Khamis, 31 Januari 2013

Hari Terakhir Januari 2013

Sekarang ni rasa masa sangat cepat berlalu. tak terkejar-kejar. rasa macam baru je masuk tahun 2013, sekarang dah hujung bulan Januari..

Saya dah pulang dari UK 24 Januari lalu. bertolak pukul 6 petang waktu malaysia, (10 pagi waktu UK)...sampai di Kota Bharu pukul 12 malam 25 Januari waktu malaysia. sangat penat! entri jalan-jalan kat UK pun banyak lagi yang tak tulis. hehehe. pemalas betul..

Esok hari pertama bulan Februari, perancangan saya untuk masuk kelas baking. rm400 untuk 1 dan 2 Februari. doakan supaya bisnes saya berjalan lancar ya! :) 

By the way, sesiapa orang Kelantan yang nak order cupcake, cake, cheese tart, pavlova dan pelbagai lagi dessert, boleh jenguk-jenguk blog saya www.homemadechoc.com

bye! :)

Rabu, 23 Januari 2013

Snow @Leicester, UK

Salam semua! hari tu saya bagitau winter tahun ni kat Leicester tak berapa menjadi kan. boleh refer entri ni. tapi tup tup, minggu lepas ada snow! dah lah bukan sekejap snownya, tapi sampai 3 hari turun tak berhenti.


HARI PERTAMA

snow turun dengan lebat. tapi salji kat kawasan sekeliling masih lagi tak tebal. gambar ni selepas snow semalaman. malamnya, snow turun lebat tapi halus-halus. siang hari baru lebat dan tebal. :P (ayat berbelit sila pahamkan sendiri) hehehehe..

kat pokok pun tak banyak salji yang lekat dicelah-celah daun. masa salji turun dengan lebat dan tebal, sangat seronok! cantik sangat bila nampak salji seperti kapas jatuh atas kita. saya cuba snap gambar, tapi bila tengok gambar tak sama perasaannya. tak nampak betapa cantiknya suasana tu. 


HARI KEDUA

snow dah tebal. suka sangat 'kacau' snow yang tak terusik. hehe. ni snow kat kawasan belakang rumah abang. bila putih bersinh flat rasa macam geram geram je nak tinggalkan bekas tapak kaki. kehkehkeh. akhirnya terhasil gambar di atas. 


Rayyan dan kakak ipar, kak min. muka Rayyan masam je sebab takut snow. :P bila keluar rumah je, terus merengek nak masuk rumah. pastu nangis bila kasut dia tenggelam dalam snow. "mana shoes? mana shoes?" hehehe..


salji dah tebal dan membeku.


HARI KETIGA

hari ketiga, salji tak berapa lebat. dan dah keluar matahari. tapi salji masih tak mencair sebab tebal sangat.


tengok, salji yang sangat tebal kat belakang rumah abang. ni hasil selepas 3 hari salji tanpa henti.


seronok tengok salji di celah-celah daun pokok. cantik! macam yang selalu tengok di shopping complex bila nak Krismas pun saya seronok tengok sebab cantik.. hehe. bila yang real di depan mata, lagilah seronok!


jom makan ais kepal. hehehe. saya tak suka pakai sarung tangan, sebab ada yang cotton je. bila pegang salji, sejuk macam terperangkap dalam sarung tu. rasa sejukk sangat sampai sakit tangan. tapi bila pegang terus pun sejuk sampai merah tangan juga. :P tapi tak berapa seksa macam pegang dengan sarung tangan.


oklah, saya off dulu! 24 Jan (esok) dah nak bertolak balik ke Malaysia dah. entri2 tertunggak di UK Insyaallah sambung di Malaysia nanti. kat UK ni tak sempat nak bermanja lama2 dengan laptop, sebab lagi seronok bermanja-manja dengan anak saudara, Rayyan. :D





 akhir kata, gambar syok sendiri dari saya. BYE!


Rabu, 16 Januari 2013

Day 2: Stadium Manchester United dan Liverpool

Salam semua! Kali ni nak sambung cerita trip Manchester dan Liverpool. Cerita hari pertama boleh tengok sini.

Pukul 10, kami bersiap check out dari bilik hotel. bye-bye Premier Inn! 

saya yang comot dan serabut. hehe. tapi gambar ni cantik kak Fatiyah yang snap. 

Keluar dari Premier Inn di Manchester, terus bergerak ke stadium Manchester United. Stadium ni dalam perjalanan untuk ke Liverpool. dari Manchester ambil masa dalam sejam tak silap saya.  tapi cuaca tak elok. hujan sepanjang jalan. jadi sangat sejuk. bila sejuk selalulah nak ke tandas. T_T

Destinasi pertama, Stadium Manchester United



hehehe dua-dua gambar pun gaya sama. dah la baju merah, tudung kuning, seluar coklat.. T___T nampak selekeh betul. sebab tudung saya bawa 4 helai je. jd sesuaikan tudung tu dengan baju di dalam jacket. nasiblah dapat jacket merah, jadi semua tudung tak sesuai. 

by the way, kalau sape-sape yang ke Manchester United, confirm akan bergambar di depan kedua-dua ni. di depan pintu stadium dan di depan tugu.


Destinasia Kedua : Albert Dock, Liverpool


kami teruskan perjalanan ke Liverpool. Singgah di Albert Dock. Albert Dock ni kawasan di tepi laut. ada Liverpool Eye dan ada muzium jugak kat sini.





tapi ketika kitorang sampai ni hujan, angin pun kuat. sangat sejuk. tapi ralat sikit time ni. abang saya dan geng lelaki lain kehulu hilir mencari tandas. kak min kat dalam kereta, tengah pangku Rayyan tidur. saya kat luar kereta berdiri ambik gambar pemandangan je. tak sempat nak ambil gambar sendiri berlatar belakang kawasan Albert Dock ni. sebab kat sini takde tandas, jadi abang cepat-cepat start kereta gerak dari Albert Dock ni.


Destinasi ketiga: Stadium Liverpool

singgah kat stadium Liverpool kejap. tapi hujan sangat lebat. saya tak turun pun dari kereta. sebab tahun 2010 lepas dah pernah datang Liverpool. dah pernah bergambar depan stadium Liverpool. Lagipun time ni pagar stadium pun tak buka. jadi tak boleh ambil gambar kat dalam stadium pun.

ni gambar tahun 2010.


Lepas bergambar di stadium Liverpool, kitorang gerak ke Central Mosque kat Liverpool ni. lepas semayang, gerak cari makanan. cari punya cari tak banyak kedai menarik yang buka. mungkin sebab Krismas, tapi pelik pula kedai orang Islam cuti time Krismas. Kalau kat Malaysia, kedai Cina buka time Hari Raya. hehe. akhirnya, kitorang sepakat untuk ke kedai somali di kawasan Somali Centre kat Liverpool ni. ni pun hasil carian google.


Lepas pusing-pusing jumpa la kedai makan Somali ni. abang masuk, tanya menu apa yang ada. dia bagi list menu banyak..dia cakap semua ada. jadi kami setuju nak makan kat sini. masa nak order, waiter dia dtg bg cadangan. dia ckp ambil nasi untuk 6 org makan, tapi dia bg campur-campur lauk. pastu makanan letak dalam dulang besar. kitorang pun setuju.




tapi yang sampai cuma seketul ayam. yang lain semua kambing. saya pulak tak berapa minat kambing. tapi nasi dan lauk diorang agak sedap la jugak. lepas hbs makan ni diorang bagi kek coklat free. hehe. oh ya, yang diorang bagi ni Nasi Mandi.


lepas makan-makan kitorang gerak ke hotel. kitorang tidur di Travelodge pulak kat Liverpool ni. sebelum tidur semangat saya berangan nak shopping keesokkan harinya. hehehe. tapi yang kurang best, mungkin sbb kerap kena hujan badan tak sedap nak demam. siap muntah-muntah. terus makan panadol cepat.


next entri: Day 3, boxing day.

Isnin, 14 Januari 2013

Atiqah Gemuk

Salam semua. tadi buka website nuffnang kejap, nak tgk statistic dan pendapatan. hehe. walaupun ciput tapi adalah dari takde kan. pastu tengok kat keywords:



nampak tak? meh nak besarkan sikit lagi


atiqah gemuk? atiqah gemukkk??? oohhh diri ini begitu terasa. hehehe. sape la yang mengoogle nama atiqah gemuk ni. memang sebijik kena kat batang hidung. hehehehe. sebab memang atiqah ini gemuk pun. :P


btw rasa lawak pulak ada orang yang google atiqah gemuk. hehehehe.

bye!

Khamis, 10 Januari 2013

Manchester UK: Day 1 Stadium Manchester City

Salam semua! 24 Disember lepas saya dan keluarga abang jalan-jalan di Manchester dan Liverpool selama 4 hari. Jalan-jalan sempena cuti Krismas. Kami bertolak pada pukul 12 tengahhari. Kami naik kereta ke Manchester, ambil masa 2 jam lebih perjalanan dari Leicester ke Manchester.

Sampai di Manchester, terus ke penginapan di Premier Inn yang dah dibooking awal. Best bilik Premier Inn. Rate dalam 25pound kalau tak silap = RM125. Katil untuk 4 orang dan bilik pun luas.


luas kan biliknya? sangat selesa! bilik ni untuk 2 adults dan 2 children. sebab hanya untuk 2 adults, jadi saya masuk curi-curi. hehe. sebab kami semua 3 adults. saya naik dulu ke bilik, kemudian baru abg dan kak ipar masuk. Jadi receptionist tak nampak kami macam 3 orang.


Pukul 5 petang, kami keluar bilik untuk pergi jalan-jalan dan makan-makan. Destinasi pertama, stadium Manchester City.


kebetulan waktu kami sampai ke stadium, hujan turun dengan lebatnya. nak bergambar pun susah. cuaca 4 hari kami di sana memang lembab sepanjang masa. hujan memanjang. tapi cuaca tak sejuk sangat. tak sejuk menggigil macam ada salji. :)


Lepas bergambar di stadium Manchester City, kami gerak ke Curry Mile yang terletak di Oxford Road. Sila simpan dalam GPS anda kalau ke Manchester. Tempat makan halal di sini sangat banyak, sampai tak tau nak pilih. Tapi cuisine lebih kurang sama je. Indian, Afghan, Lebanese dan Somali cuisine. Takde cuisine Malay ke, Chinese ke. hehe. semuanya Middle East punya..

Perancangan awal, nak makan di Al-Jazeera. ramai orang Malaysia yang cakap sini sedap. Tapi time kami pergi orang sangat ramai. Jadi kami pun berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Pilih kedai yang berkenan di hati. Pastu option kedua nak makan di kedai Afghan..tapi kedai tu pun penuh. Nak sangat-sangat ke kedai Afgan sebab dulu tahun 2010 pernah makan di sini, dan sangat sedap!


Akhirnya kitorang pilih restoran Sadaf. macam yang ditulis, ni restorang Afghan dan Middle Eastern Cuisine. 


Tadaaaaaaa...makanan kami dah sampai


 ini saya punya, chicken kebab. sedap..rempahnya terasa..recommended.

 ini abang saya punya, Qabili Pillaw (nasi kambing) abang saya memang peminat setia kambing

ini yang kakak ipar punya. Chicken Al-Faham. sedap juga. tapi ayamnya kecil dan kurus. 


semangat masing-masing makan. semua dah kelaparan lepas bermandi hujan ambil gambar di stadium. hehe. kami ke Manchester ni bersama 2 keluarga lagi di Leicester. Family kak Linda dan kak Fatiah. diorang kat sini setahun, ambil master..


Lepas makan..jalan-jalan sekejap sepanjang Oxford Road tu. pastu terus balik ke hotel. tidur menyimpan tenaga untuk jalan-jalan keesokannya pula.

to be continued..

bye!


Sabtu, 5 Januari 2013

Winter @Leicester

Salam semua. Sekarang musim sejuk di UK. tapi tahun ni musim sejuk tak berapa 'menjadi'. maksudnya, suhu tak berapa sejuk macam musim sejuk sebelum-sebelum ni. salji pun takde, tapi selalu hujan. Krismas yang lepas pun hujan aje...Jadi tahun ni takde 'white christmas'..yang ada cuma 'wet christmas' #istilahsayarekasendiri.

walaupun hujan, tapi tak lebat. jadi bila berjalan tak perlukan payung. lagipun kat sini angin kuat, susah kalau nak guna payung.


range suhu pun sama macam musim luruh (autumn) aje. dalam 2 degree celcius ke 8 degree celcius. tak sampai tahap minus 0 lagi. Alhamdulillah. sebelum datang sini, suhu yg paling saya risaukan. risau kalau minus  0 tak tahan. hehe. tapi bila suasana winter tu takde macam tak best la pulak dtg negara yang dijangka ada salji, tapi takde. hehe. :-P suasana yang membezakan autumn dgn winter sekarang, cuma pokok2 dah takde daun sepenuhnya. kalau autumn pokok masih penuh dengan daun kekuningan.


ni gambar time saya datang ke UK pertama kali. tahun 2010. November dah turun salji. hari kelima kami sampai ke UK.


ni gambar freeze yg saya ambil tahun 2010. konon-konon time ni nak menguji diri berbakat ke tak dalam teknik ambil gambar. :-P ternyata kurang berbakat. hehe. dalam bayangan tahun ni pun dapat ambil gmbar macam  ni juga. tapi langsung takde ciri-ciri nak salji. saya akan stay 20 hari lagi kat UK ni. jadi mungkin ada peluang lagi sebelum saya balik. :)


teringat tahun 2010 datang dengan abah, umi, adik..sangat seronok dan enjoy. excited lalui pengalaman baru. sekarang ni datang sorang-sorang. masih seronok. tapi kalau umi ada lagiiii seronok. hehe. 


bye!


Jumaat, 4 Januari 2013

Nottingham UK: Karnival makanan Malaysia

Salam semua. kali ni nak bercerita kisah yang tertunggak. hehe. November lepas, ada satu hujung minggu abg bawa ke Nottingham. Perjalanan dari Leicester ke Nottingham ambil masa 45 minit - 1 jam. Motif utama ke sana sebab ada Karnival Makanan Malaysia di University of Nottingham. ni kali kedua saya ke Nottingham. tahun 2010 ketika pertama kali ke UK, abg ada bawa saya adik dan umi untuk tengok-tengok university notts ni.

Sebelum sampai ke Notts, saya dengan kakak ipar semangat nak beli macam-macam. tapi bila sampai hampa, sebab cuma ada 7 gerai yang jual makanan. itupun tak berapa menarik..kakak ipar cakap tahun-tahun sebelum  ni, macam-macam makanan ada. macam-macam brg jualan ada. kali ni sikit sebab cuma dibuka untuk peniaga yang ada lesen seperti pemilik restoran. student tak dibenarkan meniaga.


ada yang jual satay. 5 cucuk 5pound. tengok dari jauh rasa nak beli. bila tau harga tak jadi. hehe. balik Leicester terus suruh kakak ipar buat satay goreng. hehe. 5pound tu mahal bagi saya, sebab saya kan melancong. kalau student/menetap sini, dah kira murah dah tu..


ini dia suasana dalam Nottingham Uni. time saya datang ni musim luruh. 

ini gambar di tempat sama. tahun 2010. masa ni musim sejuk.


bangunan universiti. masa 2010 dulu, time saya datang tak ramai pun orang. student tgh bercuti masa tu kalau tak silap saya. sekarang ni agak meriah. sempat ke surau, memang ramai orang. lebih-lebih lagi student Malaysia, yelah sebab ada karnival Malaysia kan. siap ada wartawan dari TV3.

lepas solat asar, abg bawa jalan-jalan di Notts sekejap.

destinasi pertama, Robin Hood castle. tapi tak turun pun. sebab ramai orang. nasib baik ada gambar di atas, gambar tahun 2010. sekurang-kurangnya ada kenangan. :)


destinasi kedua, Victoria Centre. tak sempat ambil apa-apa gambar pun sebab orang ramai. tapi sempat snap gambar kiosk cupcake ni. boleh jadikan idea untuk kiosk saya nanti Insyaallah..yang menarik tentang Victoria Centre ni, ada market kecil dalam shopping compleks. tahun 2010 pernah datang n borong coklat kat market tu. November lepas pun borong coklat tempat yang sama.


2 jam jalan-jalan di Victoria Center ni, berhenti makan kejap. pastu terus bertolak balik ke Leicester. Bila datang ke Nottingham ni, terus teringat kat blogger favourite saya, MZ. hehe.


btw, ketika pertama kali ke uni notts dulu, tahun 2010. time tu saya rasa saya ternampak MZ tengah snap-snap gambar. ketika tu saya tengok sepintas lalu je sebab ada dalam kereta. ketika tu, saya jarang-jarang baca blog MZ. pernah masuk blog MZ, tapi tak berapa ingat muka MZ. sebab bukan buka blog MZ hari-hari macam sekarang. tapi time tgk sepintas lalu tu, dalam hati terdetik "ehh macam pernah tgk orang Malaysia ni dalam blog." Pastu beberapa hari lepas kejadian  ni, ada baca entri MZ snap2 gmbr dalam Notts Uni. ternyata org yang saya nampak tu MZ sbb warna jacket yg MZ pakai dgn org yang saya nampak tu sama. hehe.

Sekarang ni, rasa rugi pulak. kalaulah dulu dah selalu baca blog MZ, boleh saya pergi bertegur sapa. sekarang ni tak tau la bila pulak akan ditakdirkan jumpa dengan blogger kegemaran saya tu. :) mungkin satu hari nanti ada rezeki kan?


jumpa di lain entri nanti. masa untuk saya melelapkan mata (sekarang pukul 1 pagi di UK, pkl 9 pagi di Malaysia) bye!


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat