Selasa, 30 Mac 2010

kesian blog saya berhabuk T_T

lap-lap sikit..
kemas apa2 yg patut..


nanti bila free akan update! bye! :-)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Rabu, 24 Mac 2010

kesian saya, saya sangat tiada idea!

blog ni diabaikan..kesian blog sy..tak sempat nak kemas2.. T_T

sekarang ni, jiwa saya sangat kosong dan kadang-kadang kacau bilau..

rasa sedih je memanjang, kadang-kadang rasa takde perasaan...

perkara hari-hari yg berlaku pun takde yang menarik, kecuali hari-hari ada je test, assignment yang perlu dibuat.......


huuuuuuuu......kesian orang yang masuk blog yang tak menarik ni...maafkan saya.. T_T


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Ahad, 21 Mac 2010

baju kebaya dan dia sangat peramah!

konon2nya nak buat tajuk entri yang bunyi sastera mcm cerpen dalam subjek literature form 2, "the bunga telur and belly shoes".. :-p

ok2, mcm ni..semalam, saya bukak satu blogshop ni, blogshop yang jual baju kebaya, the black kebaya..saya tertarik dgn blog dia lepas kawan saya iena yang promote blog dia tuh..

masa tengah2 tgk blog tu, kawan saya berkenan dengan satu kain sarung...nak tanya pemilik blog dah, mcm mana nak beli..tiba2 baru ternampak kat bahagian atas blog tu, kedai dia dah tutup..sedih.. T_T

disebabkan kawan saya nak jugak kain sarung tersebut, mulalah operasi mencari blog yang jual kain kebaya dari indon...tapi semuanya mahal! pastu kawan saya berkenan dengan kain baju kurung yang ni:


disebabkan kain ni boleh buat baju kurung, kawan saya dan saya sama-sama meroyan nak beli.. :-p tapi sangat2 mahal! dan hampir2 nak beli...pastu, saya pun gatal-gatal tangan lagi search blog lain...

akhirnya, jumpa blog ni:


Ya Allah...kain-kain dalam blog tersebut sangat cantik! dan juga murah! sama mcm dalam blog the black kebaya..

dan, perkara penting yang saya nak ceritakan, ownernya sangat-sangat peramah! super duper peramah dan baik! layan je semua pertanyaan saya...sanggup habiskan masa lama ym dengan saya melayan saya yang banyak tanya nih..

jauh berbeza dengan satu owner blog yg jual baju kebaya ready-made ni..ada ke saya tanya satu je soalan, terus jawab " tengok sendiri dalam blog..kalau kami nak semak, kami ada beratus2 stok"..sumpah saya tak akan beli kat kedai dan blog dia lagi!

jom, apa lagi..silalah ke blog http://marimelaram.blogspot.com saya sangat2 puas hati dengan layanan yang diberikan..harganya jugak sangat murah berbanding blog2 orang lain.. :-) ownernya student medic dan pharmacy kat Indon.. :-)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Jumaat, 19 Mac 2010

I'M GOING TO GATSBY DEODORANT STREET HAIR!

hi semua! assalamualaikum.. :-)

semalam dapat email dari nuffnang, "win cash from nuffnang now"
wah..wah!!! excited! excited!
excited sangat sebab terpilih antara 400 orang yang layak untuk menyertai Gatsby Deodorant Street Hair! ini adalah kerjasama dari nuffnang dan Gatsby..



rasa excited sangat dapat email dari nuffnang...terima kasih nuffnang! untuk majlis Gatsby Deodorant Street Hair ni akan diadakan di:

tempat
Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

masa
10am till 5pm

tarikh
17th April 2010


apa yang menarik, pada hari tersebut akan ada cabutan bertuah untuk gadjet istimewa yang bernilai sehingga rm15000! dan juga terdapat perlbagai game dan acara menarik...yang paling-paling penting dan istimewa, sesiapa yang terpilih dan pergi ke acara ini, akan dapat duit poket rm50 dari nuffnang tau!

jadi apa lagi, silalah lawari http://www.gatsby.com.my/streetfair/

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Isnin, 15 Mac 2010

my first nuffnang payment

tengok, selepas setahun berusaha, inilah hasilnya...


selepas setahun berusaha, akhirnya dapat jugak bayaran nuffnang tersayang..bolehlah saya membayar bil broadband maxis saya ni... T_T

ok...selepas ini terus berusaha setahun lagi untuk dapat jumlah sebyk ni kembali! T_T


terima kasih nuffnang...bye!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Jumaat, 12 Mac 2010

saya kakak yang baik kan???

semalam result spm keluar kan. saya pun menyibuk sekaki kan. sanggup ponteng kelas eco semata-mata nak balik tengok result spm dengan adik kan. saya ni kakak baik kan?? nasib baik cuma ada satu kelas je kan. sebabnya satu kelas dibatalkan dan satu kelas lagi dah buat hari rabu lagi kan. kalau tak terpaksa ponteng 3 kelas semata-mata nak balik kan. hehehehe.. :-p



result adik saya dalam kategori ok..takde lah cemerlang mcm orang lain yang dapat 15a+ tuh...huh! terkedu saya dibuatnya! mcm mana la budak2 yang belajar sehingga dapat semua a+ tu..agak2nya boleh tak saya nak dapatkan gpa 4.00 dan semuanya a+ semester ni???hehe...tapi, yang penting result adik jauh cemerlang dari kakak dia yang ni haa..hehehe..



adik target lain, n dapat rendah dari target..agak frust la jugak dia..hehe..tapi apa2pun syukur Alhamdulillah.. :-) mmg baik dah pun result dia, tapi bila bawah dari target mesti ada rasa sedih sikit...



yang kelakarnya, abah dah call awal2 kat cikgu sekolah adik nak tau result adik..pastu abah terus bagitau umi dan umi bagitau saya..saje je buat2 senyap n tak tau depan adik, biar dia pegi ambik sendiri...



sampai kat sekolah adik semua cikgu2 ckp abah dah call awal2..semua dah anggap mcm adik tau..nasib baik tak bocorkan rahsia je..semua cikgu mcm tak terkeluar bagitau adik dapat berapa A walaupun semua ayat cikgu mcm ni: "abah pagi-pagi lagi dah telefon tanya result awak"



tapi, masa adik tengah semangat beratur nak dapatkan result, pengetua dia datang berckp2 dengan dia..terus pengetua dia bagitau adik dapat berapa A.. hampeh betul pengetua, semua orang dah semangat simpankan rahsia..hehehe...


budak-budak yang berhutang tengah membayar hutang sebelum dibenarkan ambil result spm..hehe..


adik yang konon-kononya tak berdebar tapi sakit perut sehingga rasa seperti ingin ke tandas..


ok, di sini saja laporan hari ni...bye!


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Selasa, 9 Mac 2010

Wonder Girls Duta Digital Sony Ericsson

Wonder Girls, penyanyi berkumpulan wanita Korea yang popular dengan lagu Nobody, dilantik sebagai Duta Digital bagi produk Sony Ericsson.
Kumpulan dengan lima anggota, Yubin 'The Diva', Sun 'The Perfectionist', Sohee 'The Trendsetter', Yenny 'The Go Getter' dan Mimi 'The Daydreamer' tampil pada pelancaran lima model baru telefon bimbit Sony Ericsson.

Pelantikan itu diumumkan oleh Naib Presiden Korporat merangkap Ketua Rantau Asia Pasifik, Sony Ericsson Mobile Communications, Hirokazu Ishizuka, di sini hari ini.

Lima model terbaru telefon bimbit Sony Ericsson yang diperkenalkan itu ialah Sony Ericsson Xperia X10, Xperia X10 mini pro, Xperia X10 mini, Vivaz dan Vivaz pro.


Xperia X10 dan Vivas dijangka memasuki pasaran pada April depan, sementara model-model lain akan menyusul pada suku tahun kedua 2010.




p/s: suka tgk Wonder Girls menari..erk, takde kaitan kan dengan artikle di atas..
dah, bye! :-)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Isnin, 8 Mac 2010

new update of Atiqah Sweet Giveaway

kepada semua pemenang akan datang untuk Atiqah Sweet Giveaway, hadiah telah diupgrade.. :-)

setiap pemenang akan menerima satu kotak coklat yang mengandungi 9 biji coklat hand-made (disponsor oleh saya), dan satu lolly choc yang dibuat oleh sweet brown (disponsor oleh sweet brown)

jadi apa lagi, jom kita sama-sama memeriahkan giveaway ni!

contoh lolly choc:


gambar diambil dari sweet brown..



•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•


Jumaat, 5 Mac 2010

terasa nak buat ATIQAH SWEET GIVEAWAY pula!

Assalamualaikum...

disebabkan pengunjung blog saya ni sentiasa berkurangan dari hari ke sehari, dan saya tak pandai untuk menulis, jadi saya terfikir untuk buat giveaway baru... :-)

hadiah sudah dicari...syarat2nya sudah difikirkan..jangan risau, syarat2nya tersangatlah mudah! :-)

nak tau hadiah yang saya akan tawarkan? saya beli dan disponsor sedikit dari sini!

kenapa saya pilih sweet brown? sebabnya, saya sangat2 tertarik dengan coklat hand-made macam tu.. :-)

jadi kalau sesiapa yang nak ada peluang untuk dapat coklat hand-made free, silalah join giveaway saya yang akan dibuat esok! terima kasih.. :-)

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

resepi lasagna ayam yang sedap!

terdapat unsur-unsur riak di situ! disamping nak bagitau percubaan lasagna saya yang keempat sedap, saya jugak nak kongsi resepi lasagna yang saya dah buat.. :-)



RESEPI LASAGNA AYAM

inilah lasagna ayam

Bahan2

1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering

ni kulit lasagna yang tqah guna..mcm kertas kan? hehe..yg gelap tu yg Tesco organic..pastu tak cukup, guna pulak yang San Remo..


1 s/b marjerin/mentega
½ s/k garam Air secukupnya , untuk merebus (kalau beli lasagna instant pun, lebih baik rebus dulu walaupun ditulis 'no precook required'..tp kalau tak nak rebus jugak, sos lasagna kenalah cair. tak boleh pekat)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus



Bahan2 Sos Daging2 s/b marjerin/mentega 
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm ayam cincang 

250 gm Tomato, kupas, parut (Tqah guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun, boleh juga guna "diced tomato" dalam tin)
300 gm Sos Tomato dlm botol 

100 cc Air (tqah guna setengah cawan)
3 blok kiub maggi ayam
1 s/k Oregano serbuk (tqah tak letak pun)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir




Bahan2 Sos Putih50 gm marjerin/mentega (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air (dalam 3 sudu besar jugak)
400 cc Susu Cair Evaporated (Tqah guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (tqah guna 100 ml, dalam setengah cawan)
125 gm Keju Cheddar parut (Tqah guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi ayam
¼ s/k serbuk lada putih

¼ s/k serbuk buah pala (Tqah tak letak pun)



Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam.
Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak)
Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Masukkan kiub ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.



sos merah atau sos daging.. :-)



Cara Masak Sos Putih1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata.
Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambahkan keju parut, kiub pati ayam MAGGI,
serbok lada putih & serbok pala.2. Masak hingga mendidih dan mengental.


ni rupa sos putih..



Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling,
2. Susun lasagna. kemudian letakkan dan ratakan sos merah, kemudian tindankan sos putih dan ratakan.
3. Ulangi proses sama seperti tadi diakhiri dengan sos putih di bahagian atas.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.

ni sebelum dimasak.. =)



ni hasilnya yang selepas dimasak.. =)


dan, yang paling seronok bila makanan dimasak, ialah ada orang yang makan...oleh itu, saya panggillah pengomen tetap saya untuk makan:

tengok tu...tgh makan pun sempat lagi main laptop...huh!


mesti sangat sedap lasagna yang saya buat...sebab tu sengih mcm tu sekali...kan awak kan.... :-p hehehe...

bye!

•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

Selasa, 2 Mac 2010

my 3rd buffered earning

semalam bukak akaun nuffnang..

jumpa ni..

GEMBIRA! =)

tapi, sedih sbb pengunjung blog tak ramai.. T_T


sesiapa yg baik hati, klik2 lah nuffnang saya ye.. :-) ptptpn cuma dapat rm500 satu sem.. T_T


•.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.• •.★*... ...*★.•

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat