Jumaat, 15 Oktober 2010

Konsert Melodi Cinta Rossa

sambungan dari entri ini.


tiba2 terdengar suara pengacara dari indon..comel..dan konsert dimulakan dengan penyanyi mana entah, nyanyi lagi faizal tahir..terus call umi, nak cakap konsert dah mula..hehehe..




lepas habis lagi tu, tiba2 dengar suara Rossa nanyi lagu tegar..waaahhhh..sangat2 teruja! tapi cari2 Rossa tak jumpa, rupanya Rossa berselindung di sebalik tirai..hehehe..first pakaian, warna Merah..cantik..lagu2nya untuk fisrt slot ni pun yang slow2..suka dengar lagu tegar dan aku bukan untukmu time ni..






slot kedua, ada persembahan dari kanak2 permata..fisrt, ada sorang budak Cina keluar main piano..tqah suka sangat lagu2 instrumental mcm tu.. =) second, keluar kanak2 menari zapin..



third, keluar barisan kanak2 koir..ingatkan diorg cuma nak buat persembahan koir diorg je, pastu tiba2 nampak Rossa keluar dari belakang stage..pakai skirt ropol2 warna coklat cair..diorang nyanyi lagu Pudar..sangat seronok dan best! bergegar stadium dengan sorakan penonton, sbb sangat fun.. :) lepas nyanyi lagu pudar tu, Rossa menangis..Datin Seri Rosmah pun menangis sama..





lepas lagu Pudar, Rossa nyanyi lagu ape ntah..tqah xtau tajuknya, tapi lagu tu memang best..liriknya ada sikit mcm ni, "ku akhiri, namum tak berakhir, ku hindari"..mcm tulah..pastu, pertengahan lagu, tiba2 dengar suara penyanyi lelali yang dikenali...Aizat!! memang sangatttt kuat penonton bersorak...Aizat keluar dengan nyanyi lagu Hanya Kau yang Mampu..pastu sambung lagu yang Rossa nyanyi tu..





lepas tu, Rossa nyanyi lagu kegemaran tqah..Atas Nama Cinta..sangat best! rossa ajak penonton nyanyi sama-sama..tapi ai ni penonton yang pemalu, xmenyanyi pun..hehe..seronok dengar penonton menyanyi bersama-sama.. :)




lepas tu, tqah dah lupa Rossa ada nyanyi lagi ke tak..Rossa kebelakang pentas, dengar suara penyanyi yang tqah tak kenal sangat..dah la diorg bukan buat persembahan atas pentas, tapi kat pentas di tingkat dua..betul-betul berhadapan dengan tempat duduk tqah..nak tau sape diorang? ST12!!! sejak konsert tulah tqah jatuh cinta dengan lagu Saat Terakhir diorang.. :) pastu, diorg nyanyi lagu Jatuh Cinta Lagi..Rossa naik sama-sama ke tingkat 2 tu dan nyanyi sama-sama..Rossa pakai dress dan seluar hitam..cantik jugak.. :)




lepas persembahan ST12, kumpulan Ungu pulak wat persembahan..nyanyi lagu Hatiku Hampa tu..lepas habis persembahan kumpulan, Rossa dan Pasha nyanyi lagu Terlanjur Cinta pulak..sweet jee..Pasha pun nampak hensem, Rossa cantik..hehe..habis nyanyi lagu, Pasha tarik Rossa..haha..mmg comel..Pasha cakap, "Rossa sangat luar biasa"..lepas Pasha beredar, Rossa cakap "kami bercinta di atas pentas sahaja"..hehehe..




pastu, yg tqah ingat Rossa nyanyi lagu Sakura..bersama dengan penari..boleh tak tqah nak cakap nampak serabut sangat pakaian penari tu..mungkin sbb tqah duk bahagian atas, tak nampak elok step2 tarian diorang, pastu nampak serabut diorang pakai skirt putih mcm tu..



pastu, break sekejap..Rossa kebelakang pentas..band mainkan instrumental lagu-lagu Rossa..seronok..dengar instrumental, pastu tgk diorg main biola tangan serentak satu sama lain..terujaaa sangat! habis intrumental medley lagu Rossa, Rossa keluar dengan dress putih yang penuh dengan kilauan kristal..yang ni pun saaaangaaatt cantik!



Rossa nyanyi 4 lagu dengan pakaian ni..Terlanjur Cinta, Takdir Cinta, Ayat-ayat Cinta dan Hey Ladies. time Rossa nyanyi lagu takdir cinta, tqah call umi nak bg umi dengar sama-sama..sebab umi suka sangat lagu ni..sama mcm tqah..hehe..lastly, Rossa nyanyi lagu Hey Ladies, ucap terima kasih semua..habislah konsertnya.. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


lepas konsert, tqah turun ke kiosk makanan kat bwh stadium tu..sbb kwn tqah lapar, pastu tqah nak tggu kak wartawan call..dia ckp nanti lepas konsert dia akan hubungi untuk bawak pegi jumpa Rossa..tqah dengan kawan tqah menunggu je..dalam sejam menunggu..sambil menunggu tu nampak jugak Ziana Zain, Saida kakak Ct, Lutfya Af dengan Melly Goeslaw..pastu rasa dah lama sangat, kwn tqah call akak wartawan tu..tau tak apa dia cakap:

"sesi tu dah habis..tapi pergi je belakang pentas sendiri..boleh je"..

boleh camtu??? penat tau tunggu..awal-awal janji lain..

tapi alang-alang dah sampai ke stadium tu, dah berada kat situ, tqah dengan kawan tqah pergi sendiri belakang pentas tu..dah la xtau jalan, berbelit-belit..hehe..ada jumpa seseorg, xkenal sape dia..lelaki..pakai kemas berkot semua, org indon..tanya dia, mcm mana pegi bilik Rossa..bgtau kat dia yg tqah ni pemenang contest dalam Pancaindera..baik je dia bgtau jalan.. :)


dalam perjalanan, jumpa budak-budak yang nyanyi koir tadi..cikgu diorang Syafinaz tengah briefing diorang..terus je tqah dgn diha jalan cepat-cepat..takut terlepas jumpa Rossa..


akhirnya..jumpa jugak bilik Rossa..dalam bilik tu ada makcik Rossa dengan 2,3 org lagi..waaa..Rossa di depan mata! hehehe...nak bergambar dengan dia, tapi xtau mcm mana nak cakap..dah la semua org Indon dalam bilik tu..nak ambik gambar curi-curi pun takut dia marah..pastu Rossa bangun, dengar dia ckp nak balik dah, nak pegi makan..


pastu kat tepi bilik Rossa tu nasib baik ada 2orang Malaysia, bgtau dia nak ambik gambar dengan Rossa..dia bgtau krew Rossa, dan krewnya bgtau Rossa..pastu Rossa pun terus..."boleh..bolehh.." pastu bersalam dengan Rossa

Rossa : "kenapa kamu ketinggalan?" sambil gelak2

saya: "tak tau..nasib baik sempat datang, saya jauh dari Kelantan"

Rossa: "oh iya? terima kasih yaa atas sokongan"

hahaha..xtau la dia paham ke tak apa yang saya cakap..dah la suara tak jelas..hahaha..


hasilnya:








•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Tiada ulasan:

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat