Selasa, 31 Januari 2012

Perasan

Saya perasan blogger terkenal, sebab tulah lama tak update. blogger terkenal kan jarang update tapi ramai yg tertunggu-tunggu. -_-"


Khamis, 12 Januari 2012

Impian ke UK hancur berkecai? AirAsia menggantungkan tiket ke London, Paris, India bermula April 2012.

Salam semua.. sebelum ni, saya dah buat pembelian tiket ke UK pada 18 Mei 2012..tapi, ptg tadi time check email, jumpa email ni:


APA? DIGANTUNG?? mula2, saya ingat ni email bukan dari airasia. mungkin ada email palsu, rupanya memang betul. :( macam mana ni.. kalau nak transfer ke penerbangan lain, risau tak cukup tempat. sebab bergantung kepada availability. :'(



nak tau tak apa alasan airasia buat macam ni:



adoi...kenapa time saya nak pegi barulah jadi macam ni. sedihhhh..nak pegi UK. nak main-main dengan Rayyan. nak jalan-jalan kat sana. baru je fikir nak 'lari' dari Malaysia beberapa bulan. :'(


harap-harap ada flight ganti. amin. kalau tak, memang mimpi tinggal mimpi je lah. :( risau takde flight ganti sbb Mei tu org dah nak cuti sekolah.. :(

Rabu, 11 Januari 2012

GOSIP: Pergaduhan Rita dan Zaquan dilagakan oleh budak sekolah?

sekarang ni kecoh tentang pergaduhan Rita dan Zaquan. bila baca dalam beautifulnara, google jumpalah blog budak ni..ooo..sekolah lagi rupanya..


bila dia tulis tweet dia tanya pasal mak mertua sayang ke tidak tu, ada sebab. Saya curious apa sebab dia. ??


p/s: sebab tu lah saya tak suka tgk budak2 sekolah terlampau aktif berblog, bertwitter, berfb..sbb diorg kurang matang, boleh membawa keburukan kpd org lain. -__



Selasa, 10 Januari 2012

2012 Special Giveaway by Teha Dessert

Jom-jom join giveaway ni. syaratnya sangat mudah!


syarat-syaratnya cuma:

1) Buat 1 entry tentang giveaway ini yang bertajuk 2012 Special Giveaway.
2) Tepekkan banner giveaway ini dalam entry anda dan link kan sekali ke entry ini.
3) Bagi yang mempunyai akaun facebook sila add facebook Teha DessertWAJIBtau! =)
4) WAJIB share giveaway ini di laman sosial anda (facebook, twitter, tumbler, etc)
5) Nak follow? Silakan.. Tak nak follow? Takde masalah.. It is not compulsory =)
6) Tag minimum seorang kawan untuk join giveaway ini.
7) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen. (notice me jika anda tiada akaun facebook)
8) Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 January 2012


cepat-cepat! sangat senang, jangan ketinggalan giveaway ni! :)


Selasa, 3 Januari 2012

Masak-masak : Resepi Pavlova (Gambar Step by Step)

Salam semua..sekarang ni popular betul pavlova ni kan? sana sini orang bercerita pasal pavlova. saya tahu pasal pavlova ni sejak awal tahun lepas. tapi, sebab kekangan masa, nak cuba buat tapi tak terbuat. tapi Alhamdulillah, minggu lepas saya sempat cuba buat pavlova ni.

Resepi asal, dari blog Kak Irma. :) 

serius, sedap sangat pavlova ni. ;)


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur (putih telur hendaklah pada suhu bilik)
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cwn)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) non diary whipping cream
buah-buahan segar



Cara-Cara:

1. Campurkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung menjadi pes. Panaskan over 150C.

2. Pukul putih telur sehingga berbuih (soft peak). Jika guna hand mixer, hanya gunakan kelajuan 1-2 sahaja.

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit. tambahkan kelajuan mixer sehingga tahap maximum. Tambahkan kelajuan setahap demi setahap. Jangan terus ke kelajuan maximum.

4. Pukul putih telur dan gula tersebut sehingga bertanduk. Jika terbalikkan bekas adunan, adunan putih telur (meringue) tersebut tidak jatuh.

5. Kemudian, masukkan pes cuka+esen vanilla+ tepung jagung ke dalam adunan meringue tersebut. Guna kaedah kaup balik sehingga sebati.

6. Lukis bulatan sebesar 8 inci di atas kertas minyak. Tuangkan adunan yg dah disediakan dan buatkannya bulat mengikut bulatan yang dilukis. 

7. Turunkan suhu oven menjadi 140C. Bakar sehingga 1 jam - 1 jam 15 minit. Jangan terus keluarkan pavlova dari oven. biarkannya menyejuk di dalam oven. buka sedikit pintu oven.

8. Putar whipping cream sehingga kental, pipekan ke atas pavlova yang telah dikeluarkan dari oven. hiaskan dengan buah-buahan segar.

9. Untuk melihat dengan lebih jelas tentang membuat meringue, boleh lihat gambar di bawah:

Bila telur putih jadi macam ni, dah boleh mula tambahkan gula. time ni saya putar pada speed 3, bila dah masukkan semua gula, saya naikkan sampai speed 4.



Bila putih telur dah jadi macam ni, tambahkan speed sehingga speed 5.



putar sehingga menjadi meringue. putih telur menjadi kental dan bertanduk sebegini. 



untuk pastikan ianya telah menjadi meringue, cuba terbalikkan mangkuk meringue kita tadi. jika adunan tak jatuh, maksudnya meringue kita dah menjadi. sama macam dalam gambar, saya betul-betul terbalikkan, nampak tak kipas di syiling tu? :)



lepas sebatikan pes tepung jagung dan meringue, sedia untuk dibakar. 





inilah dia final product. maaf, produk tak berapa cantik. kena perbaiki lagi. :)



p/s: kalau teringin nak beli pavlova ni bagi area kota bharu, boleh tempah dengan saya di sini www.homemadechoc.com :)






Ahad, 1 Januari 2012

1.1.2012, Happy Birthday Umi!

Assalamualaikum semua. dah masuk tahun baru, umur pun dah meningkat. dulu-dulu, masa kecik..dalam fikiran saya orang yang umur 24 tahun ni dah tua sgt dah. tak boleh dah nak berperangai macam budak-budak. tapi, sekarang ni masih macam budak-budak macam mana? :-P

Sepanjang Tahun 2011, banyak benda yang menjadi kenangan terindah saya. kenangan buruk tak nak ingat. tak best. hihi.


1. Menjadi tunangan orang

bertarikh 9/9/11, saya telah bergelar tunangan Mr Alien. :P selepas 5 tahun kami rapat. ;)



2. Perniagaan Homemade Dessert semakin maju


Alhamdulillah..produk saya semakin bertambah. bermula dengan homemade chocolate tahun lepas, tahun ni pelbagai produk saya tambahkan. pelanggan pun semakin ramai, dan dapat kumpul duit poket sendiri. Alhamdullillah. :)


3. Meniaga di bazar bulan Ramadhan


ni betul2 kenangan manis yang tak dapat saya lupakan. betapa susahnya untuk cari duit. dapat musahabah diri tentang susahnya ibu dan ayah bekerja untuk kita. harap-harap ada rezeki lagi untuk meniaga begini. ;)


errr...apa lagi ye? macam takde apa2 yang istimewa lagi dah. hehehe. kehidupan saya berjalan dengan biasa. takde apa2 yang istimewa. :)



1/1/12, Happy Birthday Umi, yang ke-50. walaupun dah umur 50, tapi umi masih nampak muda. hehehe. ;) selalunya tiap-tiap tahun, saya ada di rumah. sebabnya 1 januari, selalunya cuti semester. tapi tahun ni, saya terperangkap di DUNGUN. 


Nasib baik, saya sempat sediakan ini untuk umi:

kek yang dibuat dengan tergesa-gesa, baked red velvet cheese cake, with cream cheese frosting. ;)  - saje letak nama panjang-panjang. hehehe.


HAPPY BIRTHDAY UMI! kakak sayang umi. kakak akan doakan umi sokmo. kakak tak sabar nak balik, nok duk dgn umi. hihihi. 



BYE-BYE 2011, SELAMAT DATANG 2012. semoga perjalanan sepanjang tahun ni, lebih bermakna. amin. SELAMAT HARI JADI UMI! :-*



bye!


jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat