Rabu, 21 Mac 2012

Medan Trip: Bertolak ke Medan & Imegresen

Salam semua. Pada 1,2 dan 3 Mac, saya pergi melawat Medan bersama umi abah dan kawan-kawan di UiTM.


Pada malam 29 Februari, saya bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Penerbangan ke Medan pada 1 Mac. Kami sampai di Kl pada pukul 10 malam, dan bermalam di airport je untuk penerbangan keesokannya. 


tengok tu, umi siap bawak bekal lagi. hehe.


Air Asia sekarang, mengenakan cas kalau check in di kaunter. jadi untuk menyelamatkan RM10, kita boleh web check in atau kiosk check in. semuanya layan sendiri. buat sendiri tak dok maso orang Airasia nak layan. :P


Pukul 5 pagi kami dah masuk ke balai berlepas. Penerbangan ke Medan pukul 7.40 pagi. penerbangan ke Medan cuma ambil masa 55 minit. sama masa penerbangan KL-KB.

berada dalam balai berlepas dalam keadaan mengantuk. ececehh kawan-kawan sibuk betulkan passport. ;)


kami sampai di Medan pukul 8.35 waktu Malaysia, tapi di Indonesia pukul 7.35. Bila sampai di sana, terus beratur di kawasan imegresen. Sebab langsung tak tido semalaman, tak boleh tido time lepak di food court, naik je flight terus pengsan. hihihihi. bila masa kapal terbang naik ke awan pun saya tak sedar. :P


kalau kat Malaysia, tiap kali nak turun flight mesti FA dia ckp anda dilarang mengambil gambar. tapi kat Medan ni tak bagitau pulak, maknanya bolehlah kan kan kan??


Sampai di sana, ada semakan imegresen. bila sampai giliran kami, abah bagitau pegawai imegresen yg kami datang berenam. Pegawai imegresen minta booking number untuk penerbangan balik. abah pun bagilah kertas booking number yg diprint. sampai giliran umi, umi terjenguk2 tgk apa yg pegawai imegresen tu buat. keadaannya mcm ni:

disebabkan meja pegawai (meja seperti kandang di court, tak tau nak panggil apa) betul-betul paras muka, umi pun jengket la kaki, sebab nak dengar manalah tau pegawai tu tanya apa-apa. tapi, bila umi buat macam tu, terus pegawai tu cakap macam ni:

" Apa tengok-tengok? ada rahsia apa?"

dalam hati saya, eh eh pegawai ni. kereknyaaaaaa... disebabkan abah ada bagi itenary perjalanan balik kami kat pegawai tu, umi pun minta balik. dia terus jawab nanti dulu, nak tengok betul ke semua 6 orang. padahal dia tak tengok pun.. :geram:


bila sampai giliran saya, bila dia check passport, terus dia campak je. TING! 1 impresi buruk untuk orang Medan. sombong dan perasan hebat. tapi Alhamdulillah, kami dapat melepasi imegresen dengan selamat. tapi kami memang ada impresi yang sangat buruk terhadap pegawai imegresen Medan, tak mesra dan sombong. langsung tak 'welcome' orang datang melancong kat tempat dia. memang jauh berbeza dengan orang kita.


bila keluar je, kami dijemput oleh Pak Agus. abah dah tempah kereta dan pemandu dengan dia. 1.2 juta untuk 2 hari. lebih kurang RM400 duit kita. :')



to be continued...

Khamis, 8 Mac 2012

Pakej untuk servis chocolate fountain.



inginkan sesuatu yg istimewa pada hari istimewa anda?
inginkan sesuatu yang menarik dan mewah?
inginkan sesuatu yang unik?


saya ada jawapannya! saya ada menyediakan pakej chocolate fountain. utk area kelantan sahaja. harganya sangat murah dan mampu untuk semua yang inginkannya. 






email: atiqahkj@gmail.com
sms/call : 0147939261

terima kasih!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat