Selasa, 28 Februari 2012

Masak-masak: Resepi Apam Polkadot

Nak buat apam polkadot ni memang senang. tapi yang susah dan ambil masa yg lama untuk mengedot dan mewarna. sebab tu lah ada yg jual mahal, sebab memang sangattt penat nak siapkan..hehe..


tadaaa..ini dia apam polkadot..


sebelum ni, dah lama saya dengar tentang apam ni. tapi sekarang semakin popular..1st time saya makan apam ni dari Yuni. time dia meniaga kat bazar. apam dia gemuk dan comel. hehe. dah la dia jual sangat murahhh..memang sedap sgt! pastu, kwn umi nak tempah apam ni utk majlis kahwin anak dia..jadi saya pun belajarlah jugak buat apam ni.. :)


ok, ini dia resepi apam polkadot yang saya buat:

- 3 biji telur
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 1 sudu besar ovelatte
- 150 ml susu cair
- 3 sudu kecil baking powder
- inti (kaya, strawberry, blueberry, kiwi, coklat dan lain2)

caranya:
1.masukkan kesemua bahan dalam mangkuk pemutar, putar dengan kelajuan paling tinggi dalam 5-7 minit atau sehingga adunan menjadi 'putih'.
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. warnakan setiap bahagian dengan warna yg anda gemari.
3. masukkan adunan ke dalam piping bag, picit ke dalam paper cup yang telah di susun di dalam acuan kuih lompang atau tart. Picit sehingga separuh paper cup, kemudian masukkan inti dan masukkan lagi adunan apam menutupi inti sehingga 3/4 paper cup.
4. gunakan adunan warna yg lain, dot-dot kan di atas adunan apam di dalam paper cup tadi.
5. kukus menggunakan api yg sederhana, dalam 10-15 minit..





kalau korang teringin nak makan, tapi malas nak buat boleh tempah dengan saya. cuma rm25 utk 100 biji. untuk maklumat lanjut boleh ke www.homemadechoc.com


oh ya, di sini sy akan tunjukkan beberapa bahan yang digunakan di dalam resepi ni:

ini dia ovelette. ada jgk yg tulis ianya cake stabilizer. ada di jual di pasaraya atau kedai jual bhn2 kek.




ini pulak acuan kuih lompang. acuan ni ada 2 saiz. guna yg kecik utk buat apam. kalau guna yg besar, nanti apam xberapa cantik sebab jadi melebar besar.. :)




ni pulak disposable piping bag. senang gunakan yg ni sebab lepas guna, boleh terus buang..tak yah basuh..hehe..harganya pun murah.. :)



ok, itu sahaja pembelajaran hari ni ececehh..kalau ada apa2 boleh tanya.. :) terima kasih semua!


Sabtu, 25 Februari 2012

Chim Chum @food village, Kelantan

Salam semua..korang tau tak Chim Chum tu apa? Chim Chum tu makanan korea, lebih kurang macam steamboat, pastu dilengkapi dengan peralatan untuk bakar (grill) makanan kita tu..

pada awal2 dulu, saya ingat Chim Chum ni makanan Thailand, rupanya Korea sebab baca di keratan akhbar yang ditampal kat kedai tersebut. tapi, makanan-makanan sampingan lain semua konsep makanan Thai. contohnya Laksa Bangkok, rojak buah, nasi air ala thai, pulut mangga dan lain-lain.



tadaaa..inilah chim chum. ada dua bahagian, satu utk grill dan satu utk rebus. sup yg diorang sediakan memang sedap. selalunya, tempat bakar tu digunakan utk bakar daging mcm daging ayam dan daging lembu. yang lain-lain macam sotong, kerang, dan udang kitorang rebus aje.




di food village ni, makanan dihidangkan secara buffet. selalunya org datang sini akan tamak ambik banyak-banyak. akhirnya perut jadi sangat full dan tak habis, sebab selalunya orang akan makan dengan sup. sup kan jadi cepat kenyang. pilihan yang selalu ada, udang, kerang, daging, ayam, sotong dan makanan proses macam hot dog, fishball dan ketam.




ni pulak pilihan sayur. saya suka ambik cendawan dan kubis. hehe. ;)





diorang ada jugak pencuci mulut. contohnya mcm air cendol, rojak buah, bubur chacha, agar-agar dan lain-lain. bubur chacha dan cendol dia memang sedap. adik kalau pegi sini mesti bermangkuk-mangkuk cendol dia makan. hehe.




selain daripada chimchum, diorang sediakan jugak makanan lain. contohnya mcm laksa thai. korang pernah makan? ;) makanan lain ada nasi goreng, mee goreng, laksa kelantan dan nasi air. gambar makanan lain tak sempat ambil sebab adik menyibuk.. :P


kat sini best kalau datang makan ramai-ramai. kalau datang sorang-sorang macam sunyi sepi je. nak membakar pun takde semangat. kalau ramai-ramai memang meriah. contohnya:


 makan-makan bersama family..


atau reunion bersama kawan-kawan sekolah menengah.


sekarang ni, restoran food village sedang bercadang utk buka cawangan ketiga. cawangan pertama di pengkalan chepa, kedua di Jalan Bayam.


kalau sesiapa warga kelantan nak tau lebih lanjut pasal food village, boleh like page ni di facebook. harganya pun berpatutan, boleh makan sampai pecah perut. :P




itu sahaja entri sy pada hari ni. takde cerita, jd cerita pengalaman makan-makan di salah satu restoran yang sedap di kelantan. bye! 



Apa yang saya lakukan bermula bulan lepas?





Kek Red Velvet









Cupcakes







Apam









Pavlova






dan lain-lain.








JAWAPANNYA: Full-time baker!






:)

sesiapa yg berminat utk buat tempahan boleh ke sini: www.homemadechoc.com



bye!

Jumaat, 24 Februari 2012

terima kasih, lecturers!

2 hari lepas, result uitm keluar. pagi-pagi lagi dikejutkan dengan sms teha, "tqah..tlg checkkan kite result"

lepas baca sms teha tu, terus berdebar. Ya Allah, macam mana result aku ni? selama 5 tahun belajar, ini kali pertama result yang saya sangat takut nak hadapi. takut apa? takut tak lulus. :'(

bangun solat subuh, terus bukak laptop. pastu terus bukak email. klik email dari uitm


"Alhamdulillah, lulus semua. dalam hati, syukur Ya Allah..terima kasih lecturers"


semester akhir, tapi dapat result paling teruk. walaupun masih lepas 3, tapi sgt teruk. jauh berbeza dengan diploma dulu. degree ni saya biarkan malas menguasai diri. saya bosan. saya takde semangat. tapi Alhamdulillah, Allah masih membantu. 


ikutkan hati, saya nak sms semua lecturers yg bagi markah utk saya. sebab saya rasa macam tak layak nak dapat mcm tu. sebab saya jawab exam hari tu memang sgt teruk. tapi apa yang saya dapat melebihi apa yang saya usahakan. :P tapi last-last saya tak jadi nak sms, sebab segan..result takdelah semegah mana..


akhirnya..setelah result ini keluar, saya officially bergelar penganggur terhormat. masih lagi penganggur sebab belum daftarkan perniagaan, jadi belum officially peniaga. hehe. 


SYUKUR YA ALLAH, THANK YOU LECTURERS!


bye!

Isnin, 20 Februari 2012

Dah 2 minggu

Ya Allah..dah dua minggu tak berupdate.

blogger popular yg selalu buat orang ramai tertunggu-tunggu pun takde sampai 2 minggu macam saya ni. :-P


ok lah, bye. entri ini tiada motif. hehehe..


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat