Khamis, 30 April 2009

...I was suprised...

btul x tajuk entri saya ni?? saya xpandai sgt bahasa inggeris ni.. :-p hohoho..

beginilah al-kisahnya, semlm tepat pukul 5.45 ptg, selepas tqah dan kawan2 pulang dari paper event management, tqah dan kawan2 ingin ke cafe sri molek di hotel uitm dungun utk membeli fries...

tiba2 handphoneku berdering, gerangan yg menelefonku ialah mr alien..tiba2 je dia tanya tqah nak pegi ke mana, tqah trus jwb nak pegi hotel tman kawan tqah...

pastu dia ckp dia nak bagitau sesuatu..tp dia xbagi tqah pegi ke hotel...tqah ikut je apa yg dia ckp sbb tqah mmg nak tau apa 'sesuatu' tu...

bila dia xbagi tqah pegi tu, tqah mmg geram tersgt2...malu...dah siap2, tggu kwn dpn bilik tp xjadi pegi..pastu, tqah jd marah2 sbb tqah mmg nak pegi, tp tiba2 je dia halang...huhuhu.. :-p
kuat sgt tqah marah2 dia..siap jerit2 sbb geram...pastu dia letak trus fon...huhuhu...mmg sakit hati yg tersgt masa tu.. tulah kelemahan tqah, kalau marah mmg xpandai nak kawal...sbb tu abah tqah slalu ckp EQ tqah ni lemah...susah nak kawal emosi...

lepas marah2 dia tu mmg rasa bersalah sgt2....tqah mmg rasa tqah ni truk sgt2...malu kat kwn2 lagi sbb mmg nampak sgt tqah xpandai nak kawal emosi...

tqah pun turun jln2 utk tenangkan hati...nak muhasabah diri...xhenti2 tqah msg minta maaf kat mr alien, minta maaf...call dia tp dia tutup hp...huhuhu..lepas tu tqah balik bilik, tiba2 tqah nampak ada kotak kek atas meja tqah...rumate semua dah bising, ckp kek tu untuk zaza, rumate tqah jugak...ada org bagi kat zaza...bising semua rumate suruh tqah bukak kek tu...pandai betul diorg berlakon...

pastu, ct bilik sebelah sibuk ajak tqah tgk kek tu...dia pun bukak kek tu...jeng..jeng..jeng...inilah kek tersebut:




mmg tqah terkejut yg amat sgt...malu...terharu...semua ada...malu sgt sbb marah2 dia sebelum ni...huhuhu...teruknya saya!!!

rupa2nya semua kawan tqah dah tahu...sbb tu diorang senyap je masa tqah tiba2 tak nak pegi hotel tu...mr alien dah lama berpakat dengan zaza untuk wat suprise kat tqah...zaza yg tlg tempah kek, pegi ambik kek...huhuhu...rasa terharu dan malu sgt...rasa bersalah... :-(

TERIMA KASIH MR ALIEN..

TERIMA KASIH ZAZA..

TERIMA KASIH KAWAN2KU, MIRA, SHA, NURUL, TEHA, MAI, MUSLIMAH..

TERIMA KASIH JUNIOR2KU, HUWAINA, TIRAH, AFZAN...


kek yang selepas dipotong, dimakan dan dibahagikan kepada kwn2..


p/s: sampai sekarang tqah masih lagi malu dgn kejadian semlm...tersgt malu....emmm, apakah motif entri yg xbest ni sebenarnya??? :-p jawapannya: untuk menunjukkan kekesalan atas sikap buruk tqah dan rasa terharu yg tersgt...hehehe.. (^_^)

Rabu, 29 April 2009

berikan saya idea


tqah ada wat heading baru..
tp xcantik...
tqah xpandai nak gabungkan warna, elemen2...

kawan2ku di luar sana yang pandai2, bolehkan anda semua memberi sedikit idea untuk saya??

hehehe...terima kasih!! \(^-^)/

saya sepatutnya mengadap buku, bukannya mengadap laptop..

oh...kenapalah diriku malas melebihi orang paling malas di atas dunia???
tepat pukul 2.15 pm. saya sepatutnya berada di Dewan Cemara untuk menjawab soalan Event Management...

tapi, apakah yang saya LAKUKAN sekarang?????

Isnin, 27 April 2009

rindu padamu...


huhuhu.. tqah rasa rindu sgt2 kat kawan2 skolah dulu..

rasa mcm nak kembali ke zaman sekolah je..


gembira bersama...senang bersama...ketawa bersama...


menangis..sedih...semuanya bersama...



RINDU SGT!! HUHUHUHU...

Selasa, 21 April 2009

..nak bukak kedai online..

salam...

tqah nak bukak kedai guna blog..
dalam perancangan..
nak jual baju2 second hand yang masih elok dan xrosak dalam harga rm5-rm10
dan jadi pemborong brooch...

mcm mana??? ok x kwn2??? hehehe.. :-p

Selasa, 14 April 2009

butter prawn...udang mentega

sebutannya prown ye...bukan praun.. sama jugak mcm saute, sebutnya sote bukannya saute..(inilah Puan Aisyah di dalam kelas FSO)
hehehe...tqah selalu je sebut praun... :-p

ok..berbalik kepada topik asal, hari tqah kat rumah cuba nak wat butter prawn..
hari tu, masa tgh mkn2 dengan kwn2, tqah belek2 buku masakan..
jumpalah resepi butter prawn ni...

oh..senang je..goreng udang, masukkan telur perlahan2...tos..tumis mestega dan gaul dengan udang bersama telur tadi...

dan hasilnya...jeng..jeng...jeng...

mcm mana??? sedapkan???? :-)






okay...sebenarnya saya tipu..ini yg saya buat:

mcm mana??? lebih sedap daripada yg tipu kan?? hahaha..
xnampak mcm butter prawn pun kan...nampak mcm scramble egg with prawn.. :-p hehehe...hasilnya, cuma menjadi bahan ketawa oleh umi...

sape2 yg tau cara nak buat butter prawn yg betul, cubalah ajar tqah ye...hehehe..babai..

sedihnya saya!!!! (T_T)

tqah baru je tahu assignment tqah xsempat dihantar...
carry mark pun dah kuar...
tqah dah minta tlg kwn tqah hntar pada hari jumaat lepas..
sama2 dngan yg lain2..
tp xtau lah nape boleh tak terhantar...
sedih sgt2...dah byk tqah usaha utk subjek tu..
amat susah nak skor A bila 5 markah yg spatutnya free2 dpt tp hilang mcm tu je.....

huhuhuhu....sedihnya saya... T_T
kawan2, apakah yg saya patut lakukan???

menerokai Cerana Villa Resort

kisah ini berlaku pada bulan Januari dan Februari yang lepas (lepah jamang berjamang doh crite ni)

sape penah makan kat Cerana Villa Resort ni?? Kalau sape2 yg tinggal kat kb dan kl (kedai lalat) mesti tahu ttg restoran dan resort ni...penah masuk jalan2 cari mkn tv3 tuuu...

entrance of Cerana Villa Resort

semester ni, tqah perlu menduduki kursus ETR 300 iaitu entreprenuership...untuk kursus ni, setiap group perlu membuat business plan mereka sendiri..hasil daripada bimbingan pensyarah, pn anita dan persetujuan setiap ahli, kami memilih untuk menjadikan Cerana Villa Resort sbg rujukan kami...dan kami membuat business plan ttg restoran kami sendiri iaitu D'Bahtera Restoran..group tqah terdiri daripada nurul, mai, teha dan fadz...

pertama kali tqah dan kawan2 pergi ke sana, adalah untuk mkn2 dan melihat keadaan sekeliling, kebetulan pemilik restoran dan resort ini ada. Beliau menyuruh kami memanggilnya 'ayoh'. beliau sgtlah sporting dan byk memberikan kerjasama. beliau byk memudahkan kerja kami. selepas selesai menemuramah 'ayoh', kami meminta izin utk dtg sekali untuk meminta maklumat lain memandangkan pada kali ini kami datang tanpa membuat persediaan..

kali kedua kami ke sana ialah pada bulan Februari. ketika itu, kami berlima sanggup pulang ke Kelantan, (termasuk Teha iaitu org KL) semata2 untuk ke Cerana Villa Resort sekali lagi. kali kedua kami pergi, kami disambut dan dilayan oleh Supervisor, En Afendi..beliau amat memberikan kerjasama terhadap kami. Beliau sanggup memberikan kami 'rahsia syarikat' seperti profit, gaji pekerja dan sebagainya..


teha dan mai berposing di atas rakit...rasa beralun2 je..seronok!

Selepas selesai temuramah dan penerangan oleh En. Fendi, kami semua menerokai seluruh Cerana Villa Resort...Cerana Villa Resort mempunyai chalet, restoran dan dewan..kawasannya juga agak luas berbanding dengan restoran2 lain...


nurul, tqah dan teha turun ke rakit..

pemandangan rakit yang diambil dari anjung..

laluan untuk ke dewan..

bergambar di dewan.. :-p

di wakaf, salah satu tempat makan..

kami berlima, teha-mai-tqah-fadz-nurul


Setelah siap segala urusan di sini, kami berempat tidak termasuk fadz pergi ke KB Mall dan membawa Teha ronda2 kawasan Kota Bharu...

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Cerana Villa Resort yg amat sporting dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kami. Kalau tiada anda semua, mungkin kami mempunyai lebih byk kesukaran untuk menyiapkan Business Plan yang sebanyak 70ms...Sekian, terima kasih... :-)

hahahaha....ada sape2 dpt habis baca entri ni x?? kalau ada sape2 yg dpt habiskan, korang mmg seorang yg sgt hebat! untuk makluman semua, entri kali ini adalah seperti karangan 'pengalaman saya' oleh murid sekolah rendah. .mmg skema :-p as a conclusion, i'm not a good writter...huhu..

p/s: for the tourists who come to Kelantan, I recommend you to come and eat the food at the Cerana Villa Resort..eventhough this restaurant is not seem exclusive like other restaurant, but it has its own nature environment, and the most favourite and popular food at this restaurant is 'ikan bakar'.. :-)

Ahad, 12 April 2009

TAG DARI IEDA

1. Bekas kekasih saya adalah:
bekas kekasih saya ialah WON BIN..saya meninggalkannya sbb saya sudah ketemu org lain...hohoho... :-p saya tidak pernah punya kekasih sebelum ini..

2. Saya sedang mendengar:
bunyi kipas dan enjin air kat belakang rumah...oh mira, adakah anda jeles dengan saya yg berada di rumah sekarang?? :-p

3. Mungkin saya patut:
berhenti buka blog..saya patut masuk laman web uitm dan cari soalan past year..

4. Saya suka:
byk sgt yg saya suka..tp yg paling saya suka ialah warna ungu dan tgk ada pengunjung di dalam blog saya! (^_^)v

5. Sahabat-sahabat baik saya:
eili, diha, zati, ena, yaniey, dayah, iena, ada, nisah, sue (smkip)
mila, mc'dee, isya, dayah, mc'leng (plkn)
nisa, alifah, lean (kmj)
nurul, teha, mira, mai, sha (uitm)-sebenarnya kami sekelas semua berkawan baik..

6. Saya tak paham:
bila kite berbuat baik dengan orang, tapi orang xpenah nak hargai...cuma cari kite bila susah shj..

7. Saya kehilangan:
kehidupan yang dulu, kwn2 saya yang dulu, diri saya yg dulu (skarang dah lain..dah jahat dri dulu)

8. Ramai yang berkata:
kenapa badan kamu semakin naik, xturun2?? hehehe..

9. Makna nama saya:
cahaya yang mulia! (dengan bangganya saya memberitahu kepada guru sains saya masa saya form 2 ttg makna nama saya, serta merta semua pelajar kelas bertepuk tgn..adakah makna nama saya begitu sedap?? ) :-p

10. Cinta itu adalah:
hehehe...xtaulah sayo bendo2 jiwang nih..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
tgh dengar ceramah maulidur rasul di hospital sultanah aminah johor bahru, ermm..sape ye??

12. Saya akan cuba:
jadi hamba Allah yg baik, jadi pengikut Rasul yang baik, jadi anak yang solehah kepada umi abah, menjadi kawan yang baik.. :-)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
sehingga akhir hayat...

14. Telefon bimbit saya:
ada di sebelah saya sekarang ni... ;-)

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya terus ke tandas...hehehe...

16. Saya paling meluat apabila:
bila kita tanya org tu baik2, tpi tiba2 nak jwb dengan marah2...

17. Pesta/Parti adalah:
tempat ramai org berkumpul, ada mkn2, suka-suki..

18. Haiwan paling comel yang pernah saya temui adalah:
my raja! kucingku yg plg comel...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya:
masa sekolah menengah...semua kenangan masa tu adalah kenangan yg plg manis..

20. Hari ini:
saya sedih lagi.. :-(

21. Malam ini saya akan:
bukak blog saya lagi...

22. Esok pula saya akan:
bukak blog saya lagi dan lagi...

23. Saya betul2 inginkan:
jadi kurus...hehehe..

24. Ketika anda melihat wajah anda dihadapan cermin pagi ini:
eehhh..kenapa semakin hari semakin cute??? hahaha...perasan!

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
dua2....!!

26. Makanan barat atau jepun:
barat...sbb dah biasa masak...kalau jepun cuma penah rasa beef teriyaki dgn sushi je...

27. Bilik terang atau gelap:
suka bilik terang...tp kalau nak tidur suka gelap...

28. Makanan segera adalah:
makanan yang menggemukkan dan tidak berkhasiat ttp ramai yg suka termasuk saya..

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
'waalaikummussalam'..baru je hbs ckp tpon td...hehe..

30. Siapa yang anda nak tag?:
emmm...sape2 yg sudi...
xde idea lagi ni...

Sabtu, 11 April 2009

TAG DARI NIRA

RULES:
*Go to your photos folder in your computer
*Go to the 6th folder of photos
*Go to the 6th picture in that folder
*Put the picture on your blog and description of it
*Invite 6 frends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged


description : gambar ni dalam folder food, ni gambar yg tqah ambik masa tqah jadi C.O.D (chef of the day) masa buffet ramadhan semester lepas...
bagi sesiapa yg xtau, ini ialah keropok ubi...diulangi..keropok ubi.. :-p

tqah nak tag:
hisham
ayu
teha
dan lain2 yg sudi ambik...





TAG DARI NOURS

Apakah Nama Blog Anda Sekarang Dan Kenapa Anda Pilih Nama Itu?
ini Atiqah punya cerita...sbb ni mmg blog ttg cerita saya yg xberapa menarik.. :-p

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://pepelungu.blogspot.com...b'coz i'm fanatic in purple...

Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
huhu...apakah itu 'method'?? :-p hehehe...blog tqah ni xde apa2 method pun..mengarut je lebih...

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
xpenah...sbb stakat ni seronok je.. :-)

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
seronok tgk blog Nours...simple je...xmenyerabutkan mcm blog 'ini atiqah punya cerita'..

10 Person To Tag:
emmm....
sape ye..
1. kak pepel
2. kak yoyo
3. nira
4. mira
5. koseng
6. iena
7. ieda
8. naqiah
9. ain
10. sape2 yang nak ambik.. :-)

Jumaat, 10 April 2009

study week

assalamualaikum...

hari ni bermula cuty study week utk seluruh pelajar uitm di terengganu, kelantan dan kedah...esok pula untuk negeri2 lain...

apakah maksud study week bagi saya?
study week ialah minggu untuk saya pulang ke rumah dan bersenang lenang tanpa mempedulikan pelajaran sedikit pun....hohoho...

teruk kan tqah ni??? hehehe...masa semester 3 dulu, ustazah tqah kat uitm penah ckp, "saya masa kat UM dulu, study week lah minggu yang saya betul2 gunakan untuk belajar...buat rivision.."
pastu tqah jwb, "emm...saya kalau xbalik rumah lagilah xboleh nak study...nanti bila saya sambung degree nanti, saya akan lebih bersungguh2.. "

amboiiiiii....bernas sungguh jawapan tqah kan?? :-p
tqah ni mmg pemalas tahap yang kritikal dah..xtau la mcm mana nak sambung degree nanti...

semalam, 9/4/09 adalah kelas tqah yang terakhir untuk pengajian diploma tqah ni..semester depan tqah akan buat latihan industri di HUSM kubang kerian...

mcm2 perasaan yang ada...rasa mcm cpt sgt2 masa yang berlalu...setiap detik2 yang tqah lalui, akan jadi kenangan yang berharga untuk tqah..terima kasih kepada semua lecturer yang bersungguh2 mengajar kami...

tqah akan kenang jasa semua yang sudi mengajar tqah...terima kasih...doakan tqah dapat sambung degree dengan keadaan yang baik, tanpa perasaan malas :-p dan dapat markah yang cemerlang.. :-)

p/s : kesimpulannya, tqah ada kat rumah skarang ni...study week kan minggu utk tqah balik.. :-p hehehe...

Ahad, 5 April 2009

new backgroud

tqah dah tukr background tqah...
dari yg bintang2 kepada yg ni..
ok x???
any comment?? :-)

hari yang memenatkan...

hai..hai...hai...
jumpa lagi kita di sini! :-p

tqah baru je pulang dari akademik trip ke penang...
mmg penat sgt...
perjalanan atas bas mkn masa 12 jam..
huhuhu...

tqah pegi pada 1 hb april dan pulang ke dungun pada 3hb april..
masa 3hb tu, tqah bertolak pukul 6 ptg, tapi pukul pg pada 4 hb baru tqah sampai kat kolej...
tqah start tido pukul 10, pukul 3 pagi baru bangun...hehehe...buruk betul perangai!

mlm tu ada dinner fakulti, mesti pergi sbb dah last sem...balik dinner pukul 12 mlm, siap2 utk study sbb 5hb pukul 8 pagi tqah ada test...tp xdpt bertahan lama...pukul 2.30 pagi tqa tewas...hehehe...

oklah, itulah serba sedikit hari yg amat memenatkan bagi tqah...2 hari saje habiskan masa atas bas...lenguh sgt belakang...hehehe...

server agak lambat kat sini...minggu dpn tqah dah balik rumah...nanti tqah akan blas dendam! hahaha.. :-p

tqah akan buat semua tag dan semua cerita2 tqah yg tertangguh.....tungguuuuuuuuuu....... :-p

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat