Sabtu, 20 Ogos 2011

kenapa dengan blog saya ni? tolong saya.. :'(

Sangat risau sekarang ni. blog www.homemadechoc.com saya tak dapat masuk. :'( bila nak masuk, jadi mcm ni:



kenapa ya??


dah tiga hari tak dapat masuk.




tengok nuffnang analitik saya, selama 3 hari 0 viewers.




pada awalnya, saya ingatkan hanya saya tak dapat masuk sebab saya guna broadband, mungkin line lembab...tapi,



ada orang yang bertanyakan dalam facebook.



dan juga ada yang sms saya.



kenapa jadi mcm ni? saya nak buat apa? tolonglah saya! :'(



p/s: buat pengetahuan korang, lesen domain saya masih belum mati. akan mati pada bulan oktober nanti.




Khamis, 18 Ogos 2011

Pengalaman pahit berbuka di Bazar Ramadhan

Seperti yang sedia maklum, Ramadhan tahun ni saya dan kawan berniaga di bazar Ramadhan. dah 17 hari berpuasa, kami tak pernah berbuka di rumah. rindu nak duduk semeja dengan umi abah dan berbuka bersama-sama di rumah. T_T


selalunya, saya akan pulang ke rumah selepas berbuka. saya akan tunggu sehingga orang azan, barulah minum air kemudian kemas-kemas barang jualan. sesetengah orang, awal-awal lagi diorang dah kemas, tapi saya nak tunggu sehingga saat terakhir. :P manalah tau, ada rezeki..walaupun dah nak berbuka tapi ada orang nak beli. :)


Apa yang pasti, sepanjang berniaga ni saya dapat satu pengalaman yang tak pernah saya lalui sblm ni, iaitu:


Pengalaman berbuka di dalam hujan



Ni kali pertama saya berbuka dalam hujan. ketika 7 Ramadhan. bukan setakat hujan, tapi angin dah ribut yang kuat. terpaksa kami turunkan khemah untuk elakkan khemah ditiup angin. berbukalah di bawah khemah yg rendah dan basah kuyup, sadis betul..hehe.. :P


Barang-barang jualan pun kami tak sempat nak kemas...habis ditenggelami air.. :P



Ni kali kedua hujan. hujan sangattt lebat, sampaikan air mengalir laju bawah kaki kami. terpaksa letakkan kaki atas kaki meja. time ni saya baru bersiap nak balik, pukul 6.41..baru je call umi cakap tak payah datang, sebab dah nak balik. belum sempat saya letak phone, hujan turunnnnn dengan sangat lebat! tak sempat nak masukkan barang-barang ke dalam kereta. :P



saya dan Amzar, adik Nurul


Saya dan Nurul baru je berangan nak berbuka di rumah. tapi bila hujan turun dengan lebat, tak dapat kami balik ke rumah. terpaksa menunggu sehingga hujan reda..akhirnya, terpaksa juga berbuka di gerai. :P



hehehe..oklah, sebenarnya takdelah pengalaman pahit sangat. seronok sebenarnya..time hujan tu kami siap gelak-gelak borak-borak lagi. sekali sekala ada pengalaman berharga macam ni memang seronok! :)



walaupun tahun ni jangan haraplah kami dapat berbuka di rumah, berbuka di kedai bersama kawan-kawan, tapi dapat merasai pengalaman baru seperti ni memang sangat berharga. ;)



p/s: korang ada pengalaman terbaru ketika berbuka puasa? jom kongsi! ;)



Isnin, 15 Ogos 2011

Best Bihun Sup Ever!



nilah bihun sup tersedap pernah saya makan. antara bihun sup tersedap selain bihun sup masakan umi. hehe. tapi, di Kelantan kami panggil bihun celup, bukan sup..sebab sup tu selalunya yang bihun sup ditumis, yang ni celup-celup kemudian campur dengan sup. :) satu mangkuk penuh cuma RM3.00..penuh dengan daging dan ayam.


bihun sup tersedap yang saya tunjuk ni di Cherang, Kelantan. berdekatan Restoran Cik Siti (orang Kelantan mesti kenal) cuma gerai tepi jalan, tapi sentiasa penuh.

nilah suasana gerai tersebut, sentiasa penuh. kadang-kadang kena tunggu orang lain siap makan baru dapat tempat duduk. gigih kami tunggu. :P



selain sup-sup, minuman yang special di sini ialah air kelapa dan air cendol. cuma RM1.00. yeayy! masih ada benda yang RM1.00. air milo sejuk cuma RM1.20. nangis saya tengok tanda harga. sebab kat dungun air milo ais paling murah yang saya jumpa pun RM1.60. T_T



nanti sebelum balik Dungun nak datang makan sini sekali lagi. hehe. :D


bye!



Rabu, 10 Ogos 2011

streamyx korang bermasalah ke tak?

Salam semua..

korang ada masalah dengan streamyx tak? sebab kat rumah saya, bila malam je tak dapat guna. kalau pagi2 ok takde masalah. sekarang ni tm ada buat penyelengaraan apa-apa ke tak? ataupun memang rumah saya je yang bermasalah?

nak call tm pun tak sempat. sebab siang hari waktu pejabat saya sibukkk.. :P malam2 je dapat online, tapi streamyx pulak buat hal. guna broadband, line sangat al-lembabun. :(



Isnin, 8 Ogos 2011

Dapat satu lukisan excel, terima kasih Nurdani! :)


saya terima lukisan excel dari Nurdani. sebagai pemenang pengomen terpantas. :) Dani ni suka sangat dengan design. sangat obses dengan design mcm saya obses dengan baking. :)



saya bagi gambar, dalam beberapa minit je dani dapat siapkan. Dani buat lukisan ni hanya menggunakan microsoft excel. hebat kan? terima kasih dani! :)




sama tak dengan lukisan asal di atas? :)



feel free to visit her blog! :D



Sabtu, 6 Ogos 2011

Entry and picture of the day: Khairul Fahmi dan Dahlia Teck

Baru berkesempatan buka blog, pastu buka dashboard, scroll ke bawah...










ramaiiii betul yg buat entri tentang Khairul Fahmi dan Dahlia Teck berpegangan tangan. memang entry and picture of the day lah! :P


p/s: orang Malaysia ni memang suka sangat dengan gosip kan. erkkk..mungkin saya pun termasuk. suka baca gosip2.. :P




Jumaat, 5 Ogos 2011

Jom melawat gerai saya di bazar Ramadhan! :)

Assalamualaikum. semua dah sedia maklum, pelajar ijazah sarjana muda telah ditetapkan tarikh semester baru yang sama di seluruh Malaysia. sementara nak tunggu cuti semester berakhir pada bulan September, saya dan kawan saya dah lama merancang nak sewa satu gerai di bazar Ramadhan.


Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, saya ternampak satu banner tentang sewa tapak bazar dibuka. terus saya call, daftar dan buat bayaran.

Bermula satu Ramadhan lepas, saya secara rasminya menjadi peniaga bazar Ramadhan! :)


inilah gerai saya. No 40. :)



our specialty. kerabu. kerabu yang berbeza-beza setiap hari. sedap! hehe.. :D



popia inti sayur (kubis, ubi sengkuang dan tauge) special. kulitnya buatan tangan tau. tak mainlah kulit yang dibeli di supermarket. :P



buah melaka atau onde-onde. antara kegemaran pelanggan juga.



puding gula hangus buatan saya. 100% menggunakan telur. tiada campuran tepung atau lain. :) rasa gula hangus yang meresap ke dalam puding. memang sedap makan sejuk-sejuk.


jadi, apalagi..jangan lupa datang ke gerai No. 40 di Bazar Pasir Tumboh, Kelantan. saya nantikan kedatangan anda!



juga jangan lupa untuk singgah di gerai abang saya, bersebelahan gerai saya. hanya menghidangkan air-air yang special! :)


bye!



Rabu, 3 Ogos 2011

Wordless Wednesday #6- Cek ke2 nuffnang :)


dapat cek kedua dari nuffnang. lamaaaa gila nak kumpul sampai jadi rm227 ni. haha.
kagum dengan bloggers yang mampu cash out tiap2 bulan. :)


apa-apa pun, terima kasih nuffnang! bolehlah guna duit ni bayar sewa rumah semester depan!


Selasa, 2 Ogos 2011

siapakah itu kakak hering?



tiba-tiba banyakkk sangat keyword kakak hering dalam carian di blog saya hari ni.
kakahering.blogspot tu yang paling tak tahan tu. hehehehehe..
kesian erin tau..tak baik panggil dia mcm tu..
walaupun saya tak setuju dengan cara dia heboh macam nak bagi satu Malaysia tau dalam twitter, tapi kesian dia dipanggil mcm tu.


tapi kan, kesian pun ada..lawak pun ada..hehehehe.. :P
kesian kat erin dapat nama jolokan mcm tu..tapi lawak sbb ada jugak yang nak google kakak hering tu.




p/s: saya tau kakak hering tu erin berdasarkan panggilan forumers cari.



oh ya, tolong klik sini boleh? terima kasih.. :)


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat