Sabtu, 31 Oktober 2009

konfiden..

"untuk jadi konfiden depan orang, kita harus konfiden dan percaya dengan diri sendiri dulu.."
kata2 Khairun Najihah.. :-)


emm...kenapa saya susah sgt nak konfiden dgn diri sendiri??

Jumaat, 30 Oktober 2009

berlelah bermati-matian deminya

assalamualaikum...

sekarang saya baru sampai rumah...

sebelum ni amaatt sibuk sehinggakan bangun pagi terus melompat ke meja bukak laptop dan tutup laptop pada pukul 3 pagi, dan langsung xsempat untuk bangun dari tempat duduk.. :-p hehehe..

pertama kali amat gigih menyiapkan kerja....hehe..

sekarang amat penat, cuma ingin mengupdate blog sikit..

lain kali akan cerita lagi.. ;-)

yang penting, ATIQAH SUDAH TAMAT PENGAJIAN DIPLOMA SELAMA 6 SEMESTER SEMALAM.. :-D

Khamis, 22 Oktober 2009

oh, saya sungguh penat!

sebab tak nak blog saya ni terbiar, saya cuba jugak untuk update...hehe..

sekarang ni saya tgh buat report latihan industri saya..byk sgt yang tak siap lagi..
sebelum ni saya mcm yakin je saya dapat buat, tp sekarang mcm turun semangat tu...saya jadi takut sgt2...saya mcm tak tahu apa2, dlm kepala mcm tak ada apa2... T_T

saya jadi tak yakin saya mampu siapkan..sgt tak yakin...

petang tadi, saya pergi jumpa lecturer yang akan jadi panel saya ketika presentation...
sebelum ni saya dapat tajuk yang susah, lepas tu saya minta tukar sbb tajuk tu mcm saya tak sempat nak cover tajuk tu ketika LI..

mula2 lecturer tak bagi, pastu dia bagi...sepanjang tempoh sebelum dia bagi tu, mcm2 dia tanya, tapi satu pun saya tak dapat jawab...dalam kepala ni, 'ALAMAK!! KENAPA DENGAN AKU NIII????" Ya Allah, jadi mcm takut sgt...saya mcm tak tau apa2.. :-(

lepas tu, lecturer tanya soalan lebih dari expectation saya...mcm apa yang dia tanya saya tak tau apa2...saya mcm baru sedar dalam mimpi...selama ni yang saya fikir, yang saya harap semuanya jauh berbeza dari realiti...Ya Allah....memang sangatttttt takut.. T_T



mykata2: hehe..sungguh tak best blog ku ini, sekadara luahan apa yang ada di dalam kepala..

Selasa, 20 Oktober 2009

Ya Allah, aku juga ingin berjaya..

sekarang ni saya tgh kemas2 barang untuk ke Dungun esok..
masih lagi bukan dlm mood nak ke dungun..walaupun pegi 2 minggu je, tp rasa mcm xnak hadapi je 2 minggu nih..hehe..

report perlu dihantar 26hb ni, tp saya pegi awal sket sbb nak jumpa dengan panel saya dulu..pastu saya pegi awal sbb saya sangat malas kat rumah, saya cuma rajin ber-fb, ber-farmville, ber-game PC, ber-blog..hehe...terukkan??
saya akan ke Dungun untuk selesaikan semua urusan latihan industri saya. pembahagian markah untuk semester ni semua bergantung kepada LI..

30 % - LI kat husm
30 % - report
30 % - presentation
10 % - buku log

saya amat takuuttt...teramat takuttt...saya perlukan markah sekurang2nya 75% untuk mendapat DL semester ini...saya amat perlukan DL ni, tp saya amat tak yakin...

bukan untuk riak, tp saya cuma ingin berikan sebab kenapa saya amat perlukan DL semester ni,

1) untuk mendapat ANC, cita2 saya ketika mula2 ambil diploma..kesian kat umi abah sbb selalu kecewa dengan saya yang cepat berputus asa...kalau saya tak dapat DL sem ni, habislah semua yang saya dapat pada semester-semester lepas.. T_T

2) untuk naikkan CGPA, CGPA saya setiap sem semakin rendah tauhu? :-p huuu..hari Jumaat lepas ckp2 dengan catering officer kat husm, dia ckp dia time belajar dulu tiap2 sem mesti naik walaupun sikit...terus saya terfikir kat saya, saya tiap2 sem mesti jatuh...nampak sangat saya tidak berusaha dengan baik.. T_T

3) supaya semua yang telah saya lakukan di HUSM berbaloi..mcm2 perkara dah saya lalui, terutama tekanan mental daripada fizikal..hehe..pening dengan kata2 orang, pening dengan perangai oranf gatal, pening dengan mcm2 jenis orang..hehe..harap2 semua yang saya lalui berbaloi dengan mendapat markah yang baik...aamin.. :-)


saya tak yakin dengan target saya semester ni,

~saya takut ketika LI di husm, saya tidak buat yang terhabis baik, dan saya takut kerja2 yg saya lakukan tidak memuaskan, dan markah saya ditolak.. T_T

~report saya mcm merapu2 je lebih...saya mcm xdapat nak fokus, saya rasa apa yang saya buat tak teratur, bila nak buat mcm langsung tak keluar idea..mmg sgt teruk.. T_T

~saya seorang yang amat rendah keyakinan diri, saya takut untuk presentation..saya takut saya panik, saya takut saya tak dapat menjawab dengan baik.. T_T


Ya Allah...aku juga ingin berjaya..sepesti impian dan cita2 kawan yang lain...Ya Allah, permudahkan urusanku...



emmm, ada cadangan apa yang patut dipakai ketika presentation? kemeja atau baju kurung...
saya mcm lebih selesa untuk pakai baju kurung, kerana saya yang gemuk+pendek+hitam+hodoh ini tak sesuai untuk pakai baju lain..

pakai baju kurung + kot ok tak?? :-)



mykata2: luahan hati untuk kerisauan yang terlampau..

Sabtu, 17 Oktober 2009

tips bermain farmville

adakah anda ingin menjadi petani berjaya? hehe..
saya sekarang mmg betul 'addict' kat farmville nih..
selagi ada masa selagi tu nak main..ish2..bahaya..bahaya..

tanaman saya

tadi saya cuba google tips bermain farmville, jadi jumpa ini:



Tips and Tricks Farmville Facebook that I wanted to share today is about how to choose seeds that have a large income and add XP quickly.

Here are the best earning Farmville crops in order according to coin income:

1. Tomatoes

Cost: 100 Sell: 173 Harvest Time: 8 hours Planting XP: 1

2. Sunflowers

Cost: 135 Sell: 315 Harvest Time: 23 hours (1 day) Planting XP: 2

3. Coffee

Cost: 120 Sell: 243 Harvest Time: 16 hours Planting XP: 1

4. Black Berries

Cost: 75 Sell: 117 Harvest Time: 4 hours Planting XP: 1

5. Blueberries

Cost: 50 Sell: 91 Harvest Time: 4 hours Planting XP: 1

6. Carrots

Cost: 110 Sell: 200 Harvest Time: 12 hours Planting XP: 1

7. Broccoli

Cost: 200 Sell: 473 Harvest Time: 46 hours (2 days) Planting XP: 2

8. Raspberries

Cost: 20 Sell: 46 Harvest Time: 2 hours Planting XP: 0

9. Cabbage

Cost: 140 Sell: 388 Harvest Time: 46 hours (2 days) Planting XP: 2

10. Red Wheat

Cost: 180 Sell: 449 Harvest Time: 69 hours (3 days) Planting XP: 2

11. Peppers

Cost: 70 Sell: 162 Harvest Time: 23 hours (1 day) Planting XP: 2

12. Yellow Melon

Cost: 205 Sell: 528 Harvest Time: 92 hours (4 days) Planting XP: 2

13. Aloe Vera

Cost: 50 Sell: 85 Harvest Time: 6 hours Planting XP: 1

14. Corn

Cost: 150 Sell: 380 Harvest Time: 69 hours (3 days) Planting XP: 2

15. Rice

Cost: 45 Sell: 96 Harvest Time: 12 hours Planting XP: 1

16. Pumpkin

Cost: 30 Sell: 68 Harvest Time: 8 hours Planting XP: 1

17. Pineapples

Cost: 95 Sell: 242 Harvest Time: 46 hours (2 days) Planting XP: 2

18. Potatoes

Cost: 135 Sell: 345 Harvest Time: 69 hours (3 days) Planting XP: 2

19. Strawberries

Cost: 10 Sell: 35 Harvest Time: 4 hours Planting XP: 1

20. Bell Peppers

Cost: 75 Sell: 198 Harvest Time: 46 hours (2 days) Planting XP: 2

21. Watermelon

Cost: 130 Sell: 348 Harvest Time: 92 hours (4 days) Planting XP: 2

22. Cotton

Cost: 75 Sell: 207 Harvest Time: 69 hours (3 days) Planting XP: 2

23. Squash – tied with soybeans

Cost: 40 Sell: 121 Harvest Time: 46 hours (2 days) Planting XP: 2

24. Soybeans – tied with squash

Cost: 15 Sell: 63 Harvest Time: 23 hours (1 day) Planting XP: 2

25. Artichokes

Cost: 70 Sell: 204 Harvest Time: 92 hours (4 days) Planting XP: 2

26. Eggplant

Cost: 25 Sell: 88 Harvest Time: 46 hours (2 days) Planting XP: 2

27. Wheat

Cost: 35 Sell: 115 Harvest Time: 69 hours (3 days) Planting XP: 2


Here are the best Farmville crops in order according to the amount of XP given:

* 1. Black Berries
* 1. Blueberries
* 1. Strawberries
* 1. Raspberries*
* 2. Aloe Vera
* 3. Pumpkin
* 3. Tomatoes
* 4. Rice
* 4. Carrots
* 5. Soybeans
* 5. Sunflowers
* 5. Peppers
* 6. Coffee
* 7. Eggplant
* 7. Pineapples
* 7. Squash
* 7. Bell Peppers
* 7. Cabbage
* 7. Broccoli
* 8. Corn
* 8. Potatoes
* 8. Wheat
* 8. Cotton
* 8. Red Wheat
* 9. Watermelon
* 9. Artichokes
* 9. Yellow Melon

Here are the best Farmville crops in order according to the harvest time :

* Best 2 hour crop:

Raspberries
* Best 4 hour crop:

Black Berries
* Best 6 hour crop:

Aloe Vera
* Best 8 hour crop:

Tomatoes
* Best 12 hour crop:

Carrots
* Best 16 hour crop:

Coffee
* Best 1 day crop (23 hour) crop:

Sunflowers
* Best 2 day crop (46 hour) crop:

Broccoli
* Best 3 day crop (69 hour) crop:

Red Wheat
* Best 4 day crop (92 hour) crop:




jadi, cubalah tgk2 tips tersebut...walaupun saya pun masih blur2..hehe.. :-p


tips daripada: tips farmville

Khamis, 15 Oktober 2009

banyaknya impian hidup!

banyaaakkkkkkk sgt keje saya yang tak siap, terutama menyiapkan report....tapi mood saya sekarang, sangat malaaaasssssss untuk buat report, tapi rajiiiiinnnn nak blog..teruk kan saya?? jawab tidak sekarang!


masa saya menyertai program latihan khidmat negara (PLKN) tahun 2006 dulu, ada satu kelas yg dinamakan kelas CB-character building. motif kelas tu, utk kita lebih yakin dan bentukkan personaliti kita, tp personaliti saya tak terbentuk pun.. :-p


ok, dalam kelas tu, selalu saja buat aktiviti yang ntah apaapa bagi orang lain, tapi saya amaatt gembira buat semua2 aktiviti tu sbb saya adalah seorang-yang-tak-sukakan-aktiviti-lasak...


saya ingat lagi, dalam satu aktiviti tu, cikgu suruh kami tulis semua impian kami. masa tu impian saya ada dlm 30 impian kalau tak silap saya. sebab masa tu baru saja habis spm, dan masih tak banyak impian, banyak sgt impian yang mengarut2 saya tulis sbb tak nak kalah senarai paling panjang dengan kawan2.. :-p lepas tu cikgu suruh pilih 3 impian yang utama..ini impian saya:


1. nak kurus (impian sejak turun temurun, tapi xtercapai2..hehe..)
2. nak melancong ke amsterdam dan jepun (tgk, melancong adalah impian plg penting, org lain masa tu semua tulis impian nak masuk universiti bagus2)
3. nak bercakap dan berbual2 dengan ehem..ehem.. (ni paling hampeh..haha..siap kat tepi list impian tu, lukis gambar lencana SMKIP lagi..malu..malu..)


sekarang bila semakin besar, saya sedar memang banyak sgt impian yang ingin dicapai dalam hidup..memang banyak..sehinggakan setiap kali pergi window shopping, lepas tu tgk barangan yang berkenan sehingga meleleh air liur, dan dalam hati terus jadikan ianya impian.. :-p


jadi, sekarang saya cuba untuk senaraikan semua impian-impian, adakalah melebihi impian di PLKN? jeng..jeng..jeng...jom kite tgk sape yang kene..(ok, mmg lawak xmenjadi)

IMPIAN YANG AKAN DIUSAHA UNTUK DICAPAI-xmengikut susunan:

1. nak kurus (tak malu)
2. nak belajar sampai PHD..insyaAllah (harus kikis perasaan malas)
3. nak ikut badan-badan kebajikan
4. boleh bercakap di hadapan orang ramai dengan konfiden
5. boleh bercakap bahasa inggeris dengan sgt fasih
6. nak melancong seluruh Malaysia
7. nak melancong ke obersea (Amsterdam yg utama)
8. nak jadi pengurus perkhidmatan makanan di HUSM
9. nak jadi peniaga
10. nak jadi orang kaya (paling poyo)
11. nak beli langsir rumah dan beg tangan Bonia untuk umi pada gaji pertama
12. nak belajar bahasa korea dan jepun
13. nak belajar main piano
14. nak belajar main biola
15. nak bukak kedai sendiri
16. pandai buat decoration cupcakes
17. pandai menjahit (sekarang, nak simpul benang pun xmampu, harap maklum)
18. nak pandai masak dan sedap
19. nak belajar cara2 mekap (ok, saya tau umi marah)
20. nak kahwin dengan encik K (ok, ni impian yang plg gatal atas muka bumi)
21. nak buat hantaran sendiri masa tunang, kahwin n etc
22. nak tema warna pepel masa kahwin
23. nak ada rumah warna pepel, luar dan dalam
24. nak ada bilik yang berwarna pepel di rumah sekarang
25. nak kereta myvi sebagai kereta pertama
26. nak cat kereta warna pepel
27. nak dapat anugerah dekan setiap sem untuk degree
28. nak dapatkan anugerah naib canselor untuk diploma (doakan yang terbaik untuk semester last ni)
29. nak pandai bercakap dengan orang, supaya org senang, bukan mengampu
30. nak ada taman mini di rumah sendiri
31. nak beli kasut idaman hati dengan senang hati
32. nak beli set perfume yang digemari sesuka hati
33. nak beli set mandian The body shop
34. nak simpan rambut panjang seperti Rapunzel
35. nak dapatkan rambut sehat
36. nak jadi kreatif-hehe..yg ni bkn impian.. :-p
37. nak pandai buat dessert, cthnya biskut, cake n others
38. nak nak beli rumah yang ada halaman utk masa depan..
39. nak jadi anak yang pandai mengemas rumah
40. nak tindik telinga sbb nak pakai subang yang cantik
41. nak ada satu set gelang dan rantai kristal
42. nak...nak..dan nak.. sebagainya lagi.. :-)...dah malas sebenarnya ni..

dan yang paling penting

NAK SIAPKAN REPORT LATIHAN INDUSTRI SAYA YANG SEBANYAK 60MS PADA MALAM ESOK, SEKIAN!

hehe...sebenarnya byk sgt lagi impian..atau lebih tepat, angan2.. :-) hehe..ada impian yg serius, ada impian yang main2...hehe..tp byk main2 kan? hehe..byk yg serius, tp mcm jd tekanan je bila fikir yg serius tu susah nak dicapai..sbb tu pendamkan je, xnak luahkan..

jadi, kawan2..jom sama2 kite buat senarai impian, supaya kita sedar kita byk impian yang ingin dicapai dan kita akan berusaha.. :-)




mykata2: bukan impian, tetapi harapan...harap2 tak akan berjumpa dengan orang yang paling dibenci dan segala perkara kembali ke asalnya..aamin..

Rabu, 14 Oktober 2009

Mama Tisya Duit Raya Gateaway

*ini adalah sticky mode sehingga 14 Oktober, jika anda ingin lihat post terbaru, sila scroll ke bawah, terima kasih....... :-)


semasa saya jalan2 melawat blog-blog yang saya sudah follow, saya telah berjumpa dengan satu peraduan Mama Tisya Duit Raya Giveaway

saya, yang sebelum ni tak pernah menyertai mana2 peraduan, tiba2 jadi bersemangat dan tanpa berlengah2 buat entri ni.. :-p

syarat-syaratnya amat mudah:

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

jadi kawan2, apa lagi....marilah kita sama2 menyertai peraduan ini...marilah mari, kite mendapatkan duit raye.. :-D jadi, apalagi, silalah jenguk blog Mama Tisya Duit Raya Giveaway..

Isnin, 12 Oktober 2009

tiru-tiruan

layaannnnnnnnnn...........

















emmmm, poster filem Malaysia ada x yang tiru-tiruan mcm ni??


credit to: forum cari

Jumaat, 9 Oktober 2009

Old-school loving style


baru saja baca blog Hanis Zalikha, dia ada sebut ttg old-school loving style..

yang membawa maksud, bila berada dalam perhubungan, perhubungan itu adalah serius dan ingin menuju ke arah perkahwinan.

bukannya berada di dalam perhubungan untuk menunjukkan siapa yang lebih HOT, untuk mengisi hati yang sunyi dan sebagainya..

saya harap, saya berada dalam "old-school loving style" ni..insyaAllah.. :-)
itulah yang saya harapkan, berada dalam perhubungan untuk serius selama-lamanya, sehingga akhir hayat...



ok, saya ada soalan untuk para pencinta di luar sana, kenapa perlu berada dalam perhubungan yang ramai sehingga 2,3,4 dan lagi..kenapa perlu x serius untuk berada dalam perhubungan? jika ingin kenal hati budi, berkawanlah hingga seribu, xperlu xsempat berkawan tetapi terus ingin berada dalam perhubungan? :-)


kepala saya bermain2 soalan mcm tu sekarang ni. pemain perhubungan, apakah yang dia dapat? saya kenal ada seorang yang beritahu dirinya akan berkahwin tak lama lagi, tapi masih sms pada perempuan lain tengah malam, dan berabang sayang. T_T



mykata2: saya tahu motif utama entri saya kali ini xdapat dibaca.. T_T

Selasa, 6 Oktober 2009

wish me luck!

esok, 7hb oktober 2009, saya akan menduduki MUET, untuk speaking.. :-)

kawan2, doakan saya ye.. :-)

harap2 saya dpt berckp dgn baik, masa belajar BEL sebelum2 ni, kadang2 saya dapat berckp dgn baik, kdg2 langsung xdpt berckp...

doakan saya, harap saya tak terlalu berdebar, terlalu gabra dan jugak terlalu x ambik kesah..hehe..

babai...~thanks! :-)

Sabtu, 3 Oktober 2009

salam terakhir yang indah!

tajuk mcm seksa je..nampak sgt tak suka.. :p hehehe...sebenarnya salam terakhir saya itu adalah utk unit pemakanan dan dietetik HUSM...hari Khamis lepas, kami berempat, pelajar uitm kembali ke HUSM untuk memberi sedikit cenderamata kepada semua yang telah mengajar kami selama kami di situ.. :-)


yang menjadikan salam terakhir ini indah:

~ tak perlu nak mengadap muka yang paling saya tak suka..hehe..bertambah indah sebab khamis lepas dia tak ada.. :p

~ selesainya praktikal ni, bermakna saya telah menghabiskan satu tugasn untuk semester ni, tinggal lagi report dan presentation.. :-)

~ tak perlu nak buat kerja lagi dah...hahaha..saya seorang yang pemalas.. :p


yang menjadikan salam terakhir ni tidak indah:

~ perlu berpisah dengan kakak2 dan ibu2 yang baik..cth: kak lah, kak sue, kakak ribena, ma mislia, ma dan kakak2 yang lain.. :-(

~ dah tak dapat nak timba pengalaman, dan dah susah untuk dapat pengalaman mcm ni..dah tak dapat nak guna mesin2 mcm trayline.. :-(

~ dah tak dapat nak bergurau2, dating, tukar2 cerita dengan mai, nurul, faz sebab sekarang ni semua sedang siapkan report kat rumah.. :-(


jom....kite tgk2 gambar yg sempat diambil.. ;-)



frame gambar untuk 6 org bos

frame gambar untuk ketua bos..





hadiah-hadiah yang dibeli untuk pihak HUSM..


saya dan nurul ke bandar 2 hari berturut2 untuk membeli hadiah2 ni..hehe..pening nak cari hadiah apa yg sesuai..last2 beli bunga berbingkai untuk bahagian penyediaan dan sajian, frame gambar + gambar untuk ketujuh2 bos di dalam kedua2 bahagian..

kemudian, selepas selesai urusan pembahagian cenderahati, saya dan kawan2, dan juga madihah kawan sekolah menengah saya, keluar ke bandar..sebelum ke bandar, harus bergambar kenangan dulu... :p












gambar kenangan di taman HUSM


sempat bergambar di dalam kereta kerana jalan sesak..




eiiiii...geram dengan si bulat yang bertudung ungu..semakin hari semakin bulat!!!


ok, di sini sahaja laporan untuk hari ni....babai!




mykata2: baru belajar buat scroll box, tapi tak menjadi kan?? nape gambar tu xjadi kat tengah?

makeover!

kerana telah masuk bulan yang baru, saya keluar dengan wajah yang baruuu..

bukan saya yang berwajah baru, tapi blog saya yang berwajah baru?

setelah susah payah menyiapkan, walaupun sebenarnya tak susah sgt dengan bantuan tutorial dari sis intan, saya mendahulukan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi komen..

emm, paling buruk ialah header..haha..masa buat nampak cantik, tp tgk balik mcm hodoh..pastu nampak cantik balik, pastu hodoh balik..kesimpulannya nanti ada masa saya akanb buat header baru.. :)

ok, jadi silalah komen kalau ada pandangan..amat dihargai...terima kasih.. :)




mykata2: bilalah saya akan berwajah baru? :p

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat