Ahad, 30 Ogos 2009

selamat membuat biskut raya..

pagi tadi saya ckp2 dgn kawan...tiba2 terkeluar ckp tringin sgt nak makan biskut yang ada chocolate chip dan kacang seperti badam dan hazelnut..

tp kalau beli mahal kan? jadi tringin nak buat sendiri...setelah google, jumpalah resepi chocolate chips ala Famous Amos..

Ingredients:
(make 112 cookies)
- 2 cawan mentega
- 4 cawan tepung
- 2 sudu kecil baking soda
- 2 cawan gula
- 2 cawan gula merah (mana2 biskut atau kek kalau letak gula merah
mmg sedap, tp harga die mahal skit dr gula biasa)
- 5 cawan oat -kisar dlm blender(ni la sbb biskut famous amos tue sedap
sbb oat yg buat biskut jd crispy tak mcm tepung biasa tue)
- chocolate chips (ikut suka)
- 1 sudu garam (hmm tatau sbb ape kena letak garam)
- cadbury bar (tak letak pun takpe, sbb selalunye buat tak letak pun tp rasa
sedap jugak)
- 4 biji telur
- 2 sudu kecil baking powder
- 3 cawan "chopped nuts"(almond ke, hazelnut ke) -optional tak letak pun takpe
- 2 sudu kecil esen vanila


Directions:
Gaul mentega,gula dan gula merah.

Tambah telur dgn esen vanila.Gaul2 dulu lepas tue tambah dgn tepung, oat, garam, baking powder & baking soda.

Tambah chocolate chips dgn ape2 jenis kacang kalau nak letak.

lepas tue buat bentuk bulat-kecil je jgn besar sgt, n jgn lama2 sgt nnt choc chips tue cair n jd tak cantik.

letak atas tray-letak jauh2 sket sbb nnt biskut tue akn jd leper atas tray bile masak..

bakar 10 minit-375degree (tak kisah sebenarnye nie tp pandai2 la adjust)


diambil dari; http://erniemuneerah.multiply.com/recipes/item/1



berangan je lebih ye atiqah...dah sah2 umi xbagi nak buat, sbbnya saya seorang yang tidak cermat...umi xnak dapurnya kotor.. :-p


jadi, kwn2 yg baca post ni dan tringin nak buat sendiri biskut ala Famous Amos ni, SILALAH BERI KEPADA SAYA SEDIKIT..


ok, sudah buat muka tak malu.. (-_-)v

Jumaat, 28 Ogos 2009

bersyukurlah dengan apa yang ada

AMARAN! ini adalah kisah sedih dan anda harus memegang sehelai tisu atauu sapu tangan di tangan anda.. T_T


pada dua semester lepas, saya amat2 tergilakan saju jenis telefon bimbit, iaitu nokia Nseries, N82..
masa tu mmg teringin sgt2..sehinggakan promoter pun takut untuk dekat kerana terlampau excited melihat telefon bimbit tersebut dengan muka terlekap di kaca pameran dan hidung menjadi kepik..ok, itu hanyalah hiperbola sahaja..


kebetulan pada ketika itu, telefon bimbit yang saya beli ketika saya tingkatan 4, pada 4 tahun yg lepas, iaitu nokia 3200 telah rosak..menambahkan keinginan saya untuk membeli telefon bimbit idaman tersebut...


tapi, disebabkan niat murni dan suci saya ini dibantah oleh ibu bapa, dan saya ialah seorang anak yg sgt baik saya membatalkan niat saya..tp masalah telefon saya yang rosak harus diatasi, jadi saya telah membeli telefon bimbit 2nd hand dengan junior saya iaitu telefon sony ericson K800i..


telefon itu mmg telah menjadi buah hati saya..saya gunakan dengan begitu lasak tapi telefon tersebut masih setia di sisi saya..pelbagai kenangan manis yang kami lalui bersama..chewah! ;)


kemudian, pada semester ni, teman sekerja saya menawarkan telefon idaman saya iaitu N82 dengan harga rm700...dengan mudahnya saya melupakan buah hati saya dan bersungguh menyimpan duit utk membeli N82..


tapi akhirnya saya telah membeli N82 yg baru, bukan yg 2nd hand yg ditawarkan oleh kwn saya itu..sbbnya saya runsing kerosakan mudah berlaku..



dengan mudahnya saya melupakan kenangan manis bersama buah hati yg lama..dgn mudahnya saya melupakan ketidakbenaran abah..dengan mudahnya saya menutup hati saya dengan nasihat kawan2 kerana ingin mencari buah hati yang baru..


di awal kami bersama, segalanya indah..saya amat bahagia menggunakan kamera 5mp nya, saya amat senang menggunakan Garmin yang ada..dan suatu hari saya amat gembira menggunakan wireless KFC..


namun percintaan kami cuma sekerat jalan..semalam, N82 kesayangan saya telah membuat hal...ketika saya ambik video kawan saya nak xberhenti bercakap, tiba2 je keluar " please insert memory card".. terus pucat lesi saya ketika itu..nampaknya kekasih hati saya telah mengkhianati saya.. T_T


sehingga hari ni, memory card masih lagi xdpt dibaca...runsing sgt2..byk gambar2 yg saya perlukan untuk membuat report latihan industri saya ada di dalam memory card tersebut... T_T dah la saya ni buta teknologi..hehehe..cuma eksen je lebih.. :-p



moral of the story: sila hargai barangan lama yang anda ada..bersyukur dengan apa yg ada..kadang2, yang kita fikirkan itu terbaik utk kita, sebenarnya bukanlah betul2 baik..jangan tamak..tak kiralah dalam hal mencari pasangan ke, mencari telefon bimbit ke, mencari pekerjaan ke..kita haruslah bersyukur dan jangan terburu2 dlm membuat keputusan.. :-)



mykata2: saya sendiri pening baca apa yang saya tulis..

Rabu, 26 Ogos 2009

bukak new post, tutup balik..

dah byk hari buat mcm tu..bukak new post,
termenung,
tulis tajuk..padam balik..tulis lagi..
kemudian termenung lagi..
last2 dibiarkan je..
bila dah puas main2, terus tutup blog nih..

itulah bila tiada idea.. :-p



mykata2: pensyarah saya yang dengan mengejut msg saya sebagai puan, yang pada semester lepas bila kami usik2 bila miss nak kahwin, dia ckp lama lagi sbb dia muda lagi akan dtg melawat kami di HUSM esok...huuuu...nerbes tau! harap2 semua berjalan lancar..

Sabtu, 22 Ogos 2009

NEW UPDATE!!!!!!!!


come and visit : http://kedaiblogatiqah.blogspot.com

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


kepada sahabat handai dan rakan taulan, Selamat Menyambut Ramadhan saya ucapkan..

lakukan ibadah puasa dgn ikhlas dan tanpa keterpaksaan..selalu jujur dlm melakukan ibadah kepadaNya.. :-)

semoga Ramadhan memberikan pelbagai kenikmatan kepada kita..

samalah2 kita tingkatkan ibadah kepadaNya, dan bersihkan hati..

Ya..bersihkan hati yg sudah lama dibiarkan busuk..hehe..
(Atiqah, harus serius dlm membersihkan hati..jgn dibiarkan hati kembali hitam.. ;-) )


ok, sekali lagi SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



p/s: dan masuk bulan Ramadhan, apa lagi jenguk2lah blog jualan saya....hahahaha...sempat lagi promote tu.. ;-p

Isnin, 17 Ogos 2009

pengajaran dari sebuah cinta

saya seorang penggemar ruangan puteri di sisipan Kesihatan dari Mingguan Malaysia tiap2 Ahad...saya mempunyai keratan2 yang menarik dari ruangan tersebut..

keratan2 tersebut saya simpan dan saya tampalkan di buku latihan Kimia ketika matrikulasi sementara dulu.. :-p kalau abah tahu, akan diketuk kepala ini..hehe..

antara artikel yg plg saya suka baca, dan berkali2 baca pun ttop xrasa bosan, ialah "pengajaran dari sebuah cinta"..ok, jom kita bersama2 baca! ;-)

PENGAJARAN DARI SEBUAH CINTA

Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji terpaksa meninggalkan keluarganya utk mencari kehidupan yang lebih baik di Amerika. “Di sini keadaannya amat sukar. Kau adalaah harapan kami” kata si ayah sambil memeluk anak lelakinya itu sambil mengucapkan selamat tinggal.

Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan pengangkutan percuma kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai buruh penyodok arang batu sebagai imbalan kos pelayaran selama sebulan. Kalau Shinji menemui emas di pergunungan Colorado, keluarganya akan menyusul. Berbulan lamanya Shinji mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah. Emas yang tidak besar memberinya penghasilan yang tidak seberapa tetapi teratur.

Setiap hari ketika pulang ke pondoknya, Shinji sangat teringin disambut oleh Asaka Matsutoya, gadis yang diam-diam diminatinya di kampung. Sepanjang ingatannya keluarga mereka sudah lama saling mengenali dan sepanjang itulah dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan Asaka. Senyumnya yang menawan membuatnya menjadi puteri keluarga Yoshinori Matsutoya yang paling cantik.

Setiap malam sebelum tidur di kabinnya, Shinji ingin sekali membelai rambut ikal panjang Asaka yang perang kemerah-merahan itu. Akhirnya dia mengirim surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan impiannya itu. Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram datang membawa berita. Yoshinori Matsutoya akan mengirimkan puterinya kepada Shinji di Amerika.

Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan Shinji dan membantunya mengembangkan bisnes perlombongan emas. Diharapkan selepas setahun, keluarga masing-masing akan mampu datang ke Amerika untuk menghadiri majlis pernikahan mereka. Hati Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan satu bulan berikutnya untuk mengubahsuai pondoknya menjadi tempat tinggal yang lebih sempurna.

Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya di ruang tamu dan menata kamar tidurnya agar sesuai untuk seorang wanita. Langsir dari bekas karung guni diganti dengan kain bermotif bunga dari bekas karung gandum. Di meja sisi tempat tidur, dia meletakkan pasu berisi bunga-bunga kering yang dipetiknya di padang rumput.

Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba. Dengan membawa seikat bunga daisi segar yang baru dipetiknya, di pergi ke stesen keretapi. Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi mendekat lalu berhenti. Shinji melihat setiap jendela, mencari senyum dan rambut ikal Asaka. Jantungnya berdebar kencang penuh harapan sebelum tersentak kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi Matsutoya, kakaknya yang turun dari keretapi.

Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya menunduk. Shinji hanya mampu memandang terpana. Kemudian dengan tangan gementar dihulurkan jambangan bunga itu kepada Yumi. “Selamat datang” katanya perlahan-lahan sambil matanya menatap nanar. Senyum tipis menghiasi wajah Yumi yang tidak cantik.

“Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku datang ke sini” kata Yumi.

“Ayuh! Aku akan membawa begmu” kata Shinji dengan senyum terpaksa, bersama-sama mereka menuju kereta kuda.

Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi mencatat semua kegiatan di lombong. Dalam tempoh enam bulan, aset mereka telah meningkat sekali ganda. Masakannya yang lazat dan senyumannya yang tenang menghiasi pondok itu dengan sentuhan ajaib seorang wanita.

“Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan” keluh Shinji di dalam hati, setiap malam sebelum tidur dengan seribu rasa susah hati di ruang tamu.

Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja, bermain dan tertawa bersama, tetapi tidak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali Yumi mencium pipi Shinji sebelum masuk ke kamarnya. Pria itu hanya tersenyum canggung. Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya mampu berpuas hati dengan jalan-jalan berdua menjelajahi pergunungan atau sekadar berbual di beranda setelah makan malam.

Pada suatu petang di musim bunga, hujan deras menyirami punggung bukit, membuat jalan masuk ke lombong mereka ditenggelami air. Shinji mengisi karung-karung pasir untuk dijadikan benteng. Badannya basah kuyup tetapi usahanya sia-sia. Tiba-tiba Yumi muncul di sampingnya, memegang karung guni yang terbuka. Shinji mencedok dan memasukkan pasir ke dalamnya, kemudian dengan tenaga sekuat lelaki, Yumi melemparkan karung itu ke tepi lalu membuka karung yang lain.

Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam lumpur setinggi lutut, sampai hujan reda. Dengan berpegangan tangan mereka berjalan pulang ke pondok. Sambil menikmati sup panas, Shinji berterima kasih kepada Yumi. “Aku takkan dapat menyelamatkan lombong itu tanpamu”

“Sama-sama” gadis itu menjawab sambil tersenyum tenang seperti biasa, lalu tanpa berkata-kata dia masuk ke kamarnya.

Beberapa hari kemudian, Shinji menerima sepucuk surat yang menyatakan keluarga Matsuyo dan keluarga Kubota akan tiba minggu berikutnya. Meskipun berusaha keras menyembunyikannya, namun jantung Shinji kembali berdebar-debar seperti dahulu kerana akan bertemu lagi dengan Asaka. Ketika Asaka muncul di hujung platformnya, Yumi menoleh kepada Shinji. “Sambutlah dia” katanya. Shinji berasa kaget, “Apa maksudmu?”

“Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan puteri Matsutoya yang kau inginkan. Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka pada pesta bunga nan lalu.”katanya. Dia mengangguk ke arah adiknya yang sedang menuruni tangga kereta. “Aku tahu bahawa dia bukan aku, yang kau inginkan menjadi isterimu..”

“Tapi…” Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.
“Syy..” bisiknya “Aku mencintaimu Shinji. Aku selalu mencintaimu. Kerana itu, yang kuinginkan hanya melihatmu bahagia. Sambutlah adikku,” Shinji mengambil tangan Yumi dari wajahnya dan menggenggamnya. Ketika Yumi mendongakkan mukanya, utk pertama kalinya Shinji melihat betapa cantiknya gadis itu.

Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan di padang rumput, ingat malam-malam tenang yang mereka nikmati di depan unggun api, ingat ketika Yumi membantunya mengisi karung-karung pasir. Ketika itulah dia menyedari, apa yang sebenarnya selama berbulan-bulan tidak disedarinya.

“Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan”

Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya dan mengucup dahinya dengan cinta yang tiba-tiba membara di dalam dadanya. Keluarga mereka berkerumun dan berseru, “Kami datang untuk menghadiri pernikahan kalian!” Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat yang menggembirakan kerana cinta yang tulus dan suci itu sesungguhnya tidak akan pernah berakhir.


my kata2: ruangan puteri semakin lama semakin xbest kan? dulu artikel2nya best...nasihat2nya pun membina..sekarang ni mcm dah xde idea.. T_T

Khamis, 13 Ogos 2009

Di Atas Sajadah Cinta

haaaaiiiii...selamat bertemu di rancangan "SELAMAT MALAM MALAYSIA" bersama dengan hos anda tak lain dan tak bukan, Atiqah...

(ayat di atas membawa maksud saya tgh syok sendiri dan tengah tak betul..maafkanlah ye..)

anda semua telah maklum, bahawa saya sedang dijangkiti oleh virus jiwang sekarang ni, dan perkataan 'jiwang' tentulah dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang..

di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua, sebuah novel yang penuh dgn cinta dan kasih sayang..Di Atas Sajadah Cinta hasil nukilan Habiburrahman El Shirazy..



terdapat pelbagai cerpen di dalam novel tersebut, dan yang paling menyentuh hati saya ialah "DI ATAS SAJADAH CINTA" dan "KETIKA DERITA MENGABDIKAN CINTA"

Di dalam novel ini, selain menekankan betapa dalamnya Cinta kepada Yang Maha Esa, juga betapa sucinya cinta antara manusia..


Di Atas Sajadah Cinta:

menceritakan ttg seorang pemuda, yang digelar ahli zuhud telah jatuh cinta pada pandangan pertama, dan aura tersebut selalu terlintas dalam solat, dalam bacaan Al-Quran, dan apa sahaja dia lakukan..kemudian pemuda tersebut pergi utk meminang gadis yang dicintainya, tetapi gadis tersebut telah dipinang oleh orang lain. Hati pemuda tersebut begitu remuk, pedih dan jantungnya seperti pecah. akhirnya dia pengsan. Suatu hari, gadis yang pemuda cintai tidak dapat menanggung rindu dan dia telah menghantar surat kepada pemuda tersebut. Gadis tersebut mengajak pemuda itu datang kebiliknya atau dia akan ke tempat pemuda tersebut. Namum pemuda tersebut menolaknya, dan dia kirimkan serbannya kepada si gadis sebagai mengubat rindu. Kemudian, si gadis telah sedar dan meninggalkan gaya hidupnya seblm ini. Mereka berdua sentiasa bermunajat dan mengabdikan diri kepada Allah. Akhirnya suatu hari pinangan gadis tersebut dibatalkan dan mereka boleh bersama.

pengajaran yang saya dapati dlm cerpen ini:

begitu dalamnya perasaan cinta, sehinggakan seorang yg sentiasa kusyuk terhadap ibadahnya kepada Allah, namun tetap terpesong sedikit akibat penangan cinta. Namun, jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, dengan cinta Allah, dengan kasih sayang Allah, segalanya akan terjadi..kita akan mendapat cinta yang amat hebat.. :-) DIA akan memberikan segalanya yang kita mahukan jika kita betul2 yakin dengan DIA.. :-)



Ketika Derita Mengabdikan Cinta:

mengisahkan tentang cinta antara pasangan kekasih, betapa dalamnya cinta di dalam diri masing2..namun, cinta mereka dihalang oleh keluarga mereka. bapa lelaki menghalang kerana taraf bapa perempuan tidak setinggi mereka. bapa perempuan menghalang kerana dia tidak sanggup dihina oleh bapa lelaki yang tinggi tarafnya. akhirnya selepas puas memujuk, mereka lari dari rumah dan membina hidup sendiri. mereka berkahwin bersaksikan kawan mereka. kehidupan mereka amat derita. ketika lari dari rumah, mereka cuma mempunyai 2 pound. ketika itu mereka cuma mampu berpelukan di tepi jalan. namum mereka berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka. mereka sanggup mengikat perut dan cuma minum air masak untuk menyambung pelajaran mereka. akhirnya mereka mendapat PHD dan kehidupan mereka semakin tenang. si isteri tidak pernah mengeluh dengan kesengsaraan yang mereka hadapi. si isteri sentiasa tenangkan si suami, dan si isteri tidak pernah menangis kerana sedih dengan derita yang menimpa mereka, tetapi si isteri menangis kerana suami yang perlu bersusah payah dan keluar dari kehidupan yang amat mewah dari sebelum ini. Akhirnya dengan usaha mereka. akhirnya mereka dihormati oleh masyarakat dan berjaya.. :-)

pengajaran yang saya dapati:

betapa agungnya sebuah cinta..cinta yang ikhlas, cinta yang sejati dapat memberi kekuatan yang amat hebat.. ;-)


jadi, kepada sesiapa yang belum membaca novel ini, saya syorkan anda untuk membacanya. bahasanya amat indah, dan bukan terlalu bersastera..tp dapat menusuk ke kalbu..hehe..


mykata2: maaf kalau bosan dgn entri ini..saya seorg yg tidak pandai menulis, tidak pandai utk memberi sinopsis dan tidak pandai utk menyampaikan...tp tetap ingin berkongsi perkara yang saya minat..hehe..nanti akan ada rancangan "selamat malam malaysia" versi jiwang bersama pengacara atiqah pada waktu lain dengan masih lg isu cinta..tataaaa... ;-)

Selasa, 11 Ogos 2009

bertamu di kalbu

Jaclyn Victor - bertamu di kalbu

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu





mykata2: xpenah ambik kesah dgn lagu2 jac sblm ni sbb xminat dia..tp selalu dgr lagu ni tiap2 pagi masa tgh potong sayur kat tempat keje..hehe..tiba2 je jatuh cinta..sape2 yg belum dgr, sila google sekarang.. ;-)

Ahad, 9 Ogos 2009

idea...idea...datanglah..

hehehehehe..
mengada je lebih ok!

sebenarnya saya xde cerita yang best untuk di postkan, tapi saya gatal tangan untuk update blog ni..
xde apa2 yg menarik yg berlaku sepanjang mggu ni..kehidupan hari2 biasa je..idea dalam kepala pun xde..hehehe..

walaupun selalu idea yg ada x best, tp kali ni walaupun idea yg 100x ganda x best dari idea sebelum ni, tetap xde dalam kepala.. :p



ok, sedikit sebanyak kenangan minggu ni:

~ Mr Alien ckp dia ada call mak dia, pastu mak dia gelak2 dan panggil dia Mr Alien..rupa2nya kakak dia ada baca blog saya ni...
MALU I!!

~ Kawan praktikal saya tiba2 pergi panggil Mr Alien sbg Mr Alien, dia ckp dia dah baca semua luahan hati saya dalam ni...
lagilah, MALU I!!!

~ Kawan Mr Alien tgk blog saya ni, bila dia tgk entri "hari Jumaat yang indah", dia ckp "gediknya kekasih Mr Alien nih"..huuuu T_T
pertama kali dpt title gedik sepanjang 20 tahun, lagi-lagi, MALU I!!!!

~ cikgu Azizah, cikgu saya dan mr alien, call saya pagi tadi..dia ckp dia nak tempah biskut kornflakes saya, (sila lawati blog perniagaan saya) cikgu ckp dia dah tgk semua gambar2 dlm blog, bkn gambar biskut je tapi gambar picnic pun dia dah tgk...saya gelak x hengat dunia sambil jerit2, "cikgu..cikgu..malu saya!!"
ishhhhhhh....MALU AIIII !!!!!!



mykata2: dulu2 saya selalu ckp kat diri sendiri, saya x akan tunjukkan perangai jiwang2 saya kepada dunia, kecuali kepada teman rapat....tp sekarang xpasal2 saya mempamerkan perangai jiwang2 saya..hehe..malu ai tau! :-p

Jumaat, 7 Ogos 2009

Anak Kecil yang Tulus dan Mulus

Oh, siapakah dia? inilah anak kecil itu:

dah cukup perasan, motif utama entri ini ialah saya ingin mengimbau kembali kenangan2 di zaman tadika dulu..dan motif yang lebih utama ialah, K.A.W.A.N, kawan.......

saya mula mengenali kawan, sahabat, friend dan seangkatan dengannya bermula dari lahir lagi..
sahabat saya pada ketika itu ialah, umi abah dan adik beradik yang lain..

kemudian saya mula mengenali sahabat2 saya yang lain ketika tadika..
Tadika Kemas Raja Dewa Hilir..
1993-1994

ketika itu masih sgt kecil..masih xmemahami erti persahabatan, erti friendship, namun saya amat pasti persahabatan ketika itu sangat tulus..sangat suci..langsung tak dipengaruhi dgn hati yang busuk..hati yang rosak..

kawan2 tadika yang saya ingat2 lupa:

1) kawan2 perempuan..rasanya saya ada 3 org kawan perempuan..walaupun masih sgt kecil, tp saya masih ingat mereka yg menolong saya ketika saya ada masalah..

2) si lelaki yang tinggi dan kurus..saya ingat lg dia yg memimpin saya ketika bermain..kemudian saya terjatuh, kemudian mukanya terus berubah seperti hendak menangis..terus memanggil cikgu dan memberitahu keadaan saya, padahal saya lgsung tak rasa sakit..dia juga menolong saya ketika kesusahan..

3) si lelaki putih dan sepet...dia budak baru di tadika tersebut..masa mula2 masuk tadika tu, saya yg lemah lembut ini, hehe..sekali lg perasan..selalu dimarahi oleh dia..saya bkn bdk yg suka melawan..dan saya yg dah senior selalu menjadi mangsa buli dia junior di tadika tersebut..tp, pada hari terakhir tadika saya perlu buat persembahan fesyen..saya perlu memakai baju pengantin dengan dia..tp saya teramat takut bila berhadapan dengan org ramai..dia yg selamba datang dan memberi semangat kepada saya dengan caranya..


walaupun ketika tadika, tujuan kawan adalah untuk bermain...tp hati masing2 pada ketika itu amat tulus..dan ketulusan tersebuat semakin lama semakin pudar bersama2 dengan pertambahan usia...sekarang, masih adakah kawan yang berhati sangat tulus?saya rindukan kawan2 tadika saya..saya rindukan ketulusan hati yang begitu.. T_T


mykata2: akan datang kwn2 di sekolah rendah dan sekolah menengah..kwn2 di sana juga amat tulus hatinya..yang menerima kita sedaanya..ketulusan hati mereka masih kekal sehingga kini, terutama kwn2 sekolah menengah...saya amat merindui mereka.. T_T

Isnin, 3 Ogos 2009

majlis pelancaran kedai saya dihadiri oleh artis antarabangsa

1 Ogos yang lalu, saya telah membuat majlis perasmian bagi melancarkan kedai pertama saya..

sila klik sini: kedai atiqah

majlis tersebut begitu meriah kerana telah dihadiri oleh ramai artis antarabangsa yang popular antaranya:

won bin- korea

westlife-Ireland

Rani Mukherjee - India

Hyun Bin - Korea

Bea Alonzo - Filipina


majlis itu juga dimeriahkan dengan hidangan makanan laut yang amat enak..



STOP IT, ATIQAH! STOP IT! maaf semua..itu semua adalah khayalan semata-mata dan hanyalah tipu semata2..hehehe..


jgn marah, cuma ingin berangan-angan lebih...

tapi, hal bahawa saya telah buka kedai adalah betul..

kedai online saya ialah : http://kedaiblogatiqah.blogspot.com


terdapat barangan yang boleh menyebabkan anda jatuh hati dan tak lena tidur malam kerana memikirkannya, jadi sila lawati blog perniagaan saya sekarang!


akhir kata, WAAAJIIBBBBBB lawati sekarang..

Ahad, 2 Ogos 2009

Jumaat yang Indah!

kenapa Jumaat yg lepas lebih indah dr Jumaat yang lepas2?


sebabnya ialah ini:












Hari Jumaat yang lepas, saya umi dan abah ke SMS Machang utk melawat adik tersayang..hehe..

tgh bersiap2 memasak utk adik, saya menerima panggilan telefon yang sebenarnya dalam bahasa kelantan ttp saya translatekan dalam bahasa standard:

mr. alien: awak, tgh buat apa tu?

saya: tgh tlg umi masak, nak pegi lawat adik.

mr. alien: umi x nak jemput saya ke?

saya: hehe..nanti nak tanya umi dulu..


lepas tanya umi, umi pun ajak dia dtg bersama, tp dgn syarat perlu beli cili padi sedikit..hehehe.. :-p


kami ke kawasan tasik di sekolah tersebut untuk makan2 bersama adik..


saya selalu gembira bila dapat jumpa adik, tp minggu ni kegembiraan saya berganda sbb mr alien dapat bersama2 berkongsi perasaan, aktiviti dan suasana kami sekeluarga setiap Jumaat..


sebelum memulakan perjalanan, saya bertanya soalan cepumas kepada abah:

saya: mana lagi hensem, abah ke mr. alien?

abah: mestilah Abahhh...

hehehehehehe... ;-) jgn marah ye awak, abah lebih hensem dari awak..haha!



my kata2: sekali lagi entri gedikku..hehe..apa2pun, adik, selamat hari lahir...juga pada kawan baikku sejak tingkatan 1, izzati...2 ogos..Selamat hari lahir utk kamu berdua!

Sabtu, 1 Ogos 2009

apakah pendapat anda?

sekarang tgk tgh google template utk blogspot...

wah!!! byk yg cantik2...

saya nak tukar template saya, tp tentu kacau semua widget2..

pastu, walaupun nampak cantik tp mcm xsesuai dgn blog saya nih...


jadi, di sini saya nak tanya pendapat anda semua..adakah saya perlu tukar template saya? blog saya ni terlampau simple ke? mcm mana nak wat ianya jadi cantik? ada apa2 komen? ada apa2 cadangan? kadang2 nampak mcm ok, kadang2 nampak mcm buruk je blog saya ni, kamu semua nampak mcm mana?


jawabbb...jangan tak jawabbb...

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat