Isnin, 15 April 2013

That Winter, The Wind Blows

Salam semua..

korang layan tak drama korea? saya sebenarnya dah lama tak tengok tv/ atau tgk cerita melalui lappy je. zaman universiti dulu, langsung takde keinginan nak menonton melalui laptop je sebab rasa malas sangat nak mengadap berterusan berjam-jam. tapi main game sampai lupa masa takpe! haha. 


tapi sejak jadi full-time home baker ni, jadi sepanjang masa ada kat rumah je. sempat la menonton beberapa drama bersiri. rasa macam dah lama sangat dah tak menonton tv macam sekarang. seronok rupanya tinggal kat rumah ni. hehe. sambil timbang butter, gula, putar adunan, masukkan dalam loyang, putar krim, lepa krim dan deco..mata sempat lagi menjeling-jeling kat tv. kalau drama melayu atau indonesia, tak payah menjeling pun takpe. dengar dialog je dah paham. hehehehe.


sejak drama korea that winter the wind blows ni ditayangkan mac lepas, saya macam dah jatuh cinta balik dengan drama korea. atau lebih tepat lagi, jatuh cinta dengan Jo In Sung. hehe. :-P zaman sekolah dulu, saya minat gila dengan Jo In Sung ni. zaman sekolah dulu mana ada laptop lagi. ada PC je. mengadap PC tgk drama korea dengan kawan baik, sampai tak tido. pastu sama-sama jatuh hati dengan hero. haha. seronok bila teringat kenangan dulu2.


jadi bila cerita ni ditayangkan, saya teringat balik kenangan dulu. memori dulu. memori bersama kawan baik. tengok cerita korea sambil gelak sakan, sambil mulut mengunyah biskut, sambil menangis teresak-esak. haha. bila sekarang masing-masing dah besar, masing-masing dah ada komitmen sendiri. dan seorang kawan baik saya dah mengandung pun. benda-benda manis zaman sekolah dulu rasa macam amat mustahil nak ulangi lagi, tapi kenangan yang ada akan kita simpan sampai bila-bila.




korang tengok tak cerita ni? kat one HD, setiap rabu dan khamis. kat korea dah hbs penayangan minggu lepas. kat sini lewat 4 minggu dari korea. walaupun saya peminat drama korea tapi saya bukan peminat k-pop! hehe. 


bye!


p/s: cepatnya masa berlalu. sampaikan langsung tak sedar mac takde sebarang entri. ni pun dah pertengahan april. sampai bila agaknya blog ni mampu bertahan? :'(



jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat