Sabtu, 30 Julai 2011

Raja dah mati, saya rasa kehilangan :'(

Saya ada seekor kucing yang diberikan nama Raja. nenek yang bagi nama Raja, sempena nama hero drama Indon, Putri yang terbuang. Raja wujud dalam keluarga kami pada tahun 2008.. ketika saya semester 3 diploma, Mr. Alien yang berikan kepada saya.


dah anggap mcm keluarga sendiri. dalam entri My Family pun siap masukkan nama Raja. hehe.



Saya sangat sayangkan Raja. sangat-sangat sayang. perangai Raja berbeza dari kucing-kucing lain yang saya ada. perangai Raja ni pelik sikit, dan menghiburkan.


Raja yang gemuk ketika kecil. belum matang dan dewasa. :P


Masa kecik-kecik, Raja sangat aktif. sangat menikus, bagilah apa-apa kertas yang dibuat bola, Raja mesti main. hehe. Raja suka cari lipas. bila dapat lipas dan bawak guna mulut, nampak puas hati sangat. Raja selalu bwk lipas yang ditangkap dan tunjuk kat umi. satu hari tu, Raja letak lipas tu atas lantai, nak tunjuk kat umi, tapi lipas tu tak mati lagi. lipas tu cepat-cepat lari masuk dalam baju umi. panik sekejap Raja terus terkam baju umi. haha.


gaya berehat paling digemari Raja.



Masa kecik-kecik, Raja jarang keluar rumah. dia banyak tinggal dalam rumah. umi sekarang kat rumah cuma stay dengan abah. malam-malam bila abah ada hal, Raja lah yg teman umi. kadang-kadang tidur pun di celah ketiak umi. Raja selalu tunggu umi solat dan mengaji, terutama waktu Zohor dan Asar. Raja suka tidur time umi mengaji.


suka duduk macam ni sambil dengar umi mengaji.


Awal-awal pembesaran. Raja jadi kucing yang gemuk dan tak agresif. kalau ada kucing jantan lain datang kacau, ia mesti terberak. hehe. berterabur tahi-tahi ia merata-rata luar rumah. penat nak bersihkan. :P Raja senang je bwk berjalan ke mana-mana. dulu selalu bawa ke kuaters sains machang, ketika abah kat sekolah tu. saya ingat lagi, satu petang tu nampak Raja mengantuk sangat. tapi saya angkat bawak naik kereta, nak pergi ke sekolah abah. dalam perjalanan dia tidur je atas riba saya. baik betul. :)

Raja suka sangat menyibuk atas katil orang.. :P


termenung pun kegemaran Raja jugak.



Raja memang suka tidur. gaya-gaya tidur Raja sangat pelik. hehe. sejak kecil, Raja memang suka tidur. selalu je tidur. saya sukaa sangat tengok Raja tidur. kalau saya tenung Raja time ia tidur, kadang2 Raja bukak mata dan berbunyi macam marahkan saya, pastu sambung tido balik. hahaha..




gaya tidur yang berbeza


Tapi dah besar sikit, Raja mula merayau-rayau. jadi kurus, tapi bulu still lebat. Raja dah tak lekat kat rumah, banyak keluar cari kucing betina. hehe. semakin besar, Raja jadi semakin garang. meme betul-betul Raja lah. kalau kucing lain datang dekat ia, ia cakap je kucing tu. hehe. Gedebe betul. kalau ia buat kacau, macam kencing merata-rata, umi marah dia. tapi lepas kena marah, nampak stress betul Raja. kalau ada sape-sape lalu depan dia, atau kucing lain lalu..mesti akan dilampiaskan rasa tak puas hati kena marah kat umi. mesti dia akan cakar punya. saya dah berapa kali kena. -_-"


Raja dah kurus sikit kan.


Bila semakin besar, demand semakin lebih. Bila makan kena ada bekas khas. Raja suka sangat makan coklat dan aiskrim. Raja tak akan keluar rumah selagi tak kenyang. kadang-kadang sampai malas nak layan. Raja kalau lapar memang tak pernah berbunyi, tapi tindak tanduk ia mmg jelas tgh lapar. hehe. Kalau orang lain tengah tidur, Raja akan kejutkan dengan cara naik atas kita, macam bagi arahan suruh bagi makanan kat ia.


suka kejutkan orang suruh orang bagi makan. Raja betul!


Raja ada tempat makan tersendiri, di belakang pintu. tapi kalau ia asyik duduk atas kabinet atau meja dapur, maknanya ia nak coklat atau aiskrim lah tu. hehe. umi kalau pergi Tesco, akan cari aiskrim coklat paling murah, beli 2,3 bekas untuk Raja. stok sebulan atau lebih.


coklat buatan saya selalu jadi mangsa.



kalau aiskrim coklat takde, apa2pun boleh..



Kalau Raja nak minum air, ia pandai cari sendiri. masuk dalam bilik air, tengok air dalam baldi. kalau air sikit, Raja akan mengiaw. terpaksalah kami semua pasang air bagi air dalam baldi penuh. sebelum minum Raja suka rendamkan tangan dalam baldi tu dulu. suka main-main dengan gayung.

Raja tengah bersedia nak minum air.



Sekarang, semua cerita-cerita di atas tinggal kenangan. Raja dah mati. pagi tadi, saya keluar jalan-jalan. balik jalan-jalan tu, saya bukak pagar nampak Raja ternganga. pergi dekat, langsung tak bergerak. lidah pun dah terjelir keluar. Raja dah mati. :'( terus abah ambik dan tanam Raja belakang rumah. dah tak boleh nak bagi Raja makan, dah tak boleh nak tengok Raja tido. dah tak boleh nak usap-usap Raja.


Sebelum Raja mati ni, ia sakit. Raja hilang selama 3 minggu. bila Raja balik, Raja jadi kurus sangat. bulu pun dah takde. macam bukan Raja yang dulu. cuma gaya tidur yang sama. masih suka makan coklat. tapi sejak dua menjak ni, dah tak suka coklat. Raja jarang makan. jadi saya belikan makanan kucing dalam tin. masih tinggal satu lagi belum saya sempat berikan kat Raja. semalam saya dah terfikir nak bagi, tapi tak jadi sebab ingat nak bagi keesokkannya. :'(

Raja sebelum mati. sangat kurus. dah mandikan. dah bagi vitamin. tapi tetap macam ni. :'(



Raja, I will miss you. terbayang-bayang Raja ada depan mata. ingin nak peluk dan usap raja. walaupun seekor kucing, dah macam keluarga sendiri. :'(





sambil menulis entri ni, sambil saya menangis tak henti-henti. dua tiga hari ni asyik menangis mendapat berita yang sedih. semoga esok lusa kegembiraan yang datang.



oh ya, minta tolong klik sini ya? topup Hotlink yang sangat mudah. terima kasih..

Jumaat, 29 Julai 2011

Terima Kasih Liyana Lunia!





Liyana Lunia komen entri sayalahhh..hehe..
blogger famous jugak tu..terharu... :D


thanks liyana lunia sudi singgah, nak tengok komen Liyana Lunia, sila ke entri ni. :)


oh ya, minta tolong sekalian klik sini. :)


Khamis, 28 Julai 2011

Spontaneous Thurday #1

"pemain bola Singapura memang pelakon hebakkk"


bye! :P



Erin (kakak Elia) memburukkan keadaan antara Elia dan Khairul Fahmi?

salam semua..ni bukan saya yang kata, tapi forummers forum cari yang kata. hehehe. :P jom kita tgk gambar-gambar yang saya printscreen dari twitter Erin:









ni semua kenyataan-kenyataan erin dalam twitter dia. kalau orang bagi nasihat, dimakinya org tu. huhu. tapi, org yg memberi nasihat tu pun bahasanya kurang sopan. ;p pastu kalau ada tweets yg buruk-burukkan KFCM, dia retweet balik.



ni pulak pandangan orang ramai dalam forum cari:






saya bersimpati pada elia. yelah, bila dh senang sikit, tunang tinggalkan kita. tapi, kakak elia ni tak patut buat kenyataan yang berlebihan. sebelum jadi mcm ni, khairul fahmi jugaklah yang diajak untuk promosikan blog jualan dia. tapi bila jadi macam ni, khairul fahmi diburukkan. adiknya elia tu takde bagi kenyataan apa-apa. nampak sangat erin ni lebih-lebih. mungkin, hubungan yang gaduh-gaduh manja pun boleh jadi teruk dengan kenyataan erin ni.




cerita tentang hubungan khairul fahmi dan elia, sila ke beautifulnara.com


oklah, itu sahaja ulasan saya yang sangat menyibuk. :P jangan lupa klik sini ye.. :) terima kasih..


bye!

PROMOSI HARI RAYA

cheese tart:
25 biji = RM16 (n.p: rm18)
50 biji = RM30 (n.p: rm35)
gambar SELAMAT HARI RAYA
25 biji cupcakes.
perasa kek boleh campur:
-vanilla
-oren
-strawberry
-yam
-pandan

menggunakan fresh cream yg sedap sebagai topping. :)

RM 48 (n.p: RM50)
red velvet cupcakes
25 biji = RM 48 (n.p: RM50)
Red Velvet Cake

kek dengan rasa yang unik dan sangat lembut. dilitupi dan dilapisi dengan cream cheese frosting yang sungguh menyelerakan.

RM70 - 9 inci (n.p: RM75)
Italian Rainbow

Kek butter dengan warna yang pelbagai, dilapisi dan dilitupi dengan italian buttercream yang sedap.

RM65 - 9 inci (n.p: RM70)
Opera cake
Kek yang lembut diadun dengan serbuk badam dan disirami dengan coffee paste. dilapisi coklat ganache dan italian buttercream berperisa coffee
.RM65 - 7 inci
Chocolate Indulgence
Kek coklat moist yang lembut dilapisi dengan chocolate whip cream dan dilitupi dengan coklat
ganache
RM65 - 9 inci (n.p: RM70)
Russian Black and White

Kek coklat moist yang lembut dilapisi dengan coklat ganache dan cream cheese frosting berperisa kopi, disaluti dengan coklat ganache yang berkilat.

RM70 - 9 inci (normal price: RM75)




tempahan ditutup seminggu sebelum hari raya. sila sms 0147939261 atau email atiqahkj@gmail.com

tidak boleh dipos. pick up di Bilal Kubang Kerian sahaja.


Rabu, 27 Julai 2011

Wordless Wednesday #5- kesian Ustaz Zamri dan rancangan adik & Al-Quran


apa nak jadi ni?



Selasa, 26 Julai 2011

Blog masak-masak kegemaran

korang minat tak tengok blog masak-masak? saya minaatttt sangat. sambil tengok sambil tanam impian nak pandai memasak macam diorang. seni diorang sangat tinggi. gambar-gambar yang diambil cantik, masakan yang pertama kali dibuat dan cuba terus menjadi. kalau saya, haruslah empatpuluhlima kali mencuba baru menjadi. ohhh..tiba-tiba sedih dengan diri sendiri. :'(


dah, stop merepek. jom kita tengok blog masak-masak kegemaran saya sejak mengenali blog sehingga sekarang.


Kak Hana ni dulunya stay kat Jepun, ikut suaminya sambung belajar kat sana. tapi sekarang dah balik Malaysia, blog pun jarang update sebab dah kerja. walaupun jarang update, saya tetap masuk blog kak Hana hari-hari. hehe. sebabnya, suka tengok resepi-resepi masakan Jepun. :)

hasil tangan kak hana.





Mat Gebu ni sangat popular dalam dunia blog masak-masak ni. tengok gambar pun dah nampak sangat menyelerakan. kalaulah saya yang stay dengan dia, maunya berat badan 2x ganda yang dah sedia ada berat ni. memang sukaa sangat masuk blog mat untuk rujuk apa-apa. :) suka bila baca DTS menderhaka terhadap sesuatu bahan tu..hehehe..


hasil tangan DTS






Kak sue ni saya jumpa blognya ketika mula-mula berblog lagi. jadi follow sampai sekarang. kak hasue banyak buat tutorial, contohnya tutorial nak lorek-lorek atas tart. sampai sekarang saya guna resepi tart yang diambil dalam blog kak hasue.

hasil tangan kak hasue.



Blog kak ita sangattt menarik. gambar-gambar sangat cantik. saya rasa orang yang tak suka masak pun akan teringin nak masak bila tengok gambar-gambar dalam blog kak ita, terutama gambar-gambar puding. suka tengok step by step yang kak ita ajarkan. gambar-gambar yang kak ita ambil pun sangatlah cantik. dalam blog kak ita, banyak resepi puding.

hasil tangan kak Ita




hebat dan menarikkan hasil tangan diorang? :) doakan saya mampu untuk memasak seperti diorang satu hari nanti..hehehe..



jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat