Khamis, 30 Jun 2011

Seronoknya ke Kuala Perlis!

ni sambungan dari entri ini..


sampai kat bilik, adik sms tanya nak keluar makan ke tak. adik study kat IPG perlis.

adik: Kak nok g make ko dok?

me: Nok. siap cepat-cepat. kakak nok g doh ni.


Masa pukul 4.30. adik dengan bersemangatnya bersiap, tapi saya pukul 5.00 baru keluar hotel dan pergi cari teksi. Dari Kangar, pergi ke IPG kemudian pergi ke Kuala Perlis. bayangkan, perjalanan yang selalunya 20 minit jadi 40 minit dengan teksi yang di bawa pakcik tu. dah la pak cik tu buat sangkaan sendiri kitorang nak pegi Langkawi. cas RM22.. -_-" kan senang kalau ada kereta sendiri...


Kuala Perlis adalah tempat untuk melantak. hehe. sampai sana, terus cari kedai ikan bakar yang berkenan di hati. ada banyak kedai yang boleh dipilih. panjang di pesisir pantai. dan, harga makanan laut kat sana murah. bukan macam di dungun, mahal berganda-ganda dari sini.



adik pilih satu kedai. kemudian pilih lauk yang sesuai. adik pilih ikan, kepah, dan sotong. lepas buat tempahan, kami tunggu sekejap je. dalam 15 minit je..makanan pun sampai. memang tip top lah.


ni tom yam untuk 3 orang makan, tapi kami semuanya 5 orang. :) juga daging masak merah khas untuk madihah. setiap hidangan akan disertakan dengan sambal belacan, air asam, ulam-ulaman dan sos cili! :)




ni apa sebenarnya? kepah? lala? yang penting dimasak halia. sedap!



ini sotong goreng tepung. dalam 7 ekor sotong saiz sederhana. terbaiklah!




ikan bakar. nyum nyum.




nak tau tak harga semuanya? 5 pinggan nasi, lauk2 di atas dan sebelum balik adik siap bungkus lagi 5 ekos sotong celup tepung. total hanya RM87. murah kan? kat Dungun, 2 ekor sotong pun dah RM 6. seekor yang besar dah RM10. huhu.



lepas makan-makan, kami bertolak ke Kangar. saya ke stesen bas, adik ke pasaraya. RM14 lagi duit teksi. mahal bebenor. sampai kat stesen bas, pusing-pusing kami cari surau.


akhirnya jumpa, di celah-celah kedai. tapi tersangatlahhhh teruk:


1. cermin surau tranparent. bygkan, orang luar boleh nampak tindak tanduk kita kat luar. nak bukak tudung, betulkan tudung pun tak boleh.
2. lantai cuma tile, takde karpet. jadi sangat kotor dan melekit.
3. nak ambik wudhuk pun kena bayar. sbb cuma ada sumber air dalam tandas. untuk wudhuk terpaksa masuk tandas dan bayar 30sen
4. orang yang jaga tandas orang India. siap pasang dvd lagu tamil kuat-kuat ketika kami solat maghrib.



serius sangat teruk suraunya. sangat kotor. kalaulah pihak majlis perbandaran Kangar dapat baca luahan hati saya ni. lepas solat terus saya dan diha naik bas. kami naik bas pukul 8 malam.


keesokannya, sampai di Kelantan pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat, dan sangat seronok! lain kali akan ke Perlis lagi. hehehe.


bye!



Selasa, 28 Jun 2011

Nurul AF2 nikah di Narathiwat Thailand

Lepas kisah Nurul Af2 masuk Melodi ahad lepas, unique visitors blog saya naik mencanak-canak.



selalunya nak dapat 100UV sehari pun susah, tapi hari Ahad lepas terus naik sehingga 500 ++ UV. tapi, Ahad lepas saya tak tengok pun Melodi. tak dapat komen apa yang terjadi.

Isu tentang Nurul ni, saya dah tau lama dah. lepas beberapa hari majlis Nurul kat Sarawak. maknanya, dah hampir sebulan baru Melodi keluarkan isu ni.

tentang isu nurul, keluarga kandung, keluarga angkat dan nikah di Thailand, saya tak ada apa-apa nak komen. sebabnya, saya tak tau apa-apa. kita orang luar takde hak untuk masuk campur. tapi, dari sumber terdekat yang saya dengar, Nurul agak kecil hati bila diserahkan kepada keluarga angkat ketika kecil. jadi, bila dah besar, keluarga angkatlah yang lebih dihormati, yang perlu dijaga hatinya, sebab keluarga angkat yg memberi makan pakai, memberi pendidikan dan memelihara sejak kecil. mungkin apa yang Nurul lakukan, untuk menjaga hati keluarga angkat dia.



tapi, saya kesiankan Nurul..sejak isu dia keluar Melodi, ramai yang hentam dia. ramai yang mengata dia. kesian dia, dia artis yang bersih. zaman sekolah dulu, saya memang fanatik tahap 5/5 terhadap Nurul ni. tak caye, tanya kawan-kawan sekelas. hehehe. :malu:


Nurul sangat baik, cuba bayangkan, 1st time tqah jumpa dia, ketika dia datang KbMall dengan geng-geng AF2. time tu AF betul2 fenomena kepada negara. ketika tahun 2004.

nampak Nurul di celah-celah orang ramai? kecik bebenor dia time ni. ehem ehem, ni tahun 2004. guna kamera yang perlu cuci filemnya, pastu gigih scan masukkan dalam komputer. hehehe..




nilah time saya jumpa dia. dri luar bas je. hehe. cuma sempat lambai-lambai, tanya-tanya khabar melalui luar bas macam ni.




selepas 6 tahun dari kejadian di atas, iaitu tahun 2011 ni, Nurul hantar msg melalui fb:



terharu kaw. :') hehehe..lepas sms sms akhirnya kami dapat jumpa sekejap. jumpa di KB Mall. Nurul dan suami sangat baik, walaupun saya kekok tapi diorang tak berhenti cakap tak nak bagi saya kekok.


bayangkan, kejadian saya ketika tahun 2004 cuma melambai melalui tingkap bas, dia masih ingat. badan saya yang sedikit kecil dari sekarang pun dia masih ingat. siap cerita kat suami dia, which is tunang time tu, ketika dia datang kbmall 6 tahun lepas dan nampak saya dari jauh ketika itu. sekali lagi terharu. :')




adik nurul-me bulat-nurul


sekarang ramai yg kutuk-kutuk dia, yg bagi komen macam-macam. memang tindakan keluarga kandung nurul untuk membersihkan nama diorang, tapi kita yang tak tau apa-apa, apa yang berlaku sejak 29 tahun Nurul hidup, tak berhak untuk mengomen dengan lanjut kan? :) peace!


oklah, itu sahaja kisah saya dan Nurul AF2. hehehehe...



bye!



PENGEDAR BISKUT RAYA DI KOTA BHARU DICARI!


Ada sesiapa area KB nak jadi pengedar biskut raya tak? sample akan diberikan awal Julai nanti.

komisen untuk satu balang biskut RM2- RM3. Setiap pengedar yang menerima sample, diwajibkan membeli sekurang-kurangnya 2 balang biskut.

Berminat, sila email saya atiqahkj@gmail.com atau komen di entri ini. terima kasih. :)




Sabtu, 25 Jun 2011

PROMOSI CHEESE TART


tempahan sehingga petang esok (ahad, 26/6) sahaja.

25 BIJI = RM15
50 BIJI = RM30

flavor campur-campur.

pick-up di Bilal Kubang Kerian pada hari Isnin ini sahaja.

cepat-cepat! sms ke 0147939261, untuk tempahan.



Kelas Continental Cake di Kota Bharu pada 9 Julai 2011



PERHATIAN KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN DI KOTA BHARU


teringin tak nak belajar:


kek russian black & white


kek opera


kek chocolate indulgence


kek italian rainbow



tarikh: 9 Julai 2011
tempat: Pengkalan Chepa, berhampiran Sejahtera Inn
fees: RM250
masa: 9 pagi - 4 petang (jangkaan tamat)
method: demostrasi




JOM SEMUA KITA SAMA-SAMA JOIN! tqah pun nak join jgk..tgh cari orang untuk cukupkan kuota..kalau takde orang, kak ni tak boleh buat kelas.. :(


jom ramai-ramai! peluang keemasan ni. bukan selalu ada kelas mcm ni kat Kelantan.



Jumaat, 24 Jun 2011

KEPUTUSAN AKHIR MAHARAJA LAWAK! SEPAH JUARA!!!!




di atas ialah peserta2 akhir Maharaja Lawak. nak tau review tentang persembahan pusingan pertama dan kedua? sila klik di sini dan sini. :)

sebelum keputusan diumumkan, Salleh Yaakob dan Mek Siti buat persembahan. sempena show diorang yang akan disiarkan minggu depan. Salleh Yaakob diperli tentang kahwin 4. siap penonton buat, PEACE 4! haha.. kan peace 2 je, tapi untuk Salleh terus jadi 4.


hadiah-hadiahnya:

1: RM400,000
2: RM 250, 000
3: RM150,000
4: RM 50,000


okay, keputusan yang dinantikan:

tempat keempat: JAMBU!!!


tempat ketiga: NABIL!!!


tempat kedua: JOZAN!!!


tempat pertama: SEPAH!!!


tahniah! hebat betul diorang! HEBAT SEPAH! KEPUTUSAN TAK DIJANGKA! bak kata umi, rezeki anak. :)


p/s: kalau dikira-kira, Nabil menang paling banyak. sebab yang lain wang tunainya perlu dibahagikan, tapi Nabil menang sorang-sorang. :)



Review pusingan kedua Maharaja Lawak Final

1) Nabil:
seronok betul persembahan kedua Nabil ni! ideanya hampir sama mcm persembahan minggu muzikal dulu, main dengan lalat. Nabil seorang pengemis, siap makan makanan 2 hari lepas. pastu jumpa buku magik. lepas tu, dia tangkap lalat dan buat magik. keluarlah band the lalats. haha. lagunya pun sangatt enjoyable.. :D 4.5/5 bintang!


2) Jambu
Jambu pusingan ke2 ni best! tentang perompak tengah kira dan bahagikan hasil. macam-macam lagu diorang nyanyi. hehe. macam cerita Nujum Pak Belalang. tengah diorang kira dan bahagi hasil tu, ada puteri datang. nak tau sape? ZILA BAKARIN! tercapai impian Yus nak jumpa Zila. hehe. lawak betul time Yus nyanyi lagu sabunn..sabunnnn..lagu dalam filem arwah P.Ramlee dulu. hebat Jambu! 4.5/5 bintang jugak.


3) Sepah
Kurang menarik berbanding persembahan pertama. tentang suami isteri tengah bergaduh. last-last, si suami suruh isteri bawak boyfriend baru keluar rumah. tiba-tiba keluar DAFI! hahaha! tercapai jugak impian diorang nak jumpa Dafi..hehehe.. 4/5 bintang.


4) Jozan
Sangat menarik jugak. pusingan kedua ni semua peserta best! hehe. Mail Lambong dan Sacai. Mail Lambong nak minta permission dengan Sacai nak guna tanah kat situ. siap berlawan sambil menari lagi diorang. pastu tiba2 microfon Zizan tak menjadi, pandai diorang cover. nak tau apa lagu yang Jozan nyanyi? BEGITULAH AWAN NANO NANO NANO NANO NANO.... hahahaha.. thumbs up Jozan! 4/5 bintang.



NANTIKAN KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK PADA ENTRI SETERUSNYA.



Review pusingan pertama Maharaja Lawak Final

Ini pandangan saya bagi pusingan pertama.


1) Nabil:
Nabil jadi salesman macam minggu pertama dan kedua. pastu ada jugak spiderman yang selalu keluar 2 minggu lepas. terkejut bila tiba-tiba superman Nabil tu bangun dan bergerak. hehe. pandai betul dia tu berlakon jadi patung. tapi bagi saya, persembahan Nabil tak berapa lawak. tak tau nak buat sinopsis macam mana. hehe. 3/5 bintang.


2) Jambu:
Saya minat Jambu, tapi malangnya Jambu malam ni langsung tak best. maaf Jambu. takde point, nak cerita tentang lawak diorang pun tak boleh. tentang Yus dgn Tauke berlawan, Yus pandai tomoi dari Thailang, Tauke pulak dari China, pandai kungfu. diorang berlawan, last2 Tauke jadi doktor. huhu..tak paham. 2.5/5 bintang.


3) Sepah:
Hebat! memang lawak. haha. kisah tentang syuib dan kawannya nak pergi merompak. ayat syuib paling best "aku puasa hari ni, kalau nak merompak kena berbuka dulu baru tak berdosa" :P ngek betul..pastu, tiba2 tuan rumah masuk. nak tau siapa tuan rumah? Ustazah minggu lepas. haha. cakap-cakap sikit, semput..siap diceramahnya 2 orang perompak tu. seronok tengok kuat bebenor penonton gelak dan bersorak. 4.5/5 bintang.


4) Jozan:
Kreatif. tentang Zizan masuk muzium, nak merompak kat muzium. nak cari Keris Taming Sari. pastu Hang Tuah yang dalam gambar boleh gerak. hehe. tapi memang kreatif, dari jauh memang nampak si johan yang jadi Hang Tuah tu nampak mcm gambar, dalam frame besar. 4/5 bintang.


lagi artis yang saya nampak: Siti Sarah, yasmin hani, salleh yaakob, Aflin Ahmad Shauki dan isteri.. :)

nantikan review pusingan kedua sekejap lagi.


Maharaja Lawak Final Live

Cuba teka sekarang saya tengah buat apa? menonton Maharaja Lawak Live di Astro Warna! :)

sungguh meriah...pakaian para juri dan pengacara pun smart. persembahan dibahagikan kepada dua bahagian:

1) Bebas
2) Muzikal.

persembahan pertama hingga keempat malam ni:

1) Nabil
2) Jambu
3) Sepah
4) Jozan.


antara artis yang datang bagi sokongan ialah Enot, Diddy Alias, Rozita Che Wan..


sekarang ni, Nabil tengah beraksi..nanti saya ceritakan di entri selepas ini..nantikannya ya! :)



Oh ya! hadiah untuk pemenang pertama dah ditambah, jadi RM 400,000..fuyyoo! kalau nabil yg sorang2 tu menang, bestlah dia dapat RM400,000 sorang-sorang.


bye!



Seronoknya ke Perlis!

Kenapa ya saya rasa mcm pelik je tajuk entri tu. teruk betul, semakin besar semakin tak pandai tatabahasa. jauh zaman sekolah rendah lagi elok dari sekarang. T_T


Ceritanya, minggu lepas saya ke Perlis. ada dua tujuan:
1. Belajar kek dengan kak Najah
2. Hantar adik ke IPG Perlis


Perancangan awal, saya akan ke Perlis bersama Umi, Abah dan adik. tapi last-last minute tak jadi, akhirnya saya ke Perlis naik bas. Naik pukul 9.30 malam, sampai kat Perlis pukul 5 pagi. cuma 6 orang yang naik bas trip ke Perlis malam tu. Bas yang kami naik, Bas Prisma. tempat duduk luas, bas baru..seronok! :D saya ke Perlis bersama sahabat baik, Madihah.


sampai kat stesen bas Perlis, terus ambik teksi ke hotel Federal. dalam 5 minit je journey, tapi cas RM10. T_T cas midnight, sbb bru pukul 5 pagi. sampai kat hotel, berdebar betul. takut tak dapat nak check in. tapi uncle reseptionist tu sangat baik, siap cakap kalau nak check out pukul 12 keesokan hari pun boleh. masih dikira satu hari. :D


nilah bilik kat Federal Hotel. cuma RM80.00. bilik airnya pun ok, bersih..hotel ni baru siap renovate.


lepas sampai bilik, saya rehat kejap, pastu solat..lepas solat tertidur kejap. kunci jam nak bangun pukul 8, nak pegi cari breakfast dengan diha. tup tup terkejut hampir pukul 9. melompat saya dari katil. haha. terus mandi, keluar bilik dan berjalan cari teksi.


tempat teksi dekat je dengan hotel. sebab tu senang ambil hotel federal ni, nak ke teksi pun senang. dalam 15 minit, sampai rumah kak najah berhampiran UiTM Arau. abang teksi tu cas RM 14. T_T


masuk rumah kak Najah, wow..luasnya..hehe..seronok belajar dgn kak Najah. time tu ada sorang lagi belajar dengan kak Najah, kak Salawati namanya. kagum dengan kak Salawati, sanggup cuti kerja tanpa gaji nak meniaga. kak Salawati dan kak Najah betul betul bagi saya motivation untuk meniaga.


lepas pung pang pung pang belajar akhirnya kelas tamat jugak. pukul 3.30 kelas dah tamat. :)


inilah hasilnya. cantik betul. hehe. suka sangat belajar teknik buat bunga ni dengan kak Najah.



kak Najah banyak tolong tqah buat kek ni. :)



dalam bilik hotel, dah nak check out. :)



kek ni dah cair sikit, sebab panas.



habis belajar, kak Najah tolong hantar saya. mula-mula ke stesen bas beli tiket untuk balik malamnya, pastu hantar ke Hotel Federal. terima kasih kak! :)


entri lain nanti saya ceritakan saya makan-makan di Kuala Perlis. :)






Rabu, 22 Jun 2011

Gambar perkahwinan dan persandingan Nurul AF2

Sejak beberapa minggu lepas, selalu je orang masuk blog saya dengan keyword:

* Nurul AF2 kahwin
* Gambar perkahwinan Nurul AF2
* Perkahwinan Nurul AF2
* Gambar persandingan Nurul AF2


jadi untuk tidak menghampakan pengnjung-pengunjung blog ini, dipersembahankan.......










dah..cukup 3 keping je..kalau nak lebih, tengok sendiri kat facebook nurul af2, dan juga facebook kawan-kawan nurul.



tapi saya ada satu gambar ekslusif, ketika diorang belum kahwin..khas di dalam blog ini sahaja:



umi menyibuk di tengah-tengah. hehehe.




p/s: suka tengok Nurul time ni. comel je dia, kulit halus je..bagi saya, nurul ni natural beauty..bila mekap tebal-tebal tak secantik dia tak mekap :)


BYE!




jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat