SAYA BERHARAP!
saya berharap ~ agar praktikal saya di bahagian sajian cpt2 habis, amat menyesakkan berada di bahagian tersebut.
saya berharap ~ kalau xcpt hbs pun, abg h akan berenti keje di situ bermula dari esok.
saya berharap ~ kalau dia xberhenti keje pun, Tuhan bisukan mulutnya supaya dia xboleh bercakap. fine!
hari ini merupakan hari yang paling menyesakkan bagi saya sepanjang saya praktikal atau LI atau industrial training..nak tau sebabnya? sila baca diari saya dibawah..kalau xnak tahu pun, kena baca jgk! ok..
7.00 am : sampai di tempat keje, tgk tugasan yang diberikan. alamak!!! seram sejuk badan..saya perlu naik ke wad di tingkat 1 bersama abg h...tidak!! nama saya tiada dalam tugasan, ttp selalunya student praktikal perlu naik ke wad 1 kecuali dinyatakan di papan tugasan..(wad 1 mempunyai 4 wad, pesakit pada hari ni seramai 70 orang. selalunya seorang pekerja ditugaskan di situ dan student praktikal yang menolong kerana wad 1 pesakitnya ramai)
7.15 am : mulakan operasi penyajian, sepatutnya tugas saya ialah menyajikan sambal utk nasik lemak, tetapi saya xingin bekerjasama dgn abg h, saya tlg pekerja lain menyajian condiments utk nasi lemak.
7.30 am : Cik Na, pen pegawai di situ, menyuruh saya naik ke tingkat 1 bersama abg h, saya hanya senyum.
7.45 am : selesai operasi penyajian. abg h menjeling. saya cuma buat xtahu. kalau nak minta tlg, ckp terus terang. xperlu jeling2 nak suruh orang faham. saya cuma terus masuk ke pejabat untuk duduk2..
7.50 am: Cik na bertanya, "kenapa atiqah xnaik ke tingkat 1"..sekali lagi saya cuma senyum, kebetulan kak da (salah seorg pekerja) ada di situ. kak da tlg jwb, "atiqah takut".."abg h tu ramai yang xsuka dia..bkn shj mulutnya yg celupar, tp siap dgn perbuatan, kak da yg mengandung ni pun dia langgar mcm tu je".... sekali lagi, saya senyum penuh makna..
8.30 am: saya sedang menulis laporan harian, abg h masuk ke pejabat utk berjumpa Cik Na. Cik Na tanya, "ramai ke kat wad 1"..dia jwb, "boleh tahan"..kemudian dia menjeling kat saya tanpa berkelip2 dgn muka yang tak puas hati.
10.30 am : saya cuba menolong pekerja2 di situ menyajikan sup kepada pesakit. ketika saya cuba membantu, tiba2 berbunyi
abg h: "yg pakai apron berbunga tu xpayah buat keje. apron tu baru, nanti kotor!"
saya: " apron ni lama jamang berjamang doh saya beli"
abg h: apron lama pun, xpayah wat keje. dia tu bukannya reti nak wat keje. lgpun pekerja di sini xpakai apron mcm tu! dia tu xlayak nak keje di sini!
kemudian dgr dia membebel tanpa saya faham apa yg dicakapnya. tp cara dia berckp tu mcm saya ni xberguna sgt2..nada suara yang digunakan tinggi! saya terus tinggalkan keje tuh, dan biarkan dia dgn yg lain2 buat...tp, saya geram dgn diri sendiri..cpt sgt nak mengalirkan air mata.. T_T duhai hati..kenapa cepat sgt tersentuh?
kalau ikutkan hati, nak saje saya menjwb, "saya mmg bkn pekerja di sini! saya dtg ni pun nak tlg! yg sebenarnya saya cuma patut memerhati shj, bkn buat semua keje2 di sini! saya juga bkn pekerja mcm kamu! jika saya keluar dan ada rezeki, saya ialah bos kamu, bukan pekerja kamu! saya xhingin pun nak jadi pekerja di sini!"
tp apakan daya, saya ni seorg yg lemah lembut plus pemalu plus penuh keayuan plus comel tidak mampu berkata2 sedemikian..ok, sebenarnya saya xpunya kekuatan!
saya hairan..tersgt hairan..lebih hairan daripada melihat umi makan nasik ketika dia ckp nak diet..kenapa abg h layan saya begitu? saya xpenah tegur, saya xpenah melawan..saya akan berckp dia dulu yg bertanya. saya xpenah buat salah..tp kenapa dia begitu???
adakah kerana saya tidak cantik?? adakah?? adakah???? kenapa jika tidak cantik, perlu dilakukan begitu?? ini bukan perasaan saya sahaja,ttp mmg jelas dan nyata...sebelum kejadian ni, dah byk kali saya dgr perli-perlian yang menyakitkan telinga, tp saya xpenah ambik kesah...tp hr ni dia mmg melampau!
bukti dia hanya berkelakuan begitu dgn saya:
1. ketika kawan saya berseorangan, dia dtg dan berbual2 dgn kwn saya.
2. ketika kawan saya sedang menulis, dia dtg usik2 sambil melihat kwn saya menulis.
3. selepas kawan saya membuat kerja, dia sibuk ajak kwn saya minum air.
jika saya:
1. ketika saya berseorangan, dia hanya menjeling dan dgr suaranya memerli.
2. ketika saya menulis, dia berbunyi, "hai..pura2 rajin"
3. ketika saya nak buat kerja, terus diperlinya..sehingga saya xingin bekerja lagi..
hari ini merupakan pengalaman bekerja yang plg tak menyeronokkan bagi saya. dgn tiba2 saya jadi pemalas hari. semua kerja2 saya xbuat kerana saya malas nak tgk dan mendengar suara si pak cik h yg dah tua tetapi perangai x matang seperti bdk2 tadika..
sekian, nukilan luahan perasaan saya yang tak menarik..