Rabu, 30 September 2009

mengeluh..

ku cari sana sini, tak jumpa..

oh, akhirnya jumpa.. ingin dekat, tetapi semakin menjauh..

dimanakah taurus?? :-(








hati diserang kepiluan

Selasa, 29 September 2009

VEER ZAARA




orang lain dah lama khatam, saya baru nak menghayati..

best! :p




mykata2: ada sape2 kat sini layan hindustan? ;)

Isnin, 28 September 2009

akhirnya...selesai sudah!

semalam, 27/09/2009, dengan rasminya telah tamat latihan industri saya selama 4 bulan setengah di husm..

walaupun teramat gembira, tetapi tetap sedikit sedih..

rasa mcm rindu je nak lakukan rutin harian..

dalam masa 2,3 minggu yang ada ni, harus gigih menyiapkan report dan juga practice utk presentation..


~amat merindui kak lah dan kak sue..

semoga kita berjumpa lagi! :)



mykata2: amat takut utk menghadapi presentation...i like final exam more than presentation! :(

Sabtu, 26 September 2009

THE BEST AND ONLY BLOG!

walaupun saya tak mampu untuk mempengaruhi orang, sebagai contoh:


semlm tgh chatting dengan kawan sekelas, azri..

me: buatlah fb..senang nak berhubung..

azri: tak nak..kalau nak berhubung melalui ym pun dah ok..

azri: betul ke ada rumours ina nak tunang?

me: buatlah fb, kat fb semua tgh bincang2 pasal ni..

azri: tak nak..tqah semakin bulat ke skarang (straight betul soalan, kwn yg bagus..haha..)

me: buatlah fb, boleh tgk gmbr2 terbaru..

azri: tak nak jugak..


ok, saya menyerah..langsung xbagi muka azri ni kan..sekurang2nya ckplah, tgklah nanti.. :p mmg saya langsung xde bakat untuk meng"influence" orang...hehehe..jadi, kalau kamu berkwn dengan saya, kamu jgn risau akan dioengaruhi oleh saya.. :p


back to the 'motif' of the story, saya ingin cuba mempengaruhi anda untuk ke blog jualan terhebat, kasihanilah saya..sila pura2 anda semua terpengaruh dan kelik blog tersebut.. :) (tgh buat muka berharap sekarang ni)


http://bettamall.com

dan

http://bundleatcecawi.blogspot.com/


tujuannya, bettamall tu adalah hak milik artis kesayangan saya, NURUL AF2 dan bersama beberapa orang lagi..jadi, saya ingin menyokongnya..

bagi laman bundleatcecawi tu, adalah blog kawan uitm saya..dia menjual barangan2 terpakai dan yang belum dipakai dan duit tersebut 100% akan didermakan kepada yang memerlukan seperti rumah anak yatim dan sebagainya..


lastly, adakah anda terpengaruh dengan iklan saya ni? :)

Khamis, 24 September 2009

kejadian 15 september 2009

walaupun sekarang sudah 24 september 2009, bersamaan dengan 5 Syawal, saya tetap nak cerita kejadian yang berlaku..

kejadiannya ialah:

1. majlis berbuka puasa bersama statemate, atau universitymate, atau facultymate, atau corsemate atau yang plg teman, my classmate.

2. tempat : RESTORAN SYAM BUNGAMAS

3. masa: waktu berbuka puasa

4. dihadiri oleh: pelajar DFSM semester 6 yang mengikuti LI di kelantan. yang hadir, mai, nurul, saya, muiz, shahrul, rasydan. yang tak dpt hadir, fadz kerana tiada orang yg boleh hantar, awie dan sha kerana jauh dan perlu kerja keesokkannya.

5. perjalanan event: 1st berjanji untuk berbuka puasa pada ahad, 13 sept tetapi terpaksa ditunda kerana muiz pergi ke dungun. ehem..ehem..sayalah orang yang paling kalut nak tempah meja dan lauk.. :p dah la tukang bagi peta tempat salah, sehinggakan dua kawan terpaksa berbuka puasa dengan angin terlebih dahulu...hehehe..ish2, teruk2..

6. selepas selesai event: orang yang terakhir keluar dari restoran. bukan selalu dapat berjumpa, harus bertukar2 cerita ttg praktikal.. :)



cekidaud da pixs:






mykata2: I realize that Sony Ericson is better than Nokia..

Rabu, 23 September 2009

walaupun penat tetapi gembira

cuma ingin memberi ucapan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang ke rumah saya semalam, iaitu hari raya ke-3 untuk menghadiri majlis rumah terbuka saya.. :)

1. Harissudin-kawan ketika form 6, my first friend yang datang..terima kasih..

2. Eili, datang bersama dayah dan teman specialnya..eili datang dgn memakai baju special, iaitu warna ungu, terima kasih..

3. Kamal, yang amat bermakna, bawa rombongan sehingga 4 buah kereta, my very mery special friend...terima kasih.. :)

4. Madihah dan adiknya, yang sanggup datang sehingga perlu menempuh kesesakan lalu lintas selama sejam lebih, terima kasih.. :)

5. Rombongan yang ditunggu2, mira, mirah, alaya, tini...yang datang selepas jalan2 di rumah kawan2 yang lain, amat jeles..terima kasih..juga kepada tini yang sudi membawa kereta dan first time datang ke rumah ini, terima kasih.. :)

6. Rombongan kedua yang ditunggu, suya dan teman specialnya yang nampak sgt sweet bersama, kassim dan juga azhar, yang terpaksa menelefon mira dan tini untuk bertanyakan rumah...terima kasih.. :)

7. Muiz dan Shahrul, yang tiba2 menjadi orang luai, :p dan sanggup ponteng keje sebentar, terima kasih.. :)

8. Naqiah, datang bersama adiknya, sehingga terpaksa round2 2,3 kali untuk datang ke rumah, terima kasih.. :)

terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi...kepada kawan2 yang tidak menerima jemputan, saya ingin memohon seribu kemaafan, bukan sengaja tidak jemput, tetapi terdapat sedikit kesilapan yang menyebabkan saya tak terjemput..

juga kepada kawan2 yang datang, saya ingin memohon sejuta kemaafan andai layanan saya tidak memuaskan hati semua..kadang2 boleh disalah anggap sebagai sombong, tp saya bukan sombong, mungkin kerana sibuk dan juga kerana kekurangan diri..harap dimaafkan.. :)

kepada yang pertama kali datang untuk rumah terbuka saya, seperti eili, kassim, naqiah, tini, muiz dan shahrul, harap jgn serik untuk dtg lagi tahun hadapan, juga kepada yang selalu datang, saya amat dan tersgt hargainya! juga jgn lupa untuk tahun akan datang.. :)

apa2pun, saya amat gembira bila dapat bertemu kawan2, amat2 gembira sehingga seperti ingin mengalirkan air mata gembira untuk menunjukkan hiperbola bahawa saya sgt gembira...terima kasih semua! :)

lupa nak ambik gambar, cuma dapat menumpang 2,3 keping gambar daripada alaya dan mira.. :)

Al-Fatihah

semlm, saya menerima berita pemergian ayahanda artis kesayangan saya-Nurul AF2 ke rahmatullah.
bersama2 lah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat-NYA.
AL-FATIHAH.



mykata2: tersgt terkejut, sbb malam raya tu baru shj berbls2 msg dgn nurul dlm fb..amat sedih.. T_T semoga nurul tabah menghadapinya..tabah menerima janjiNYA. setiap yg hidup akan pergi jua..

Ahad, 20 September 2009

hati yang kacau tiba2 menjadi tenang

kerana apa? kerana mereka:

dari kiri: Saleha, Madihah, Ain, Eili n Me..

mereka ni kawan2 saya dari sekolah menengah rendah...Madihah dan Eili merupakan sahabat baik sehidup semati saya..Saleha berpindah sekolah ketika form 3, Ain berpindah sekolah dari form 2..

sejak form 3, saya xpernah berjumpa dengan Saleha dan Ain hanya sekali ketika saya menyertai kuiz sains nasional..

saya amat gembira, bahagia, senang hati, tenang dan segala perasaan positif yang lain ketika bersama mereka untuk berbuka puasa pada 14september lalu.. :)

saya telah berjanji dengan diha dan eili untuk berbuka puasa bersama2..kemudian diha memberitahu saleha akan join sama2..saya amat lewat sampai ke tempat yang kami janji :p

ketika dlm perjalanan, saleha menelefon madihah:

"dah lama sampai, tgh tggu ni, tp xpe, tak kesah pon"

"tunggu sorang2 ni, tp xpe, tak kesah pon"

kerana ketidakesahan saleha, menyebabkan saya dan madihah kesah dgn kelewatan kami. sampai kat bandar terus lari2 nak pergi ke tempat dituju..

sampai kat destinasi, terus melilau cari saleha, nampak saleha kat satu meja bersama seseorg..dlm hati ketika tu, "mak sal ke tu? ckp dtg sorang td"

pegi kat meja saleha, seseorang tu memandang kami..terkejut sgt bila tgk seseorang tu, Ain!!!!!! terus lempar beg yg ada kat tgn dan jerit...hahahahaha..semua org tgk..publisiti..publisiti..

saleha: degree in accountung at UK, ain: a doctor will be at Mesir, diha: degree in nursing, eili: degree in English, n me: diploma in foodservice only.. T_T

selepas buka puasa, borak2, kami pergi shopping..bkn shopping barang raya, tp lebih kpd shopping barang2 buat biskut....kami semua bakal isteri yang mithali.. ;)




berpura2 mencari barang, sehinggakan abang di gerai tudung pun nak join masuk gambar, tp saya yang jahat xnak pun ambik gambar dia.. :p


apa2pun, amat bahagia keluar dan berbual2 bersama mereka pada 14sept lepas, segala masalah, kekusutan fikiran, tak sedap hati semuanya bagaikan hilang dgn serta merta..keesokkannya terus rasa semangat dan terus hilang segala perasaan negatif...that is the magic of friends! :)

terima kasih atas persahabatan yang diberikan...walaupun sudah lama berpisah, Ain dan Saleha masih ingat ttg saya, ttg diri saya, ttg perangai saya, dan lain2 ttg saya.. :)

saya amat gembira dan rasa dihargai, kerana kami berkawan dengan hati, bukan hanya pada luaran.. :D



mykata2: juga teringin nak berbuka puasa dan dating bersama seorg lagi kwn baik...tp bila msg dia akan bls, "sibuk ni, nanti akan hubungi balik.." kemanakah dia menghilang? saya tersgt rindukan dia..saya ingin kembali ke masa lalu... T_T psttttt.......walaupun dah raya, tp ttp nak cerita ttg puasa...hehehe..SELAMAT HARI RAYA!

Jumaat, 18 September 2009

gadis comel yang banyak cakap itu..

siapakah gadis comel itu? jawapannya Nurfathin Mumairah..dipanggil mai..tp kadang2 saya yg jahat sikit, sikit saja ok, suka panggilnya cik mamai.. :p



ketika kami mula mnjadi budak pejabat, selepas selesai latihan indutri saya di bahagian sajian, bahagian penyediaan, kami ditugaskan untuk berada di pejabat, iaitu untuk belajar perkara2 yg selanjutnya seperti purchasing, receiving, ordering, storing and others.. :)..sambung kepada isi pertama, ketika kami menjadi budak pejabat, mai tiba2:

"tqah, cepat ajar saya buat blog, saya nak meluahkan"

"tqah, cepat ajar saya buat blog, saya pun nak menulis"

"tqah, cepat ajar saya buat blog, kalau xajar cepat saya nak guling2 dlm pejabat ni"


hahahaha...jgn ketuk saya mai..hahaha..gurauan dan tipu semata2 kata2 di atas..


saya, dengan keterpaksaan, eh tipu lagi..dengan penuh rela hati mengajarnya buat blog w'pun saya ni bukan guru yg baik kerana sentiasa ajar dengan tidak lengkap dan guru yang amat lemah lembut, menyebabkan pelajar kurang faham apa yg diajar..

jadi, hari pertama di pejabat, dengan bersemangat mai telah jayanya menyipakan blognya..dan dengan semangatnya dia mengupdate blognya dengan sedaya upaya..

namun, selepas 2,3 hari dia membuat blog, dia membuat muka "jebek" (kalau xfaham sila rujuk kamus bahasa kelantan) kepada saya,

"tqah..kenapa xde follower blog saya?"

"tqah..kenapa xde org komen dlm blog saya?"


oleh kerana saya xsanggup melihat dia jebek lama2, saya mengambil keputusan untuk mempromote blognya di blog saya..walaupun blog saya sendiri xramai yg masuk..hehehehe.. :p

dipersilakan, blog Mai:

~seorang peminat fanatik putih
~seorang yg mampu xberhenti berckp, mesti ada sahaja cerita yg keluar dari mulutnya
~senang nak buat kawan, easy-going dan mempunyai level of confident yg amat tinggi... ;-)


http://puteh88.blogspot.com


jenguk jgn xjenguk! dan tgglkan komen jgk ye.. :)

Khamis, 17 September 2009

saya sudah bosan, sila tinggalkan saya!


topik hari ini: CURANG!

tiada sape2 yang tetapkan topik ni, tapi saya sendiri yang ingin meluahkan rasa hati. :p setiap soalan saya yang saya reka sendiri akan dijawab dengan jawapan atau soalan sekali rekaan sendiri.. :p


APAKAH MAKSUD CURANG?
maksud curang bergantung kepada seseorang..saya tidak tahu apakah definisi curang di dalam Kamus Dewan atau wikipedia..bagi saya, curang merupakan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh kekasih, suami atau isteri. curang, mencari yang lain dan berkasih dengan yang lain walaupun tanpa perasaan.


KENAPA MANUSIA BERLAKU CURANG?
saya tak tau..kenapa ye? plz somebody tell me..saya betul2 nak tahu kenapa manusia mesti curang. adakah kerana dia ingin dilihat sbg HOT sbb ramai yang berminat dengan dia.adakah kerana dia cepat bosan atau adakah kerana dia kekurangan kasih sayang?


APAKAH PERASAAN APABILA DICURANGI?
sangat menyakitkan.walaupun saya tak pernah rasa, tp saya tau ianya tersgt menyakitkan.setiap manusia tidak ingin rasa bagaimana perasaan dicurangi.tp, tidak semua yg sggup utk tidak curang.

contoh perasaan apabila dikhianati ialah begini:
kamu teringin sgt2 nak makan coklat buatan Perancis dan ingin merasai perasaan membeli coklat tersebut di sana. kamu berusaha selama 3 tahun untuk mengumpul wang untuk ke sana. akhirnya, dengan titik peluh sendiri, dengan usaha yang kuat kamu dapat ke Perancis dan membeli coklat di sana. perasaan kamu sangat gembira dan bahagia. di rumah, kamu cuma mempunyai seorang yang plg kamu percayai. kamu berikan coklat tersebut kepada emak kamu untuk disimpan dan dijaga supaya tidak dicuri oleh orang lain. namun, kepercayaan yang kamu berikan kepada emak dikhianati dengan senang. emak telah bahagikan coklat kamu kepada anak2 jiran dan langsung tiada baki buat kamu. apakah perasaan kamu ketika itu? marah, geram, sedih dan sgt pedih kan? orang yang kamu percaya sepenuh hati, telah mengkhianati kamu tanpa rasa bersalah..

hehe..langsung xde kaitan antara coklat, kamu dan emak. tp saya ingin tunjukkan apakah perasaannya bila dikhianati, bila dicurangi. anggap sahaja coklat itu adalah kasih sayang, emak ialah kekasih hati...bagaimana perasaan kita apabila dikhianati..semuanya musnah, kepercayaan, kasih sayang dan akhirnya menjadi penyakit hati..

MOTIF TOPIK NI?
xde motip...tp saya tiba2 rasa nak ckp ttg topik ni..hehe..jd, sila dengar cakap saya..jgn cuba2 untuk curang! ;)


ok...stop! dah xde idea nak tulis..yg penting, JANGAN CURANG2..kerana curang itu sgtlah tidak best..dan yg penting, setiap yg kita lakukan pasti ada pembalasan.. ;)





mykata2: sebenarnya tgh pening ttg sesuatu hal 2,3 hari ni...tp Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dengan baik..InsyaAllah.. :) ~amat lega..

Rabu, 16 September 2009

saya rindu ..

seminggu sebelum raya ni tersgtlah sibuk..
saya rindu untuk mengupadate blog nih...tersgt rindu..hehehe..
walaupun xramai yg baca, tp ttp nak update blog..
ingin meluahkan rasa hati..tapi xsempat.. T_T

setiap hari..keje dr pukul 8.10 pagi - 5.00 petang..
malam, lepas buka puasa siap2 untuk buat biskut..
pastu dah mengantuk.. T_T

begitulah setiap hari...
emm, saya perlukan kawan untuk meluahkan..
untuk memberi pandangan... T_T

Jumaat, 11 September 2009

jejak kasih~sayalah WIRAWATI negara!

saya terkenang kenangan bersama2 kawan2 satu kompeni, atau satu dorm di kem latihan Guar Cenderai Padang Besar, Perlis untuk Latihan Khidmat Negara sesi..emm, xingat sesi berapa...yg pasti tahun 2006, kumpulan 1..

:memang sedih bila disenaraikan sebagai pelatih PLKN, siap nangis2 sambil hentak2 kaki dlm bilik air..dapat pulak nun jauh di Perlis..

:dari hari ke hari menghitung tarikh utk ke Perlis..hai, susah hati sgt2..

:final preparation, buat akaun bank pertanian..sbb dapat elaun rm200..hehe..tu je yg semangat, dpt berkenalan dgn bakal wirawati Plkn, alisya..takdir, dia pun dpt kat kem guar cenderai, perlis..

:satu lagi takdir bila sampai sana, dapat 1 dorm dgn Alisya, iaitu dorm P4..sgt2 bersyukur sbb betul2 berkeseorgn ketika tu..

:bertolak pkl 8 pg, smpai dlm 8mlm, rasa seram sejuk sbb xpenah keluar rumah waktu maghrib..berdebar mcm jantung nak pecah..

:sampai kat sana, berkumpul di dewan makan, jurulatih yg dipanggil cikgu suruh serahkan teledon bimbit...harus akur kerana saya seorg budak baik..hehe..

:sebelum serahkan telefon bimbit, telefon umi dan abah yg pasti..air mata bagai xberhenti mengalir..org sekeliling senyum sinis sahaja..

:menjadi orang yang sgt baik, senyap sahaja ketika penerangan oleh cikgu2..bdk2 laki haru terus cukur rambut keesokkan hari..berkenalan dengan 3orang Kelantan lagi di dorm tersebut, Mila dan Hidayah..

:hari2 terawal mmg seksa..penat mengalahkan tidak makan dan tidak tidur selama 3 hari..lenguh2 badan mula terasa..

:sesi awal di sana hanyalah penerangan, aktiviti fizikal byk dilakukan pada senaman pagi..

:berkenalan dengan kawan2 Mila, iaitu Mc Dee dan Mc Leng..amat merindui ketiga2 mereka.. T_T

:semakin lama semakin biasa dengan aktiviti di sana..semangat berpasukan kadang2 kuat dan kadang2 berpecah belah..

:berada di dalam kompeni Bravo, bersama2 dengan dorm P3, L3 dan L4..

:mcm2 hal yg terjadi..dari hari ke hari byk belajar ttg kehidupan dan org sekeliling..

:pagi, pkl 6.45 harus berdiri di padang kawad dan menyanyikan penuh semangat lagu Negaraku dan lagu PLKN..

:selepas sesi menyanyi, membaca doa..mulakan dengan aktiviti senaman, yg hampir seperti dalam "The Biggest Loser"..daki bukit turun bukit, marathon, joging, guling, lompat lalat, lompat bintang, senaman kapal terbang..semuanya sudah dirasa..

:sarapan selepas senaman, mesti akan ada menu telur setiap pagi! paling digemari ketika itu, Nasi Goreng.. ;)

:pulang ke dorm, utk menyalin pakaian dan bersiap ke kelas character building..setiap hari buat lukisan yg buruk..hehe..kalaulah buku tersebut masih ada, tp saya sudah lupa buku tersebut tercampak di mana..

:pkl 12, selesai kelas CB, bersiap utk aktiviti fizikal seperti tali tinggi, tali rendah, kembara halangan, berkayak, berakit pada pkl 2 petang..

:aktiviti selesai lewat petang, bersiap2 untuk solat maghrib dan isyak..selepas solat mesti berkumpul di dewan makan..gosip2, berkenalan satu sama lain,kenal2 budaya dan negeri kwn2 yg lain..

:yg menyebabkan kem Guar Cenderai kem kesayangan saya, aktiviti2 yg dilakukan mesti berasingan dari bdk2 laki..jadi, kalau kami jatuh ke dlm air ke, jatuh bergolek2 ke..xkesah dan xmalu sgt kan.. :)

:selepas sebulan setgh, kelas Cb digantikan dengan kelas kenegaraan dan kelas....ayakkk..lupa nama daa...mmg tersgt best kelas satu lagi tu, sbb dpt keluar kem..buat setiap hari rabu dan sabtu..

:setiap kali keluar kem mesti round2 satu Perlis, pernah pegi jabatan tanah, Uitm Arau, pusat pemulihan penagih dadah, pantai, gua, tasik, ladang tebu..

:setiap hari mmg tersgt gembira..walaupun kadang2 tersgt sedih, namun masih ada sahabat yang disisi, yg akan pegang saya ketika saya ingin jatuh..yg memberikan berjuta semangat kepada saya..terutama, kawan saya Mila.. :)

:mmg byk sgt kenangan..kalau nak cerita semuanya, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis..hehe..

:sekarang, cuma hidup dalam kenangan di sana, kenangan yg amat bermakna, yg amat indah dan tak dapat dicari di mana2..indahnya kalau saya masih berhubungan dengan kawan2 di sana..tapi semuanya sudah lost contact kecuali dengan Mila, Mc' Leng, Ika dan Mc' Dee..

:ingin menyebut beberapa nama kawan ketika itu...maaf sbb hanya beberapa yg saya ingat, Mila, Mc' leng, Mc' dee, lisya, hidayah, Ika, Ainuz, Aina, Mas, Lea, Huda, Sangeeta, Nadia, Tan Chia Cheng, Alisya, Hidayah, Sari, Fakhrul, Alif, Din, Naim, Ah yi dan lain2... kalaulah, KALAULAH, mereka membaca entri ini, saya ingin mereka tahu, saya AMAT2 MERINDUI MEREKA..



mykata2:kuaci WAJIB ada ketika rehat sebelum solat maghrib dan isyak..hehe..jejak kasih saya ini amat kasihan kan?? ;p

Rabu, 9 September 2009

pergaduhan yang tak berkesudahan

semalam kami bergaduh lagi..pergaduhan kami tak berkesudahan bertahun2 lamanya...
dan pergaduhan tersebut hanyalah disebabkan..


sumber: google search

orang yang selalu bergaduh ialah:

sumber: wikipedia

beliau selalu bergaduh dengan saya...tiap kali saya ingin melihat dan merenung incek tv, dia selalu akan bergaduh dengan saya..

saya seorang yg jrg menonton tv..ttp nak ckp jrg menonton tv walaupun hakikat sebenar tiap kali org hantar sms tgh buat apa mesti dijawab dengan "tgh tgk tv"..

teruskan kepada cerita pergaduhan kami, setiap kali saya menonton rancangan kegemaran saya, tak kiralah cerita indon ke, hagemaru ke, cerita hindustan ke, cerita cina ke..beliau pasti akan merebut remote control dari saya dan akan memulakan pergaduhan dengan saya..

sebagai cth, saya dengan bahagia dan asyiknya tengah menonton drama indon, tiba2 beliau tukar siaran lain..nak kata beliau ada rancangan yang ingin ditonton, takde...saya yg sedang bahagia menonton, terus bising2 dan beliau sama naik bising dengan saya...emm, sedih tau! dah la seharian saya tak menonton, bila tiba masa saya je selalu dikacau..

lagi pergaduhan kami yang dasyat, masa saya nak tgk cerita hindustan, mesti ada je alasan beliau untuk tukar siaran..cerita ni x best, cerita ni begitu, cerita ni begini..mcm2...tp, bila saya sudah kusyuk menonton cerita lain, beliau akan tukar kembali ke siaran hindustan sebelumnya...hmm, mmg hangin satu badan time tu.. :p

pergaduhan kami ni ketara berlaku pada saya tingkatan 2, ketika itu saya adalah seorang kipas-susah-mati hindustan..saya akan menunggu rancangan salaam bollywood yg akan disiarkan seminggu sekali..tp, setiap kali saya menonton rancangan tersebut, beliau pasti akan bermanja2 dengan remote control dan saya, anak beliau yang degil, mulut bising dan suka melawan, pasti akan bergaduh dengan beliau sehingga akhirnya saya masuk ke bilik dan mengalirkan air mata..

poyo gila kan? sebab televisyen pun boleh msk habuk dlm mata.. :p setelah sekian lama berlalu, beliau masih lagi dengan perangai lama beliau, dan saya anak beliau seorg yg suka melawan walaupun saya tahu perangai beliau begitu..

setelah berthn2, dan kehidupan kami amat berbeza daripada ketika saya peminat setia salaam bollywood, namun perangai kami yg ini tak akan berubah, dan saya pasti walaupun saya sudah mempunyai anak dan beliau akhirnya menjadi datuk, perangai kami ni tak akan berubah..

dan, walaupun kami selalu bergaduh, saya tetap sayang kepada beliau...I LOVE U, DADDY!

abah anak siam (rekaan sendiri)

mesti abah muntah darah tgk saya buang tebiat panggil dia daddy..hehehe...namun, walaupun abah cuba melatih untuk saya tidak selalu menonton tv, tp kenapa saya masih lagi penonton TEGAR televisyen??




mykata2: pasal berebut tonton tv pun perlu blog ke? ahhh..saya tak kira..saya xde idea sekarang.. :-p sebenarnya, ada satu luahan hati yang amat tersekat di dalam fikiran sekarang, namun masih xboleh untuk menulis.. T_T

Sabtu, 5 September 2009

jika tak pandai, jangan nak mengada2 pandai..

itulah yang saya rasa sekarang ni..

saya-ialah-seorang-yang-BUTA TEKNOLOGI..

walaupun buta teknologi tp masih xsedar diri..

akibatnya, n82 saya itu saya lgsung xpandai nak guna kecuali untuk ambik gambar...

cara nak guna PC suite pun tak pandai, cara nak install antivirus pun tak pandai, nak transfer gambar2 dr hp ke pc pun tak pandai.. T_T


jadi kawan2, amat penting ~ MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.. T_T

Jumaat, 4 September 2009

ke-tidak-dewasa-an saya

tadi saya tgk2 gambar kwn2 saya masa sekolah menengah rendah, tiba2 saya teringat kenangan2 lalu..kenangan bersama2 kwn sekolah menengah..

masa tu sgt2 la xmatured ok! masa itu ialah form1-form2..bdk2 sekarang f.1 tu pun nampak dah tersgt matured..

kenangan yang paling tidak menunjukkan ketidakdewasaan saya:

ketika sek ren, saya bersekolah ni sekolah semua pompuan, dan bila naik form 1, sekolah cmpur saya jd malu2..hehehe...dan pada awal persekolahan, saya berkenalan dgn seorg kwn yg sgt kecil molek, yg sgt comel dan sgt menjadi tumpuan..

saya mmg gembira berkwn dgn dia, sehingga setiap hari ketika makan2 bersama keluarga pasti namanya akan keluar dr mulut..

sehinggalah satu hari, ada bdk baru masuk dlm kelas saya..dan pada ketika itu anggapan saya kepada dia ialah dia seorg yg inginkan glemer dan tumpuan..

dgn tiba2 dia jadi amat rapat dgn kwn saya itu..dan saya mulalah sedih...hehehehe...sehinggakan saya selalu tanya kwn saya itu, "kenapa xnak kwn dgn saya, awak marah saya ke?" hehehehehe...memang lawak bila terkenang kembali..

pada ketika itu sgtlah x matured...mmg lucu banget bila fikirkan kembali...tp, ketidakdewasaan pada ketika itu yg mengubah diri sekarang..sbb peristiwa dulu yg amat pelik menyebabkan saya tersgt tidak rapat dgn kwn saya itu sekarang..

sekarang pun saya rasa saya masih keanak-anakan...tp dlm cara tersendiri...lepas jd satu peristiwa tu, barulah rasa nak putar masa dan berperangai dengan rasional.. :-p

kawan2, adakah anda semua rasa masih keanak-anakan seperti saya?

Selasa, 1 September 2009

virus cinta jeles kepada saya

erk..virus cinta??? bkn virus cinta, tp virus pemusnah...

hari khamis lepas: tiba2 memory card saya tak dapat dibaca...dan, kwn saya ckp sah dimasuki virus!

semlm: tgh pening untuk memformat handphone, dikhuatiri handphone pun sudah dimasuki virus..dan juga tgh pening utk cari memory card baru..

hari ni : nak bukak memory card dari kamera..tak dapat dibaca jugak...


waaaaaaaaaaaaaa.......kenapa virus jeles dgn saya???? byk gambar2 penting untuk report Li saya ada di dalam kedua2 memory card saya itu....... T_T


virus mmg pemusnah alam!

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat