Selasa, 29 November 2011

Kisah membuka aib.

Sekarang ni, bila internet di hujung jari, cepat sangat penyebaran pape kan. terutama tentang gosip. penyebaran aib orang.


saya pun selalu jgk baca gosip. hihi. nama pun artis atau org kenamaan, jadi orang memang selalu cari kesalahan orang yang terkenal tu kan.


Tapi kadang-kadang saya fikir, blog-blog hiburan tu kebanyakkannya yang menyebarkan gosip-gosip artis. kiranya dia menyebarkan aib orang. macam mana dengan duit yang dia dapat hasil berblog tu ye?


Bercakap tentang buka aib, saya teringat satu kisah yang saya pernah baca dalam novel tulisan Norhayati Berahim.


Cerita ni terjadi ketika zaman Nabi Nuh, ketika semua manusia yang taat kepada Allah dan haiwan-haiwan berada di dalam bahtera Nabi Nuh. Nabi Nuh dah berpesan, supaya semua di dalam bahtera tersebut supaya tidak melakukan persetubuhan. tapi suatu hari, anjing dan pasangannya langgar arahan tersebut dan kucing melihat perbuatan anjing tu. kucing pun apa lagi, ia pun sibuklah mengadu ke Nabi Nuh. Bila Nabi Nuh memanggil anjing dan bertanyakan perkara tersebut di hadapan semua ahli bahtera tu, anjing jadi sangattt malu. akhirnya, dia mengakui kesalahan dia, tapi dia memohon doa dari Allah, supaya menghukum sesiapa yg mengaibkan dia. Sebab tu lah, sampai sekarang kalau kucing buat hubungan, merata-rata dan semua orang tengok.

Itulah ceritanya. walaupun kita tgk mcm tak adil utk kucing, tapi kisah ni mengajar kita betapa pentingnya utk jaga aib seseorang. kadang-kadang bila kita buka aib orang, orang akan buka balik aib kita. sebab bukan hak kita untuk bukan aib orang tu, dan menghukum dia..


*hanya gambar hiasan.*


sebab tu, walaupun kita pernah buat salah. tapi akhirnya kita insaf, tapi tak perlu kita nak bercerita kat sesiapa ttg kesalahan yg kita pernah buat tu. mcm membuka aib sendiri. kita tak tau apa yang orang tu akan fikir tentang kita, walaupun luarannya nampak ok. :)


jadi, akhirnya..janganlah kita membuka aib atau menghebahkan aib orang. saya pun pernah buat dulu. gosip2 yang saya tulis dalam blog ni. tapi sekarang cuba tak nak buat lagi. :)

Ahad, 20 November 2011

MENGUJI KEPEKAAN ANDA. siapa dapat cari kucing dia hebat.


kalau anda dapat kucing dalam gambar ni, anda hebat! hehe
kucing tersebut sangat jelas. :)



p/s: saya ambik masa yg lama untuk cari kucing tu. sampai berpinar mata mengadap skrin laptop. hehe. 


Khamis, 10 November 2011

Tips bagaimana mendapatkan tiket murah AirAsia| Baru saja membeli tiket ke London! :)

Assalamualaikum semua.

Saya ni loyal customer Airasia. kalau nak beli tiket flight memang terus keluar bayangan Airasia. sebabnya Airasia murah, dan saya dah biasa dengan AirAsia. selalu KB-KL pun dengan Airasia, pegi Sabah 2 tahun lepas pun dengan Airasia, ke UK tahun lepas pun dengan Airasia dan akan ke Medan tahun depan pun dengan Airasia. tak pernah naik penerbangan lain seperti MAS dan Firefly. hehe. but i wish i can try their services, satu hari nanti kalau ada rezeki. :-)


Sepanjang menjadi loyal customer Airasia ni, saya dapat lihat beberapa strategi perniagaan yang Airasia gunakan. kita sebagai pengguna ni kenalah grab the chance,kan. ok, bagaimana untuk mendapatkan tiket murah  Airasia?



1. Tempah tiket pada kali pertama tiket keluar.
Contohnya, tiket untuk Oktober 2012, tiket keluar November 2011. jadi untuk tempat duduk pertama, memang sangat murah. bulan lepas saya saja2 tengok harga tiket untuk ke Kota Kinabalu pada Oktober 2012, cuma RM10! juga tiket ke Bandung cuma RM30!  sangattttt murah. cuma hanya untuk seat pertama. jadi kalau nak pergi 4,5 orang pun, dah jimat pada tiket pertama. selalunya Airasia tak akan war-warkan tentang tiket pertama ni. :)


2. Selalu semak harga tiket. 
Harga tiket airasia ni kadang-kadang cepat berubah, kadang-kadang tak berubah-ubah. jangan hanya tunggu promosi yang diwar-warkan dalam akhbar, televisyen atau muka depan website airasia. anda kena cari sendiri. sebagai contoh, sekarang harga tiket yang ditawarkan ke London pada Jun 2012 hanya RM440 (tak termasuk segala tax) dan langsung takde promosi mengenainya dibuat. :)


3. Terus membuat pembelian bila promosi dikeluarkan. 
Selalu jugak semak website Airasia. selalunya segala jenis promosi bila pukul 12 malam, ianya terus dijalankan. selalunya harga tiket murah yang Airasia war-warkan hanyalah untuk beberapa seat sahaja. jadi, haruslah menjadi orang terawal untuk membeli tiket! :)


4. Pilih penerbangan ke tempat baru.
Bila Airasia keluarkan penerbangan baru ke beberapa destinasi, Airasia akan keluarkan promosi. contohnya sekarang, ke Osaka. harga yang ditawarkan selalunya harga termurah. lain kali bila Airasia buat promosi pun tak akan sama dengan harga bila satu routes baru dikeluarkan.


5. Jangan membeli tiket dua hala. Beli tiket pergi balik asing-asing.
teori ni, saya tak berapa tau boleh pakai ke tak. tapi saya baru revealnya petang tadi. hihihi. ini buktinya:



Tiket dua hala:


ini tiket pergi balik (two ways) dari Kuala Lumpur ke London. Pada 4 Jun harga tiket ke London RM484 dan pada 25 Jun harga tiket ke KL juga RM484.




bila campur dengan semua jenis tax, beg dan makanan, harga tiket pergi balik dari KL ke London ialah RM 2026.



Tiket sehala:


ini harga tiket pergi iaitu dari KL - London pada 4 Jun 2012, RM484. (harga sama seperti tiket 2 hala)





ini tiket KL-London selepas dicampur tax + makanan + beg. Harga RM730.







ini pula tiket balik dari London-KL, 25 Jun 2012, cuma RM 251.13. berbeza dengan harga 2 hala iaitu tiket pulang RM484.




ini harga tiket balik selepas dicampur dengan tax+makan+bagasi. Hasil tambah kedua-dua tiket yang dibeli asing-asing:



RM 730 + RM1064.79 = RM 1794.79


kalau tiket dua hala, jumlahnya ialah RM 2026.00. Perbezaan harga tiket RM221++. Banyak tu boleh jimat. dengan RM200 macam-macam kita boleh beli kan? boleh dijadikan duit shopping ketika melancong. hehehehehe. :)




ini sahaja tips membeli tiket airasia dengan murah yang saya boleh kongsikan. :) dan berita gembira bagi saya, tahun depan saya akan ke UK sekali lagi! dah selamat membeli tiket pergi 18 Mei 2012. tapi belum beli tiket balik. sebab saya tengah fikir tarikh yang sesuai untuk balik. teringin nak beraya di sana. 


cuma, umi dan abah dah beli tiket balik. sebulan lepas kami dah beli tiket pergi. tadi bila semak harga, jumpa harga tiket sangat murah. terus beli untuk balik. cuma dulu, harga tiket pergi yang kami tempah lebih mahal dari sekarang. :( sebab tu lah saya cuba tengok tiket pergi balik kalau beli sekarang. dan sebab tu lah saya perasan tiket pergi balik ni lagi mahal berbanding beli asing-asing.


di sini saja untuk kali ini..bye bye! :)



Hilang skill

sekarang ni mcm hilang skill dalam menulis blog 100%.
takde idea. tak tau mcm mana nak mula. tak tau nak tulis apa2.


dulu-dulu masa awal  berblog memang sangat bersemangat.
ada je perkara yang ditulis.
walaupun tak ramai viewers atau followers, tapi dah cukup puas hati sebab apa sahaja yang saya utarakan, ada yang memberi pandangan/feedback/respon


sambil jalan-jalan di bandar Kota Bharu sambil kepala ligat berfikir ayat yang akan ditulis dalam blog.
sambil sarapan di kedai kopi bersama abah sambil ambil gambar persis wartawan. semuanya untuk ditulis di dalam blog tersayang.


tapi sekarang, semua skill tersebut dah hilang.
sebabnya, mungkin saya sibuk....
atau, semangat dah hilang? 







Jumaat, 4 November 2011

Si Gila Tatoo - menyeksa diri sendiri.

tengok..sampai berdarah..tengah bayangkan kulit tangan terluka kecil sebab kena pisau ketika potong buah epal. yang ni? tak pedih ke? ke ada ilmu kebal ke apa..




berdarah-darah nampak isi. eiiiii!




erk..kulit yang ditinggalkan. mcm lembu kena lapah dah. -_-"









hasilnya :











patutlah Islam melarang kita bertatu:

1. tak sah ketika kita berwuduk atau mandi wajib.
2. menyeksa badan!




credit: forum cari



bye!


What would you choose?

apa yang anda akan pilih?


1. Peniaga yang jual barangnya murah, tapi tak mesra pelanggan.
2. Peniaga yang jual barangnya mahal sikit, tapi servisnya bagus.



kalau saya, saya akan pilih yang ke2. asalkan byr mahal sikit, tapi hati senang.



jika anda?


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat