Ahad, 3 Oktober 2010

GEMPAR!! planet bergelar bumi baru ditemui

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi




p/s: emm..kalau sy dapat cari kapal angkasa kelajuan cahaya, umur 44 tahun bru saya sampai kat planet tu..nak berhijrah ke bumi barulah kalau mcm ni! :p

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Sabtu, 2 Oktober 2010

(Gambar) pertunangan Vanessa Chong dan Moots Popshuvit bertunang

maaf ye semua, ada sedikit penipuan ditajuk entri. saya takde gambar pertunangan mereka. gambar-gambar mereka adalahhhh..hehehe...

vanessa chong


masa mula2 af1 dulu, tqah minat sangat2 dengan vince chong. masa tu tqah form 3..hehe..siap masuk fanclub vince lagi.. *sekarang dah tak minat dengan budak2 af, kecuali nurul af2*



jadi selalu la tgk gambar2 vince yang fans vince upload kat laman web. dalam gambar2 ni selalu ada vanessa chong kakak vince nih..dan jugak gambar adik vince, pamela chong..

adik-beradik vince..vanessa dan pamela


dulu tiap kali tengok gambar vanessa mesti cakap 'cantikanyaaaa dia..cantiknyaaa diaa'..sampaikan kawan-kawan yang dengar pun dah bosan.

vanessa dan adiknya, vince


dulu kakak vince ni xseksi..yelah, tak terkenal pun kan..cuma membantu karier adiknya..ingat lagi penah baca dalam bi-pop tulisan vince, dia cakap lepas dia menang AF1 baru kakaknya senang nak dapat IC atau kerakyatan, something yang mcm tulah, saya pun dah lupa..


vanessa dan pamela yang masuk amazing race



vanessa ni dulu suka sangat pakai baju hitam. simple. sangat simple. tapi lepas dia masuk amazing race dengan adiknya, pamela chong (pelakon talentime), kuar magazine seksi je..hehe..


vanessa yang berpakaian hitam dan seksi..



oklah, setakat ini sahaja... nilah gambar couple yang bertunang nih..memangg satu malaysia..hehe..apa2pun, vanessa ni tetap cun walaupun dah umur 30 lebih..mix cina+org putih..hehe..

Moots dan Vanessa


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat