Jumaat, 17 Januari 2014

sekejap ada, sekejap takde

dah 17 hari berlalu pada tahun 2014, tapi masih belum ada satu entri pun. T_______T

azam kepada diri sendiri, nak update blog selalu. tapi ada perkara yang menghalang.

1. Internet yang saya gunakan ialah P1 Wimax. kuota cumalah 5GB. bila masuk 14hb setiap bulan, kuota akan renew kepada 0gb balik. awal Januari hari tu, kuota cuma tinggal dalam 5%. jadi simpan kot2 ada perkara yang lagi penting.

2. Bila dah masuk 14 Januari, semangat ni nak menulis. tapi kebetulan sibuk pada hari tersebut. tapi internet terbuka je. malamnya, saya tergerak hati nak check kuota yang digunakan. WHATTTTT? TINGGAL 50% je? padahal baru je sehari.

3. Hari tu, 1st month tinggal di Kuantan, pun pernah terjadi macam ni. baru 1 minggu dah habis kuota 5GB. sakitnyaa hati Tuhan saja yang tahu. rasa nak marah je tapi nak marahkan sape?

4. Asssumption saya, bukan nak menuduh..jiran sebelah saya ni, disewa pelajar-pelajar kolej lelaki. masa 1st month, diorang ada kat sini. masa 2nd dan 3rd month, diorang cuti semester. time tu aman saja saya dan suami gunakan internet ni. cukup2 5GB kuota untuk sebulan. bulan keempat ni, diorang dah balik ke sini. dalam masa sehari je quota dah hilang 50%. suratan atau kebetulan?

5. Tapi mungkin juga masalah di terjadi sebab salah P1 Wimax. kan ada trending sebelum ni cakap P1 ni menipu. cuma hati saya tetap kata ada org curi line sebab 2 bulan kami gunakan ok aje.

6. sekarang ni, nak gunakan internet pun saya buka sekejap-sekejap je. risau. kuota pun dah tak banyak. tiba-tiba rasa kesian kat diri sendiri. sekarang kan dah jadi surirumah sepenuh masa, tinggal pulak berdua je. kadang2 time mr husband g kerja, saya sorang2 di rumah, bila semua kerja rumah dah siap, saya akan melayari internet baca berita, chat dengan kawan dan cari resepi. sekarang ni dah tak boleh nak guna sesuka hati. kesian jugak kat mr husband yang bayar bil tiap-tiap bulan, tapi kemudahan tak dapat guna sepenuhnya. kalau kami menggunakan servis internet yang tanpa had, kami tak kisah.


sekian, dari saya yang mengadu. bye!


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat