Isnin, 9 April 2012

Apa yang tak best bila meniaga?

Salam semua, bagi yang tak tau, saya sekarang digelar full-time baker. prvide homemade dessert.. :) nak tau, cuba tgk sini. :')


Korang tau tak, berniaga ni tak seindah yang kita lihat. dulu, sebelum saya konon-konon menjadi full time businesswomen, saya fikir berniaga ni sangat INDAH. sangat-sangat INDAH. (terus huruf besar nak menunjukkan betapa indahnya berniaga dalam pemikiran saya)


Sekarang, bila dah cerburi sendiri, baru saya tau..di dalam yang indah, ada yang kurang indah. ada yang tak best. ada yang menyedihkan. contohnya:


1. I've paid you, so u're my kuli.
Ini pandangan sesetengah customer. mungkin dia fikir, dia bayar kita..jadi kita ni macam kuli dia. contohnya, ketika saya pergi setting meja candy buffet, tuan rumah cakap kasar, tak pedulikan dan memang betul-betul anggap kita ni sebagai kuli dia. beberapa hari lepas, ketika saya datang ambil barang-barang selepas majlis selesai, hanya budak-budak kecil datang menggangu, mengacau..langsung takde orang tua yang keluar, walaupun saya dah bagi salam berkali-kali. macamlah kita ni peminta sedekah yang berpura-pura cacat, kalau tak nak layan macam mana pun, sekuarang-kurangnya keluarlah tunjuk muka sekejap..kalaulah pelanggan tahu, keuntungan yang saya ambil sangat-sangat kecil..nak ambik untung banyak-banyak tak sampai hati. :'(

kalau dianggap kuli mcm Cinderella takpe. last-last jadi princess dan live happily ever after. *tiba-tiba, takde kaitan dengan isi entri*



2. Kerugian
Kadang-kadang kita si peniaga akan mengalami kerugian. As I said before, saya memang ambil keuntungan yang sikit. sebabnya, saya tak sampai hati. dan umi selalu pesan, kita meniaga makanan, bagi orang makan, jangan fikir keuntungan semata-mata...disebabkan keuntungan yg saya ambil agak kecil, kadang-kadang kesilapan yang berlaku saya yang perlu tanggung. contohnya, barangan yang dipos tak sampai, jadi saya kena bayar balik kepada pelanggan..kalau orang yang ambik untung banyak, dapat cover kerugian tu dengan keuntungan yang dapat..tapi saya, hanya dapat rugi. hehe. tapi umi cakap, "anggaplah takde rezeki..lain kali insyaAllah ada..anggap saja tu sedekah.." :')



3. Kebaikan yang dibuat tak dikenang, kesilapan yang sikit dimaki-maki
Yang ni memang saya selalu kena. kena maki. dalam hati cuma sabar..sabar..kang termaki sama kang.. :-P Hari tu, pernah ada coklat yang saya pos, 2 minggu tak sampai-sampai kat tuannya. tau tak, tiba-tiba adik/kakak pembeli, call saya dan terus memaki hamun. cakap saya meniaga menipu la. paling tak menahan, ayat dia macam ni:

"awak meniaga online, senang je saya nak jatuhkan awak. kalau tak nak saya sebar benda tak elok, meniaga lah elok-elok"
Ya Allah panasnya hati time tuuuu..rasa macam nak cakap je, sebar je lah kalau berani. Allah ada! tapi saya senyap aje..dan tau tak, sebenarnya saya dah nak tolak order orang ni. saya cakap saya dh tak nak buat postage, sebab skarang selalu bermasalah. tapi dia merayu -rayu cakap nak jugak. okay, saya buat. pastu nak coklat warna warni, padahal memang terang lagi bersuluh saya cakap, 3 warna sahaja. tapi saya buat jugak, dan tanpa cas..dengan harapan, pelanggan akan gembira..tapi maki hamun yang saya dapat.


Satu lagi cerita, ada kawan lama yang nak tempah kek. Saya bagi banyak punya diskaun, sebab kawan lama..dan nak kawan happy..tapi, tiba-tiba pelbagai request pulak dia buat. jadi saya macam sponsor lagi beberapa RM. maksudnya, bayaran yang saya minta tu kos pun tak lepas. tapi takpe, memang saya nak buat. dijadikan cerita, kek tu ada silap sikit. lepas tu, kawan lama tu langsung tak berterima kasih, dan gayanya macam marahkan kita, sebab kek dia rosak. jadi, kesimpulannya memang kebaikan yang kita buat, orang tak akan nampak. tapi bila ada silap sikit, memang terus nampak.


oklah setakat itu sahaja benda yang saya rasa tak best bila berniaga. semuanya sebab perangai orang. bila deal dgn manusia ni, memang susah..perangai orang macam-macam kan. tapi berniaga tetap minat saya no 1. benda-benda macam ni tak mematahkan semangat saya. ececehh..hehe..jumpa lagi!

bye! ;-)


Rabu, 21 Mac 2012

Medan Trip: Bertolak ke Medan & Imegresen

Salam semua. Pada 1,2 dan 3 Mac, saya pergi melawat Medan bersama umi abah dan kawan-kawan di UiTM.


Pada malam 29 Februari, saya bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Penerbangan ke Medan pada 1 Mac. Kami sampai di Kl pada pukul 10 malam, dan bermalam di airport je untuk penerbangan keesokannya. 


tengok tu, umi siap bawak bekal lagi. hehe.


Air Asia sekarang, mengenakan cas kalau check in di kaunter. jadi untuk menyelamatkan RM10, kita boleh web check in atau kiosk check in. semuanya layan sendiri. buat sendiri tak dok maso orang Airasia nak layan. :P


Pukul 5 pagi kami dah masuk ke balai berlepas. Penerbangan ke Medan pukul 7.40 pagi. penerbangan ke Medan cuma ambil masa 55 minit. sama masa penerbangan KL-KB.

berada dalam balai berlepas dalam keadaan mengantuk. ececehh kawan-kawan sibuk betulkan passport. ;)


kami sampai di Medan pukul 8.35 waktu Malaysia, tapi di Indonesia pukul 7.35. Bila sampai di sana, terus beratur di kawasan imegresen. Sebab langsung tak tido semalaman, tak boleh tido time lepak di food court, naik je flight terus pengsan. hihihihi. bila masa kapal terbang naik ke awan pun saya tak sedar. :P


kalau kat Malaysia, tiap kali nak turun flight mesti FA dia ckp anda dilarang mengambil gambar. tapi kat Medan ni tak bagitau pulak, maknanya bolehlah kan kan kan??


Sampai di sana, ada semakan imegresen. bila sampai giliran kami, abah bagitau pegawai imegresen yg kami datang berenam. Pegawai imegresen minta booking number untuk penerbangan balik. abah pun bagilah kertas booking number yg diprint. sampai giliran umi, umi terjenguk2 tgk apa yg pegawai imegresen tu buat. keadaannya mcm ni:

disebabkan meja pegawai (meja seperti kandang di court, tak tau nak panggil apa) betul-betul paras muka, umi pun jengket la kaki, sebab nak dengar manalah tau pegawai tu tanya apa-apa. tapi, bila umi buat macam tu, terus pegawai tu cakap macam ni:

" Apa tengok-tengok? ada rahsia apa?"

dalam hati saya, eh eh pegawai ni. kereknyaaaaaa... disebabkan abah ada bagi itenary perjalanan balik kami kat pegawai tu, umi pun minta balik. dia terus jawab nanti dulu, nak tengok betul ke semua 6 orang. padahal dia tak tengok pun.. :geram:


bila sampai giliran saya, bila dia check passport, terus dia campak je. TING! 1 impresi buruk untuk orang Medan. sombong dan perasan hebat. tapi Alhamdulillah, kami dapat melepasi imegresen dengan selamat. tapi kami memang ada impresi yang sangat buruk terhadap pegawai imegresen Medan, tak mesra dan sombong. langsung tak 'welcome' orang datang melancong kat tempat dia. memang jauh berbeza dengan orang kita.


bila keluar je, kami dijemput oleh Pak Agus. abah dah tempah kereta dan pemandu dengan dia. 1.2 juta untuk 2 hari. lebih kurang RM400 duit kita. :')



to be continued...

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat