Selasa, 31 Disember 2013

Hi Hi 2014, Bye Bye 2013

Pejam celik pejam celik sekejap je dah habis setahun
Pejam celik pejam celik umur semakin bertambah
Pejam celik pejam celik semakin hampir kita akan mengadap Ilahi


sekejap je masa berlalu kan. kita tak boleh nak pusing balik masa. cuma yg kita boleh buat, teruskan buat kebaikan sepanjang masa. selalu muhasabah diri. selalu jaga hati org sekeliling. semoga bila tiba masa kita dijemputNya, kita tak mnyesal. InsyaAllah. :')


esok, 1.1.2014 blog ni dah cukup 5 tahun. hehe. dilahirkan 1.1.2009. dah banyak suka duka dikongsikan dalam ni. 


nak throwback sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2013

Januari, masih di negara orang. dapat rasa salji di negara orang. entah bila dapat merasa lagi. =)



Februari - Jun : takde buat benda lain. cuma tumpu kepada bisnes. bangun pagi masuk office, keluar office malam hari, tidur. hehe. hujung minggu selalu ke kelas memantapkan skill dan menambah ilmu baru. Alhamdulillah target utk kawen berjaya dikumpul. =)

mari-mari adik kakok. untuk warga Kelantan sahaja. jom ke Facebook Atiqah Homemade Dessert atau blog www.homemadechoc.com


Julai - bulan puasa, berehat dari meniaga. fokus kepada persiapan perkahwinan. time ni la siapkan hantaran, pos kad kawen kpd kawan-kawan, terima tempahan dari vendors dan lain-lain. 


Ogos - saya kawen! hehe. nanti akan sambung cerita pada entri-entri seterusnya. Majlis kawen pada musim raya. jalan-jalan pertama kali lepas kawen. kami ke Port Dickson. habis cuti, mr Alien balik ke Kuantan, saya sambung meniaga kembali.

gambar di pantai teluk kemang, Port dickson


September - dapat tawaran untuk kursus 'baking' selama 3 bulan secara percuma anjuran JPW Kelantan. end up, akan dapat sijil kemahiran malaysia tahap 2 dan 3. Alhamdulillah. yang ni pun saya nak ceritakan dalam entri baru. kenangan yang tak akan dilupakan seumur hidup. =)

hari kelas kek marble singapore. :) bersama group members. 15 orang yang terpilih semuanya.


Oktober - sibuk dengan kelas, dan yang paling seronok. saya dapat turunkan berat badan sebanyak 7kg berbanding masa kawen! hehe. satu pencapaian hidup. tp walaupun weight loss, inchloss sangatlah sikit sebab kurang bersenam. diet makan je. lepas kawen baru rasa semangat nak kuruskan badan untuk suami. hehe. 


November - dapat tahu berita baik. saya disahkan mengandung. :') semoga kandungan ini sihat dan sempurna sehingga dilahirkan. Amin. kemudian, sy masih sibuk dengan kelas. tapi dah nak sampai penghujungnya. kenangan paling berharga, pada malam penutup di Hotel Renaissance, cikgu kami buat pertandingan sesama sendiri. ini hasilnya:

hasil tangan kami. sebenarnya kami sendiri macam tak percaya boleh hasilkan kek2 sebegini. hehe. cerita pasal ni pun saya akan tulis dalam entri seterusnya. Insyaallah.


Disember - penutup untuk kursus. dapat banyakkk sijil! haha! Alhamdulillah. memang sangat happy sebab satu sijil dlm bidang ni memang amat bermakna bagi saya. walaupun dah ada diploma dan degree, tp bidang ni bidang lain. jadi saya perlu mula dari bawah. :) kemudian, lepas selesai kursus saya ada trip kedua dengan Mr Alien dan keluarga. pertamanya untuk pertunangan abang kedua. kedua, untuk majlis aqiqah baby Zara, anak saudara kedua. nanti yang ni pun saya akan buat entri baru. Insyaallah. 

baby Zara. anak saudara kedua. :')


esok dah masuk tahun baru. rasa macam banyaknya cerita yang saya nak buat entri. sebelum ni, tak sempat nak menulis sebab sibuk sangat di dalam 'office'. sekarang dah jadi surirumah tangga sepenuh masa. kemas rumah, buat laundry, masak dah selesai..jd kita ada banyak masa terluang. bolehlah menulis kan, dengan harapan duit nuffnang bertambah. kikiki. :-P

azam Januari 2014, nak buat entri-entri tertunggak 2013. hahaha! cerita basilah jawabnya. bye!


p/s: esok birthday umi yang ke 51. kakak tak dok nak buat kek ke umi. tunggu kakak balik raya cina kakak buat deh. love u very much, umi!

Jumaat, 27 Disember 2013

My Wedding Story: Malam akad nikah

Salam...

memori ni dah lama berlalu. saya sendiri pun ingat-ingat lupa. jadi sebelum lupa terus, haruslah tulis di dalam diari umum ni dulu. hehe. 

Majlis akad nikah antara saya dan En Alien pada 10.8.2013 bersamaan 3 Syawal. tapi sebenarnya dah boleh dikira sebagai 4 Syawal sebab berlangsung selepas maghrib. Perbincangan kami, selepas isyak. Akad dilangsungkan di rumah. sesetengah tempat tok imam dah tak pegi rumah dah kan. kena pegi ke masjid. kami pasangan ketiga yang dinikahkan malam tersebut.


Perancangan saya, pukul 6.30 dah nak mandi. tapi ada hal yang tak dapat dielakkan, pukul 7.30 baru mandi. tiba-tiba adik ketuk pintu bilik air. "kak, juru mekap dah sampai". alamak! terus mandi sepantas kilat. G jumpa MUA (make-up artist/jurumekap), dia cakap pakai baju terus. lagilah saya kalut. haha! dah la dia ada hal lepas tu. bila tau lagilah saya kalut. dah la memang sejak azali memang kalut kalau ada apa-apa. :-P


Pukul 8 dah siap mekap, dah pakai baju, tudung, veil dengan lengkap. tapi sebab kalut sangat tadi, rasa panas je muka. sedara-mara dah mula datang. Nurul ckp jangan jalan banyak nanti mekap cair. tapi manalah saya nak dengar. mana boleh senyap sorang2 dalam bilik. sekejap2 g bilik umi. skejap2 g bilik adik. skejap2 masuk bilik balik. hehe. tiba2 masuk msg. Mr Alien cakap dah bertolak. dah nak sampai. rumah kami cuma dalam 10-15 minit je. 

sebelum rombongan sampai sempat bergambar dengan umi dan abah.


Tanya abah Kamal dah boleh datang ke. abah kata tunggu dulu, lepas isyak. risau dia tunggu lama. jadi diorang berenti solat isyak kat masjid dulu. yang lawaknya, adik mr alien cerita..sepatutnya 4 rakaat, tapi pandai-pandai je mr alien buat 3 rakaat je. haha! sebab terlampau berdebar dia kata. balik rumah solat balik.


Dalam pukul 8.20 malam rombongan lelaki dah sampai. masa tu memang saya dah duk senyap-senyap dalam bilik. umi cakap upacara batal air sembahyang buat dalam bilik. lagipun kat luar ruang terhad. tok imam belum sampai. kebetulan hari tu ada perlawanan bola. tapi saya lupa perlawanan apa. kusyuk diorang tengok bola sambil menunggu. kawan-kawan kat dalam bilik tolong intai ke luar. diorang datang report, Kamal mata tengok bola, tapi fikiran nampak macam ke lain. hehe!

 masing-masing kusyuk menonton perlawanan bola.


Dalam pukul 9 macam tu, akhirnya tok imam sampai. masa tu saya pulak yang berdebar. tulah seronok sangat gelakkan mr alien sebelum tu. haha! bukan setakat berdebar, siap sakit perut. nasib baik bilik air dalam bilik jgk. sekejap2 masuk bilik air. sekejap2 duduk. sekejap2 berdiri. hehe. 


Masa akad nikah, semua yang dalam bilik keluar. nak ambil gambar. dalam bilik cuma saya dan sorang lagi kawan, Ada.


tiba-tiba rasa popular macam artis. hehehe! 


dalam berdebar-debar tu, akhirnya saya sah menjadi isteri kepada Kamal Amry. :')



selepas akad nikah selesai, mr alien masuk ke bilik dah teruskan dengan upacara batal air sembahyang, penyerahan mas kahwin, sarung cincin dan gelang. kemudian, kami bergambar kenangan beramai-ramai.


ni gambar keluarga saya dan adik beradik belah umi. mak ngah-mok ha-mok na-mok ja-ayah juki dan sebahagian sepupu perempuan.



ni pula gambar keluarga baru. :') abe lie (abg ipar kamal), kak ja (kakak kamal), ma, abah, abe yie (abg kamal), edie (adik kamal) dan ikah (adik kamal)


lepas bergambar, semua turun ke bawah untuk menjamu selera. menu malam tu nasi kerabu bersama ayam bakar dan daging bakar kalau tak silap. tapi saya dan kamal masing-masing tak makan. hehe. lepas selesai makan, kamal balik ke rumah dia. saya pula melayan Teha yang dah nak balik ke KL pagi esok. Teha tak sempat bersama2 untuk majlis resepsi keesokan harinya.


malam tu masuk tidur dengan perasaan baru, status yang baru, dan juga hati yang berdebar-debar utk menempuh majlis keesokannya. dalam hati kami, masing-masing tak berhenti berdoa. semoaga majlis kami berjalan lancar dan penuh keberkatan. juga berdoa semoga rumah tangga kami dirahmatiNYA sentiasa. Aminn.


jumpa lagi di lain hari. bye!

Khamis, 26 Disember 2013

My Wedding Story: Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum. Diri pun macam lupa dah ada blog. hehe. ok, akhirnya saya update blog ini, dengan STATUS BARU! (tapi tak berapa baru sebab dah 4 bulan lebih berlalu) :blushing:


Alhamdulillah, 10 Ogos yang lepas, saya selamat menjadi isteri kepada Mr. Alien saya, Kamal Amry. selepas 7 tahun berkenalan, berkawan rapat, bergaduh, menangis, ketawa..akhirnya hubungan kami telah halal. :')

Ehem. walaupun dah lama berlalu tapi tetap nak menulis cerita kahwin ni. sekurang-kurangnya jadi kenangan saya di kemudian hari. bila baca balik kompem senyum teringat kenangan lalu. hehe.


Kami merancang majlis ni bermula Oktober/November tahun lepas. bukan merancang apa, tapi menetapkan tarikh. kami pilih musim raya sebab time tu confirm abang, kakak ipar dan adik dapat cuti. sedara-mara yang lain pun mesti cuti, dan kawan-kawan pun kebanyakkannya cuti sebab hari raya. Ketika tarikh ditetapkan ni, saya kat UK. jadi masa tu memang banyak sangat masa terluang. hari-hari saya godek-godek blog B2B, blog kawan-kawan yang dah kahwin. cari inspirasi dan buat bajet. nak bertindak tak dapat sebab jauh. kena tunggu balik Malaysia dulu Januari 2013. tapi time tu memang terkejut beruk tengok bajet. cuba nak short cost kat situ sini. runsing betul sebab time tu memang duit yilek, zero. saving habis buat berjalan-jalan..kat negara orang..shopping dan makan-makan tak hengat dunia. kawan-kawan ramai cakap, buat benda baik Allah akan permudahkan. InsyaAllah.


Bertolak dari UK 24 Januari 2013. Sampai Kelantan 26 Januari 2013. rehat seminggu. Start cuti raya cina bulan Februari terus pulun ambil tempahan. bekerja tak henti selama 5 bulan. jadi anti-sosial. segala jemputan tak dapat pegi. siang dan malam tak dapat beza. tidur sehari-hari tak cukup. badan penat sangat. tapi berat tak turun. haha! langsung tak sempat nak fikir persiapan perkahwinan. cuma sempat selesaikan hal-hal yg besar iaitu tempah bridal dan beli kain di Medan.


Bermula pertengahan Jun 2013 barulah saya sempat buat persediaan. time tu saya berhenti ambil tempahan, sebab rumah tengah renovate. tak sesuailah kan nak buat bagi orang makan dengan suasana tak hygiene macam tu. bulan puasa dah slow down sikit sebab banyak membuntang aje. hehe. selepas hari-hari berganti hari, akhirnya tibalah masanya! Malam 10 Ogos 2013 saya selamat menjadi isteri Kamal Amry. Alhamdulillah. hari raya pun takde mood beraya sangat bagi kami sekeluarga. semuanya dalam mood 'bekwoh'




Terima kasih tak terhingga buat keluarga tercinta!

1. Umi yang banyak membantu, sejak dari mula-mula merancang nak berkahwin sampailah ke hari perkahwinan dan selepas perkahwinan. Umi yang selalu dengar idea-idea saya. sikit-sikit, "umi, kakak raso nok tepoh aiskrim, ok dok? Umi, kakak raso baju nok buat pesen gini, ok ko?" boleh dikatakan semua umilah. persiapan dari awal sampai akhir semua tanya pendapat umi.
2. Abah yang pada mulanya sombong selalu cakap majlis lambat lagiii..haha. tp bila bulan terakhir dialah paling kalut. hari majlis dialah yang bangun pagi-pagi jadi tukang sapu. abahlah yang tenteramkan hati bila saya tak keruan. :')
3. Adik-beradik : kedua-dua abang, kakak ipar, dan adik. terima kasih bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. pulang awal beberapa hari sebelum majlis. tolong kemas rumah. tolong pastikan lauk pauk sentiasa ada. tolong bagikan doorgift dan lain-lain pertolongan.



jutaan terima kasih untuk sahabat baik saya, Nurul

Bila diingat kembali apa yang Nurul buat, mesti rasa sebak. air mata mesti bertakung. terlalu banyak jasa Nurul kepada saya. sebelum majlis, dia yang menolong saya berniaga. masa tempahan banyak, sanggup tak tidur malam sama-sama siapkan tempahan. dialah yang bertungkus lumus siapkan hantaran, yang teman saya ke situ sini beli barang-barang. survey segala benda. sampaikan masa hari majlis pun, Nurul tetap ada dari pagi sampai petang. waktu tu saya tak sempat pun nak layan Nurul. tapi nurul tetap ada, kalau ada apa2 pertolongan dia mesti ada. mcm supergirl! ;-) sekarang Nurul dah bekerja di KL. dulu-dulu kalau teringin nak makan apa-apa mesti Nurul yang jadi mangsa. hehe. rindu Nurul. :'(



terima kasih untuk sanak saudara, jauh dan dekat. ada yang datang dari KL, ada yang memang tinggal di Kota Bharu, dan ada yang datang dari Terengganu. semuanya datang untuk memeriahkan majlis, dan menolong apa yang patut untuk pastikan majlis berjalan lancar




terima kasih kepada sahabat-sahabat saya.
dioranglah tempat saya luahkan perasaan sebelum majlis. kalau ada apa-apa, pelbagai penyelesaian, pandangan yang diorang berikan. kalau saya tak tenang, diorang yang tolong tenangkan. diorang sanggup datang malam-malam, utk bersama-sama saya sebelum majlis akad nikah. teha, sanggup datang dari KL. walaupun sibuk, teha sanggup luangkan masa sehari untuk datang berjumpa saya.




akhir kata, terima kasih tak terhingga kepada keluarga besar belah suami.  terima kasih sudi datang memeriahkan majlis. datang dengan senyuman, menggembirakan saya dan keluarga dan mendoakan kami. :')

oklah, kita jumpa di next entri..babai!

Ahad, 8 Disember 2013

Once in a bluemoon

Assalamualaikum....

ehem. dah berapa lama tak update blog? (sambil scroll last entry). WHATT?? dah 5 bulan! dari julai-disember. dari belum bertukar status kepada hampir bertukar status kepada satu peringkat lagi..hihi! dah lamaa...tapi tak sedar sebab sekarang sangat sibuk, terkejar-kejar. 

Sekarang saya sibuk tumpu bisnes www.homemadechoc.com
kemudian sibuk dengan pelbagai kursus berkaitan perniagaan pastry dan kek
sibuk dengan kehidupan hari-hari.

Oh ya, bukan setakat dah lama tak update blog. masuk kat dashboard pun lamaaaa tak jenguk. tadi jenguk nampak ni:



ada 15 komen. sepanjang 4 tahun berblog tak pernah dapat komen byk mcm tu. boleh tak nak perasan popular jap. hahahaha.

padahal banyak sebab dah berbulan tak buka. :-P


oklah, harap2 sy akan rajin update blog selepas ni. utk kenangan dan bacaan sendiri masa akan datang. ;)

bye!


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat