tqah baru tulis sikit2 pasal dia dalam entri sebelum ni. pastu baru merancang nak tulis lagi cerita tentang dia, tup2 terbaca dalam
cari.com dia dah nak kahwin..
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Nurul kelihatan manis di atas pelamin sewaktu majlis pertunangan pada 4 Februari lalu. - Foto ihsan NURULPETALING JAYA: Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar
Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.
Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehariselepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalamtaman bertemakan warna hitam-merah.
Sementara majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di De Palma Hotel Ampang, pada 3 Jun depan.
“Kami bertunang pada 4 Februari tahun ini setelah berkenalan padaJulai tahun lalu. Pada mulanya, kami tidak terlalu rapat tetapi setelahkawan-kawan satukan kami, saya mula mengenali hati budinya.
“Lama kelamaan, saya lihat hubungan kami berjalan dengan baik dantimbul keserasian. Pada malam tahun baru lalu, dia terus melamar sayauntuk menjadi isterinya.
“Saya nampak dia memiliki kriteria lelaki yang saya suka sepertibaik, bertanggungjawab, bersifat kebapaan, sopan dan tegas,” ujar Nurulkepada
mStar Online.
Menurut Nurul, setakat ini mereka belum memikirkan tentang percutianbulan madu tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dia dansuaminya akan bertolak ke New Zealand untuk menemani suaminyamenyambung pengajian.
“Seminggu selepas Hari Raya, kami dijangka berlepas ke New Zealandkerana mengikut suami yang menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah(PhD) selama tiga tahun.
“Setakat ini saya belum terfikir untuk sama-sama sambung belajar dengan suami.
"Sekarang, saya masih lagi menyanyi dan memenuhi undangan majlistetapi selepas mengikut suami mungkin saya tangguh dulu karier senisepanjang berada di sana,” katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana MudaPengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Pengantin akan mengenakan pakaian rekaan Fitri AF2 untuk upacara akad nikah dengan tema warna krim.
Pada sebelah malam pula mempelai akan mengenakan pakaian tradisional orang Sarawak untuk acara ‘belulut’ (berinai).
Bagi majlis resepsi kedua-dua belah pihak, mereka akan menggayakan sepasang baju pengantin moden.
“Majlis kahwin ini ditanggung oleh kami sendiri tetapi saya sangatberterima kasih kepada Santubong Bridal yang akan menghias pelaminsemasa majlis resepsi saya di Kuching dan Fitri selaku pereka fesyen untuk baju pengantin.
“Setakat ini persiapan perahwinan telah selesai sebanyak 80 peratus.Tetapi makin dekat dengan majlis yang tinggal sebulan lagi, hati makin berdebar dan bimbang.
"Biasalah, selagi majlis belum sempurna, pasti perasaan kita tidak menentu,” ujarnya.
kredit: mstar online