi dengan lemon. sebelum itu, bahagian atas gelas ni diperah dengan lemon dan dicelupkan dengan sedikit garam...pelik kan?? tapi memang sedap! :-) mocktail ni boleh dibuat dengan mcm2 bahan...tqah dulu penah wat welcome drink campuran sunquick tropica, sirap dan air aiskrim soda..sedap..kalau xcaye bolehlah cuba wat..hehehe.. ;-)


lepas makan appetizer, tqah dihidangkan dengan soup pula...sup hari tersebut ialah clear barley dan mushroom sup. sup ni pun sedap, sbb xmuak...cuma tqah xbrape suka rasa kacang yang ada dlm sup ni sbb ianya sedikit hangit..jadi pahit sedikit... :-)

semasa makan sup, tqah dan kwn2 dihidangkan dengan softroll dan butter...softroll ni dihidangkan untuk dicicah bersama sup dan juga sebagai makanan untuk menghilangkan rasa bosan semasa pertukaran hidangan...tqah dan kwn2 mmg suka sgt dgn softroll...sedap bila mkn dgn butter...masa tqah masuk kelas pastry dulu pun, tqah mmg suka sgt menguli softroll.. :-)

lepas makan sup, tqah dihidangkan dengan main course ataupun hidangan utama.. :-) menu malam tersbut ialah ayam...tqah lupa namanya...tapi ayam tersbut dibakar dan disalut dengan cheese. starchnya ialah baked potato wedges..vegetables nya tqah xpasti...mcm bayam goreng tepung je...sosnya mcm sos bolognaise untuk spagetti...sedap...hehehe...untuk setiap main course, mesti ada daging, xkiralah ayam ke, daging ke, ikan ke...pastu mesti ada starch iaitu karbohidrat dan sayuran.. :-) kalau pasta iaitu spagetti, lasagna pun dikira sebagai main course..

ni kawan tqah, Nurul sedang makan main course.
.
ni teha yg sempat posing msa makan..hehehehe..

ni pulak mai...eh..eh...eh...sambil makan pun boleh senyum...hehehe..

lepas makan makanan yang berat, tibalah masanya untuk dessert atau pencuci mulut.. :-) dessert untuk mlm ni ialah chocolate brownies with cheese...tqah mmg xsuka cheese untuk dessert...tapi kalau utk masakan tqah suka.. :-) brownies mlm ni mmg sedap..pastu caramel yg bibuat line tu pun mmg sedap...browniesnya xkeras sgt..x dry..mmg sedap! hehehe...

masa mkn dessert, kita akan dihidangkan dengan kopi atau teh...tqah lebih suka kopi..sbb kopi kalau dibuat dengan creamer, mmg sedap! tqah blaja minum kopi ni pun masa tqah ada kelas serving semester lepas...hehehe...tp tqah xsuka kalau campur creamer dgn nescafe..nescafe lagi sedap kalau dicampur dgn susu.. :-D

hidangan untuk malam ni ialah rm13.50 seorang...sebelum pulang, supervisor akan memberikan door gift utk setiap guest..ni door gift yg tqah dpt...doorgift ni beli oleh supervisor dgn duitnya sendiri...kalau nak buat tema, supervisor perlu gunakan duit sendiri untuk beli barang2 yg sesuai dengan tema...cthnya mlm ni, temanya ialah valentine..untuk welcome drink, lilin2, kain2 rentang yg diguna dan mcm2 lagi perlu dibeli dengan duit sendiri.. :-)

mlm tu tqah balik dengan kenyang yg amat sgt...dlm perjalanan pulang, tqah sempat lagi berposing, tapi tqah xsempat nak bluetooth dgn kwn tqah...semua gambar2 yang ada ni cuma yg tqah ambik sendiri..xlawa kan??? hehehe..tqah mmg xde bakat dlm benda2 yg berseni ni.. :-p

5 ulasan:

khairul onggon berkata...

Sekarang ni jam kul 12tengahmalam... baca n tgk gambo ntry tiqah abg jadik lapar gulpss... hehehehe... :)

-atiQah- berkata...

hehehehe...nanti kalau abg kahirul dtg dungun bagitau lah ye..
tqah bleh tlg arrangekan kalau abg nak jgk pegi mkn mcm tqah ni.. :-)

Seng berkata...

Ishx10.... sedapnyo!

-atiQah- berkata...

hahahaha...kasim keliur lah tu... :-p

Muhammad Affan Bin Hassan berkata...

tetibe jer...(perut jd lapar)

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat