Selasa, 24 Mei 2011

Masalah

When I have a lots of free time, I don't have idea to update my blog.



When I'm busy, need to accomplish my customer's order, I have a lot of ideas to write in my blog.


MASALAH betul! :P



p/s: entri ni untuk membuat blog ni tak terupdate.. :P b


bye!


Ahad, 22 Mei 2011

Shin Chan dan Chibimaruko Chan adalah adik beradik.


ini adalah shin chan






ini adalah chibimaruko chan



tqah mula kenal shin chan ni masa darjah 2. sampai sekarang pun masih baca shin chan. cuba kira, 8 tahun dan sekarang 23 tahun. dah 15 tahun saya menghabiskan masa bersama shin chan. hehe. sekarang bila keluar ke bandar, saya mesti singgah kedai Aladin (kedai buku yg sangat old-school style) kat Dungun. mesti saya akan intai komik-komik Gempakstarz, dan Shin Chan. kalau dapat beli komik, hari tersebut memang sangat indah. =DD



keluarga shin chan



ketika darjah 4, ada komik baru keluar. baru keluar di Malaysia. iaitu Chibimaruko Chan. pastu abang tqah cakap ni komik pasal adik shin chan. time tu, shin chan takde adik lagi. Himawari tak kuar lagi. hehe. jadi tqah pun percayalah...sebab sama-sama ada Chan di belakang. bajet mcm chan tu nama keluarga. bertahun-tahun tqah percaya.


keluarga Chibimaruko Chan




bila dah besar ni, baru tqah faham, Chan tu rupanya panggil orang jepun untuk kanak-kanak. panggilan yang comel. Cisss, rupanya tqah ditipu hidup-hidup! :P




p/s: korang minat tak komik? minat tak shin chan? :)


bye!

Jumaat, 20 Mei 2011

Maharaja Lawak Minggu ke-8, R2 kembali, Nabil antara kedudukan terendah dan Man tersingkir




R2 kembali ke minggu ke-8 Maharaja Lawak, dengan 15000 lebih undian di facebook. tahniah R2!




Jom baca pendapat saya tentang persembahan peserta maharaja lawak minggu ke-8.



#1: Nabil - persembahan yang biasa. mcm yang selalu dia buat dlm rancangan Lu Pikir La Sendiri. tapi bolehlahhh..

#2: Jambu - bagi saya, Jambu tetap terbaikkkkkkk...memang volume saya gelak sangat kuat. hahahaha! kisah antara professor dan robotnya. Kurang Ajar! (tagline yus) hehehe.. :P bak kata Mamad Khalid, lawak peringkat internationalle..

#3: R2 - persembahan yang agak best. walaupun mimik muka si adik tak berapa menjadi, tapi persembahan yang best. tahniah R2.

#4: Jozan - persembahan yg lawak, tapi bagi saya R2 lagi best. hehe.

#5: Man - Maaf Man, persembahan Man tak berapa power. mungkin sebab Man tak byk pengalaman lagi. takpe, teruskan usaha!

#6: Sepah - persembahan yang best jugak. hehehehe. buat saya gelak, tapi R2 lagi best.. :D

#7: Balas - setaraf dengan Man, tak dapat buat saya gelak. tapi ok lah berbanding Man.




ranking persembahan paling best bagi saya:
1. Jambu
2. Nabil
3. R2
4. Jozan
5. Sepah
6. Balas
7. Man



sebelum penyingkiran, 3 peserta yg dpt undian terendah ialah Man, Balas dan Nabil!!! semua terkejut bila nama Nabil disebut.

akhirnya, Ahmad Idham umumkan:




Man tersingkir! (tapi saya suka attitude Man :) )



thanks for reading this entri! :) bye!


Rabu, 18 Mei 2011

masa pantas

saya baru saja bercita2 untuk update blog tiap2 hari sepanjang cuti semester ni.

rupanya dah 2 hari berlalu? dah 2 hari saya tak update?


cepatnyaaaa masa berlalu!


Isnin, 16 Mei 2011

Famous people that I've met.

Famous a.k.a femes tu maksudnya dikenali ramai. 1 Malaysia ni, hampir setiap negeri ada orang yang kenal dia. mcm saya ni, dalam setiap daerah dalam negeri pun belum tentu ada orang kenal. -_-" itulah perbezaan orang femes dan tak..hehehe..




Rossa.

Jumpa Rossa sebab menang peraduan. tahun 2010. Jumpa di backstage, selepas konsert dia. memanggg teruja dan seronok! hehehehe.. nak tau lebih lanjut? baca entri ni.




Nurul AF2.


Ni lah orang yang palinggggg tqah teruja untuk jumpa. hehehe. memang sangat teruja sampaikan time jumpa jadi kekok. jadi tak tau nak cakap apa. hehe. Nurul Af2 ni tqah memang minatttt sangat zaman AF2 dulu. zaman sekolah tqah. 6 tahun yang lepas. hehehe. kebetulan dapat jumpa Nurul Af2, nanti tqah up entri mcm mana dapat jumpa dia! :)






Azhar Sulaiman


Azhar ni jumpa time tqah ke Ikea rombongan sekelas hari tu. ada trip untuk subjek Human Resource, jadi petang tu ke Ikea sekejap. time ni kawan2 semua tengah salin baju dalam bas. erk, jangan terkejut salin baju dalam bas. sebab kelas tqah cuma ada 12 orang, dan hanya 3 orang lelaki. jadi si lelaki-lelaki terlebih dahulu di halau keluar dari bas. :P tapi tqah, nurul dan teha tak selesa nak tukar dalam bas. jadi kami berjalan ke tandas. semasa melintasi car park, teha nampak Azhar Sulaiman. Terus kami bertiga pergi tgk jugak, pastu teha panggil dia. minta nak ambik gambar. banyak benda jgk yg dia borak2 dengan kami. hehehe. kesimpulannya, Azhar Sulaiman ni memang peramah.. :) last2 kami tak jadi pun nak tukar baju..hehehehe..






Rich Estrange



Rich ni pun jumpa time kat trip ke KL hari tu jugak. lepas jalan2 kat Ikea, kami ke the curve...kat situlah jumpa rich ni, tgh beli mc'donald dgn velvet dan anak mereka. punyalahh lama kami nak pegi tegur. hehe. sebab segan, tapi last2 pegi jugak sbb nak ambik gambar. emm...bagi tqah rich ni sombong sket. mcm kekok. mungkin tak sangka ada orang nak datang bergambar kot.





Velvet AF4


Velvet ni jumpa sama2 dengan Rich. time AF dulu tqah suka suara velvet ni. tp velvet memang nampak sgt2 kekok. bila kami hampiri diorang, terus velvel pusing ke kaunter mc'donald..lepas tu rich pun panggil velvet cakap kitorang nak bergambar. hehehe..dia nampak sgt kekok, tapi anak diorg comel! :)




tqah bukanlah pencinta artis, except for Rossa n Nurul AF2. Rossa memang suka sangat dengan suara dia. Nurul Af2 pulak memang minat sangat time zaman2 berhingus dulu dan setia sehingga sekarang. tapi saya suka jumpa2 artis mcm ni. its a great and exciting experience to me. suka sangat jumpa2 orang mcm ni. :)


harap2 dapat jumpa pemimpin2 negara atau negeri kita, Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir.. :D

Ahad, 15 Mei 2011

kenapa saya berniaga?

motif utama orang meniaga mestilah untuk mencari sumber pendapatan yang halal. sama juga mcm saya, mencari sumber pendapatan sampingan... :) ketika degree ni saya tak dapat PTPTN, umi pulak beli kereta untuk saya. jadi rasa mcm:


ishh tak bestnyaaa nak mintak duit selalu, lebih baik cari duit sendiri..jadi bolehlah belajar atas usaha sendiri.. (walaupun tiap2 bulan abah tetap bagi duit) :)




haa..tulah antara sebab utama saya meniaga sekarang.


selain tu, saya memang suka meniaga. sejak kecil, saya selalu impikan untuk bukak perniagaan sendiri. ada perniagaan sendiri. tapi perniagaan dalam bidang makanan. :')


sekarang ni kepala memang asyik fikir mcm mana nak ada perniagaan sendiri. contohnya:


-bila masuk kelas STRATEGIC MANAGEMENT, saya selalu fikir macam mana nak strategi saya dalam perniagaan nanti.

- bila masuk kelas DESIGN n LAYOUT, saya selalu fikir macam mana nak design restoran/bakery/kiosk saya nanti.

- bila masuk kelas FINANCE, saya selalu fikir tentang kos2 dalam bidang perniagaan makanan, macam mana nak cut cost dan macam-macam lagi..



saya betul-betul minat berniaga dan impian saya semoga saya ada kedai sendiri satu hari nanti. saya suka baca kejayaan usahawan, saya suka baca kisah2 orang kaya disebabkan berniaga. saya selalu fikir mcm mana orang mula berniaga sehingga menjadi usahawan berjaya. macam mana orang berniaga sehingga dapat menampung perbelanjaan harian, keluarga dan menjadi jutawan. banyak benda yang saya fikir tentang perniagaan. macam mana nak mulakan, dan macam mana meneruskan. :')


impian sejak kecil, dessert house.




sekarang ni bila dah mula meniaga, saya baru sedar rupanya meniaga ni bukan perkara yang mudah. bukan perkara yang senang. perlu tempuhi banyak halangan. perlu tempuhi banyak dugaan. perlu komitmen yang tinggi.



semalam bila saya bukak blog perniagaan saya, www.homemadechoc.com saya terima msg dari guest di chatbox. dia cakap saya lepas tgn n tak bertanggungjawab. padahal saya tak tau cerita sebenar pun. takde pun orang datang suruh ganti rugi, atau tanya saya apa2..tiba2 terus tulis kat blog..



oh, berniaga kecil-kecilan pun ada dugaan. berniaga besar-besaran mestiiii lagi besar, jadi bersedialah atiqah! :)



i wish my dream comes true.. :) insyaAllah..




Sabtu, 14 Mei 2011

Cabaran 100 bloglist

jom share link blog korang!
tqah nak letak kat sidebar kawasan tepi..


sebelum ni dah letak bloglist, tp ada malware..
dah la dlm bloglist tqah tu ramai yg xupdate..
mksudnya dlm beratus2 blog yg tqah follow, berapa kerat je yg aktif


jadi apalagi, kongsi link anda! kalau nak share dengan kawan2 CABARAN 100 BLOGLIST tqah ni pun boleh.. :)


bye!

It's 4 months holiday, yawww..

cuti semester dah bermula. indah. sangat-sangat indah. :) semester ni betul2 semester yang mencabar, bukan dari segi pembelajaran sahaja, tapi dari pelbagai segi lagi...



okay, inilah perancangan saya selama 4 bulan....jeng jeng jenggg....


SEPANJANG 4 BULAN:

- belajar memasak. sebelum ni asyik buat dessert je. cuba nak buat main course pulak. Malay cuisine ye, bukan Western..hehe.. contoh? nasi beriyani, gulai, ayam percik dan lain-lain lagi.. :D

juga harus tajamkan skill untuk dessertsssss... :D



- mantapkan perniagaan. jenguklah sini www.homemadechoc.com ..saya akan cuba tambah beberapa produk terbaru.. :) contohnya kak hantaran, chocolate cupcake, red velvet cupcake dan juga fancy cookies.. :)




- pergi belajar buat kek hantaran di Perlis. tengah kira bajet, dan cari tempat penginapan sekarang. sangat menarik tau, jenguklah sini www.najahbakery.com

sungguhhh omel kan kek ni? nak belajar! nak belajar! tak sabarrr!!! :D




- cuba untuk meniaga biskut raya ketika Ramadhan. oh ya, kalau ada peluang nak jugak meniaga ketika bazar Ramadhan. :) juga ingin mengambil tempahan membuat bekas biskut raya.. :)

biskut raya sedap. hehehehe.. :')




- dan juga mengambil tempahan balang biskut dan bakul seperti yang saya buat sebelum ni.. :)

bakul cantik.


balang kaca cantik.


balang plastik cantik.



-dannnnn..cari-cari bahan untuk Independent study saya semester depan..oh! :D



doakan semuanya berjalan dengan lancar..bye! :)


Selasa, 10 Mei 2011

Hello Kitty Edition: Clip papers

bila nak study, perlulah ada sesuatu yang comel, untuk lagi bersemangat..hehehehe..sebab tulah sejak kecil buku teks kita berwarna warni, untuk lagi bersemangat..


alasan je sebenarnya tu, padahal kalau malas datanglah segala benda comel pun mesti tak bersemangat jugak.. -_-"


masa study QMT dan Finance hari memang bersemangat betul, sebabnya ada ni:


comel




comel kuasa dua..



comellllllll kannn??? :D memang bersemangat time belajar QMT dan Finance, sbb dapat susun elok2 antara nota, assignment dan test...hehehehe.. (sebenarnya bersemangat sbb saya minat 2 subjek ni)


ini ole-ole dari umi cantik, umi beli kat float market, Bangkok.. umi cantik memahami anaknya yg minat Hello Kitty, dari Bangkok sanggup belikan clip papers Hello Kitty dan jam tangan Hello Kitty..


terima kasih umi!



Khamis, 5 Mei 2011

Penangan Hantu Kak Limah Balik Rumah

sekarang ni popular betul Hantu Kak Limah Balik Rumah. tapi saya selalu silap sebut Hantu Kak Limah Balik Kampung. hehehe.. :P

soley soley popular. usop wilcha popular. kak limah popular. pelawok pelawok popular. bala-bala-bala popular. semuaaa dari HKLBR ni popular.

cuba korang baca ni:




hahahaha lawak betul.. Kak Limah cafe? Zomba Restaurant? terbaikk lah..hehehehe...
tgh stress2 jawab soalan tadi tiba2 gelak sorang2. haha. nasib baik tak kuat, kalau tak mesti dipanggil pengawas peperiksaan. -_-"


berakhirnya paper subjek Finance tadi, tinggal 2 paper lagi..doakan saya..


hari Selasa insyaAllah sampai di rumah...yahoooooooooooooo... :)


bye! doakan saya kawan2..

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat