Isnin, 31 Januari 2011

doakan keselamatan pelajar-pelajar di Mesir.

Assalamualaikum.
sama-samalah kita mendoakan keselamatan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir selamat.

berita dari seorang kawan, kereta kebal ada di merata-rata. banduan terlepas. balai polis dibakar. bank ditutup. electricity kena potong. internet kena potong. sms disekat kecuali call utk sesetgh masa sahaja. rusuhan di airport pun ada.

Ya Allah..tak dapat saya bayangkan kalau saya berada di dalam situasi mereka. pergi untuk belajar, jauh dari keluarga. perasaan sanak saudara kat sini mesti tak tenteram. saya teringatkan seorang kawan di sana, Nini Yana. nasib baik seorang kwn saya lagi Ain sempat pulang ke Malaysia.

sama-samalah kita berdoa semoga keadaan bertambah baik. semoga semuanya selamat. saya ada baca dalam forum cari, seorang pelajar kita di sana dirogol. Allah. semoga berita tersebut tak benar.. :'(


sangat bersyukur hidup di Malaysia yang tiada kekerasan. semoga berkekalan. Amin!


Perhubungan Jarak Jauh

kadang-kadang rasa sangat susah. bila masing2 jauh, asyik bergaduh ke memanjang..sbbnya, masing-masing inginkan perhatian, dan rindu. betul tak? sangat susah nak berjumpa. :'(


Alhamdulillah, sepanjang perhubungan tqah dgn mr alien yg hampir 4 tahun, kami tak pernah bergaduh sgt-sgt teruk. gaduh manja2 je. haha. kalau kawan2 atau family mr alien baca, mesti diorang cakap "byklah dio punya manja, kok celoh mano tok tau". :p


perangai tqah ni, tqah jns cpt menangis dan cpt sangat terasa. bergaduh sikit menangis banyak. bergaduh banyak menangis lagilah banyak. tak bergaduh pun kadang-kadang menangis. haha. tapi nasib baik, pergaduhan kami tak pernah lama. walaupun time bergaduh tu saya menangis macam orang mati laki, esoknya boleh je saya cakap gelak-gelak dgn dia. kawan2 yang tgk saya ni mcm orang yang tak betul dah. hehe. sebabnya, saya dgn dia walaupun bergaduh tak pernah serius. walaupun kadang2 saya marah dia, dia marah saya..lepas bergaduh tu terus lupa..hehe.. :)


selama hampir 4 tahun ni, kami tak pernah ada perhubungan jarak dekat. kecuali untuk sebulan cuti semester. hehe.


Bermula hubungan - ketika tu saya berada di UiTM Dungun. mr alien upper 6. zaman sekolah time ada depan mata dulu takde pulak nak sms, call sume tuh..bila duk jauh barulah nak berbaik2..mengada-ngada dia kan? hahaha. (padahal saya yang start msg2 dia)
awal perkenalan



Tahun pertama - time ni baru rasa nak bergaduh. hehe. sbb awal2 kan sopan lagi. perangai sebenar pun tak semua ditunjuk. lebih kurang selepas 6 bulan berhubungan baru kami mula bergaduh. awal2 ni sume benda saya sensitif. dia silap sikit pun saya sensitif banyak.
tahun pertama



Tahun kedua - time ni memang kami kuattt sangat bergaduh. dalam tahun kedua nilah Mr Alien dah dapat tawaran SPA. kat kolej radiografi di JB. saya pulak time ni semester 4,5 kat uitm dungun. zaman ni memang sangat penat. saya ada 3 kelas praktikal. kitchen, serving dan housekeeping. 2 hari dalam seminggu mesti balik tengah malam. pkl 1 pagi baru mandi. sangat penat n sibuk. Mr Alien selalu cakap saya takde masa untuk dia. dia merajuk. saya marah-marah. kuat pulak tu. bila teringat balik, memang rasa bersalah sangat n malu dengan diri sendiri.. :'( saya ingat lagi, saya pernah jerit-jerit kat dia. habis kawan2 tau. kalaulah saya jadi dia, saya tak dapat bayangkan mcm mana perasaan saya time tu. tapi dia tetap maafkan saya.. :'(
tahun kedua



Tahun ketiga - tahun ketiga, Mr. Alien dah masuk tahun kedua di JB. dia mula sibuk. saya pulak dah sambung degree. time 1st sem saya ambik degree, saya ada byk sgt masalah. dengan tak semangat nak belajar, masalah persekitaran n mcm2 lagi. time ni, Mr. Alien pulak sibuk. dia balik kls pkl 6 petang. mlm tu pukul 8 mlm dia dah tido. mmg siyes takde masa. saya selalu merajuk, menangis-nangis. hari-hari. hari2 jugak dia pujuk. hari2 jugak dia marah2 saya. yelah, org tgh penat saya pulak merajuk... bila fikir balik, mcm ni lah yang dia rasa ketika tahun kedua perhubungan kami. what you give you get back. hukum karma. kan?
tahun ketiga



Tahun Ketiga ++ - Alhamdulillah, selepas melalui saat2 getir, hubungan kami semakin baik. dah takde marah-marah selalu. dah takde bergaduh yang panjang-panjang. ketika saya berada di semester 4 degree dan Mr. Alien pun semester 4..Alhamdulillah.. :) bila ingat balik, betapa tak matangnya saya. bila waras mmg fikir mcm tu..tp bila gaduh nangis balik..haha.. :p
tahun ketiga ++



sepanjang perhubungan kami, yang paling susah ialah nak berjumpa. saya nak ke tempat dia, memang dia tak bagi..sbb dia cakap risau dengan keselamatan pastu mulalah dia membebel.. :')



kalau cuti, memang selalu tak sama..mcm semester lepas, dalam 4 bulan tak jumpa..last2 jumpa hanya untuk 2 hari..tapi 2 hari pun lebih baik dari takde kan? :')



insyaAllah jika dia jodoh saya, semoga kami tak berjauhan lagi dah. memang time bercinta mcm ni manis bila berjauhan. tak caye? bila lama tak jumpa, pastu jumpa memang sangattt manis. dan saya biasa dengan perhubungan jarak jauh sebab kami pun bermula dengan jarak yang jauh.. :)



Ya Allah, Kau satukanlah kami satu hari nanti. Semoga dia jodohku sehingga ke akhir hayat Ya Allah..Amin.. :)




p/s: 24/2/2007 - 24/2/2011 ada apa2 istimewa yang saya boleh lakukan dengan jarak yang jauh ni? :')


semoga akan ada berita baik buat saya pertengahan tahun ni. :')


Khamis, 27 Januari 2011

background baru lagi?


macam budak-budak tak?

penuh dengan Hello Kitty.. :)

tapi saya suka!

dah lama tak dapat online, jadi mlm ni cuba nak godek2 apa yang patut.
tapi nuffnang yang di antara entri tu yang tak menjadi..


esok dah nak start bekerja.. :)




Umi saya jumpa Heliza!


ini kejadian 2 minggu lepas. tapi disebabkan line internet sangat lembab, jadi selepas 2 minggu baru saya dapat update.

umi saya jumpa Heliza. utk satu rancangan di tv3. ada buat penggambaran di kedai kopi. kat kedai kopi tu umi dgn abah mesti dating kat situ tiap2 pagi.



heliza comel kan? tapi umi lagi comel.. :p nasib baik jumpa Heliza je..
kalau jumpa Nurul Af2, maunya saya meroyan nak jumpa jugak..hehe..



Jumaat, 21 Januari 2011

Line Broadband Slow

sebab tu saya langsung tak update.. :(

Ahad, 16 Januari 2011

Alhamdulillah, saya hidup di dalam kasih sayangNYA. :)


semester lepas, bila dapat berita kena pindah rumah, risau sangat.
penat sangat nak pindah rumah lagi, habis semester 1 dah pindah, habis semester 2 pun kena pindah pulak.. :-( alasannya, tuan rumah nak guna rumah tu. dia pindah dungun.

jadi, survey punya survey, jumpalah satu rumah ni.
rumah cantik, milik pensyarah UiTM.
lepas bincang, setuju nak sewa rumah ni. cuma satu je masalah. jauh dari uitm. dah la sorang-sorang takde kenderaan. penat fikir mcm mana nak pergi kelas..
pastu, kawasan ni jauh dari kedai runcit. mcm mana nak beli barang2 lagi..mmg penat dan risau sangat fikir..


rumah baru kami.


tapi bila masuk semester ni, Alhamdulillah hidup dipermudahkan olehNYA. hati gembira je sentiasa. :-)



tiap2 hari g kelas naik prebet atau van. Alhamdulillah, takde masalah. :)

halaman rumah kami.


suasana rumah sangat harmoni. cerah, matahari masuk, jiran sekeliling semua family. petang2 dengar anak2 jiran bermain. seronok. Alhamdulillah. :)


dulu asyik orang kata, susah nak pegi kedai. tapi, bila duk sini baru sedar sangat mudah. kat kawasan luar perumahan ada p.cik baik jual bahan segar-ikan dan sayur. cuma jalan kaki je untuk ke gerai tersebut. Alhamdulillah. :)


kedai makan pun sangat dekat. mcm2 pilihan lauk yang ada. cuma jalan kaki je. Alhamdulillah. tak perlu bersusah payah utk makan :)


bila ada gap dari kelas ke kelas, kami tak balik rumah sbb susah nak tnggu van, kena bayar lagi..jadi, kami guna masa tersebut sebaik-baiknya. pegi library dan ulang kaji pelajaran sikit2. Alhamdulillah. :)


dan, selepas dipujuk berkali-kali..umi memberikan kesayangan baru untuk saya























Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah, hidup saya semakin hari semakin baik.. :)





Jumaat, 14 Januari 2011

Hanis Zalikha seperti Dato' Siti Nurhaliza?





Saya samakan Hanis Zalikha seperti Dato' Siti Nurhaliza. kenapa? sbb HZ membawa fenomena dalam bidang blog seperti DCT membawa fenomena dalam bidang seni.


sekarang ni semua orang yang ada blog berangan nak jadi mcm HZ. follower sampai berpuluh2 ribu. tiap-tiap hari orang yang baca blognya beratus-ratus ribu. sama mcm sape2 yg masuk dunia seni, mesti berangan nak jadi mcm DCT kan? :))




saya mula baca blog HZ dari entri ni:

9 Mac 2009 :)



saya kenal hanis ni dari kawan saya, teha..teha yg tnjuk blog HZ kat saya. time tu dia cari pasal apa ntah, kuar entri HZ ni..sejak tu la mula baca blog HZ..


kenapa HZ sangat popular?

credit to: inibelogsaya.blogspot.com



1. HZ cantik.
semua org suka dengan kecantikan kan? saya yang tak cantik ni sangat suka tgk org cantik. hehe. HZ cantik yg semula jadi. dia takde mekap tebal2 nak menonjolkan diri. dia takde buat gaya gedik2. dia memang cantik semulajadi, dan jugak hanis sangat cerdik n pandai! :)


2. Setiap entri dia mesti ada isi.
Mesti ada isi penting dalam entri dia. hehe. tak kiralah tersurat ke, tersirat ke..HZ mmg cerita ttg kisah peribadi dia, tapi bkn semua dia cerita. ada yang dia simpan. ada yang dia cerita. setiap cerita ada pengajaran dan buat kita berfikir. kan? yang paling saya suka, ttg old-school loving style tuh.. :)


3. HZ sangat konfiden.
Yang ni saya suka ttg HZ. dia sangat konfiden kan? konfiden dia tu mcm inspirasi buat saya. chewah. hehe. sbb konfiden saya sgt rendah. bila tgk dia, jadi fikir.."kita sama2 manusia, kenapa saya perlu konfiden rendah?" kannn.. :D


4. HZ pandai melawak
saya ni menghabiskan masa di uni dengan membaca blog HZ. hehe. dari zaman diploma sampailah zaman degree. dah final year degree dah. dulu-dulu time diploma takde laptop sendiri. sanggup tu pegi sewa broadband pinjam laptop roomate nak baca blog HZ. entri dia sume lawak2. terutama yang pipi labuh sombong tuh. berapa puluh kali ntah saya baca entri tu. :p pastu setiap kawan yang masuk bilik, mesti promote blog HZ ni..pastu diorang sama2 addict.. :)


5.HZ tak sombong
kalau tweet dia, mesti dia sedaya upaya balas. kalau tinggal kat wall fb pun, mesti dia berusaha balas jugak. pengalaman manis saya, HZ tinggalkan msg dlm fb saya, dan bls pvt msg saya..hehehehe.. *bangga*


6. HZ seorang model
Ni jugak yg membuatkan ramai yg baca blog hanis. sbb hanis model, jadi orang luar nak tau mcm mana kehidupan model.



emm..apa lagi ye? takde idea la pulak..huhu..tapi hanis zalikha ni mmg ada faktor yang buat semua orang suka. sbb dia bukan tulis merapu-rapu, takde nak gedik gedik sesuka hati. tak keterlaluan kalau saya katakan, semua orang yang ada blog jadikan HZ ni idola, dan semua yang baca blog HZ ni, akan jatuh cinta dgn blog dia.. :)



kalau korang baca blog hanis dari 1st dia buat blog sampailah sekarang mesti nampak perbezaan kan? dari gaya penulis, semakin hari semakin matang.. :) kalau saya, semakin hari semakin kebudak-budakan.. :-(



dulu-dulu mmg sangat minat dgn hanis nih. hampir semua entri dia saya suka n baca berkali2. pasal menari gonjeng. pasal pertandingan kompang. pasal Shika. pasal kawan baik iaitu Iz. pasal pergi hantar Wani ke airport. mmg suka baca. terutama tentang kehidupan di uitm Segar Amat tu.. :)



dulu2 tengah tunggu van kunyit depan uitm untuk ke bandar pun bercakap dengan teha tentang HZ. HZ kuar hips tv9 pun asyik bukak tv9 online pastu tgk berkali2.. ada je majalah remaja ada HZ, mesti beli. akhbar BH yg HZ dulu pun sampai sekarang disimpan..hehehe..


Hamis Jalikha, kitew adoresw Hamisz tau! hehe.. :p






Jumaat, 7 Januari 2011

blog kusam

sekusam diri ini. haha. takde idea. kesian.
fullstop! :-(


bye!

Khamis, 6 Januari 2011

Day 3 in London: Jumpa ramai artis woh!

saya rasa mesti ramai dah boleh jangka saya jumpa ramai artis kat mana..hehehe..tapi kan, saya sekarang dah sampai kat Malaysia. siap g jalan2 dgn encik alien dah. siap sampai kat dungun. siap masuk kelas 3 hari...tapi baruuuu nak update pasal hari ke3 di London. hahaha.. :p



hari ke3 ni, kami bertolak dari hotel pukul 9.30 pagi macam tu. destinasi pertama, London Tower. pegi ke sana naik tube. ramai pelancong kat sana! tapi tak jumpa pelancong Melayu. tak berkebetulan untuk jumpa kot.

dalam perjalanan nak ke London Tower..



inilah London Tower..hehe..




dalam perjalanan merentasi London Tower



dah sampai seberang. ambil gambar dari bawah.



time ni, baru je pegi destinasi pertama, tapi dah penat. hehe. sbb penat berjalan yg hari kedua tu. pusing-pusing kat kawasan London Tower. pastu pegi ke castle yang ada kat sebelah London Tower tu. ramai sangat orang kat situ! tapi kami tak masuk ke dalam castle tu..sbb sangat bersemangat nak pegi jumpa ARTIS! hahaha..



inilah dia tempat kami jumpa artis..MADAME TUSSAUDS LONDON! hehehe..sape2 yang pegi London mesti ada yang penah pegi sini kan?




kat madame tussauds ni, ada 14 stage. setiap stage ada kumpulannya. mcm stage pertama stage artis-artis tenama. pastu ada stage yang ada Royal Family. rasa mcm diorang betul-betul pulak. bukan yang tipu2. hehe. ada stage pemimpin2 dunia. stage behind the scenes. paling seronok stage 12, iaitu SPIRIT OF LONDON RIDE. kat situ takleh ambik gambar. diorang bwk kita naik teksi, pastu tunjuk sejarang London. sangat-sangat-sangat menarik. pastu, stage 14 kami berpeluang tgk cerita 4D. 3D dah biasa dengar kan? 4D ni, diorang tambah satu lagi dimension. cthnya kalau berangin, kita dapat rasa anginnya walaupun kita tgk wayang je.. :) tapi, yang sedihnya..saya tak dapat tgk pun yang 4D ni..tak sempat nak masuk stage 14..sebab abah dah penat, dia demam.. :-(

2 jejaka tampan..


Posh tak marah kan? kan..kan..kan...


kekasih ketika muda.



julia roberts sorongkan kerusi utk saya..hehe..



tgk Tom Cruise teringat dayah kawan karib ketika sekolah..



Ziana Zain versi org putih..hehe..


cantik!



idola semua orang.. :)



ini kakak saya!


ini bukan pakcik saya.



ini pun bukan pakcik saya.



haa..ini dia pak cik saya..hehe..



comel kan shrek dan saya..hehe..


saya nyanyi sgt sedap hokey! :D



cuba teka siapakah si cantik ni. suruh org lain teka sbb saya tak tau.. :p



walaupun saya senyum2 tapi dia tetap serius.



pujaan.



saya menang tempat pertama yeay! terima kasih kepada ibu bapa, jurulatih bla bla bla...



yang belakang necktie merah tu kekasih saya. tapi dia ckp dah nak kahwin dengan orang lain tahun ni..sobs sobs sobs.. :-(



mari kita sama2 mendepakan tangan..



kakak saya ketika saya kecil. sekarang dah tak mengaku kakak. :p



lepas ke Madame Tussauds, kami bertolak ke Stansted. bermalam kat situ. keesokannya abah pulang ke Malaysia. tinggallah kami 3 beranak bersama family abang..



jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat