εїз •(¯`•¸•´¯)`•.¸εїз¸.•´´• ღ ღ •``• .¸εїз¸.•´(¯`•¸•´¯)• εїз
maaf sebab terbiasa tulis cupcake, dan bukan kek cawan...bahasa rojak..bahasa rojak.. (sambil geleng kepala)
disebabkan saya selalu terliur bila tengok blog
ini,
ini dan juga
ini, jadi semalam saya ambik keputusan untuk buat sendiri cupcakes, selepas sekian lama tunggu kawan2 hantar cupcakes kepada saya, tapi tak sampai-sampai dengan alasan posmen sudah makan cupcakes tersebut..
inilah antara rupa cupcakes yang saya buat!
buruk!!! memang buruk!!!! harus terima kenyataan yang saya ni memang tak kreatif dan berseni.. o(╥﹏╥)o
di sini, saya ingin tunjukkan anugerah-anugerah khas untuk cupcakes saya! (◕‿◕✿)
1. ANUGERAH CUPCAKE PALING BURUKanugerah ini dimenangi oleh CC ini kerana coraknya memang tersgt buruk...dan juga CC ini dibuat dengan corak yang paling malas..jika letak di atas dulang untuk hantaran, pastinya CC ini akan mendapat tempat terakhir di hati tetamu-tetamu yang melihatnya..
2. ANUGERAH ABJAD PALING BURUKanugerah ini memang patut dimenangi oleh cupcake ini, kerana sebelum ni pihak juri tak pernah melihat abjad yang bengkang bengkok seperti CC ini..tahniah kerana mendapat anugerah abjad yang paling buruk ini!
3. ANUGERAH JANGAN DISURUH ULANG CORAKNYAoh tidak!!! jangan buat lagi corak seperti ini! semoga CC ini sahaja yang mempunyai corak seperti ini. nampak sgt corak swirl yg tak menjadi. memang sesuai untuk tidak diulang coraknya sebab tak mungkin ada orang yang mampu membuat corak swirl yang buruk dan tak menjadi ini.
4 ANUGERAH CORAK TERHODOH KETIKA INGIN HABISKAN ICING DENGAN CEPATCC ini memenangi anugerah ini kerana nampak sangat CC ini dibuat dengan malas + tak ada idea + ingin habiskan icing..tahniah atas coraj yang hodoh ini!
5. ANUGERAH CUPCAKE YANG PALING TAK COMEL TETAPI INGIN DIANGGAP COMELanugerah ini dimenangi oleh CC ini kerana:
pembuat CC : umi, ni comel kan?umi pembuat CC : tak comel pun..senget..tak sekata...tak selaras..pembuat CC : biarlah..yang penting saya nampak comel (kata dalam hati)
jadi, juri sebulat suara memberikan anugerah kepada cupcake ini kerana nampak sgt pembuat CC perasan CC ini comel tp sebenarnya tidak..
6. ANUGERAH CAMPURAN WARNA PALING TAK CANTIKanugerah ini dimenangi kerana pembuat CC ingin membuat CCnya nampak COOL...tp akhirnya menjadi SERABUT.. T_T
7. ANUGERAH BUNGA YANG TAK MENJADIkononnya nak buat bunga keliling, tp yang jadi mcm....... (tak tau nak kata)...haih, nampak sgt bunga tak menjadi...anugerah ini memang layak dimenangi CC ini!
8. ANUGERAH CUPCAKE PALING TAK ADA MOTIF
apakah motif CC ini? kuncikah? bungakah? sebenarnya pembuat CC ingin membuat bentuk hati..luarnya warna pink, dalamnya warna pepel..tp bila buat separuh terus jadi bentuk C..lepas tu disambung sehingga tak ada motif..
9. ANUGERAH SENYUMAN YANG TAK MACAM SENYUMAN
senyuman apakah ini!!! memang patut CC ini memenangi anugerah ini!
10. ANUGERAH HATI YANG PALING TAK ADA RUPA HATI
kononnya nak buat bentuk hati...tp langsung tak ada rupa hati..ceitt..ceitt!! teruk sgt! jd terimalah anugerah ini..
tapi, yang paling best ialah bila saya tanya umi:
saya : umi raso kakak bleh jual dok cupcake kakak tuh?umi : bleh, tapi keno wat molek sket...hok molek dlm byk2 tuh hok ni dengan hok ni..
hehe..kembang kempis hidungku, sekurang2nya ada sikit yg elok.. :-p ermmm, ada sape2 yang berani nak suruh saya buat untuk hantaran?? hahahaha.. :-p
untuk resepi pulak, saya guna resepi yang saya belajar ketika semester 2 dulu..resepi kek span, tp saya buat cupcakes.. :-) untuk krim, saya guna whipping cream, sbb saya lagi suka rasa whipping cream dari buttercream...whipping cream tak muak.. :-)
resepi kek span vanilla:bahan2:8 biji telur
250 gm gula kastor
250 gm tepung kek
100 gm air
25 g ovalette (penyetabil kek)
1 tbs baking powder
125 ml minyak jagung atau margarin yang dicairkan.
cara membuatnya:1. campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung atau margarin cair dan kacau sehingga kembang.
2. kemudian campurkan minyak atau margarin dan kacau kembali.
3. bakar di dalam ketuhar pada suhu 190C pada 30-35 minit
SELAMAT MENCUBA!
εїз •(¯`•¸•´¯)`•.¸εїз¸.•´´• ღ ღ •``• .¸εїз¸.•´(¯`•¸•´¯)• εїз