Salam semua! kali ni saya nak berkongsi cara untuk memulakan bisnes online. Saya selalu dapat soalan macam ni:
Salam. akak nak mula jual pavlova yang akak buat. macam mana ye caranya?
Macam mana ye nak promote produk kita melalui internet?
Suka tengok awak meniaga online. Boleh ajar saya tak?
Saya mula buat bisnes online ni pada tahun 2009. masa tu jual biskut raya, dan balang berhias. kemudian, saya tutup blog tu. sebab tak dapat sambutan. tak dapat pun customer secara online. semuanya offline, kawan-kawan dengan saudara mara sendiri je yang beli. hehe. kemudian saya jual brooch kartun, tahun 2010. pertengahan tahun baru saya mula ceburi dalam bidang masakan. bidang yang paling saya cintai! ok, ini dia cara dan tipsnya.
1. Produk. Tak kira meniaga online ke offline. mestilah kena ada produk. hehe. takkan la nak meniaga, tapi takde produk. kalau boleh, cari produk yang unik dan ramai orang suka. jangan jual produk yang dah ramai orang jual. sebagai contoh, tudung..tudung kan cepat keluar fesyen baru. janganlah tetiba baru nak jual fesyen yang outdate. kalau boleh, cuba juga grab peluang. sebagai cth, sekarang tengah femes durian crepe. walaupun dah ramai yang jual, tapi masih laku. jadi boleh cepat-cepat ambil kursus belajar cara buat yang betul dan jual.
2. Ambil gambar produk. yang ni penting, sila usaha untuk ambil gambar produk kita sendiri. sebagai contoh, teringin nak jual kek. tapi ambil gambar kek orang lain. Saya selalu kena. orang ambil gambar kek saya pastu claim dia buat, untuk dapatkan tempahan. Saya dulu mula2 nak meniaga, sanggup buat pelbagai produk untuk ambil gambar. memang akan keluar modal yang banyak, hanya untuk ambil gambar. tapi bila kita jujur, insyaAllah akan pulang modal. bila curi gambar orang, tu dah dikira tak jujur. ye tak?
3. Bina blog. ini penting, sebab kalau buat carian google. akan keluar website blog kita. sangat jarang keluar link facebook kat carian google. kalau tak pandai nak buat, boleh upah orang buat. sekarang dah ramai orang ambil servis buat blog. dan kalau boleh, keluarkan sikit duit untuk design blog yang cantik dan menarik. jangan buat blog yang suram dan serabut. boleh menyebabkan orang takde mood untuk scroll dan tengok produk-produk jualan kita. konsepnya sama macam kalau kita pegi kedai, kedai yang cantik comel menarik lagi buat kita rasa seronok nak membeli, dari masuk kedai yang catnya gelap dan barang bersepah-sepah serabut.
4. Buka akaun facebook. Kalau boleh buka dua-dua. Fanpage dan akaun personal khas untuk berniaga. dari pengalaman saya, akaun personal lagi cepat menarik perhatian daripada fanpage. mungkin personal facebook buat pelanggan rasa lagi dekat dan senang nak berbincang dengan kita. Seriously, facebook sangat penting untuk berniaga online. sekarang semua orang ada facebook. sekurang-kurangnya, pada permulaan, kawan-kawan terdekat tau tentang perniagaan kita. jadi diorang boleh promote kat orang lain.
PENTING! kena ada dua-dua akaun. blog dan facebook. blog untuk carian google, facebook untuk promosi pada orang-orang terdekat pada permulaan. juga sila letak facebook badge di blog. jadi pelanggan yang datang dengan carian google, boleh ke facebook anda.
5.
Advertise. Yang ni paling penting dalam perniagaan online. sebab kita sendiri yang kena iklankan, orang tak datang sendiri. Lain dari kedai nyata, bila kita buka kedai. orang sekeliling atau yang melalui jalan depan kedai kita, akan tau yang kita ni kedai. tapi kalau online, kalau kita tak promote, memang orang tak akan tau. cara iklan yang free, selalu shout kat facebook dan masuk blog sesiapa saja, kemudian iklankan blog kita. free tapi time consuming. cara iklan yang efektif tapi berbayar, buat facebook advertise atau iklankan di blog-blog yang popular seperti
sepet88,
cik epal,
fatin liyana,
namee roslan dan lain-lain.
Ini sahaja tips dari saya. senang je kan nak mulakan perniagaan online. tapi yang paling penting, kena berani! kalau tak berani nak tak cepat-cepat grab peluang, susahhhh...bila perniagaan dah semakin maju dan sebati dalam diri, cepat-cepat daftarkan perniagaan ya! jadi peniaga yang sah. :)
Akhir kata, bagi warga Kelantan yang inginkan kek yang cantik dan sedap seperti di bawah ni?
silalah ke blog saya
Atiqah Homemade Chocolate. menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut, kek kahwin, doorgift dan servis candy buffet. Hanya di Kelantan!
bye!