Jumaat, 18 April 2014

My Wedding Story: Reception

Salam...anak dalam perut dah 7 bulan, baru nak cerita pasal wedding ye atiqah. But, better late than never. kan? kikikiki. 


Sebenarnya dah ingat-ingat lupa perjalanan hari tersebut. tapi, perasaan yang saya rasa pada hari tersebut akan diingat sampai bila-bila. :') 


Bangun pagi selepas subuh, terus siapkan apa-apa yang patut. Siapkan dessert table, susun barang hantaran kemudian baru pegi mandi. adik-beradik dan mak ayah pun sibuk menyiapkan apa yang patut. abah menyapu kawasan makan, umi abang-abang tolong susun meja dan kerusi. 


my candy buffet - sehari sebelum akad nikah berjaga malam siapkan hokkaido cupcake. puas hati sangat dapat buat candy buffet ni walaupun simple je. :') selalunya buat kat org lain, wedding sendiri haruslah iols buat jugak! hehe. buat dua meja, satu meja hokkaido cupcake, kerepek dan biskut raya. (musim raya jadi haruslah hidang biskut raya) meja kedua chocolate fountain, strawberry, marshmallow dan biskut stik. hiasan meja pun sangat simple, cuma tabur rose petals dan letak bunga yang sentiasa saya guna ketika deco candy buffet rumah org lain. :)


Pukul 10 pagi, MUA sampai. mekap-mekap, pakai tudung, siap pakai baju. Pukul 11 pagi, photografer sampai. sempatlah berposing sepuluh keping dua dengan sepupu sepapat sebelum tunggu pengantin lelaki tiba. hehehe. 

posing-posing sebelum rombongan pengantin lelaki tiba..


Dalam perancangan, pihak lelaki akan sampai pukul 11 pagi. Awal kan? sebab umi tak nak bagi bersimbung dengan tetamu. jadi rombongan pengantin lelaki dan tetamu dapat makan dengan selesa. tapi, kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan. pihak lelaki dan datang awal, tapi bila ramai-ramai mesti ada yang lambat etc. jadi rombongan pengantin lelaki sampai pkl 12 tengahhari. Masa tu tetamu pun dah ramai. ada jugak kawan-kawan yang datang tapi tak sempat langsung nak beramah mesra, sebab bersimbung dengan rombongan pengantin lelaki.

terima kasih semua. :')


Rombongan pengantin lelaki sampai, terus bawa masuk dalam rumah. sesi baca doa, bersalam-salaman dan berpesan-pesanan bermula. ketika ni lah saya banjir. T__T hihihihi.

sesi banjir bermula. hahaha. macam mana saya tak menangis, abah pun sama naik menangis jgk. hehehe.


Lepas selesai acara di pelamin, kami ke meja makan beradap. makan semulut dua dah kenyang. haha. hari biasa jangan harap makan semulut dua je. lepas tu rombongan pengantin lelaki balik. acara seterusnya cuma bergambar, dan beramah mesra dengan tetamu yang datang terutama kawan-kawan dan sanak saudara yang datang dari jauh. 


cuma 4 orang di meja beradap. sebab sempit ruang rumah kami. hehe. jadi untuk selesa cuma 4 org je. :-)


Pukul 3 petang, saya tukar pakaian. siap-siap solat zohor. photoG pun dah balik. muka saya pun dah hilang mekap. akhirnya jadilah pengantin yg berlemuih. hehehe. lepas tukar pakaian tu cuma melayan kawan-kawan yang datang je. ramai pulak yg datang petang. segan bergambar dengan muka berminyak. hehehe. 

kebetulan datang waktu yg sama dua-dua kesayangan saya ni. tapi muka saya dah berlemuih, mekap dah hilang. tapi gambar ni tetap jadi gambar favourite. ;')


pukul 7 petang, tetamu dah takde. mula kemas-kemas sikit apa yang boleh. malamnya, lepas solat maghrib terus kami melahap nasi kenduri. hahaha. tulah, kononnya control ayu dan macho makan 2,3 mulut je siang hari. :-P Alhamdulillah, majlis kami ni berjalan dengan lancar. 


vendors utk bridal, makanan, photoG, mua, pakaian dan lain-lain saya akan ceritakan dalam entri-entri lain ya. sesuai untuk rujukan bride-to-be kelantan. walaupun simple je, sekurang-kurangnya boleh bagi sedikit info untuk b2b kelantan. :-)


bye!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat