Khamis, 29 November 2012

Nisbah entri

Dah nak masuk bulan Disember. dah nak penghujung tahun. tapi bila tengok bilangan entri kat sidebar:


nangissssssssssssssssss.. T_T

jauh berbeza dengan tahun-tahun terdahulu. dah 4 tahun menulis blog. banyak cerita dan kenangan dalam blog ni. kalau boleh tak nak ianya terkubur :'(


adakah sebab semakin tua jadi otak tak cergas. nak tulis satu entri pun, fikir tajuk dah setengah jam. akhirnya terus tak tulis apa2.


p/s: semangat nak menulis selalu menghilang. :(


Selasa, 20 November 2012

Churros

Salam semua..

Minggu lepas, keluar jalan-jalan ke Leicester City Centre. Seperti biasa, bila ke City Centre mesti niat untuk berwindow shopping akan bertukar kepada misi menghabiskan duit. -_-

Apa yang best minggu lepas, ada satu karnival. tak sure karnival apa, tapi ada jualan makanan, pakaian, shawl, dan macam-macam lagi. tapi paling banyak org jual makanan. for sure, memang tak boleh  beli walaupun nampak sedap, sebab tak halal.



 seronok tengok cheese yang pelbagai..



lepas jalan-jalan, jumpa satu gerai yang jual churros, crepes dan waffle. mula2 teringin nak beli waffle, tapi bila tengok churros yang baru diangkat selepas digoreng, nampak sangat sedap! terus beli churros.

 tadaaa...ini dia churros! rasa dia, biasa je. macam kita buat jemput2, tapi versi tawar. bila makan dengan coklat tu baru ada rasa, dan masa makan panas-panas memang sedap. bila dah sejuk, kurang sedap..ini pertama kali saya tau makanan bernama churros ni. pertama kali dengar terus beli. hehe.


ini dia gerai churros yang saya habiskan 5 pound. 


keesokkannya, sekali lagi saya ke city centre. kak min kata nak beli churros sekali lagi. tapi bila sampai city hampa sebab karnival dah habis. hehe. tapi ada baiknya, selamat 5pound. hehehe.


ini sahaja entri kali ni. bye!


p/s: banyak entri tertunggak. entri di skegness belum habis, entri ke paris dan nottingham.

Jumaat, 9 November 2012

Autumn/Fall at Leicester, UK








gambar-gambar ni sebenarnya dah lama saya upload dalam facebook. lepas sambutan aidiladha di dewan university Leicester, kami singgah sekejap di Victoria Park. nak ambil gambar suasana autumn di sini. sangaaattt cantik dengan daun-daun kekuningan yang luruh. Alhamdulillah, dapat juga menikmati pengalaman macam ni. mungkin ni peluang sekali seumur hidup. :')



jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat