Jumaat, 30 Januari 2009

alahaiiiiii...


assalamualaikum semua!

hari ni tqah akan bertolak balik ke dungun...

pukul 2.45 ptg nanti tqah akan bertolak ke stesen bas..

tiket tqah pada pukul 3.05 ptg, tapi xtau la bas akan dtg pukul berapa.. :-p


emm..sebelum tqah balik ke dungun, tqah cuba adjust layout tqah..

supaya org boleh komen post tqah..

tp bila tqah tukar yg baru,ttp xboleh nak komen..huhuhu..

pastu byk widgets tqah yg terpadam..

tqah pun tukar balik ke layout lama..

tp habis jadi tunggang langgang widgets tqah..

cthnya mcm my project xde..

my favourite blog pun hilang..

my favourite website pun xde..

nanti tqah akan letak balik blog2 yg tqah tandakan my favourite blog.. :-)


buat masa ni tak sempat lagi..sbb tqah nak pergi bersiap..

doakan perjalanan tqah selamat pergi dan sampai ye..


tata~

Khamis, 29 Januari 2009

GAME - jojo's fashion show 2: Las Cruses full version download


>> download full version game here

sape penah main game ni?
kalau xpenah main, bolehlah download di page tqah ni.. :-)
game nih mmg best sgt..
tqah boleh blajar ttg dunia fesyen melalui game ni..
bila tqah tgk baju2 kat butik atau kedai..
tqah mesti akan teringat akan style2 pakaian yg ditunjukkan dlm game ni..
cthnya sockhop, evening wear, bollywood, prom night, punk, gothic dan mcm2 lagi..

oklah...harap semua terhibur dgn game yg tqah berikan ni.. ;-)

....rama-rama dan wanita....

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


dipetik daripada www.iluvislam.com

Rabu, 28 Januari 2009

BUAT DUIT: CBclickbank



assalamualaikum..
tqah ada jumpa program affiliate yang baru..
kalau sesape yg berminat bolehlah pegi ke sini:

http://cbclickbank.com/affiliate/?r=atiqahkj

free sahaja...pastu cuma cari refer friends.. :-)
minimum payout ialah 5 dollar...

Internet Affiliate Program Highlights


No sign up fees ! Free referral url !
Just Refer Three Friends
Promotional Tools ( Text , banners)
Live support from dedicated and experienced affiliate managers
Joining & Commission status shows in Account
Print and Distributable materials
Payment by Paypal, Check and wallet Payment



cerita cinta : AKU INGIN MENJADI MATAHARIMU


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.
Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.


Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.


Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.
Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.


Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.


Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

Selasa, 27 Januari 2009

masak-masak..chicken chop





pagi tadi, tqah bgn awal utk buat chicken chop permintaan umi, adik n mr alien..
tp, xboleh nak wat trus sbb ayam masih lagi keras..
tqah dah letak ayam tu kat bahagian chiller sejak semalam, tapi masih lagi keras..
dlm 2 jam jugak tqah rehat...tgk citer hindustan dln kirana dulu.. :-p
kalau tqah wat chicken chop, tqah lagi suka wat sendiri daripada beli ayam yg sudah dibreaded dan cuma goreng je..
ayam jenis mcm tu byk lemak dan isinya kurang..
xpuah hati kalau mkn.. :-)

lepas tgk citer hindi tu, tqah mulakan dgn:-

1. gorang fries

2. wat coleslaw

3. buang tulang ayam (perkara yg plg leceh kalau buat chicken chop)

4. marinate (perasakan) ayam

5. breadedkan ayam

6. goreng ayam (deep-fry)

7. sauteed brokoli

8. buat black pepper sauce


tqah lupa nak ambik gambar masa wat chicken chop tadi...
jadi tqah cari gambar2 dalam google image je ni..
pastu, gambar yg tqah sempat ambik cumalah black pepper sauce dgn ayam yg dah habis separuh..
tp tqah lupa nak bawa balik memory card reader.. :-p

mula2, tqah wat keje yg plg senang, iaitu goreng fries..
goreng fries ni mmg senang, tapi perlu betul apinya..
kalau bukak api besar, luaran fries akan cepat hangit dan warnanya akan xcantik..
masa tqah first sem, lecturer akan ambik kira warna fries yg kita goreng..kalau xcantik, markah akan dipotong..
kena btul2 kuning, xboleh pucat warnanya dan xboleh juga kalau coklat warnanya..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> french fries

sambil goreng fries, tqah wat coleslaw...wat coleslaw ni pun senang..
bahannya:
- kubis

- carrot

- bawang merah

- mayonnaise

- cuka

tadi tqah guna sebijik kubis, sebtg carrot dan sebiji bawang merah yg kecik..
umi tqah xsuka rasa bawang...tp tqah suka..disebabkan tadi tqah wat khas untuk family, jadi tqah letak sikit je..
utk wat coleslaw, hiris nipis2 kubis, parut carrot dan mayang bawang merah..kubis tu kalau xnak hiris nipis2, boleh jugak guna grater..tp tqah xpandai nak guna grater utk kubis sbb kalau tqah guna grater kubis tu akan hancur..
spatutnya ada sukatannya untuk wat coleslaw ni, tapi tqah wat suka hati je.. :-p
lepas dah siap potong kubis, carrot dan bawang merah, gaulkan dgn mayonnaise dan cuka..cuka tqah letak sikit je sbb tqah xsuka rasa masam2 dan baunya..pastu, tadi tqah cuba campur gula sikit..
slalunya tqah xpenah campur gula, tapi tadi tqah cuba letak gula sbb kawan tqah cakap lagi sedap kalau letak gula sikit...hasilnya, mmg sedap! :-) oh ya..carrot tu perlu basuh elok2..sbb kalau xbasuh elok2, coleslaw kita akan bertukar kpd warna oren.. :-p

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> coleslaw


lepas wat coleslaw, tqah mula wat chicken chop..
tadi tqah wat 7 ketul ayam..
bahagian ayam yg digunakan, bahagian paha dan keatas..
mula2, tqah akan toreh kat tengah2 tulang..
pastu, tqah akan kikis isi ayam dari tulangnya..
tqah xtau nak bagitau mcm mana nak wat, tapi mmg agak susah untuk buang tulang ayam dari isinya..
tqah ada cari kat pasaraya ayam bahagian paha yg dah dibuang tulang, tapi xde..
kalau ada pun hanyalah bahagian dada..
family tqah xsuka bahagian dada, lagipun bahagian dada xsesuai untuk dibuat chicken chop..
bahagian dada lagi sesuai untuk grill..
pas siap buang tulang, tqah marinate ayam tersebut..
kalau buat chicken chop, jgn perasakan terlalu kuat sbb sos yg digunakan utk mkn dgn chicken chop pun dah ada rasa..
marinate ni boleh dibuat ikut kreativiti masing2..
plg ringkas, mcm wat goreng ayam biasa..garam+serbuk kunyit
tp xboleh masin mcm nak goreng ayam biasa.. :-)
tadi tqah marinate dgn garam+lada hitam+lada sulah+sos tiram+sos sotong..
saje je nak campur sos2 yg ada dlm peti.. :-p

lepas marinate ayam tersebut, tqah terus breadedkan ayam tu dan goreng..
byk minyak yg perlu digunakan utk goreng ayam ni..
kena deep-fry...tp tqah xde la wat sampai deep-fry, xtenggelam sgt pun ayam tu dlm minyak..
nak jimatlah katakan.. :-p
cara2 untuk breaded ayam

- celup ayam dalam tepung

- pastu, celup ayam dalam telur yg telah dipukul

- akhir sekali, celup dlm bread crumb..


bread crump ni boleh dibeli yg dah siap..
tadi tqah guna yg dlm kotak..yg jenama nona..
kalau xnak beli yg segera, boleh wat sendiri..
utk wat bread crump ni, panggang roti sampai kuning2 sket dan keras..
pastu, hancurkan roti tersebut...kalau nak tumbuk pun boleh, kalau nak blend dgn blender kering pun boleh..
kalau nak terus hancurkan roti pun boleh..warnanya akan cantik lagi daripada dipanggang...tapi, cara ni byk serap minyak berbanding yg dipanggang..
siaplah chicken chop tqah...akhir sekali untuk pelengkap chicken chop ialah sosnya..tadi tqah wat sos black pepper..selalunya chicken chop dimakan dgn sos cendawan, tapi tqah n family lagi suka sos black pepper...lagipun black pepper lagi murah drp cendawan.. :-)
untuk wat sos black pepper, tqah guna instant demi-glace..
kalau nak wat sendiri demi-glace, mmg menggunakan masa yang teramat lama..mula2 kena wat brown stock dulu..dlm 8 jam, pastu wat sauce lain dulu..tqah xingat namanya..dari sauce tu kita panaskan sehingga reduce kpd separuh, barulah siap demi glace.. :-p
selalunya fine-dining restaurant yg betul2 jaga rasa keasliannnya akan guna handmade demi-glace..
kalau nak beli instant demi-glace, kat pasaraya ada...jenama knorr..plastiknya warna hijau dan cuma ada dlm 1 kg.. :-) kat plastiknya tulis demi-glace, brown sauce..
nak wat black pepper sauce, gunakan 1 liter air sejuk + 100g serbuk demi glace..kacau..
pastu, chop bwg putih, kisar sampai halus lada hitam..jgn guna serbuk lada hitam yg ada dlm botol tu...sbb rasanya xsedap..
tumis bawang putih dgn mentega dan tumis jgk lada hitam...tumis lama sket supaya hilang rasa pedarnya..
tqah xtau nak ckp berapa byk lada hitam yg digunakan, sbb tqah letak suka hati jgk.. :-p
lepas tumis, masukkan bancuhan demi glace dan biarkannya mendidih sehingga pekat...kacau sekali sekala.. :-)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> sos black pepper


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> knorr instant demi glace

dah siap chicken chop yg sedap... ;-)
tapi, semalam masa tqah pegi tesco, tqah ada beli brokoli...rm 1 lebih je sepokok.. :-)
lepas tqah balik ke uitm, dah xde org yg nak guna bhn2 dlm peti tu..jadi tqah pun saute je brokoli tu..
saute tu dlm bahasa melalunya ialah tumis..
tqah tumis bwg putih yg telah dicincang halus dengan mentega, masukkan chicken stok sket dan masukkan brokoli...
dah siap sauteed brokoli tqah! :-) adik tqah mmg suka sgt sauteed brokoli ni...tp tadi tqah lupa nak blach atau nama lainnya celur...kalau xcelur kita perlu letak atas api lama sket...tapi mentega cepat hangit, jadi rasanya akan pahit..hehehe.. :-p
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> brokoli

tepat pukul 2 ptg, family tqah dan mr alien makan chicken chop yg tqah wat..umi ckp coleslaw tqah sedap lagi berbanding yg kfc...hahaha..bangga lak rasanya.. :-D

p/s: kalau sape2 nak resepi chicken chop ni, boleh minta dgn tqah.. :-) tqah akan bagi dalam bahasa yg mudah...yg ni panjang berjela.. :-p

free megaupload or rapidshare premium account for 1 or 3 month!!!

salam semua...
tqah ada jumpa laman web utk mendapatkan megaupload atau rapidshare premium akaun secara percuma..
kalau ada sape2 yg nak cuba, bolehlah pegi ke sini...

http://www.freepremiumaccounts.com/?r=411695

Isnin, 26 Januari 2009

kata2 bermadah untuk t-shirt.. :-p

tqah nak sgt jual t-shirt kat kampus tqah..
tp utk wat t-shirt ni, tqah kena design sendiri..
tp tqah btul2 xpandai sbb tqah xkreatif..
pastu kawan tqah masa tqah lower 6 dulu, adilah, yg ambik kos hiasan dalaman skarang ni nak tlg tqah...hehehe...terima kasih dilah..
yg jadi masalah skarang ni, adilah suruh tqah cari sendiri kata2 yg sesuai utk diletakkan kat t-shirt tu..
ttg tu pun tqah xde idea..xtau nak letak kata2 yg mcm mana..hehehe..
sape2 yg ada idea boleh kongsi dgn tqah?? :-)

Ahad, 25 Januari 2009

iklan petronas : SELAMAT TAHUN BARU CINA



assalamualaikum...
korang dah tgk iklan petronas utk tahun baru cina utk tahun 2009 ni?
tadi tqah baru je berpeluang mengadap tv...hehehe..
tqah baru je tgk ptg tadi..
iklan tu betul2 menyentuh hati tqah...
iklan tu btul2 memberi pengajaran untuk tqah...
tqah cuba cari video iklan tu, tp xde sape2 yg download lagi..

iklan tu buat tqah fikir...
itulah manusia, xpenah nak hargai seseorang tu bila dia ada dpn mata kita..
bila dia tiba2 tinggalkan kita, barulah kita sedar yg amat memerlukan dia..
kita akan amat berharap masa boleh dipusingkan kembali..asalkan kita boleh luangkan masa cuma sekejap sahaja dgn org yg pergi tinggalkan kita..walaupun utk 1 minit..
masa tu kita akan bagitau betapa kita sayangkan dia...

tqah selalu bayangkan org yg tqah sayang tiba2 hilang dari hidup tqah...umi, abah, abg aish, amer, adik, mr alien, saudara mara, kwn2 baik..tiap kali tqah fikirkan tu, tqah akan menangis..air mata mesti mengalir..tqah amat takut kalau saat itu tiba..tqah takut tqah xkuat..

YA ALLAH...KALAU SAAT ITU HADIR...KAU TABAHKANLAH HATI HAMBAMU INI..KUATKANLLAH IMANKU..SUPAYA AKU DAPAT MENERIMA QADA DAN QADARMU DGN HATI YG TERBUKA..AAMIN..

CERITA CINTA- adakah cinta memerlukan sebab?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

GAME: virtual villagers 3 (vv3)








sape kat sini penah main virtual villagers III ni?

game ni dah lama keluar...tp skarang baru tqah start main..
tqah ni mmg sellau ketinggalan zaman..
cthnya, drama2 korea yg famous 1,2 tahun lepas, tqag baru je start suka..
mcm cerita sad sonata, masa tqah form 5 dulu ada ditayangkan dlm tv..
masa tu xde plak nak tgk...skarang ni baru sibuk cari cerita tuh.. :-p


DOWNLOAD FULL VERSION OF VIRTUAL VILLAGERS 3 HERE!

oklah...berbalik kepada game vv3 tu, masa mula2 tqah main, tqah lngsung xtau nak wat apa..

lepas tqah search ttgnya, barulah tqah jumpa tips2 nya...
TIPS2 BAGI SESAPE YG XPENAH MAIN:

awal2 amik buah/benih, tanam.

1 amik kayu kat pantai tu, 1 amik daun kering kat air terjun. dh siap, buat unggun api.
orang dewasa yg lain anta buat research full time!
dh ada api, amik obor kat bawah sarang lebah tu. then boleh la harvest madu.

2 orang buat keje builder sampai jd Adept; samada repair 1 rumah, atau buang daun2 kat batu nisan kat kanan peta.
yg lain masih mark sebagai researcher. 2 builder tu mark builder la. tp kadang2 biar dia kutip madu. xmakan org kampung kang.

bila 2 org tu dh jd Adept Builder, soh dia buat research. hantar lg sorg blaja jd adapt builder. bila dh cukup, semua org buat research. misi; dapatkan 7000 tech point; ntk membeli pembaikan teknologi.

(sementara tu, kalau dh ada adept scientist, boleh soh dia kutip 5 items untuk lab, mcm pasu2 tu la. settle 1 puzzle)

dah beli 7000 pt tu, hantar 3 adapt builder tu ke lift, yg mcm papan jongket tu.

smbung research. bila hujan, sebaiknya tekan space bar (pause game), letak sorg kat lift tu, un pause balik. nnt konon dia petik benih buah la.
so, dh dpt, amik, tanam. turunkan je org tu.

dapatkan 2 lg benih; so ade 3 pokok la. so.... wait jela. mknn tak lg jd mslh; hopefully.

carik sorang pemuda, umo dlm 22 kot, tick Parenting skill. lelaki lbh sesuai. banyak la dia tekel sniri buat baby. wohohoho.:-p


ni plak puzzle2nya:-


puzzle 1
to make a chief drag ur every villagers to the robe in the amphitheatre at the start of the game

puzzle 2
gather some wood and some dry grass then start a fire after that drag any villager to the stick lying in front of bee hive stick he or she will keep away the bees and then u can start harvesting honey.


puzzle 3
to start alchemy lab collect 3 pots 1 bowl and a stick scatter in the village
puzzle 4
put some builder villagers to extreme east side of the village they will start clearing the leaves from the tomb

puzzle 5 to perform rain dance u require 3 adept farmer and cheif drag them to the fire pit

puzzle 6
put a master builder to mend the lift and after that place any villager on the one side of the lift so he or she can get u some seed in the rainy season

puzzle 7
put some builder villagers to clear the rubble at the south side of the village

puzzle 8
put a master villager in front of the board in alchemy lab then he will make a plan after that u can start mending the bathroom.

puzzle 9
you need the 3rd restoration and i just dropped my people near the statue and they did the rest (master builders work best)

puzzle 10
plant 3 seeds by sending villager to the lift this requires 3 rainy season 1 seed per season

puzzle 11
make a potion of black orchid+black orchid+pitcher plant and drag 4-5 villagers to the pot so they carry the potion to sea to get rid of sharks and u can have unlimited supply of food.

puzzle 12


Puzzle 12 - the Armotherapy.

In order to complete this puzzle, you must have already rebuilt the bath.

Drop a Master Doctor into the bath and he will begin to gather and place
the lotus leaves in pits. Once he as finished, you must drag a Master Doctor to
the village fire pit and drop him on it. He will take a torch back to the bath
and light the pits.
puzzle 13
when u let your fire go out the gem will be there, take as many villagers to the water fall they will cool it with water Ikeep taking them until they start drinking the water then take chef to gem he will put in door

puzzle 14
make a light and springy potion = rose+lootus+cactus and make ur chief to drink it and drag him below the pink diamond he will jump and collect it
plz post if u have solved any more

puzzle 15 the Clam

After Level 3 restoration AND rebuilding the fallen staute - A "pearl" will
appear. Get a Master Builder to pick it up, he will take it to the waterfall for
"finishing" - afterwards have a Master Builder pick it back up for "polishing".
Then have your chief pick up the "pearl" and swap it with the blue pearl inside
the clam. ---You may have to repeat parts of the process if your villager drops
it. - I had to redo a couple of times.


puzzle 16
you need the three gems: one is in the fire and another is on the ledge i’m looking for the third right now so i’ll let you know as so as i find it
mind you i figured out what they were before i solved them ;D

Puzzle 16 - once you have all the keys (fire, cliff and clam), the door opens
and a hidden room comes up. There's a sun disc on the floor. You have to move a
villager near it to push the disc around. Once a shaft of sunlight hits the
disc, it starts off a little story (like the cave). I had to do this twice -
once for the story and once again for the puzzle to solve.

Add tips:
Kids can heal anyone that is sick, becoming apprentice doctors. they can also collect the herbs for potions, saving the adults time. And, if you are searcing for food.. get yourself 3 builders, Master and or Adept to repait the lift, then when it rains, have your farmer step onto the lift, for a boost up for more seeds for fruit/banana trees then plant them, may want to use 2x speed to get them growing faster, just don’t forget to check in on your village if ya do.

Repairing lift:
You need restoration lvl 2, then drag several adept builders to lift.I think 3 adept builders was needed. And indeed you need to wait for rain to get up and get tree seed

How to get all the food sources (except for the bee hive):
I have gotten rid of the sharks on my game, for faction nature it is black orchid, black orchid, pitcher plant (to get the pitcher plant you have to have level 2 researched for nature faction.) Then put several (like 8) villagers in front of the pot and they will take it to the ocean getting rid of the sharks. You can also get up to three trees going to. To get the other two seeds you have to fix the lift. To do this you must have three adept builder (at least for east difficulty it might be master for normal) and drop them all on the lift (sometimes you have to move them around a bit to get them working on it). Then you have to wait until it rains. When it does grab a villager and put him on the flat part of the lift. The barrell end will fill up with water allowing you villager to grab a seed from the tree up above. You have to do this twice because it only drops one seed per rain and you can only have three trees max. Anyways thought I would share because now my villagers have over 3000 food and I am set for survival and know you guys want to get on with solving the non-survival puzzles as well.

HOW TO GET RID OF SHARKS: To solve puzzle 11 u have to reach level 2 for alchemy and level 2 for faction of nature(not sure for magic faction). u will b introduce to special natural herb which is a pitcher. Make a potion orchid+orchid+pitcher n take one of the villagers to drink it n drag the villager quickly to the sea. This will make sharks go away and u can fish 4ever!!

seronok main game ni...bila mula main, mesti jadi ralit... kalau sape2 yg xpenah main n nak game ni, bolehlah hantar komen kat tqah...nanti tqah bagi game ni kat korang... :-)

Sabtu, 24 Januari 2009

TAG oleh kak pepel...

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people:


1) I AM - a cute girl (perasan sekali sekala :-p)


2) I REALLY WANT TO GO TO - seoul, korea ( ada sape2 nak bwk tqah pegi?) (^_^)


3) MY FAVOURITE THING- my hello kitty yg tomey..hehehe..




4) MY FAVOURITE FOOD- toasted twister KFC, yummy!!

5) MY FAVOURITE COLOUR - purple..dulu, kini dan selamanya.. :-)
6) MY FAVOURITE PLACE - my home, especially my room..
7) MY FAVOURITE DRINK-air nyiur..


8) I LIVE IN -kota bharu, kelantan
9) I WAS BORN IN - hospital kota bharu

10) I ATTENDED - UiTM dungun



11) MY FAVOURITE STORY - My Name is Kim Sam Soon (mish Hyun Bin Oppa! :-p)


12) THIS IS MY HOBBY- playing computer games..



13) AND I DEFINETELY DREAM OF - being slim and can wear beautiful purple gown.. :-p


emm...tqah xtau nak tag sape...sape2 je yg masuk blog tqah boleh? hehehe.. :-)

Khamis, 22 Januari 2009

lyric and mp3: soledad


download soledad mp3 here!

If only you could see the tears in the world you left behind

If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realize
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I conceal the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you've told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

~one of the my favourite songs..
anyone know how to put mp3 in this blog?

dah sampai rumah...

assalamualaikum semua..
apa khabar? tqah dah sampai kat rumah ni...hehehe..
bermula esok cuti pertengahan semester untuk semua uitm...
dalam masa seminggu ni, byk kerja tqah...
satu-uruskan semua hal berkaitan muet..
dua-pergi minta izin sri cerana restoran di kedai lalat untuk buat research..
ketiga-siapkan assignment subject law..
keempat-keluar jalan2..hehehe..
kelima-mengadap komputer, main game..hahaha.. :-p

yg plg tqah xsabar nak wat ialah keempat dan kelima..hehehe..
kepada semua kawan2, selamat bercuti..
dan juga kepada semua rakyat malaysia,
SELAMAT TAHUN BARU CINA!
HAPPY CHINESE NEW YEAR!
XINNIAN KUAILE!

Jumaat, 16 Januari 2009

perkahwinan abang sulong...







masa hari pertunangan, kedua2 belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada 13 disember 2008...
cuma 2 minggu selepas pertunangan..
majlis akad nikah tersebut perlu dibuat dgn cpt sbb abg tqah memerlukan surat nikah dgn segera..

kakak ipar tqah iaitu kak min akan melanjutkan pelajaran (PHD) dalam bidang ekonomi di UK...abang tqah akan pergi bersama2 kak min ke UK..tp abg tqah bukan utk melanjutkan pelajaran, ttp bekerja...
kalau tiada apa2 masalah, kak min akan terbang ke UK pada 12 januari..

surat nikah diperlukan utk membuat visa dan memohon kediaman utk org berkahwin di sana...tapi, pada 12 januari lalu, kak min masih tidak dapat ke UK kerana pihak UPM masih belum meluluskan biasiswa untuk kak min...

majlis akad nikah ni diadakan di rumah kak min di bagan datoh, perak pada 11 pagi..
4 buah kereta yang mengikuti rombongan ke majlis akad nikah ni..
kami bertolak dari kelantan pada 12 disember dan bermalam di hotel angsoka di teluk intan..
tqah dapat melihat menara condong di teluk intan buat pertama kalinya...
tp tqah lupa untuk merakamkan menara tersebut...

walaupun perjalanan ini agak memenatkan, tetapi tqah rasa tersgt gembira sbb buat pertama kalinya tqah dan sanak saudara yg lain bersama2 mengadakan perjalanan yg jauh..ianya dapat merapatkan lagi silaturrahim bersama kami..

majlis akad nikah ini diakan dengan sgt sederhana..sgt simple..selepas majlis akad nikah dan upacara membatalkan air sembahyang, kami disediakan dengan makanan org jawa...kak min dan keluarganya adalah keturunan jawa..mmg sedappppp sgt! terutamanya tempe! hehehe..

mas kahwin yg ditetapkan oleh pihak pengantin perempuan ialah rm783..bersamaan dgn tarikh lahir kak min, 7.8.1983...wang hantaran pula rm7883...tp pada majlis akad nikah ni, cuma mas kahwin dan cincin shj yg dibawa...hantaran2 yg lain akan diberikan pada majlis akad nikah nanti.. :-)
majlis persandingan dijangka akan dibuat pada bulan 3 tahun 2009 ni..dlm cuti sekolah..
insyaAllah...kalau majlis tu diadakan, tqah akan jemput semua! :-)

hantaran pertunangan..

Assalamualaikum..



di sini tqah nak berkongsi hantaran2 untuk pertunangan abang tqah yg sulong..

xlama dah..masa 30 november 2008...


dah sebulan lebih..

ni kali pertama dlm family tqah yg akan menerima org baru..


mmg kalut betul umi..

segalanya dia wat sendiri...


temanya ialah warna emas..


hantarannya ialah:








kek


buah-buahan


dodol


kain pasang


cincin


tuala


sejadah


kain batik 2 helai









bekas cincin yg xde cincin.. :-p







jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat