Rabu, 29 September 2010

saya suka melancong




tiba-tiba rasa nak buat segmen "saya suka melancong" dalam blog saya ni..
walaupun saya tak pernah ke oversea, tapi melancong di dalam negara pun sangat seronok.

alangkah seronoknya kalau saya ni orang kaya pastu lepas belajar tak terus cari kerja tapi habiskan masa melancong..ha..seronok tak? tapi saya bukan orang kaya, jadi harus keje dulu untuk simpan duit buat melancong.

selama 22 tahun saya hidup, tempat-tempat yang saya pernah pergi dan masih segar dalam ingatan: Pulau Perhentian, Sabah, Melaka, Johor, Penang, KL, Perlis, Perak, Cameron Highlands, Teluk Intan dan juga Terengganu..hehehehe..

sekarang ni, tqah teringin sangat nak ke Sarawak, Genting Highlands, Langkawi, Negeri Sembilan..tqah dah pernah ke Pekan, Kedah dan lain-lain, tapi tak ingat cerita yang menarik kat situ..hehehehe..


jadi kawan-kawan, selepas ini anda akan disajikan dengan segmen "Saya Suka Melancong"..

bye!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Selasa, 28 September 2010

saya dapat Myvi limited edition yeay!

okay-okay. saya tipu. itu adalah mimpi saya semalam. lesen kereta pun saya takde lagi.. T_T

alangkah bahagianya kalau tiap-tiap malam tidur dengan penuh lena dan mimpi indah.
mimpi yang sangat indah bila tiba-tiba dalam mimpi abah jadi sangat pemurah.
umi senyum lebar kepada saya.
sambil tangannya menghulurkan kunci ini kepada saya:

perodua myvi limited edition pink colour.


bukan setakat kereta ni, tapi dihias dengan hiasan hello kitty lagi. seperti ini:





bila buka mata, cuma nampak jaring-jaring besi katil atas..wuwuwuwuu..mana kereta myvi hello kitty saya? :-(

mimpi yang sangat indah! doakan saya dapat tunaikan mimpi ni bila saya kerja nanti yaa.. ;)

BYE!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Isnin, 27 September 2010

cemerlang walaupun kahwin muda

DARI kiri, Mohd. Fadzli, Baridah, Rozita dan Mohd. Faiza selepas Majlis Konvokesyen UTM di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Siapa kata tidak boleh cemerlang dalam akademik walau pun berkahwin pada usia muda?

Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Yazdaan Mohammad Aris, 23, membuktikan tanggapan itu salah apabila menerima Anugerah Pingat Jaya Cemerlang pada Majlis Konvokesyen UTM ke-45 di Skudai semalam.

Muhammad Yazdaan yang merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) berkata, isterinya, Syamimi Samuin, 23, yang dikahwininya tahun lalu banyak memberi dorongan kepadanya.

Katanya, dia mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Perak dan sering berkongsi idea.

"Asalkan bijak membahagikan masa, kahwin pada usia muda tidak menjadi masalah.

"Isteri saya yang juga graduan Universiti Sains Malaysia sering berkongsi perkara ilmiah di rumah," katanya.

Anugerah Pingat Jaya Cemerlang dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang selain akademik.

Seramai 5,482 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen tiga hari itu.

Majlis disempurnakan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Sementara itu, dua pasangan suami isteri, Mohd. Fadzli Merican Md. Affendi Merican, 29, dan Baridah Ahmad, 28, serta Mohd. Faiza Abdullah, 32, dan Rozita Jaafar, 32, juga bertuah dapat menggenggam ijazah menerusi Program Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSpace).

Kesemua mereka lulus cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.00.




saya pun nak kahwin muda jugaklah..untuk dapat cemerlang mcm dia..hahaha.. (ayat gatal) :p
bye!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Selamat Hari Lahir Encik Alien!

dah 27hb september. bermakna encik alien dah tua. dah umur 22 tahun. hehe. dah boleh kawin. :p nak kenal sape encik alien? inilah dia:

cuba senyum real tapi tak nampak real. hehe.


encik alien ni, orang yang sudi menerima saya. walaupun saya tak lawa. walaupun saya gemuk. walaupun orang lain orang seperti saya tak mungkin jumpa cinta sejati. walaupun saya terlalu banyak perangai buruk. dia sudi menerima saya. menerima saya seadanya. :-)


selamat hari lahir awak. semoga panjang umur. semoga umur awak lebih panjang dari saya. semoga Allah memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. semoga sentiasa dirahmati olehNYA. semoga awak menjadi anak yang soleh. suami yang soleh suatu hari nanti. dan sentiasa menjadi hambaNYA yang soleh. aamin. semoga peningkatan usia seiring dengan perkara yang baik-baik. semoga diiringi kesenangan dan keredhaanNYA.


semoga segalanya hanya baik-baik untuk awak, Kamal Amry.



SELAMAT HARI TUA YANG KE-22! :-)


silalah jadi orang gaji saya lagi ye. haha..


BYE!


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Ahad, 26 September 2010

ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE CONTEST ditutup!

terima kasih kepada semua yang menyertai..nanti saya akan ke blog kalian, baca semua review kalian..terima kasih byk2..

saya akan cuba sedaya upaya untuk mengumumkan pemenangnya secepat mungkin..

=)


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Sabtu, 25 September 2010

ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE CONTEST


Assalamualaikum semua...dah lama tqah tak buat contest atau giveaway kan?? hehe..tqah suka buat contest atau giveaway, sbb sekarang blog tqah ni diabaikan..jadi sebagai permulaan untuk aktif balik, tqah nak buat contest.. :-)


HADIAH-HADIAHNYA:

hanya terdapat seorang pemenang, dan pemenangnya akan menerima:

1. 30 biji coklat


2. 12 biji coklat hadiah


3. 1 biji oreo choc


SEMUANYA BERNILAI RM 50.00



CARA-CARA UNTUK MENYERTAI:

1. Buat entri tentang "atiqah homemade chocolate contest"

2. Di dalam entri tersebut, perlu diletakkan banner di atas

3. Di dalam entri tersebut, review atau promote sikit tentang blog atiqah homemade chocolate (satu ayat pun boleh)
contoh: Jom ramai-ramai tengok atiqah homemade chocolate yang comel!

4. Selepas siap, tinggalkan nama dan link anda di komen bawah ni atau komen di blog atiqah homemade chocolate.. :)

5. Pemenang akan dipilih berdasarkan review yg plg kreatif.. :)


CONTEST BERMULA 19/8/10 SEHINGGA 20/9/10


** kalau sape yg nak follow pun boleh, senang nak tau update terbaru... ;)



terima kasih!
•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin dan Hamzah Alang Azman Shah

sape Nur Nadia nih? sape Hamzah nih? sebelum ni takde orang kenal kan? sekarang ni satu Malaysia dah kenal, lepas tengok video perkahwinan diorg..the wedding of fairy tales.

Nadia – anak arwah Nasimuddin NAZA
Hamzah – Anak Azman Shah, owner of Holiday Villa Hotel chains



semua perempuan yang tengok mesti terpegunkan? sangat grand..inilah perkahwinan orang kaya..hehe..rezeki diorang, dapat merealisasikan impian perkahwinan diorang..jom layan gambar yang saya jumpa.. :)


pelamin diorang...sangat cantik!


'angels' yang mengiringi pengantin.


pasangan pengantin. sama cantik sama padan.


meja pengantin. sangat meriah. warna ungu. cantik.

cake diorang.


diiringin orkestra oleh Ramli MS. Sheila Majid pun ada buat performance.


the guestbook. pengunjung boleh buat video ucapan kepada pengantin.


cuba teka berapa juta diorang habis untuk perkahwinan ni? hehe..=)


bagi pendapat saya, untuk majlis perkahwinan ni, harus selari dengan budget..janganlah nak buat grand sangat sampai terpaksa berhutang selepas tu..hehe..mcm diorg ni, orang kaya, mak ayah diorang dah berusaha bekerja cari duit, xpelah nak buat grand mcm tu kan? :) yang penting, hubungan perkahwinan tu kekal ke akhir hayat..


p/s: tp mcm hairan je lepas akad nikah semua org tepuk tangan. sebab xpenah tgk org buat.

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Jumaat, 24 September 2010

Open House Day!

ini adalah sambungan dari entri ini..


RAYA KEEMPAT

Open house day!!
hari ni laa baru saya rasa suasana raya.
ramai org datang.
pakai baju kurung.
kawan-kawan datang.
hehehehe...sangat seronok!!


bangun pagi, terus tolong umi siap2 di dapur.
buat air. susun biskut dalam bekas. potong2 nasi himpit.
susun2 apa yang patut..


ni je yang sempat saya buatkan untuk rumah terbuka kali ni. tart telur dgn cheese yang hangit. coklat. sejenis biskut. dgn puding gula hangus. tapi gambar puding tak sempat ambik. hehe..


menu untuk rumah terbuka tahun ni, laksam kelantan, laksa kelantan, laksa penang. makanan sampingan, satay, nasi himpit, kuah kacang, puding gula hangus dan biskut raya..hehe..


kalau sape2 yang datang rumah saya ketika ramaiii sangat orang, diorg akan duduk di dua tempat dulu baru sampai ke tempat makanan utama.



bila masuk pintu utama, akan jumpa ruang tamu nih. hehe. selalunya kalau ramai sgt org kat dalam, tetamu akan duduk di sini borak2 dulu. ataupun pegi ambil makanan pastu makan kat sini.


bila tak ramai sgt org, selalunya tetamu akan berpindah ke sini pulak. boleh makan biskut raya. coklat raya. yang warna kuning hijau pink tu tapai tau. korang pernah jumpa tapai mcm tu? (tanya soalan sambil berlagak sombong) :p


inilah ruang tamu tempat makanan diletakkan. bagus saya ni kan, gambar meja yang penuh makanan tak pulak ambik. ambik bekas kosong je.. :P



okay okay. jom bercerita tentang kawan-kawan tqah yang datang tahun ni! =) tahun ni tak ramai mcm tahun lepas, tapi tqah sgt2 seronok. terima kasih byk2 kawan2.


1. suya menjadi orang pertama yang datang tahun ni! hehe..suya dtg sorang2. ingatkan suya dtg bwk en.azri atau kwn2 yg lain, rupa2nya datang sorang. masa suya datang ni, tqah sgt sibuk. kesian kat suya tak sempat nak layan. lebih2 lagi, masa tulah perut tqah nak meragam. adoi!


2. pastu, encik kamal pulak yang datang. thun ni pun bwk rombongan 4 buah kereta mcm thn lepas. hehe. tapi tqah tak sempat nak layan jugak.. :'( sibuk sgt time tu. bhn2 byk hbs, nak potong lagi, nak basuh pinggan lagi. pastu tiba2 ma (mak kamal) dgn mok ngoh (m.saudara kamal) angkut semua pinggan2 ke dapur dan tolong basuh..hehehe..malu tqah tau, tetamu terhormat tuu..tp diorg pulak tolong basuh. sepupu kamal pun siap tolong potong nasi himpit lagi..terima kasih byk2.. :) kedatangan awak sgt2 bermakna utk saya.. :")


3. alia dan mizan datang! hehehe..tp diorg lagiiilah tqah tak sempat nak bual apa2..kesian diorg, dtg beraya tp tak sempat nak layan. tegur2 kejap pastu tqah tolong2 di dapur. nasib baik suya pun xbalik lagi time tu. jadi diorang pun berbual la bertiga. =)


4. harissudin dgn haijah. lupa sekejap nama haijah. hehe. diorg ni kawan tqah masa form 6. nasib baik kamal ada time ni, dapat la diorg berbual2, sbb kamal kenal diorg.


4. diha, hanif dan family datang! sangat seronok time ni! tp tqah xsempat nak layan sangat jugak. diorang semua ni dtang serentak, kebetulan sangat sibuk, jd tak sempat nak layan. sukaaaa sangat family diha dtg. hehe. ni first time umi diha dtg rumah tqah. hehe..hanif (kekasih diha) nak tgk kucing tqah, tp kucing tqah pulak pergi merayau2 ke mana. lepas hanif balik baru kucing tqah tu balik rumah..hehe..


5. iena dan nisah. diorg dtg pukul 12 tak silap, balik dlm pkl 3 lebih kot..hehe..suka2..sbb lepas tak ramai org sgt, dpt pegi berbual2 dgn diorg..iena dah nak kahwin tahun depan..saya tak sabar sgt tau tak? tak sabar sgt nak tgk kawan baik berkahwin..haha.. :)

iena dan nisah..iena disebelah kiri saya, nisah disebelah kanan saya. tgk nisah, cantikkan dia. tapi asyik cakap "saya gemuklahhh"..rasa mcm nak sepak je..haha.. :p (nisah jange maroh, gurauan semata2)



6. raja zulkarnain datang..kawan tqah time form 6 jugak..dah lama tak jumpa raja, dah berisi sikit dia..dia pun terkejut tgk tqah, sbb tqah jauh berbeza dgn form 6 dulu, badan naik sgt tauuu...haha..

raja yang datang pastu berborak2 dgn nisah n iena mcm dah kenal bertahun2..padahal bru je berkenalan..hehe..nasib baik ada iena dan nisah, boleh temankan raja berborak2.. :)



7. mimi, kak sabarina dan kak farah nini. ni kawan2 tqah time tqah praktikal kat HUSM dulu..nasib baik diorg sudi datang..dah lama xjumpa diorg..thn depan datang lagi! :)



8. lastly,naqiah.dia datang bersama amalina! wahhhh...lama sgt tau tak jumpa amalina. seronok sgt. time naqiah datang ni tak ramai org, sempat nak borak2..naqiah dan amalina ni kawan tqah ketika tingkatan 1-3 dulu. pastu diorg pindah sekolah. naqiah ke SBP terengganu dan amalina ke MRSM KT..naqiah ada dtg raya tahun lepas, dengan amal mungkin dah 6 tahun tak jumpa..lama gilaa...
amal, saya, naqiah dan adik naqiah. tahun depan datang lagi ye kawan2.. :) amal mungkin nak sambung master katanya, saya ni degree pun xhabis2 lagi.. :'( oh ye, kalau sape2 tgk sebutan syariah siaran astro oasis yg dulu2, kalau nampak nama wartawan penyiarannya nur amalina, inilah orangnya..selalu bila tgk mesti jerit, "umi...tu kawan kakak" haha!



di sini saje. bye! raya tahun dpn dtg lagi. yg xpenah dtg pun dtglah jugak. doakan saya ADA LESEN KERETA. manalah tahu saya berpeluang utk pegi sendiri rumah kawan..hehe..


p/s: kawan2 yg lain, maaf tak sempat ambik gambar..sgt ralat rasanya.. :(
p/s lagi: encik kamal, thn dpn dtglah awak sikit..time xde org sgt..kite xpenah ambik gambar raya sama2.. :(

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

3 tahun, 7 bulan


semoga hubungan saya dan dia, bukan hanya kekal selama 3tahun 7 bulan, tetapi untuk selama-lamanya.
semoga saya dan dia, mendapat keredhaanNYA dan restu ibubapa.
semoga saya dan dia, memperolah segala yang baik-baik yang diimpikan oleh setiap manusia..
Aamin.. :)


psstt..sy seorg yg sgt emo.selama 3thn 7bulan, sy selalu emo. xboleh nak bersikap cool.xboleh nak duduk senyap baik2.kesian dia kan?


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Rabu, 22 September 2010

siapa yang akan peluk saya bila saya sedih?

masa kecik-kecik dulu.
tiap kali menangis.
mesti umi atau abah akan dukung dan peluk.
menangis sebab lapar.
menangis sebab mengantuk.
menangis sebab jatuh.
umi abah akan setia di sisi, peluk dan pujuk.
sehingga tiada lagi bunyi, kecuali air mata yang baki dan biarkan kering.


ketika sekolah.
bila saya menangis.
menangis sebab bergaduh.
menangis sebab sedih.
menangis bila ada yang diimpikan tak tercapai.
menangis bila cinta pertama tak bermakna.
menangis dalam segala hal.
kawan-kawan2 baik akan setia disisi.
yang memeluk saya, dan menangis bersama-sama.
peluk, dan gosok belakang saya.
bersama dengan kata-kata yang menaikkan semangat.


sekarang.
bila saya sedih.
dan menangis semahunya.
menangis sekuatnya.
menangis sehingga bengkak mata.
takde siapa2.
yang datang untuk gosok belakang saya.
yang datang untuk memeluk saya.
yang datang untuk memberikan kata2 semangat kepada saya.

sebab, bila dah besar..masing2 ada masalah sendiri kan? masing2 pun menangis sendirian tanpa dipujuk dan dipeluk. menangis sendirian di dalam sedar atau hati. kan? =)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Selasa, 21 September 2010

Raya tahun ni tak seronok!!!

amboihh...tak baik tau cakap mcm tu...macam tak bersyukur je.. :p bukan tak seronok, tapi tak semeriah raya saya tahun sebelumnya..nasib baik Puasa tahun ni best, cuma raya je tak berapa best..hehe..

sebabnya, raya tahun ni saya rasa kosong sangat.. :( sedih kan??


RAYA PERTAMA

bangun-bangun pagi. mandi sunat raya. pilih baju, pilih tudung, takde.
pilih lagi, pilih baju, pilih tudung takde.
waa...time tu tak pasal2 jadi emo, dah la baju raya pun xde, baju lama ada kain tudung takde..sebelum raya banyak kali ajak umi cari tudung, tapi selalu tak sempat..
KESIAN SAYA TAKDE LESEN KERETA TAK BOLEH NAK PEGI CARI SENDIRI.. :(

pkl 11, ke rumah nenek belah umi. pkl 1 pegi rumah nenek belah abah kat Pasir Mas. kat sana sampai petang. tiap2 tahun mmg mcm ni.. :) malamnya, incek alien jemput ke rumah dia sekejap, nak suruh rasa suasana raya kat rumah dia katanya..

kami semua berbaju berkurung bercotton pada pagi raya.




RAYA KEDUA

raya kedua sangat sadis. memerap dalam rumah sepanjang hari. takde perasaan raya langsung. takde orang datang. tak boleh nak pegi jalan-jalan. memerap. sangat bosan. nak pegi rumah terbuka kawan tak boleh. nak pegi rumah mira tak boleh. nak pegi makan nasik air rumah mira tak boleh. KESIAN SAYA TAKDE LESEN KERETA TAK BOLEH NAK PEGI BERAYA. kena harapkan orang, tapi takde orang yang nak layan.. :'(




RAYA KETIGA

sangat-sangat sadis. memerap dalam rumah je. umi abah ada hal mereka tersendiri. saya cuma pakai baju kelawar busuk serabai macam bibik duduk kat dapur. sangat sedih bila terima invitation rumah terbuka dari alaya dan naqiah tapi tak boleh pegi. ajak incik alien pegi beraya tapi dia sangat sibuk. assignment bertimbun. masa ni memang sangat sedih. sayu sangat hati. KESIAN SAYA TAKDE LESEN KERETA NAK PEGI BERAYA MACAM ORANG LAIN PUN TAK BOLEH CUMA MAMPU MENANGIS DAN BUSUK SENDIRI DI RUMAH. :'(


nasib baik selepas sedar diri sendiri busuk cuma pakai baju kelawar pada hari raya dan menangis meratapi nasib diri di rumah, saya terus ke dapur. teringin nak buat tart dengan cupcake. buat atiqah jangan tak buat. jadi, walaupun tak dapat beraya tapi dapat sedikit hasil =)

nasib baik cupcake kali ni menjadi sikir dan tak menang terlampau banyak anugerah..hehe..




RAYA KEEMPAT

satu-satunya hari raya yang sangat gembira untuk tahun ini. Open house day! ramaiiiii kawan yang datang..erm, untuk raya ke empat ni saya buat entri baru ye..hehe..




BYE! Ucapkan selamat tinggal kepada budak yang tak dapat pegi beraya sebab TAKDE LESEN KERETA ni.. :'(



psssttt..umi, abah..bdk2 lain umur 18 pun ado lesen keto doh, kakak umur 22 thn bakpo xleh wat lagi?

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•



Masak-masak: Crisp chocolate cookies

sebenarnya ni biskut snow almond, tapi tqah tukar jadik resepi tqah sendiri, sebab dalam lab hari tu, tqah ada buat biskut butter..senang jek.. :)


bahan-bahannya


bahan-bahan biskut:
~ 300 gm tepung gandum
~ 250 gm mentega
~ 50 gm serbuk badam
~ 65 gm gula castor
~ 2 sudu kecil esen vanilla


cara-caranya:
1. putar mentega dan gula.
2. masukkan esen vanilla.
3. masukkan tepung gandum dan serbuk badam. uli adunan sehingga menjadi doh. tambahkan lagi tepung jika adunan masih tidak menjadi doh.
4. terap doh menggunakan cutter atau bentukkan sendiri mengikut bentuk yang diingin.
5. bentuk biskut jangan terlalu besar, sbb bila dicelupkan dengan coklat, akan jadi lebih besar.. =)
6. bakar biskut pada suhu 180 C dan bakar selama 5 minit.
7. biarkan biskut sejuk seketika.

ni tqah bentuk sendiri dengan tangan..sebab tu buruk.. :p


rupa biskut selepas dibakar..tp gmbr buruk.. :(




bahan-bahan topping:
~ coklat masakan (tqah guna coklat compound Beryl's yg tqah guna untuk buat coklat)
~ bread crump

cara-caranya:
1. cairkan coklat menggunakan teknik double-boiler. boleh juga cairkan menggunakan microwave dlm satu minit, tapi jangan terlampau banyak.
2. celupkan biskut di dalam coklat yang cair tadi.
3. gelekkan biskut di dalam bread crump.


gelekkan di dalam bread crump =)


siap! :)



bye! ;)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Isnin, 20 September 2010

peraduan atiqah homemade chocolate dilanjutkan

saya nak lanjutkan tarikh penyertaan kepada 5 hari lagi...cepat2!! :)

tarikh baru penyertaan ditutup: 25hb september 2010

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•
kenapa takde idea nak tulis blog? kehidupan saya hari-hari biasaaaaa je...takde apa2 nak menarik, nak update blog pun xde cerita yang menarik.. :'(


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Rabu, 15 September 2010

dekat tapi jauh

terasa ingin menangis, tapi apa yang saya dapat?
:'(




•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat